ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Monday, February 16, 2015

Anwar Ibrahim

Anwar ditatang dalam dulang Emas oleh Tun Dr Mahathir. Tun memberikan segala ilmu yang beliau ada untuk menjadikan Anwar Perdana Menteri Malaysia.

Anwar pernah memangku jawatan Perdana Menteri ketika Tun bercuti ke North Pole jika tidak silap, dan Anwar kelihatan di TV sebagai PM Malaysia meraikan pendaki kita ke Everest.

Saya harap dapat berjumpa dengan Anwar di penjara Sg Buloh, harap beliau sudi berjumpa kerana saya membawa pesan arwah Abah. Ketika saya kecil Anwar sering ke rumah berjumpa Abah di Semenyih Kajang dan saya juga ada berjumpa beliau.

Hubungan Anwar dengan Abah tidak putus disitu dimana pada 1986/87 Anwar datang jumpa Abah minta bantuan untuk memenangkan Mahathir vs Tengku Razaleigh. Mahathir menang.

Pada awal 1998 sebelum March, Anwar hantar wakilnya berjumpa Abah kerana salah seorang pengikut Anwar setengah gila ditahan dan disoal siasat Polis dalam Bilik Gelap selama sebulan.

Seminggu sebelum Anwar dipecat, pengikut Anwar datang jumpa Abah lagi, tapi Abah kata, Abah tidak boleh tolong melainkan "sebab kenapa dia pesan pada saya minta sampaikan pada Anwar" jadi saya tidak boleh beritahu disini.

Mungkin saya salah sebab mungkin Abah kata dia tidak boleh tolong sebab dia tahu dia sudah hendak meninggal dan pada 6 November 1998, Abah meninggal.

Sebenarnya saya sangat bodoh, sebab "hint" Abah kepada saya banyak sangat sampai tahap beritahu ajal dia makin hampir, tapi sebab bodoh saya tidak faham sampailah 4 jam sebelum di meninggal pun saya tidak faham "hint" dia.

Anwar adalah seorang ahli politik yang hebat, juga seorang pemimpin yang hebat. Karisma dan ketokohan lebih dari Mahathir sendiri, tapi disebabkan Mahathir berhati bening kebijaksanaan Mahathir lebih terselah.

Tapi kalau mahu dibandingkan dengan pemimpin lain selain Mahathir, Anwar Ibrahim adalah paling terbaik pernah dilahirkan di Malaysia.

Sebagai "kenalan" Anwar, saya bersedih dia dipenjarakan kerana 2 sebab iaitu dia sudah berusia dan kedua, kerana Anwar dipermainkan oleh pihak dalam kemnya sendiri.

Pada saya Anwar Ibrahim terlalu bijak untuk dipermainkan tetapi atas sebab tertentu beliau membiarkan dirinya menjadi alat catur dalam Chess politik individu ini.

Doa saya selain dapat berjumpa dengan Anwar di Penjara adalah semoga Anwar gunakan 5 tahun ini untuk muhasabah diri(salah atau tidak pun boleh muhasabah juga). Gunakan masa untuk menghambakan diri pada Allah, beramal dan dekatkan diri pada Allah.

Allah suka pada orang yang dekat padaNYA dan saya yakin jika Allah berkehendak Anwar yang keluar dari Pintu Penjara Sungai Buloh bukan lagi Anwar yang dulu.

Dan saya akan menyokongnya menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana Mahathir sudah pencen dan selepas Mahathir, Anwar adalah yang terbaik.

Ini adalah pendapat peribadi saya, tetapi saya harap pembaca dapat doakan saudara kita Anwar Ibrahim dirahmati Allah dalam penjara dengan ilmu-ilmu akhirat. Mungkin itu hikmah Allah menyediakan 5 tahun untuk Anwar beribadat siang malam padaNYA. Wallahualam.

No comments: