ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Saturday, February 13, 2016

Siapa Pandai Jaga Anak?

Selepas Tuan Haji Saiful Nang berkongsi artikel tentang anak-anak yang bermain kapal terbang dan "air" hingga masuk kedalam makanannya dimana didakwa ibu bapa buat tidak tahu, semua berlumba-lumba mahu membicarakan tentang "anak nakal".

Sepertimana Ulama dan Ustaz, ibu bapa masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing betul dimana yang jelas betul atau tidak tetapi kaedah "sampai, jawab dan penulisan"salah bawa lebih banyak perkara negatif dari positif.

Tidak Saiful Nang, tidak saya, tidak anda, malah tidak pakar sekalipun mampu benar-benar yakin kita betul dalam mendidik anak melainkan Allah SWT.

Sebagai contoh ibu bapa kita begitu bengis kerana pernah merasa keperitan kekejaman Jepun, keangkuhan penjajah British dll, maka (kita)anak-anak dididik dari pengalaman ibu bapa.

Apakah cara ibu bapa kita betul? Jika betul kenapa kita semua tidak ikut cara mereka?

Jawapan dia mudah. Physcology membuktikan seorang anak akan cuba elak ulangi "kesilapan" ayahnya walau kesilapan itu sekadar anggapan dan mereka akan tauladani sifat betul ibu bapa mereka, walaupun ia bukan betul sepenuhnya.

Ibu bapa hari ini sebenarnya menghadapi cabaran lebih mencabar dalam mendidik anak-anak.

Perang keatas kita hari ini bukan datang secara berhadapan dan bukan perang fizikal seperti yang dihadapi ibu bapa kita.

Perang hari ini adalah perang minda, perang jiwa dan perang globalisasi yang menyerang sekaligus menjajah secara halus.

Ibu bapa "clueless" kaedah didik anak berjaya bukan di dunia sahaja tapi lebih penting berjaya di akhirat kelak.

Kita boleh melihat kebrorokan dan kecurangan masyarakat kita mencuri, menipu, rasuah, salah guna kuasa dan lain-lain yang mana ia pasti menyedihkan ibu bapa mereka di bawah sana kerana saya lebih dari pasti, ibu bapa mereka tidak pernah mengajar mereka menyakiti orang lain dengan apa jua cara.

Saya sendiri bapa kepada 3 anak lelaki yang buas. Pada yang mempunyai anak lelaki lebih dari 3 tanpa ada anak perempuan mungkin anda akan faham bila saya mengatakan "buas".

Menilai dari satu sudut positif selamat yang "standard", kami 6 beradik begitu patuh pada Emak dan takut kepada Abah.

Bila pergi kerumah orang kami akan duduk berenam, tidak bangun dan tidak bermain kecuali diarahkan.

"Budak Baik", "Baiknya Anak", "Pandainya" adalah antara pujian yang sering kami perolehi.

Sebagai anak paling kecil, saya ada kesukaran mengikut perintah, tapi sering ditegah oleh abang dan kakak.

Justeru tanpa saya sedari saya membesar dengan memenuhi spefikasi adik beradik dan anggapan ibu bapa sedangkan jiwa saya bukan begitu.

YA! Cara ajar anak berbeza-beza kerana jiwa anak-anak kita tidak sama.

Jika kita mempunyai anak yang sopan dan makan beradab di Kedai Makan, tidak bermakna anak orang lain juga mempunyai jiwa yang sama dan harus ikut "adab" Melayu itu.

Ibu bapa yang punyai anak yang "kurang ajar" kata orang atau lebih tepat bising, tidak boleh duduk diam, gatal tangan, makan bersepah, melalak, dll anda sebenarnya bertuah.

Saya kongsi satu kata ulama sejati;

"

Allah jadikan setiap manusia kelebihan dan ia berbeza antara satu sama lain sepertimana DNA kita.

Bila kita jumpa kelebihan dan kekuatan kita masing-masing, maka tiada apa yang boleh hentikan kita dari berjaya di dunia ini.

Allah juga jadikan kita dengan kekurangan masing-masing, dan ia juga berbeza antara satu sama lain sepertimana cap ibu jari kita.

Bila kita jumpa kekurangan kita dan perbaiki, maka tiada apa yang boleh hentikan kita dari berjaya di akhirat kelak.

"

Bila ibu bapa menegah anak mereka dari "explore" dengan kaedah mereka, maka secara tidak langsung ada kemungkinan anak mereka akan hidup selama-lamanya untuk hidup bawah tanggapan ibu bapa dan berusaha memuaskan hati mereka.

Pengalaman saya berkahwin dan mempunyai keluarga mertua yang sedikit berbeza.

Kakak ipar saya seorang Doktor dalam kalangan saudara semasa kecil dikenali sebagai seorang anak perempuan yang tiada masa hadapan kerana nakal, suka usik barang di rumah orang dll dan tidak ditegah ibunya.

Mungkin ibunya mahukan anaknya mempunyai daya ingin tahu dan tekad yang kuat dan tidak berhasrat membantutkan perkembangan minda itu.

Wallahualam.

Mungkin ibunya betul, mungkin emak saya betul. Pada saya dua-dua betul mengikut karakter anak masing-masing kerana Allah cipta manusia dengan kelemahan yang berbeza antara kita sama lain. Apatah lagi, ada juga ibu bapa yang bengis berjaya mendidik anak menjadi Perdana Menteri seperti Cikgu Mohamad mendidik Tun Dr Mahathir.

Terang lagi bersuluh, cara mendidik anak berbeza mengikut karakter, pembawaan, sifat semulajadi karuniaan Allah dsb justeru tiada siapa yang betul DAN;

Yang pasti, pada saya tiada siapa yang salah selagi anak kita tidak usik dan menyusahkan hidup orang lain dari kecil hinggalah dia “mati”.

DAN kalau setakat terkena sedikit pada orang dewasa tanpa membahayakan nyawa mereka, saya berpendapat ia lebih indah jika orang dewasa tersebut boleh menunjukkan contoh pada anak kecil ini iaitu contoh kemaafan dan jiwa besar.

Tujuan saya menulis artikel ini bukan untuk mempertahankan diri saya dari orang yang tidak boleh melihat "kebuasan" anak saya, dan sikap saya membiarkan mereka "explore" satu Mid Valley waima satu "Masjid" sekalipun.

Tetapi saya menulis agar ibu bapa yang terkena tempias kritikan ibu bapa anak "skeptikal' ini tidak mengubah cara mendidik anak semata-mata kerana masyarakat mahukan anak kita dididik cara mereka sedangkan jiwa anak kita Allah jadikan berbeza-beza.

Itu sahaja.

Oh ya, kepada pemilik kedai dan pengunjung kedai lain, nombor kereta saya 5777 dan anak saya 3 orang lelaki berumur 8, 5 dan 3 tahun. Jika anda tidak suka "anak buas" saya makan di kedai anda atau di sebelah meja anda, bolehlah letak notis larangan atau menegah saya masuk kedai. Asalkan dia tidak usik dan kacau orang lain, saya hanya mahukan anak saya belajar setiap detik, itu sahaja.

Mustaqim Abdul Rahman-tanpa niat menghina dan merendahkan sesiapa.

PS: Saya sering melihat anak muda yang begitu "beradab" salam dan cium tangan orang yang lebih tua, tapi mereka menarik tangan orang ke mulut mereka, kerana mereka disuruh ibu bapa tanpa memahami kenapa? Ada juga yang hanya salam bila diperhatikan sahaja.

Tidak seperti kita dahulu yang tunduk 90% semasa salam orang lebih tua dahulu dan akan salam samada diperhatikan atau tidak.
              

No comments: