ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Tuesday, February 2, 2016

RAJA MELAYU TIDAK PERNAH SEKALIPUN KATA SOKONG HUDUD? Kiamat Pun PAS Tidak Mampu Laksanakan Hudud Di Kelantan!

Saya membaca dengan penuh minat laporan akhbar Sinar Harian tentang kemelut PAS Kelantan berkenaan hududPAS oleh YB Hussam Musa.

http://www.sinarharian.com.my/karya/pendapat/jika-anda-tahu-mengapa-tidak-nasihat-presiden-pas-1.480509

Nampaknya, tentangan hudud bukan dari BN atau UMNO, sebaliknya dalam PAS sendiri masih ada yang menentang hudud.

Jika begitu, tidak perlulah hudud dipolemikkan di peringkat Negara atau keluarga lain, molek jika PAS Kelantan selaraskan dan menyatukan suara PAS Kelantan dalam keluarga sendiri terlebih dahulu.

Sebagai orang Islam sudah pasti saya dari kecil sudah dimomokkan bahawa perjuangan hudud Kelantan adalah kalam Allah, dan hanya bila dewasa saya menyedari bahawa hududullah adalah hukum Allah berpaksi kepada keadilan dan kebenaran.

Ini bermakna apa sahaja nama dan tag undang-undang selagi ia adil dan benar maka ia adalah hududullah dan jika undang-undang potong tangan, rejam dan sebat itu sendiri tidak adil maka ia bukan hukum Allah.

Seperti YB Hussam dakwa bahawa jelas di Malaysia, begitu jelas sekali  RAJA-RAJA MELAYU TIDAK PERNAH SEKALIPUN SOKONG HUDUD sedangkan perkara 5 dalam penyata media YB Hussam berbunyi

"5. Sefaham saya, Jawatankuasa Teknikal Bersama Pusat Dan Negeri menetapkan pindaan Akta 355 hendaklah dibawa oleh Menteri atas nama Kerajaan Pusat selepas mendapat perkenan Raja-Raja terlebih dahulu."
Mungkin ramai berfikir bahawa untuk mendapat perkenan Raja-Raja untuk hudud adalah pasti 100% kerana Raja-Raja adalah Ketua Agama.

Tetapi, 5 dari 9 Raja Melayu perlu sokong dan jika dinilai dari sudut kasar saya berpendapat ia adalah amat sukar.

Ada dua perkara perlu ditekankan disini.

Pertama:

Kuasa Raja terhadap Kerajaan tidak kuat kerana sebarang usul Parlimen boleh diluluskan walaupun Raja tidak setuju. TETAPI, hudud dibawah bidang agama, maka kuasa dan keputusan Raja sebagai Ketua Agama Islam terhadap hudud adalah mandatori dimana jika Raja mahu luluskan, Perdana Menteri dan Parlimen tidak boleh menghalang.

Kedua:

Keadilan hudud dilaksanakan kepada semua tanpa kira pangkat dan darjat akan memberi masalah kepada golongan VIP. Kerana tidak seperti undang-undang sivil yang mempunyai diskrimanasi berbeza ikut golongan, hududullah tiada pengecualian yang bermakna jika Raja atau keluarganya mencuri maka tangan mereka akan dipotong.

Ironinya, Mufti sendiri mempunyai dua set hukum untuk orang Islam, 1. untuk orang Islam dan 2. untuk Raja.

Sebagai contoh, jika PM atau mana-mana orang Islam pergi menyambut atau bersama-sama menyambut Thaipusam, Christmas, CNY dll maka berbondonglah Mufti dan segala "fisabilillah" akan menegur malah menjatuhkan hukum haram.

Tapi bila Sultan yang pergi, atau anak-anak yang sambut Christmas, maka senyap dan tiadalah haram bagi Sultan.

Begitu juga dengan upacara bidaah dan syirik, jika rakyat buat haram, kafir, jika Sultan buat terus tidak apa, tidak haram kerana upacara itu sudah berkurun diamalkan ie upacara pertabalan Sultan Perak.

Perkara ini jelas, dan diminta Sidang Raja Melayu boleh mengeluarkan kenyataan agar mimpi saya untuk melihat hududullah dilaksanakan di Malaysia tercapai.

Pun BEGITU, saya berharapan agar hududullah atau undang-undang yang adil dan saksama boleh dipergiatkan lagi dalam sistem undang-undang sivil(jika ada).

Contoh 1: jika seorang perogol sudah dipenjarakan kemudian bebas, kemudian rogol lagi, dipenjarakan kali kedua dan bebas semula, kemudian rogol dan bebas semula dan pada kali keempat dia ditangkap rogol maka hukum lebih berat atau rejam sampai mati perlu dilaksanakan.

Contoh 2: jika seorang pencuri sudah dipenjarakan kemudian bebas, kemudian curi lagi, dipenjarakan kali kedua dan bebas semula, kemudian ragut/samun/rompak dan bebas semula dan pada kali keempat dia ditangkap curi lagi maka hukum lebih berat atau potong tangan perlu dilaksanakan.

Secara dasarnya, hukuman sivil atau penjara di Malaysia gagal dalam mendidik manusia sehingga ada yang kembali kali kedua, ketiga, keempat malah kesepuluh pun ada.

Adik saya sendiri pernah dipenjarakan di Kajang dan Sg Buloh, dan berkata pada saya, penjara boleh duduk dan seronok dapat ramai "kawan" jelas tunjukkan sistem hukuman Malaysia yakni penjara gagal.

No comments: