Dulu, Mantan Perdana Menteri pernah tewas dalam pemilihan perwakilan UMNO kawasan Kubang Pasu, kubu kuatnya sendiri.
Beliau merungut, maruah Ahli UMNO hanya semurah RM 200 sahaja, tetapi saya tidak percaya!
Hari ini, Kerajaan beli lagi maruah orang Melayu penjawat Awam sebanyak RM 500 sahaja, malah ditambah RM 50 harga maruah penerima BR1M sedangkan kenaikan tol sehari sahaja di KL sudah RM 10.
Itulah sahaja nilai maruah orang Melayu, semurah RM50, RM 200 atau RM 500, mereka sanggup gadai Negara.
Diharap, orang Melayu penerima BR1M dan penjawat awam mempertahankan maruah mereka dengan tetap menentang kebatilan dalam kerajaan dan juga tidak undi BN selagi RM 2.6 billion tidak dijelaskan dimana!
Dalam FB semua penjawat awam bergembira dan ada yang sudah mula menunjukkan sokongan kembali kepada Najib Razak. Walaupun sekadar berkata, sudahlah sengketa, kita fokus pada pembangunan Negara.
Masalah Najib Razak bukan RM 2.6 billion. Nilai 2,600 juta ini terlalu sedikit dibandingkan dengan pendapatan Kerajaan yang diurus beliau. Kutipan cukai sahaja RM 140 billion setahun, kutipan GST sahaja RM 40 billion setahun, KWSP, Khazanah, Petronas dll angka 2.6 billion macam Najib Razak hilang 5 sen sahaja.
Masalah Najib Razak bukan Rosmah Mansor.
Masalah Najib Razak bukan TPP, bukan Amerika, bukan APCO, bukan 2.6 billion, bukan itu dan bukan ini.
Masalah Najib Razak satu sahaja, menipu! Ya, beliau banyak kali kantoi berbohong!
Menipu dan berbohong adalah perkarab biasa untuk ahli politik, tetapi sebagai pemimpin, ahli politik perlu memimpin dan tidak boleh menipu dalam kepimpinan Negara, dalam kepimpinan Parti terpulang pada ahli parti untuk hukum.
Kemudian, menipu ini dibuktikan oleh semua termasuk peribahasa Melayu,
"Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri!
Dan saya sambung peribahasa Melayu ini.
"Dari pencuri jadi perompak, dari perompak jadi perosak ATAU Lu PK Sendiri!"
Kuasa terlalu banyak pada Najib Razak dan beliau....saya takut ditangkap SOSMA atas kesalahan menjatuhkan Kerajaan Demokrasi!
Jadi saya akhiri artikel ini, UNDILAH Najib Razak kerana gaji dan RM 500 semua dibayar dari poket beliau. Sokongan ini confirm tidak kena SOSMA tapi kena ROSMA.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment