ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Tuesday, February 17, 2015

Rayuan Pada Perdana Menteri Malaysia - Mengenang Jasa Anwar

Saya, Mustaqim Abdul Rahman, rakyat Selangor, mengundi 2 kali di PRU, kali pertama undi Adun Amirudin Shari(PKR) dan MP Azmin Ali(PKR), dan kali kedua tukar alamat dan undi Calon (BN) Parlimen W.Maju.

Pendirian politik saya adalah semua parti politik adalah politik 1i2u(1pertama I dulu, ke2 baru U)  atau 1st I(Myself and myfamily),  2nd U(Rakyat), justeru saya adalah pengundi atas pagar yang belum membuat keputusan undi PRU 14 untuk BN atau PR.

Antara ahli politik kegemaran saya mengikut ranking adalah Tun Dr Mahathir, Anwar Ibrahim, Najib, Hishamudin Hussein, Rafizi Ramli, Azmin Ali, Lim Kit Siang, Ling Liong Sik, dan bukan Samy Vellu.

Perkembangan terkini politik Negara Ketua Pembangkang yakni Ketua PR dipenjarakan atas kesalahan meliwat pembantunya menarik perhatian semua pemerhati politik dan rakyat Malaysia seluruhnya. Tidak seperti tirai besi 99 yang memenjarakan Anwar, tirai kali ini meraikan Anuar Ibrahim sebagai tahanan jenayah biasa dan bukan tahan politik yang menikmati layanan VIP.

Saban hari berita melaporkan semua kenalan Anwar merayu beliau diberikan Tilam, baju lebih, selimut, dan lain-lain keperluan asas harian melebihi banduan lain. Namun, kita tahu Kerajaan tidak melayan kerana kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Zahid Hamidi Anwar dilayan seperti banduan lain mengikut peraturan penjara sedia ada.

Sebagai rakyat Malaysia, saya ingin mengajak semua mengenang jasa Anwar Ibrahim samada secara langsung atau tidak langsung, samada secara terus atau arahan dari PM dan samada dalam Kerajaan dan di luar Kerajaan ikut kebaikan paling banyak.

1. Rakan Muda adalah program terbaik pernah dilaksanakan. Namun selepas Anwar dipecat, program ini berkubur dan kini gejala sosial makin parah.

2. Menukar Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia.

3. Menggerakan gerakan Islam dalam sistem kewangan dan pendidikan ie UIAM

4. Mengekalkan pertumbuhan ekonomi tinggi selama 8 tahun ketika memegang jawatan Menteri Kewangan walaupun ada pihak persoalkan kaedahnya yang robust tapi pasti ramai bermanfaat darinya ketika itu

5. Amat dekat dengan perjuangan Bahasa Melayu sejak di bangku sekolah

6. Mengukuhkan dan menyatukan UMNO buat seketika

7. Membantu Tun Dr Mahathir memenangi PRU, memenangi Pemilihan UMNO, melaksanakan dasar-dasarnya.

8. Mengekalkan kadar tol untuk satu jangka masa agak panjang

9. Memberi tentangan hebat kepada BN dan menjadi check and balance kepada Kerajaan BN Abdullah Badawi

10. Membuat tuntutan 16 September sebagai cuti umum

11. Kerajaan PKR Selangor memberi air percuma 11m3 sehingga hari ini tahun yang ke 7

12. Menaikkan, dan mendidik ramai Jeneral Politik baru seperti Rafizi, Azmin dan ramai lagi

13. Menekan Kerajaan menaikkan Gaji Minimum

Dan banyak lagi yang tidak disebut disini antaranya jasa-jasa kecilnya kepada rakyat Malaysia.

Mungkin pada ramai pihak apa yang dibuat tidak lain hanyalah untuk "political milleage" beliau sahaja, walau apa pun ia tetap memberi kesan kebaikan dan keburukan kepada rakyat.

Pendek kata, jasanya tidak dapat diketepikan walaupun anda memilih pendapat dosanya melebihi jasanya, namun jasanya tetap ada hingga hari ini.

Sebagai seorang banduan, beliau akan dilayan seperti banduan lain tanpa sebarang keistimewaan.

Sebagai rakyat yang masih meminati politik beliau dan mengenang jasanya, saya pohon kepada Perdana Menteri agar mempertimbangkan sedikit keistimewaan kepada keperluan asas beliau dalam penjara. Dan jika diukur permohonan ini dengan jasanya, ia tidak sebanding pun, tapi ia amat memadai bagi seorang individu yang sumbangannya dan dosanya pada Negara tetap ada samada kita mahu akui atau tidak.

Sebagai orang Islam, saya berdoa beliau menggunakan peluang masa yang ada dalam Negara untuk mempertingkatkan ibadat kepada Allah SWT. Muhasabah dengan perbaiki diri, perkuatkan iman juga keazaman untuk terus menyumbang, dan jika diizinkan Allah, Anwar Ibrahim akan lahir semula seperti bayi yang baru lahir. Anwar baru ini mungkin akan menyatukan umat Islam samada PAS, PKR atau UMNO kelak jika Allah berkehendak, Amin.

No comments: