Sejak sebulan ini saya paling risau menulis perkara berkaitan Najib.
Sebab, saya sebesar hama ini boleh ditangkap atau mungkin lebih teruk jika mengikut logik, VIP seperti Datuk Khairuddin dan terkini Mathias Chang disenyapkan dengan SOSMA, kalau saya mungkin di lebih teruk lagi. Mohon IGP dan PDRM jangan tangkap saya.
Apakah mungkin, tulisan saya berkaitan Najib Razak boleh dianggap sebagai ancaman IS atau Terrorist untuk menjatuhkan Kerajaan Demokrasi yang dipilih rakyat.
Takut!
Tapi itu tentang Najib Razak.
Mungkin saya tidak akan ditangkap dibawah SOSMA jika saya menulis tentang Yahudi, kerana Malaysia bukan dibawah telunjuk Kerajaan Yahudi.
Benarkan? Mungkin, Benarkah?
Pada tahun 2005, saya diarahkan oleh Fujitsu (M) Sdn Bhd-majikan saya, untuk ke Menara Choy di Bulatan Rothman dimana sebuah Syarikat Com*** menghadapi masalah sistem.
Akaun tersebut diperoleh Syarikat IT Services EDS dan di assign kepada kami di Fujitsu.
Dalam tugas itu, saya perlu berhubung terus dengan HQ Syarikat tersebut di Israel dimana saya diberi lebih sepuluh "rakan" IT dalam sistem yang sama yang berbangsa Yahudi dan berpusat di Tel Aviv.
Saya boleh berkerja dengan mereka tetapi saya perlu katakan pendirian saya, lalu saya menghantar email kepada semua yang berkenaan di Israel, cc kepada Bos saya di Fujitsu dan Account Manager di EDS.
Saya katakan, saya tidak bersetuju dengan apa yang mereka buat pada Palestin. Dan saya kutuk kekejaman mereka walaupun ia bukan mereka tetapi kerajaan Zionis, tapi merekalah yang undi kerajaan itu sepanjang 50 tahun ini.
Esoknya, saya digantung kerja sebelum dipanggil semula dengan "cap" terroris atau AlTaliban oleh "Management" saya yang kebanyakannya Cina. Tidak mengapa kerana mereka tidak memahami, tapi penting untuk saya katakan pendirian saya sebelum "kami" berhubung.
Seminggu kemudian, Fujitsu batalkan kontrak tersebut dan saya perlu menghadapi beberapa "screening" oleh pengurusan.
Itu cerita saya.
Najib Razak tidak bersalah dan tidak berdosa jika bersapa dan bergambar dengan Benjamin Netahanyu. Tetapi beliau perlu katakan pendirian Malaysia tentang Israel dan kekejaman mereka terhadap Palestin.
Kegagalan berbuat demikian boleh ditafsir secara rambang oleh Negara Islam seluruh dunia bahkan Negara Bukan Islam juga.
Malahan di Malaysia sendiri timbul pelbagai spekulasi dan teori berkisar dari Gambar tersebut hingga digambarkan oleh Akhbar Israel Times sendiri sebagai kerjasama/hubungan baru antara Israel dan Malaysia dan Islam?
Antara teori konspirasi dan spekulasi di Malaysia termasuk;
Apakah Malaysia kini di perintah Yahudi secara proksi?
Apakah peranan Yahudi terhadap Malaysia?
Apakah Israel yang terletak dalam Benua Arab yang menderma RM 2.6 billion itu?
Apa yang Yahudi mahu dari Malaysia? Dan banyak lagi persoalan yang timbul dari sekeping gambar dengan penjelasan yang tidak jujur kerana tingkah yang dirahsiakan.
Saya tidak berkata tentang 1MDB kerana masih takut, tapi saya katakan NAJIB RAZAK adalah PERDANA MENTERI MALAYSIA PALING -tertaik DALAM SEJARAH. Bukan kerana isu 1MDB ataupun derma 2.6 billion, tetapi kerana - anda guna imaginasi anda.-Typo - tertaik=terbaik
Ramai percaya Najib telah gagal sebagai pemimpin rakyat Malaysia sebaliknya hanya Presiden Parti UMNO yang(jika saya tulis yang apa ia sudah diluar topik jadi gunakan imaginasi anda masing-masing UMNO yang apa?)
NAJIB RAZAK dan YAHUDI, jika jumpa mereka berdua jangan pukul mereka tetapi pukul diri sendiri anda dahulu!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment