ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Monday, October 26, 2015

BR1M Naik RM 50, Saya "sokong" Najib Razak

Alhamdulillah.

Syukur pada Allah dengan kenaikan RM 50 BR1M untuk menggantikan kenaikan tol RM 10 sehari, cukai GST purata RM 100 sebulan dan juga kenaikan harga barangan yang semakin tidak terkawal.

Syukurlah Malaysia masih aman. Mungkin kita perlu tunggu tidak aman baru kita bertindak.

Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, jumlah RM 2.6 billion yang hilang tidak banyak dibandingkan dengan kuasa mengurus wang tunai beratus billion ringgit setahun.

Salah Najib bukan RM, bukan TPPAM bukan tidur, bukan RM 2.6 billion atau 100 trillion pun, salah Najib adalah kerana ia banyak kali kedapatan berbohong kepada rakyat.

Tidak pernah terjadi manifesto BN tidak dilaksanakan.

Sebagai ahli politik, berbohong adalah satu kemestian dan keperluan, tetapi sebagai pemimpin, berbohong adalah amat ditegah.

Jika Najib berbohong dalam UMNO terpulanglah pada UMNO untuk menilainya

Najib berbohong kepada rakyat Malaysia, itulah satu dosa yang tidak mampu dimaafkan kerana sekali sudah berbohong, tiada dua lagi sudah.

Jadi, sekali lagi kerana takut ditangkap SOSMA, saya isytihar "sokong" Najib dan undi Najib kerana BR1M keluar dari poket beliau. :)

No comments: