ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Monday, October 19, 2015

Sultan Selangor Titah Keluar Malaysia Serta Merta?

Tidak!!!

Sejak merdeka, Selangor adalah Negeri yang paling kaya dalam United States of Malaysia.

Lebih lagi bila Perdana Menteri Malaysia yang baru Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Malaysia bukan lagi Negara Pertanian tetapi Negara Industri dimana 90% kilangnya terletak di Selangor!

Berjuta anak Malaysia dari Johor, Kelantan, Sabah, Kedah dll datang "merampas" kekayaan di Selangor sekaligus menafikan hak anak jati Selangor sendiri.

Hasil beratus jenis cukai, hasil pelaburan, hasil hartanah dan hasil alam seperti air menjadikan Selangor tetap unggul sebagai Negeri paling kaya sejak 1957.

Kuala Lumpur yang merupakan milik Selangor kemudian "dikorban" kepada Malaysia. Begitu juga WP Putrajaya.

Tetapi, PERNAHKAH Selangor sekalipun berkata ia mahu keluar dari Malaysia apatah lagi apabila segala hasil kekayaan dan kuasa di Selangor direbut anak Johor, Sabah, Kelantan dll?

TIDAK!

Hasil Kekayaan Selangor terus disalurkan kepada Negeri-Negeri besekutu Malaysia termasuk Johor yang semakin galak mahu keluar dari Malaysia.

Untuk rekod, Sultan Selangor memiliki kekayaan hasil dari penjualan tanah WP KL, dan Putrajaya hampir 40 tahun sebelum Sultan Johor menjadi kaya hasil penualan tanah di Iskandar.

Pernahkah walau sekali Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Alam Shah dan kini Sultan Idris Shah ataupun Baginda Tunku Putera Tunku Amir mengeluarkan kenyataan Selangor mahu keluar dari Persekutuan Negeri-Negeri Bersekutu yang membentuk Malaysia?

KENAPA TIDAK Pernah?

Kerana DYMM Sultan Selangor dan keluarga Baginda teramat bijaksana dan sedar kekayaan bukanlah segala-galanya sebaliknya adalah perpaduan Islam, keamanan dan pengorbanan demi Allah SWT.

Tahukan anda jika DYMM Sultan Selangor mengeluarkan Selangor dari Malaysia, apakah akan jadi pada Malaysia?

Apa akan jadi pada Johor jika Selangor keluar dari Malaysia pada zaman kegemilangannya pada 1990-an dengan terpacunya Cyberjaya dan Putrajaya?

Apa akan jadi pada Kelantan, dan Sabah yang memiliki hasil minyak itu?

Ya! Mereka akan miskin, mungkin tidak semiskin Negeri tanpa minyak, tapi perlu ingat adanya undang-undang antarabangsa berkenaan hak milik Minyak seperti UCLA, UCLOS dll.

Sebab itu Kerajaan Kelantan tidak berjaya peroleh hasil gas mereka sendiri.

Kerana undang-undang PBB jelas katakan hasil perairan dimiliki Negara Berdaulat dan Ahli UN jika tidak ia milik UN.

Nasib baik Malaysia ada Selangor dan ada pula Sultan yang begitu baik dan setia tanpa perlu pong pang sana dan sini.

Sebagai anak jati Selangor, saya paling menyampah bila YDP PBT termasuk Datuk Bandar **DBKL bukan anak jati Selangor dan banyak anak Penang dan zaman Mahathir banyak anak Kedah.

Tetapi, saya taat setia pada Sultan saya dan kami percaya bahawa bumi ini dan segala hasilnya adalah milik Allah bukan milik kenegerian. Kalau Selangor keluar dari Malaysia, ya, Selangor akan kaya seperti Brunei tetapi apa gunanya kekayaan jika saudara dan jiran seagama dan sebangsa lain kelaparan????????????

Kesimpulannya, saya berharap kita kekal sebagai Negara Malaysia dan tidak perlulah membuat kenyataan mahu keluar dari Malaysia kerana ia mengguris hati anak Selangor yang kaya tetapi rakyatnya miskin seperti kami.

Lagipun, sudah cukup perpecahan Islam yang terjadi di Arab. TMJ bukan sahaja bakal Sultan Johor dan Ketua Agama Islam Johor tetapi juga mungkin bakal YDP Agung dan Ketua Agama Islam Malaysia.

Nasihat saya, bukan utamakan Johor, utamakan Islam dan Agama ALLAH, kerana kedudukan itu dikurniakan oleh Allah kepada insan bernama Ismail bergelar TMJ bersebab dan bermunasabab. Ingat dandiar.

** Dalam perjanjian penjualan Kuala Lumpur pada Kerajaan Persekutuan pada 1 Feb 1974 adalah jelas mengatakan Datuk Bandar Kuala Lumpur mestilah Anak Jati Selangor!!!!

No comments: