ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Tuesday, February 16, 2016

Apa salah WAHABI?

Saya tertarik dengan tulisan bertajuk Umat Islam dimomokkan Wahabi di Sinar Harian.

http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/johor/umat-islam-dimomokkan-dengan-wahabi-1.239199

Hakikatnya, pada zaman dunia tanpa sempadan ini umat Islam amat terganggu dengan pelbagai perbezaan pendapat di kalangan agamawan serta permusuhan peringkat ulama malah membawa kepada peperangan Negara kerana Mazhab!

Namakan apa sahaja mazhab dan fahaman, termasuk Syiah semuanya akan mengatakan diri mereka betul dan ia perkara yang tepat dalam berdakwah.

Apa yang tidak perlu dikatakan adalah orang lain salah. Lebih lagi cara mengatakan orang lain salah itu teramat kasar, serta sedikit tidak islamik jauh mengikut sunnah Baginda SAW.

Mufti membuka aib orang lain dalam FB, apakah ini sifat Rasulullah SAW dalam menegur?

Agamawan cabar mencabar berdebat? Nabi pernah berdebatkah?

Bagi orang Islam yang tidak belajar di Arab, kami makin dipeningkan dengan pelbagai istilah serta bahasa Arab yang sukar meresapi kedalam jiwa.

Kadang-kadang saya terfikir, jika Nabi SAW diturunkan ke Negara China apakah AlQuran dalam Bahasa Arab atau Cina? Jika Arab kenapa dan jika Cina kenapa?

Secara logiknya, seorang pengutur akan nampak amat pandai jika dia menggunakan bahasa saintifik ie bahasa engineer bahasa bisnes,  bahasa akaun, bahasa sains, bahasa Doktor, bahasa undang-undang dsb.

Tetapi dalam dakwah malah dalam Islam, pengutur tidak perlu nampak pandai dan menggunakan istilah Arab kerana ia gagal meresapi dalam jiwa, faham, tapi tidak masuk kedalam hati berbanding dengan bahasa lidah.

Sebagai orang Islam, kita hanya wajib percaya dan beriman pada enam perkara.

(1) Beriman kepada ALLAH SWT
(2) Beriman kepada Malaikat-malaikat
(3) Beriman kepada Kitab-kitab
(4) Beriman kepada Rasul-rasul
(5) Beriman kepada Hari Kiamat
(6) Beriman kepada Qada dan Qadar

Mazhab hanyalah alat atau cara atau kaedah untuk kita melakukan yang enam ini. Selagi kita tidak terpesong dari yang enam ini kenapa perlu diperbesarkan hingga berperang, hingga kafir, hingga laknat, hingga neraka menjadi mainan, hingga Padang Masyar menjadi modal dsb?

Wahabi sendiri bukan Mazhab tetapi mampu menjadi duri dalam daging kepada orang Islam hingga di haramkan di Pakistan. Kenapa?

Wahabi tidak salah, 4 Mazhab tidak salah, semua tidak salah dan hanya satu sahaja betul iaitu AlQuran.

Kenapa kita fokus kepada salah yang banyak ini dan tidak fokus kepada satu yang betul. Kenapa?

Pengasas Wahabi sendiri iaitu Al-Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab Al-Tamimi sendiri berjuang demi menegakkan AlQuran yang satu, Islam yang satu, Allah yang satu dan Nabi yang satu!

Tindakan beliau drastik atau kasar kerana ia perkara serius semasa itu hingga membawa kepada "penyembahan" batu dsb.

Jika perkara itu tidak serius, beliau tidak akan bertindak komunis dan akan memberi kebebasan kepada umat Islam untuk beribadat kepada Allah dengan cara mereka.

Sepertimana Mazhab, Sunni dan Syiah, Wahabi juga bermasalah yang sama iaitu cara pengikutnya.

Pengikut Wahabi gagal mencapai semangat dan perjuangan Muhammad bin Abdul Wahab sehingga lahirnya ENSIKLOPEDIA BIDAAH!

Tebal, sangat tebal malah beribu perbuatan orang Islam di jatuhkan hukum bidaah.

Malah secara keterlaluan mereka jatuhkan hukum kafir, syirik, murtad, neraka dan sebagainya.

Sekali lagi, Rasulullah SAW sendiri menegur dengan adab, kenapa kita baik Wahabi, 4 Mazhab, tidak menegur dengan adab.

Pengikut yang salah, Wahabi tidak salah, 4 Mazhab tidak salah.

Apakah Muhammad Bin Wahab, Hanbali, Hanafi, Maliki dan Syafie ajar kita atau pernahkah mereka sendiri menjatuhkan hukum kafir, syirik, murtad, lagi-lagi neraka kepada orang yang salah itu?

Apakah Muhammad bin Wahab fokus kepada perkara kecil dalam ibadah orang Islam ala komunis tidak benarkan selain dari itu?

Saya ambil contoh, Qunut!

Kecil sahaja masalah Qunut. Nabi tidak buat.
Kalau kita buat apakah ia dilarang AlQuran? Apakah ia berdosa, dan buruk semata-mata? Apakah ia mengubah taklik syahadah serta akidah kita?

Masalah Tahlil/Talkin. Nabi tidak buat. Kalau kita buat apakah berdosa, atau tidak dapat pahala.
Kalau kita buat apakah ia dilarang AlQuran? Apakah ia berdosa, dan buruk semata-mata? Apakah ia mengubah taklik syahadah serta akidah kita?

Masalah bersanding, bertunang, dll. Nabi tidak buat. Kalau kita buat apakah berdosa, atau tidak dapat pahala.  Kalau kita buat apakah ia dilarang AlQuran? Apakah ia berdosa, dan buruk semata-mata? Apakah ia mengubah taklik syahadah serta akidah kita?

Masalah Facebook, Komputer. Nabi tidak buat. Kalau kita buat apakah berdosa, atau tidak dapat pahala. Kalau kita buat apakah ia dilarang AlQuran? Apakah ia berdosa, dan buruk semata-mata? Apakah ia mengubah taklik syahadah serta akidah kita?

Masalah sudu, garpu, periuk nasi elektrik. Nabi tidak buat. Kalau kita buat apakah berdosa, atau tidak dapat pahala. Kalau kita buat apakah ia dilarang AlQuran? Apakah ia berdosa, dan buruk semata-mata? Apakah ia mengubah taklik syahadah serta akidah kita?

Masalah kereta, kapal terbang dll. Nabi tidak buat. Kalau kita buat apakah berdosa, atau tidak dapat pahala. Kalau kita buat apakah ia dilarang AlQuran? Apakah ia berdosa, dan buruk semata-mata? Apakah ia mengubah taklik syahadah serta akidah kita?

Asasnya mudah kenapa perlu dirumitkan?

Baiklah.

Saya boleh terima apa sahaja anda mahu kata termasuk menggunakan kaedah bukan Nabi SAW atau kaedah komunis dengan memanggil saya kafir, jahil, murtad, syirik, bodoh, pergi belajar agama, Syiah dll.

Tapi satu sahaja saya minta kita fikirkan.

Bila 4 Sahabat memerintah ikut cara dan kaedah masing-masing, adakah mereka menyerang cara Sahabat lain?

Bila 4 Imam jalankan ibadah ikut cara dan kaedah masing-masing, adakah mereka menyerang cara Sahabat lain?

Adakah mereka menyuruh pengikut mereka ketika itu menyerang orang lain?

Ini masalah pengikut Wahabi!!! Bukan Wahabi, asas Wahabi itu betul, tapi pengikutnya salah.

Pengikut Wahabi suka menyerang orang lain, jauh lebih suka berbanding orang lain.

Itu salah Wahabi kerana pengikutnya suka menyerang!

Pengikut Mazhab yang empat walau banyak berbeza, jarang serang satu sama lain.

Sebagai contoh, perempuan Bangladesh Mazhab Hanafi tidak sunat, adakah pengikut Mazhab Syafie serang orang Bangla dan katakan mereka anak haram kerana perempuan mereka tidak bersuci dengan sempurna kerana tidak sunat?

Contoh lagi, Mazhab Syafie baca Qunut, apakah Mazhab di Arab Saudi serang dan menjatuhkan hukum tidak sah solat subuh di Mekah?

Semua tidak menyerang, tapi pengikut Wahabi begitu ekstrem menyerang dengan keras ala adat Arab bukan adab Rasulullah SAW!

Saya tidak berkata disini Wahabi salah, saya kata yang betul AlQuran.
Kenapa dicari 10000000001 perbezaan tetapi tidak pedulikan satu persamaan!

Lebih dari itu, saya tidak kata tahlil wajib, Qunut wajib, bersanding wajib, apa yang saya katakan jika ia lebih banyak baik dari buruk tidak perlu diperbesarkan, jika mampu buat, jika tidak, tidak perlu buat.

Saya tidak pernah tahu ada orang dipenjarakan atau di gelar kafir kerana tidak buat tahlil, tidak baca talkin, tidak baca Qunut(saya sendiri sudah 10 tahun tidak baca Qunut), dll.

Tetapi saya tahu ramai digelar kafir, syirik, bidaah dll hanya kerana baca Qunut, Tahlil, Talkin dll.

Wallahualam.

PS: Dakwah terbaik adalah kepimpinan melalui tauladan. Jika lihat pada permusuhan orang Islam hari ini yang suka menyerang dan berdakwah ala komunis, orang Bukan Islam tidak akan masuk Islam jika mereka tidak lihat pada keindahan AlQuran oleh Allah.

No comments: