ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Wednesday, February 17, 2016

Ayah Mertuaku Dahnil Si Kumbang

Hakikatnya blog ini tidak ramai pengikut, justeru untuk mendapat 100 view saya perlu share di FB. Jika tidak share, maka jumlah pembaca hanya kurang 10 orang.

Saya tidak berkecil hati, kerana saya tahu Melayu memang malas baca. Ini adalah fakta, dalam Bas dan Train, dari 1000 Melayu susah jumpa seorang dengan buku, dan dari 10 Cina pasti akan jumpa 2-3 orang dengan buku.

Tajuk kali ini pun bukanlah sesuatu yang mahu saya share, sebaliknya, saya sekadar mahu mengadu pada Allah dan mencatat demi kenangan.

Ayah Mertuaku Dahnil Si Kumbang.

Saya bukanlah menantu yang baik jauh sekali dari gelaran pejaya yang hebat. Lebih jauh dapat membantu Ayah dan Ibu Mertua dengan wang ringgit.

Tapi saya orang agak sentimental dari segi hubungan sesama manusia. Mungkin ia kesan dari sedekah AlFatihah dan AlIkhlas kepada semua yang kenali diri ini setiap hari.

Malam ini saya tidak boleh tidur dan agak gelisah dan ia kali kedua selepas 18 tahun. Pada 6 Nov 1998, Khamis malam Jumaat, perasaan sama juga menyerang kerana pada malam itu saya kehilangan seorang Abah.

Proses yang cepat, tidak diduga serta menyentap kami dalam keadaan tidak bersedia amat menyakitkan, dan takut ia berulang.

Bezanya, pada Abah, saya anak, lagi-lagi anak Lelaki, justeru suara saya ada beratnya.

Petang tadi saya melawat beliau di Hospital.

Batu karang akibat Gastrik berpanjangan katanya.

Dan mungkin esok perlu dibedah atau di laser atau di tebuk dll kemungkinan.

Soalan pertama saya tanya pada beliau adalah keadaan jantungnya. Ok, jawabnya!

Abah dimasukkan Hospital 3 hari sebelum meninggal kerana ulser usus yang bengkak akibat Gastrik,
Pada Khamis Doktor menjalankan proses laser atau tebuk saya tidak berapa ingat.

Tetapi, bila badan Abah mahu "recover", jantungnya terlalu lemah. Dan dia meninggal pada malam itu.

Cerita lebih kurang selepas 18 tahun ini menakutkan saya, apakah saya akan kehilangan Ayah Mertua esok selepas dibedah?

Saya mahu mengarahkan semua beras dan ipar Solat Hajat pada malam ini, tetapi siapalah saya.

Justeru saya diamkan.

Sebab itu saya gelisah.

Ya Allah, kau berilah rahmatMU pada Dahnil Si Kumbang. Samada KAU sihatkan, atau sakitkan, atau ambil dia, yang kami harap adalah rahmatMU untuk beliau.

Kerana hanya dengan rahmatMU manusia boleh masuk ke SyurgaMU.

1 comment:

Anonymous said...

semoga diberi kesembuhan pd ayah mertua encik. aamiin,