ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Wednesday, October 28, 2015

ASTRO Rosakkan Melayu Dengan Hiburan Terlampau - Versi English DiBawah

Astro merosakkan orang Melayu dengan meracuni minda mereka serta membantutkan pertumbuhan Melayu.

Terlalu banyak program Hiburan di Astro tanpa henti sepanjang tahun, setiap hari, setiap waktu pagi, petang dan malam.

Bermula AF, kemudian Gegar Vaganza, Ceria PopStar, Raja Lawak, Maharaja Lawak, Maharaja Lawak Mega, Super Spontan, Karoot Komedia X, kemudian ditambah dengan program TV3 seperti Mentor, Anugerah Lagu dan bermacam lagi.

Tidak cukup dengan itu, rancangan  gossip juga banyak seperto HLive, Meletop, Melodi, Teh Tarik, dan banyak lagi.

Mungkin ramai tidak perasan, ada beberapa program TV Discovery tidak menyediakan alih bahasa Melayu tetapi menyediakan alih bahasa Cina. Kenapa?

Kerana jumlah penonton Melayu dibandingkan dengan jumlah penonton Cina amat jauh untuk program bersifat pendidikan dan rencana ini.

Satu senario paling menarik adalah di KLCC kerana Pawagam Terbesar dan Gedung Buku Terbesar hanya dipisahkan oleh Tingkat 2-TGV dan Tingkat 3-Kounikuniya tetapi pintunya "bertentangan".
Kejadian yang berlaku setiap hari ini terlalu menarik dan boleh diletakkan didalam Buku Risalah Melawat Malaysia untuk dilawati dan dialami oleh pelancong.

Ia boleh dialami semasa kita menaiki eskalator ke Kounikuniya kita akan dapat melihat dengan jelas beratus anak Melayu dan tidak sampai sepuluh bukan Melayu beratur membeli tiket pawagam TGV.

Kemudian, kita akan merasai "pengasingan" kaum di mana di Kounikuniya beratus anak bukan Melayu dengan ibu bapa mereka ralat membaca buku di segenap pelusuk Gedung Buku itu.

Tiada Melayu, sedikit sahaja, diramaikan oleh pekerja Melayu di Gedung Buku itu. Ada beberapa yang datang hanya untuk membeli buku dan terus balik selepas itu.

Tahukah anda, di kala orang Melayu ralat menonton rancangan hiburan yang tidak berhenti ini ada rakan Cina saya yang belum habis berkerja. Selepas habis kerja jam 6, dia akan berjumpa dengan klien insurans dan perbankan hingga jam 12 malam.

Jam 1 tiba di rumah, dia tidak akan tidur sebaliknya ulang kaji pelajaran ie muzik, bahasa, peralatan, short course dll.

Jam 2 baru tidur dan alhamdulillah, nasib baik ada azan subuh mengejutkan mereka yang akan ke pejabat kembali jam 7.

Melayu terus ralit dengan hiburan.

Anak-anak kecil kita diracuni dan berada dalam keadaan yang membimbangkan.

Tidak dinafikan ada Melayu yang rajin, tapi kita bercakap mengenai mereka. Kita bercakap demi anak-anak kita. Mereka perlu membuat keputusan yang betul seawal usia 10 tahun bagi menghadapi masa depan yang lebih mencabar.

Saya harap Kerajaan, NGOk dapat mengawal lambakan hiburan khususnya jenakan yang keterlaluan dalam industri seni yang diperlukan untuk mengisi jiwa anak muda.

Jom ubah!!!

P.Ramlee= We need to fill our children soul with irama Melayu. If we fill it with others irama ie irama barat, Cina, India, Arab etc, they wont be Chinese, Arabian or Indiana far more they wont be Malay but they become something else with bad and negative attitude.

/////// -----------------------------------------------------------------------------------------------\\\\\\\\\

Astro has spoilt Malays and poison their young minds with too much entertainment. This hinder the  Malay growth.

There are to
many entertainment programs in Astro, unbelieveable it was non-stop entertainment for whole year. Each and every day, every morning, AM to PM!!!


Each year,
started with AF, then ExtraVaganza, 
Ceria PopStar, Raja Lawak, Maharaja Lawak, Maharaja Lawak Mega, Super Spontan, Karoot Komedia X, adding up with other Station entertainment program ie TV3 Mentor, Anugerah Lagu and many more.Not only that, many entertainment gossip programme like, Meletop, Melodi, HLive Teh Tarik, and more. 
For record and fact, if you do not notice there are quite a number of TV Discovery programme's that do not provide Malay Language subtitle but it provides Chinese subtitles only. Why?BECAUSE many non-Malay watch those Discovery Channel and many Malay do not watch it, they addicted to watch entertainment.

Government should put this interesting event or scenario happen in KLCC every single day
in Visiting Malaysia, tempat menarik brochure or advertisement for tourist.

This scenario happen in KLCC between Largest Cinema and Largest Book Store which only separated by Floor, Level 2 is TGV and Level 3 is Kounikuniya but their door is "facing" each other so their genre and benefit is "contradictory".

During a 5 second ride via last escalator to Kounikuniya, we will be able to see this fascinate view where clearly hundreds of Malays and less than 10 non-Malays were queing to buy Movie tickets.


At Kounikuniya, we or Tourist can experienced "pengasingan kaum" where hundreds of non-Malay children with their parents, non Malay youngster and adult are engross with their book for hours in every each corners of the bookstore.


There is no Malay there, only a few Malay that just go there to buy a book or two and left!If Malay did not notice, whilst they watching non stop entertainment at their cozzy home, many of my Chinese were busy doing triple job
. After finish daily work at 6, he will meet with his banking and insurance clients till 12 midnight.

1am he arrived home and continue his routine reading or revising his Violin study etc.2am he will go to bed and thanks God, there are Subuh Prayer to wake him up as he need to be ready for work at 7.


AND....Malay continued immerse in their TV entertainment.Malay Youngster and children are poisoned with tooooooo much entertainment.


I hope Government, NGOk, and other respective authorities for Malay will do something and monitor this massive pile of entertainment that destroy Malay from inside.


Jom UBAH!!!

Monday, October 26, 2015

BR1M Naik RM 50, Saya "sokong" Najib Razak

Alhamdulillah.

Syukur pada Allah dengan kenaikan RM 50 BR1M untuk menggantikan kenaikan tol RM 10 sehari, cukai GST purata RM 100 sebulan dan juga kenaikan harga barangan yang semakin tidak terkawal.

Syukurlah Malaysia masih aman. Mungkin kita perlu tunggu tidak aman baru kita bertindak.

Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, jumlah RM 2.6 billion yang hilang tidak banyak dibandingkan dengan kuasa mengurus wang tunai beratus billion ringgit setahun.

Salah Najib bukan RM, bukan TPPAM bukan tidur, bukan RM 2.6 billion atau 100 trillion pun, salah Najib adalah kerana ia banyak kali kedapatan berbohong kepada rakyat.

Tidak pernah terjadi manifesto BN tidak dilaksanakan.

Sebagai ahli politik, berbohong adalah satu kemestian dan keperluan, tetapi sebagai pemimpin, berbohong adalah amat ditegah.

Jika Najib berbohong dalam UMNO terpulanglah pada UMNO untuk menilainya

Najib berbohong kepada rakyat Malaysia, itulah satu dosa yang tidak mampu dimaafkan kerana sekali sudah berbohong, tiada dua lagi sudah.

Jadi, sekali lagi kerana takut ditangkap SOSMA, saya isytihar "sokong" Najib dan undi Najib kerana BR1M keluar dari poket beliau. :)

Saturday, October 24, 2015

Bajet 2015 : Maruah Melayu Dan Penjawat Awam Semurah RM 500

Dulu, Mantan Perdana Menteri pernah tewas dalam pemilihan perwakilan UMNO kawasan Kubang Pasu, kubu kuatnya sendiri.

Beliau merungut, maruah Ahli UMNO hanya semurah RM 200 sahaja, tetapi saya tidak percaya!

Hari ini, Kerajaan beli lagi maruah orang Melayu penjawat Awam sebanyak RM 500 sahaja, malah ditambah RM 50 harga maruah penerima BR1M sedangkan kenaikan tol sehari sahaja di KL sudah RM 10.

Itulah sahaja nilai maruah orang Melayu, semurah RM50, RM 200 atau RM 500, mereka sanggup gadai Negara.

Diharap, orang Melayu penerima BR1M dan penjawat awam mempertahankan maruah mereka dengan tetap menentang kebatilan dalam kerajaan dan juga tidak undi BN selagi RM 2.6 billion tidak dijelaskan dimana!

Dalam FB semua penjawat awam bergembira dan ada yang sudah mula menunjukkan sokongan kembali kepada Najib Razak. Walaupun sekadar berkata, sudahlah sengketa, kita fokus pada pembangunan Negara.

Masalah Najib Razak bukan RM 2.6 billion. Nilai 2,600 juta ini terlalu sedikit dibandingkan dengan pendapatan Kerajaan yang diurus beliau. Kutipan cukai sahaja RM 140 billion setahun, kutipan GST sahaja RM 40 billion setahun, KWSP, Khazanah, Petronas dll angka 2.6 billion macam Najib Razak hilang 5 sen sahaja.

Masalah Najib Razak bukan Rosmah Mansor.

Masalah Najib Razak bukan TPP, bukan Amerika, bukan APCO, bukan 2.6 billion, bukan itu dan bukan ini.

Masalah Najib Razak satu sahaja, menipu! Ya, beliau banyak kali kantoi berbohong!
Menipu dan berbohong adalah perkarab biasa untuk ahli politik, tetapi sebagai pemimpin, ahli politik perlu memimpin dan tidak boleh menipu dalam kepimpinan Negara, dalam kepimpinan Parti terpulang pada ahli parti untuk hukum.

Kemudian, menipu ini dibuktikan oleh semua termasuk peribahasa Melayu,

"Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri!

Dan saya sambung peribahasa Melayu ini.

"Dari pencuri jadi perompak, dari perompak jadi perosak ATAU Lu PK Sendiri!"

Kuasa terlalu banyak pada Najib Razak dan beliau....saya takut ditangkap SOSMA atas kesalahan menjatuhkan Kerajaan Demokrasi!

Jadi saya akhiri artikel ini, UNDILAH Najib Razak kerana gaji dan RM 500 semua dibayar dari poket beliau. Sokongan ini confirm tidak kena SOSMA tapi kena ROSMA.

Thursday, October 22, 2015

IndoneSIAL Bakar La Lagi!!!!

Asalnya Indonesia dan Malaysia adalah SATU.

Kemudian Perjanjian Inggeris Belanda dibuat dengan satu tujuan, tujuan yang sama memecahkan India kepada India, Bangladesh dan Pakistan supaya mereka lemah berpecah dan tidak bersatu.

Malangnya, Indonesia begitu nasionalis dirasuk Pancasila gemar menyerang Malaysia.

Sebut sahaja Malaysia, mereka gemar menggelar Malaysia, Malingsia, yang menghina Malaysia sebagai pencuri.

Saya kurang faham terma itu, kerana ia ditujukan pada Malaysia yang dikatakan mencuri tarian mereka, rendang mereka, batik mereka, dan kalau boleh Tuhan Allah mereka pun Malaysia curi gamaknya.

Malaysia tidak pernah kisah, walaupun semasa konfrontasi 1963 dahulu patung Tunku Abdul Rahman dibakar malah laungan GANYANG Malaysia merasuk ke jiwa anak muda Indonesia.

Sebab Malaysia tidak kisah, kerana Malaysia adalah adik yang bijak dan pandai, manakala Indonesia adalah Abang yang kurang cerdik. Selalu menggunakan emosi dan kekerasan dan suka menyindir dan mengejek hingga lupa cermin diri sendiri.

Itu Malaysia tapi bukan Islam.

Dalam Islam, salah perlu ditegur, tidak diubah melalui teguran, perlu kekerasan jika tidak boleh kekerasan maka kita berdoa pada Allah.

Dan sebagai orang Islam kita tiada sempadan Negara. Sekurang itu yang saya percaya, dan ia pasti berubah jika ia melibatkan keperluan pemimpin menjaga kedaulatan dan keselamatan Negara ie di Lahad Datu Sabah, oleh saudara seIslam Moro dan Sulu yang membunuh rakyat Malaysia Islam.

Sebagai Islam juga  kita percaya Indonesia layak dipanggil IndoneSIAL.

SEBAB;

Jerebu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

IndoneSIAL gemar memberi alasan tentang jerebu dan enggan akui kelemahan mereka.

Jika ia terjadi pada untuk 3 kali, dalam konteks jiran Negara kita boleh maafkan.

Tapi jerebu sudah berlaku sejak 2006, yakni hampir 10 tahun, atau 10 kali apakah setiap kali juga memadai dengan perkataan MAAF!?

Sikap keji Kerajaan Indonesia ini ditambah jijik dengan sikap asap mereka masuk kekawasan jiran tidak apa, bila jiran termasuk perairan mereka, mereka bakar kapal kita.

MAKA, selayaknya ia bukan Indonesia lagi ia layak dipanggil IndoneSIAL.

Setiap tahun, mereka bakar hutan mereka, bakar ladang-ladang kerana sebab yang mudah, jimat kos pembersihan ladang, kerja potong pokok, gembur tanah, kos racun serangga malah jimat kos baja.

Untuk 10 hektar tanah kos replantation membabitkan kos hingga RM 10,000 dan kos membakar hanya RM 10 sahaja.

Untuk ini, IndoeSIAL terus melindungi si durjana, dan penguatkuasa pula memakan rasuah.

Ia tidak berhenti disitu, pada mulanya kebakaran hanya di Kalimantan secara sengaja, dan kemudian ia merebak ke seluruh IndoneSIAL secara "Tidak Sengaja".

Alang-alang jerebu, kita pun bakar la ladang kita getus hati kecil Tuan Ladang 2 ekar ini.

Kalau Polisi datang, aku katakan saja ia terbakar semulajadi!

Inilah barah Rasuah di IndoneSIAL.

Barah rasuah yang kini bukan sahaja menyusahkan rakyat mereka sahaja, tetapi menyusahkan seluruh dunia.

Seorang JAWA kenalan saya bernama Suharto pernah berkata pada saya, jika mahu banteras rasuah di IndoneSIAL, jalannya hanya satu, iaitu semua rakyat IndoeSIAL yang berumur 5 tahun keatas dibunuh.

Saya tanya kenapa begitu zalim. Kerana katanya, budak sekecil 6 tahun pun sudah tahu ambil rasuah Jika tidak diberi rasuah mereka tidak mahu kekedai membantu ibu dan bapa mereka.

JEREBU bukanlah masalah alam semulajadi yang tidak boleh dicegah. Jika ia, kenapa hutan di Sabah dan Sarawak yang sama iklim tidak terbakar?

Kenapa Hutan Banjaran Titiwangsa, atau hutan Afrika tidak terbakar bila musim panas?

Titik panas yang terjadi adalah kerana kebakaran yang dimulakan secara sengaja dan ia merebak dibawah tanah menjadi suhu bawah tanah meningkat secara mendadak.

Dalam jerebu, matahari pun tidak nampak, bagaimana kebakaran boleh meletus dus dus sendiri jika ia tidak dijana oleh tenaga panas dari dalam tanah?

JEREBU + RASUAH = Jerasuah !!!

JERASUAH + Alasan = IndoneSIAL!

Kesimpulannya, IndoneSIAL, Bakar la lagi! Kalian bukan sahaja perlu menanggung di dunia, malah akan perlu tanggung di depan Tuhan kelak.

Supaya kalian tahu, banyak nota tuntutan kerugian, kematian dll yang akan dikemukakan pada kalian di akhirat kelak.

Salam Neraka dari Malaysia pada IndoneSIAL.

Yang Benar,

Mustaqim B. Abdul Rahman B. Mohd Nurut B. Fakeh Hayat B. *Tok Kando .
*Tok Kando lahir di sempadan Riau/Padang, Indonesia(kini Indonesial)

Wednesday, October 21, 2015

Dewan Bahasa Pustaka DBP BUNUH BAHASA MELAYU



Saya dan anda semua adalah pejuang Bahasa Melayu yang tulen.

Bukan Profesor, bukan Pensyarah, bukan DBP tetapi kita, kerana kita tidak dibayar gaji untuk berbahasa Melayu.

Bukan sahaja tidak dibayar gaji, kita korbankan imej kita dimata kaum lain dan juga kaum sendiri yang liberal.


Sehingga hari ini walaupun mahir berbahasa English, dan walaupun Bahasa Mesin lebih mudah difahami dengan English, kami tetap akan memilih Bahasa Melayu sebagai pilihan bila berurusan dengan vending machine ie ATM, CDM, Payment Machine milik Bank, Telco, dll.

Kenapa?

Kerana Bahasa Melayu perlu dimartabatkan oleh orang Melayu sendiri.

Cukupkah?

Tidak! Usaha kami ibarat meniup KLCC dari Selayang menggunakan mulut dengan harapan KLCC dapat merasai tiupan ini.

Usaha memartabatkan Bahasa Melayu perlu dimulai dengan mengakui kelemahan Bahasa Melayu dan sikap pemiliknya!

Apa?

Apa kelemahan Bahasa Melayu? Banyak. Kerana tiada bahasa yang boleh berdiri sendiri melainkan Bahasa tamadun awal yang mempunyai nahu, nahi serta kaya dengan grammar, frasa, dll ie Kakak Ipar, Abang Ipar, Pakcik Sebelah Bapa, Pak Cik Sebelah Ibu, Dia Lelaki Dia Wanita dll.

Kelemahan ini memerlukan bantuan dari Bahasa UTAMA dari 4 tamadun awal seperti English, Chinese, Indian dan sudah tentu Arab.

Kelemahan Pertama atau Utama atau Satu-
@Bodoh Sombong

Bahasa Melayu enggan menerima nahu dan frasa dari Bahasa lain sedangkan ia tidak mampu berdiri sendiri.

Kesedaran ini bermula sejak 1990 dimana jika kita campurkan Bahasa English kerana terpaksa dalam Bahasa Melayu kita akan dimarahi dan lebih malang apabila hari ini perkataan seperti inovatif, kreatif, budget dan semuanya telah dicampurkan kerana dalam diam penguturnya sedar kebodohan penguatkuasa Bahasa Melayu.

Bahasa Melayu bodoh sombong sedangkan mahu selesaikan pertama dan utama siapa lebih dulu pun salah!

Kelemahan Ke-2-
@Sikap

Sikap pemilik. Pemilik Bahasa Melayu mahu martabatkan Bahasa Melayu tetapi masih bertutur dalam Bahasa Utara, Slanga Kelantan dan Terengganu dll.

Jepun, bukanlah Bahasa Tamadun awal boleh berjaya dengan meminjam banyak frasa malah character Pingyu dalam Bahasa Cina.

Jepun juga tidak mempunyai slangan langsung. Hanya ada satu sahaja Bahasa pertuturan Jepun iaitu Bahasa Jepun.

Indonesia juga begitu. Indonesia mempunyai hampir 300 suku dengan 300 bahasa berbeza tetapi hanya menggunakan satu sahaja Bahasa iaitu Bahasa Melayu yang di Indonesiakan.

Tidak salah berslanga sebagai komunikasi bahasa pasar tetapi tidak sesekali boleh dijadikan bahasa Sebaliknya, orang Melayu menggunakan bahasa Slanga dalam Majlis Rasmi dan juga program TV seperti Ustan Don Daniyal, UAI, Astro 132 dll.

Indonesia juga sedar akan kesilapan membenarkan slanga Jakarta sepertu gue, lho kedalam program hiburan dan Majlis Rasmi natijah generasi muda tidak bangga berbahasa Indonesia lagi.

Kelemahan Ke-3
@Berlagak - Bahasa Sains

Tahukah anda Bahasa Inggeris yang hebat juga menerima terma Bahasa teknologi. Engine, screw, board, nail, mouse, migrain, hardware, software dan banyak lagi adalah terma sainskan dan teknologikan mengikut keperluan dengan makna yang berbeza.

Sebagai contoh, bila English mencipta "keyboard". Ia bukan merujuk kepada kunci kepada komputer!
Begitu juga hardware, ia tidak merujuk kepada kedai peralatan harware seperti tukul, sinki, simen dll.
Sofware tidak merujuk kepada perkakasan lembut seperti sponge ataupun kapas.

Malangnya Bahasa Melayu enggan terima terma ini  kerana ia dianggap Bahasa Suci yang hebat dan tidak boleh guna terma sains, terma teknologi, terma kewangan, terma undang-undang, terma jalanraya, justeru ia menterjemah TERMA sains dan teknologi kedalam Bahasa Melayu, sesuatu yang Bahasa Inggeris tidak lakukan.

Contoh, jika Bahasa Inggeris berlagak dan enggan terima terma sains dan teknologi maka software akan dipanggil computerware atau digitalware, engine akan dipanggil machine mechanical tool,  dan migrain akan dipanggil head pain with nerve tension.

Dan Bahasa Melayu, tetikus, papan kekunci, sakit kepala yang melampau, perkakasan lembut, pacu keras 3.5, pacu keras 5.5, tv komputer, pacu ibu jari dll.

Kelemahan Ke-4
@Penguatkuasaan Primer

Penguatkuasaan primer adalah amat teruk sekali.

Kita mahu martabat bahasa Melayu tetapi agensi utama undang-undang tidak mampu menggunakan Bahasa Melayu.

Skrip set undang-undang Malaysia diwarisi dari British, sejak itu ia tidak pernah diterjemah kepada Bahasa Melayu.

DBP menyuruh rakyat berbahasa Melayu tetapi bila membeli rumah, tiada satu pun Sales and Purchase agreement dan semua perjanjian jual beli bank dalam Bahasa Melayu.

Bank lebih bersifat serantau, dan memerlukan komunikasi tepat, cepat dan tinggi dan English adalah jalannya.

Menukar terma Bahasa Bank kepada Melayu akan melambatkan proses dan akibatkan kerugian tetapi boleh dilakukan.

Begitu juga bahasa undang-undang.

Kelemahan Ke-5
@Penguatkuasaan Sekunder

 Jika primer sudah tidak boleh dikuatkuasakan bagaimana mahu kuatkuasa sekunder?

Jika Ketua sudah tidak betul, apatah lagi anak buah!

Ya! Anak buah atau anak saudara.

Bentuk penguatkuasaan ini meliputi bahasa hari-hari dan stigma bahasa salah itu sendiri.

Lebih lagi, semua rakyat Malaysia boleh mendapatkan status kewargenaraan diakui oleh MYKAD pada usia 12 dan 18 tahun walaupun mereka tidak boleh bertutur bahasa Melayu langsung.


Kelemahan ke-6
@Terjemah 3 Buku sahaja

Tahukah anda bahawa dalam usaha Indonesia memartabatkan Bahasa Melayu(tahukah anda dalam buku Perlembagaan Indonesia setebal 1000+ halaman, Bahasa Rasmi Indonesia adalah Bahasa Melayu) mereka terbiktkan lebih 20,000 naskah buku setiap tahun.

Dasar DBP Indonesia menyediakan dana khas yang akan dibayar kepada mana-mana rakyat yang menterjemah buku dalam bahasa asing kepada Bahasa Indonesia.

Dan di Malaysia, hanya 3 buah buku sahaja diterjemahkan setiap 2 tahun dengan melibatkan berpuluh mesyuarat di Langkawi, di Phuket, di Bali sebagai "derma" kepada pegawai DBP yang penat berkerja dan perlukan percutian!

Kelemahan ke-7
@Internet

Bahasa Internet adalah Bahasa TERMA tidak perlu ditukar kerana ia bukan bersifat rasmi dan awam terlindung.

Tetapi, Bahasa Melayu perlu evolusi sepantas internet. DBP perlu adakan satu talian khas untuk pejuang Bahasa Melayu seperti kami mengadu kegagalan Bahasa Melayu dimartabatkan oleh agensi dan Pegawai Kerajaan.

Ia juga boleh menawarkan insentif bagi pihak pengadu, dan pihak diadu yang berubah dan yang perjuang bahasa Melayu.

Kelemahan ke-1000

Hakikatnya, kita boleh ada 1001 kelemahan, tetapi kita tidak boleh ada satu kelemahan ini iaitu kelemahan tidak mampu akui kelemahan Bahasa Melayu.

Tanpa mengakui kelemahan sendiri, bagaimana kita mahu kenalpasti, bagaimana kita mahu perbaiki, justeru bagaimana kita mahu memartabatkannya?????????

DBP adalah satu Badan.

Sebagai pejuang Bahasa kami tidak menyebut, nama jauh sekali menyalahkan pegawai dan Pengarah DBP kerana mereka hanya meneruskan sistem yang sedia ada.

Ia diluar bidang kuasa mereka tetapi ia tidak menghalang DBP dari terus membunuh Bahasa Melayu.

PS: Saya tetap akan perjuangkan Bahasa Melayu walaupun saya sedar betapa lemahnya Bahasa ini dengan cara saya. Saya pernah ditemuduga 4 Melayu di Petronas, dan kemudian 2 Melayu di MIA dimana didalam bilik itu semuanya Melayu, yang saya mulakan dalam Bahasa Melayu tetapi diminta bercakap dalam Bahasa Inggeris.

Apakah salah saya memulakan dalam Bahasa Melayu and then you can start ask me in English so I can answered in English.

Telling me not to talk in Malay at all is like telling me to not bother about my parents wellbeing!

Oh Ya! Saya pernah berjumpa dengan Tun Dr Mahathir di Tingkat 88, KLCC dan saya bercakap Melayu dan saya rasa beliau memandang rendah pada saya kerana saya berbahasa Melayu.

Well, Tun Mahathir, Petronas Top People, and MIA IT Dept, actually, I can speak very good English, but I want to talk in Malay because I am proud of myself.

Monday, October 19, 2015

Kalau Tak Tipu Bukan Cina! ATAU Kalau Tak Tipu Bukan Melayu!

Sejak kecil, Abah selalu cakap, kalau tak tipu bukan Cina walaupun Emak berbangsa Cina, dia tidak membantah.

Mungkin itu pengalaman Abah yang masak dengan Cina sebagai kawan, musuh, kekasih dan isteri. Untuk rekod Abah pernah dilokap 48 jam kerana terlibat dengan pergaduhan 13 Mei 1969.

Ketika membesar, Uncle Ah Hock, Robert, Kiki, dan Kock Hin menghiasi Tahun Baru Cina dalam kalendar hidup saya.

Kata Abah ada kebenaran jika diukur dari cara masyarakat Cina menjalankan perniagaan berbanding orang Melayu yang patuh pada ajaran islam ketika itu. Cina tidak ada hukum hakam Islam yang menegah mereka berjudi, minum arak, mengamalkan riba, menipu harga dan kos dll.

Orang Melayu ketika itu jujur, senantiasa memulangkan baki, tidak akan ambil untung melebih seganda kerana riba, dan pelbagai lagi dan jika dibandingkan dengan Cina, pasti kena sembelih.

Hingga pada awal 90-an, perkhidmatan perniagaan Cina kurang popular kerana mahal, jauh lebih mahal berbanding Melayu. Jika harga kos alat ganti kereta itu RM 100, Cina akan caj RM 600 termasuk upah dan Melayu akan caj RM 300.

Bagi "menelan" senario itu, ada pepatah masyarakat yang mengatakan jika mahu baik perlu dapatkan dari pomen/pasang tiles Cina tetapi amat mahal berbanding Melayu.

Malangnya, pada lewat 90-an hingga kini, segalanya berubah.

Melayu ramai, terlalu ramai suka menipu.

Hinggakan pekerja Bangladesh saya berkata, di kalangan pendatang Bangladesh dan Indonesia, jika ada kerja yang ditawarkan pada mereka, soalan pertama sudah pasti Siapa Taukey, Melayu atau Cina?

Jika Melayu, mereka enggan kerana pada pekerja asing ini sudah popular di kalangan mereka, jika tidak tipu bukan Melayu.

Kontradiknya, pada mereka, Cina amat jujur. Cina pasti akan bayar upah mereka sesuai dengan keringat yang dtititik oleh kudrat mereka.

Melayu pula terus menipu, dan menipu seolah Allah tidak lagi wujud.

Malahan, saya pasti di FB, Mudah dll, ramai sudah berpengalaman dengan penipuan orang Melayu hingga ramai antara kita lebih rela menghantar kenderaan, memasang aircond dll dengan Cina berbanding Melayu.

Sah,

Kalau tak tipu bukan Cina, kini sudah jadi KALAU TAK TIPU BUKAN MELAYU.

Melayu PENIPU!

-Tamat-

Sultan Selangor Titah Keluar Malaysia Serta Merta?

Tidak!!!

Sejak merdeka, Selangor adalah Negeri yang paling kaya dalam United States of Malaysia.

Lebih lagi bila Perdana Menteri Malaysia yang baru Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Malaysia bukan lagi Negara Pertanian tetapi Negara Industri dimana 90% kilangnya terletak di Selangor!

Berjuta anak Malaysia dari Johor, Kelantan, Sabah, Kedah dll datang "merampas" kekayaan di Selangor sekaligus menafikan hak anak jati Selangor sendiri.

Hasil beratus jenis cukai, hasil pelaburan, hasil hartanah dan hasil alam seperti air menjadikan Selangor tetap unggul sebagai Negeri paling kaya sejak 1957.

Kuala Lumpur yang merupakan milik Selangor kemudian "dikorban" kepada Malaysia. Begitu juga WP Putrajaya.

Tetapi, PERNAHKAH Selangor sekalipun berkata ia mahu keluar dari Malaysia apatah lagi apabila segala hasil kekayaan dan kuasa di Selangor direbut anak Johor, Sabah, Kelantan dll?

TIDAK!

Hasil Kekayaan Selangor terus disalurkan kepada Negeri-Negeri besekutu Malaysia termasuk Johor yang semakin galak mahu keluar dari Malaysia.

Untuk rekod, Sultan Selangor memiliki kekayaan hasil dari penjualan tanah WP KL, dan Putrajaya hampir 40 tahun sebelum Sultan Johor menjadi kaya hasil penualan tanah di Iskandar.

Pernahkah walau sekali Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Alam Shah dan kini Sultan Idris Shah ataupun Baginda Tunku Putera Tunku Amir mengeluarkan kenyataan Selangor mahu keluar dari Persekutuan Negeri-Negeri Bersekutu yang membentuk Malaysia?

KENAPA TIDAK Pernah?

Kerana DYMM Sultan Selangor dan keluarga Baginda teramat bijaksana dan sedar kekayaan bukanlah segala-galanya sebaliknya adalah perpaduan Islam, keamanan dan pengorbanan demi Allah SWT.

Tahukan anda jika DYMM Sultan Selangor mengeluarkan Selangor dari Malaysia, apakah akan jadi pada Malaysia?

Apa akan jadi pada Johor jika Selangor keluar dari Malaysia pada zaman kegemilangannya pada 1990-an dengan terpacunya Cyberjaya dan Putrajaya?

Apa akan jadi pada Kelantan, dan Sabah yang memiliki hasil minyak itu?

Ya! Mereka akan miskin, mungkin tidak semiskin Negeri tanpa minyak, tapi perlu ingat adanya undang-undang antarabangsa berkenaan hak milik Minyak seperti UCLA, UCLOS dll.

Sebab itu Kerajaan Kelantan tidak berjaya peroleh hasil gas mereka sendiri.

Kerana undang-undang PBB jelas katakan hasil perairan dimiliki Negara Berdaulat dan Ahli UN jika tidak ia milik UN.

Nasib baik Malaysia ada Selangor dan ada pula Sultan yang begitu baik dan setia tanpa perlu pong pang sana dan sini.

Sebagai anak jati Selangor, saya paling menyampah bila YDP PBT termasuk Datuk Bandar **DBKL bukan anak jati Selangor dan banyak anak Penang dan zaman Mahathir banyak anak Kedah.

Tetapi, saya taat setia pada Sultan saya dan kami percaya bahawa bumi ini dan segala hasilnya adalah milik Allah bukan milik kenegerian. Kalau Selangor keluar dari Malaysia, ya, Selangor akan kaya seperti Brunei tetapi apa gunanya kekayaan jika saudara dan jiran seagama dan sebangsa lain kelaparan????????????

Kesimpulannya, saya berharap kita kekal sebagai Negara Malaysia dan tidak perlulah membuat kenyataan mahu keluar dari Malaysia kerana ia mengguris hati anak Selangor yang kaya tetapi rakyatnya miskin seperti kami.

Lagipun, sudah cukup perpecahan Islam yang terjadi di Arab. TMJ bukan sahaja bakal Sultan Johor dan Ketua Agama Islam Johor tetapi juga mungkin bakal YDP Agung dan Ketua Agama Islam Malaysia.

Nasihat saya, bukan utamakan Johor, utamakan Islam dan Agama ALLAH, kerana kedudukan itu dikurniakan oleh Allah kepada insan bernama Ismail bergelar TMJ bersebab dan bermunasabab. Ingat dandiar.

** Dalam perjanjian penjualan Kuala Lumpur pada Kerajaan Persekutuan pada 1 Feb 1974 adalah jelas mengatakan Datuk Bandar Kuala Lumpur mestilah Anak Jati Selangor!!!!

Friday, October 9, 2015

ANTARA Najib Razak dan Yahudi, pukul siapa dahulu?

Sejak sebulan ini saya paling risau menulis perkara berkaitan Najib.

Sebab, saya sebesar hama ini boleh ditangkap atau mungkin lebih teruk jika mengikut logik, VIP seperti Datuk Khairuddin dan terkini Mathias Chang disenyapkan dengan SOSMA, kalau saya mungkin di lebih teruk lagi. Mohon IGP dan PDRM jangan tangkap saya.

Apakah mungkin, tulisan saya berkaitan Najib Razak boleh dianggap sebagai ancaman IS atau Terrorist untuk menjatuhkan Kerajaan Demokrasi yang dipilih rakyat.

Takut!

Tapi itu tentang Najib Razak.

Mungkin saya tidak akan ditangkap dibawah SOSMA jika saya menulis tentang Yahudi, kerana Malaysia bukan dibawah telunjuk Kerajaan Yahudi.

Benarkan? Mungkin, Benarkah?

Pada tahun 2005, saya diarahkan oleh Fujitsu (M) Sdn Bhd-majikan saya, untuk ke Menara Choy di Bulatan Rothman dimana sebuah Syarikat Com*** menghadapi masalah sistem.

Akaun tersebut diperoleh Syarikat IT Services EDS dan di assign kepada kami di Fujitsu.

Dalam tugas itu, saya perlu berhubung terus dengan HQ Syarikat tersebut di Israel dimana saya diberi lebih sepuluh "rakan" IT dalam sistem yang sama yang berbangsa Yahudi dan berpusat di Tel Aviv.

Saya boleh berkerja dengan mereka tetapi saya perlu katakan pendirian saya, lalu saya menghantar email kepada semua yang berkenaan di Israel, cc kepada Bos saya di Fujitsu dan Account Manager di EDS.

Saya katakan, saya tidak bersetuju dengan apa yang mereka buat pada Palestin. Dan saya kutuk kekejaman mereka walaupun ia bukan mereka tetapi kerajaan Zionis, tapi merekalah yang undi kerajaan itu sepanjang 50 tahun ini.

Esoknya, saya digantung kerja sebelum dipanggil semula dengan "cap" terroris atau AlTaliban oleh "Management" saya yang kebanyakannya Cina. Tidak mengapa kerana mereka tidak memahami, tapi penting untuk saya katakan pendirian saya sebelum "kami" berhubung.

Seminggu kemudian, Fujitsu batalkan kontrak tersebut dan saya perlu menghadapi beberapa "screening" oleh pengurusan.

Itu cerita saya.

Najib Razak tidak bersalah dan tidak berdosa jika bersapa dan bergambar dengan Benjamin Netahanyu. Tetapi beliau perlu katakan pendirian Malaysia tentang Israel dan kekejaman mereka terhadap Palestin.

Kegagalan berbuat demikian boleh ditafsir secara rambang oleh Negara Islam seluruh dunia bahkan Negara Bukan Islam juga.

Malahan di Malaysia sendiri timbul pelbagai spekulasi dan teori berkisar dari Gambar tersebut hingga digambarkan oleh Akhbar Israel Times sendiri sebagai kerjasama/hubungan baru antara Israel dan Malaysia dan Islam?

Antara teori konspirasi dan spekulasi di Malaysia termasuk;

Apakah Malaysia kini di perintah Yahudi secara proksi?

Apakah peranan Yahudi terhadap Malaysia?

Apakah Israel yang terletak dalam Benua Arab yang menderma RM 2.6 billion itu?

Apa yang Yahudi mahu dari Malaysia? Dan banyak lagi persoalan yang timbul dari sekeping gambar dengan penjelasan yang tidak jujur kerana tingkah yang dirahsiakan.

Saya tidak berkata tentang 1MDB kerana masih takut, tapi saya katakan NAJIB RAZAK adalah PERDANA MENTERI MALAYSIA PALING -tertaik DALAM SEJARAH. Bukan kerana isu 1MDB ataupun derma 2.6 billion, tetapi kerana - anda guna imaginasi anda.-Typo - tertaik=terbaik

Ramai percaya Najib telah gagal sebagai pemimpin rakyat Malaysia sebaliknya hanya Presiden Parti UMNO yang(jika saya tulis yang apa ia sudah diluar topik jadi gunakan imaginasi anda masing-masing UMNO yang apa?)

NAJIB RAZAK dan YAHUDI, jika jumpa mereka berdua jangan pukul mereka tetapi pukul diri sendiri anda dahulu!

Friday, October 2, 2015

Rasuah SYABAS, TNB, PBT Lebih Jijik Dari Polis

Saya terkejut dengan laporan The Sun semalam yang melaporkan kenyataan SPRM yang mahu membanteras rasuah seawal bangku sekolah lagi.

Tambah SPRM satu kajian pernah dilaksanakan oleh UKM pada tahun 2003 dengan melibatkan beribu respondent yang terdiri dari pelajar Universiti.

30% respondent mengatakan mereka sanggup terima rasuah jika mereka berkuasa kelak.

70% lagi yang tidak sanggup sudah pasti bukanlah orang yang memegang kuasa pada hari ini kerana mereka enggan menjadi sebahagian dari Sistem Rasuah yang dilaknat Allah ini.

Itu adalah kajian 12 tahun lepas keatas Pelajar dimana sudah tentu Pelajar tersebut kini sudah memegang kuasa yang membolehkan mereka menerima rasuah.

Saya tertanya, bagaimana jika kajian tersebut diadakan pada hari ini, saya yakin jumlahnya sudah pasti akan mencecah 90%.

Kenapa saya begitu yakin.

Kerana ia memang terjadi dan ia dilakukan oleh orang ISLAM tanpa sedikitpun rasa takut pada Allah.

Polis disasarkan sebagai sasaran utama kerana ia memiliki kuasa yang paling besar berbanding kuasa lain sedangkan rasuah SYABAS, TNB dan PBT jauh lebih jijik lagi.

Senario 1 - PBT

PBT amat sukar memberi lesen perniagaan kepada pemohon khususnya Restoran. Jalan paling mudah adalah dengan merasuah mereka.

Saya sendiri pernah mendirikan sebuah bangunan diatas Tanah Pertanian milik nenek moyang saya dan kemudian saya minta bantuan dari PBT supaya memberikan saya kebenaran sementara.

Mereka meminta saya RM 30,000 melalui sepupu saya yang menjadi orang tengah kerana dia sudah selalu menyelesaikan masalah itu dengan rasuah.

Senario 2- SYABAS

Tahukan anda berapa harga untuk apply Meter Syabas bagi rumah baru?
Harga yang ditawarkan adalah berbeza-beza mengikut kontraktor.

Harga yang ditawarkan satu Meter berada di sekitar antara RM 1500-RM 4000.

Kenapa harganya berbeza untuk perkhidmatan yang sama, rumah dan kawasan yang sama?

Biar saya dedahkan TNB dibawah dan akan jawab di bawah Senario 3?


Senario 3-TNB

Tahukan anda berapa harga untuk apply Meter TNB bagi rumah baru?
Harga yang ditawarkan adalah berbeza-beza mengikut kontraktor.

Harga yang ditawarkan satu Meter berada di sekitar antara RM 1500-RM 4000.
Setahu saya deposit yang dibayar saya selaku pemohon kepada TNB adalah RM 150 sahaja untuk kediaman single phase.

Saya memohon di Kaunter tetapi tidak dibenarkan kerana perlu menggunakan kontraktor berlesen TNB sahaja.

Kenapa harganya berbeza untuk perkhidmatan yang sama, rumah dan kawasan yang sama?


Satu harga standard yang sama boleh difahami kerana TNB perlu menanggung pelbagai kos.

Lalu saya tanya kepada kontraktor TNB apa bezanya harga berbeza ini?

Bezanya adalah;

RM 1500- Meter TNB dipasang selepas 2 bulan.

RM 2000 - Meter TNB dipasang kurang dari 2 bulan

RM 3000 - Meter TNB dipasang kurang dari 1 bulan

RM 4000- Meter TNB dipasang esok!

Senario sama berlaku di SYABAS.

Senario 4 DBKL.

Senario 4 ini bukan tuduhan rasuah tetapi soalan.

Sejak 2 tahun kebelakangan ini saya sudah menjadi Bangla.
Pekerja Bangla saya ini agak manja dengan saya dan suka menyusahkan saya membawanya ke Kota Raya. Mahu pergi beli tiket kapal terbang pun saya kena temankan.

Saya sering menjamu selera kerana kedapatan makanan Bangla boleh dimakan saya. Melainkan rempahnya membuatkan saya susah tidur pada malam hari kerana panas.

Soalan saya, kenapa DBKL membenarkan Restoran Bangla masak di Tingkat 1 dan 2?

Bukan sahaja kotor malah tiada ventilator langsung?

Saya bertanya kepada Bangla disitu, dia mendakwa mereka perlu bayar.

Senario 5- Polis Selangor.

Masih lagi Bangla. Di Aman Putri Sg Buloh tempat saya bawa Bangla saya beli Rokok RM 3 dan ekstrajus, mereka berjumpa lebih kurang 100 pekerja Bangladesh di Kongsi tersebut.

Ada kosong ada yang tidak.

Yang kosong tunjukkan saya kad kuasa dari Polis Selangor.

Mereka perlu bayar RM 50 sebulan untuk kad kuasa itu dan perlu tunjukkan kepada polis dan tidak akan ditangkap walaupun mereka kosong dan bergelar PATI.

Tetapi disyaratkan mereka tidak boleh tunjukkan kad tersebut kepada Imigresen jika diperiksa.

Senario 5 - Diri Sendiri

Rasuah di Malaysia berada dalam kawasan amat tenat.

Hudud Adil adalah jawapan untuk ini. Hudud PAS atau Hudud Kelantan sudah mengesahkan bahawa hukuman potong tangan tidak boleh dijatuhkan kepada orang yang memberi dan menerima rasuah.

Itu jawapan dari mulut TGHA yang saya baca diakhbar.

Kalau begitu, hukuman hudud komunis China lebih adil. Di China, pesalah rasuah dihukum berat malah jika ia membabitkan salah guna kuasa dan wang yang besar, hukumannya adalah tembak sampai mati.

SPRM tidak perlu buang masa mahu banteras rasuah di Sekolah.
Sebaliknya hukuman berat perlu dilaksanakan.

Pada pembaca yang budiman, saya merendah diri mengingatkan anda akan peringatan Allah dalam AlQuran.

Takutlah pada Allah. Hentikan rasuah dan pulaulah isteri, suami, anak, kakak, abang, adik, sepupu, kawan, sahabat, kekasih, cucu, dll yang menerima dan memberi rasuah.