ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Monday, October 19, 2015

Kalau Tak Tipu Bukan Cina! ATAU Kalau Tak Tipu Bukan Melayu!

Sejak kecil, Abah selalu cakap, kalau tak tipu bukan Cina walaupun Emak berbangsa Cina, dia tidak membantah.

Mungkin itu pengalaman Abah yang masak dengan Cina sebagai kawan, musuh, kekasih dan isteri. Untuk rekod Abah pernah dilokap 48 jam kerana terlibat dengan pergaduhan 13 Mei 1969.

Ketika membesar, Uncle Ah Hock, Robert, Kiki, dan Kock Hin menghiasi Tahun Baru Cina dalam kalendar hidup saya.

Kata Abah ada kebenaran jika diukur dari cara masyarakat Cina menjalankan perniagaan berbanding orang Melayu yang patuh pada ajaran islam ketika itu. Cina tidak ada hukum hakam Islam yang menegah mereka berjudi, minum arak, mengamalkan riba, menipu harga dan kos dll.

Orang Melayu ketika itu jujur, senantiasa memulangkan baki, tidak akan ambil untung melebih seganda kerana riba, dan pelbagai lagi dan jika dibandingkan dengan Cina, pasti kena sembelih.

Hingga pada awal 90-an, perkhidmatan perniagaan Cina kurang popular kerana mahal, jauh lebih mahal berbanding Melayu. Jika harga kos alat ganti kereta itu RM 100, Cina akan caj RM 600 termasuk upah dan Melayu akan caj RM 300.

Bagi "menelan" senario itu, ada pepatah masyarakat yang mengatakan jika mahu baik perlu dapatkan dari pomen/pasang tiles Cina tetapi amat mahal berbanding Melayu.

Malangnya, pada lewat 90-an hingga kini, segalanya berubah.

Melayu ramai, terlalu ramai suka menipu.

Hinggakan pekerja Bangladesh saya berkata, di kalangan pendatang Bangladesh dan Indonesia, jika ada kerja yang ditawarkan pada mereka, soalan pertama sudah pasti Siapa Taukey, Melayu atau Cina?

Jika Melayu, mereka enggan kerana pada pekerja asing ini sudah popular di kalangan mereka, jika tidak tipu bukan Melayu.

Kontradiknya, pada mereka, Cina amat jujur. Cina pasti akan bayar upah mereka sesuai dengan keringat yang dtititik oleh kudrat mereka.

Melayu pula terus menipu, dan menipu seolah Allah tidak lagi wujud.

Malahan, saya pasti di FB, Mudah dll, ramai sudah berpengalaman dengan penipuan orang Melayu hingga ramai antara kita lebih rela menghantar kenderaan, memasang aircond dll dengan Cina berbanding Melayu.

Sah,

Kalau tak tipu bukan Cina, kini sudah jadi KALAU TAK TIPU BUKAN MELAYU.

Melayu PENIPU!

-Tamat-

No comments: