ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Tuesday, February 10, 2015

Cabaran dan Jasa Mantan YDP MPS

Rasuah merupakan satu ancaman besar dimana impaknya kerosakannya lebih teruk dari gempa bumi 100 skala ritcher. Usaha membanteras rasuah tidak boleh dilakukan bersendirian mahupun secara bersih kerana konteks pemberi dan penerima serta subjek perlu diambil kira. 

Golongan Pegawai Atasan Kerajaan berhadapan dengan tawaran serta cabaran ini hampir saban hari. Boleh diumpamakan setiap langkah mereka berjalan seperti meniti sehelai benang halus yang dikanannya menolak tawaran dan dikirinya mengambil tawaran. 

Kanan atau kiri tidak digusarkan mereka, asalkan matlamat utama harus dicapai dengan memberikan khidmat yang terbaik khususnya untuk rakyat.

Cabaran untuk membawa kebaikan dan perubahan pada Negara amatlah besar dan getir. Justeru, selain menyalahkan Pegawai yang dituduh mahupun yang sudah didapati bersalah, kita sebaiknya menilai akan hasil serta jasa mereka kepada masyarakat dan rakyat.

Ini kerana Pegawai Kerajaan bukan sahaja hanya berusaha menyempurnakan tugas, tetapi juga perlu bijak mengendali persepsi serta desakan politik yang mahukan hasil yang terbaik untuk Rakyat yang biasanya untuk diri mereka sendiri.

Tidak dinafikan, salah tetap salah, benar tetap benar, tetapi bumi mana tidak ditimpa hujan. Asalkan, air tidak mencurah terbazir, melainkan tumpah ketanah bumi yang subur ini. 
Mantan Yang Dipertua(YDP) Majlis Perbandaran Selayang(MPS) seperti yang diketahui ramai sedang menghadapi tuduhan rasuah sebanyak RM 26,500 untuk kerja selenggaraan rumah miliknya sendiri pada tahun 2001. Samada beliau bersalah atau tidak atas tuduhan itu, ia harus diserahkan sepenuhnya pada Mahkamah yang adil serta Hakim yang saksama. Yang pasti, kerana kes ini masih didalam perbicaraan maka memperbincangkannya boleh dianggap sebagai menggangu Mahkamah yang mulia.

Sebagai anak jati Selayang, apa yang ingin saya utarakan adalah kemajuan yang dibawa oleh beliau sepanjang beliau menjawat jawatan YDP MPS. Sebelum beliau dilantik, Selayang, Gombak, Kepong, Sungai Buloh dan Rawang umpama sebuah Bandar lesu dipinggir kota yang dihimpit masalah setinggan, penempatan tidak teratur, jenayah, Pasar Borong yang kotor dan busuk, masalah kutipan sampah, masalah longkang yang kecil sering mengakibatkan banjir, masalah lombong, masalah PATI, peluang pekerjaan dan perniagaan yang terbatas, masalah kilang-kilang dan banyak lagi. Untuk rekod, kawasan Selayang amat besar dari Gombak, Kepong, Sungai Buloh sehingga ke Rawang dan ia dibataskan oleh hubungan jalan raya yang terhad dan sekadarnya.  

Namun, ia tidak menghalang usaha transformasi Selayang oleh Majlis Perbandaran Selayang yang diketuai Datuk Bakaruddin Othman.

Selepas beliau menjawat YDP MPS, pelbagai perubahan dapat dilihat. Tanyalah 100 anak jati Gombak, Selayang, Kepong, Sungai Buloh dan Rawang pasti 99 darinya akan menjawab Bandar kami berubah 360 darjah selepas beliau menjadi YDP.  

 Meniru pendekatan Tun Dr Mahathir, Datuk Bakaruddin Othman enggan membiarkan Warga Selayang hanya bergantung kepada sumber dan peluang setempat yang terbatas. Dengan Belanjawan terhad, beliau melakukan “economy spinning” dengan mengindahkan Selayang, Gombak dan Rawang melalui pelbagai landskap menarik sekaligus membuka peluang pekerjaan dan perniagaan kepada masyarakat. Hasil kutipan cukai digunakan sebaiknya oleh beliau untuk menambahbaik dan mebina infrastruktur dan pembangunan seluruh kawasan jagaan MPS.

Bagai serampang dua mata, beliau menyelesaikan masalah penjaja kaki lima disamping mewujudkan Sistem Bandar yang teratur dengan membangunkan beratus buah Gerai MPS, pusat perniagaan bersistematik, menukar wajah berpuluh Pasar Basah, membina Dewan Serbaguna yang baru dan mencantikkan yang lama , membina Kolam Renang, membina Stadium, menarik pelaburan “hypermarket” seperti Tesco dan Giant, memudahkan urusan dengan MPS dan banyak lagi.

Jika dahulu Selayang hanya dikenali kerana Pasar Borong, Air Terjun Kanching dan Sungai Ulu Yam, tapi kini Selayang begitu popular dan terbaru Selayang bukan sahaja menjadi tumpuan Negara malah dunia kerana berlangsungnya perlawanan bolasepak antara pasukan Lion Singapore dan Angkatan Tentera Malaysia.

Yang paling penting, semua kemajuan ini dilakukan tanpa mengabaikan nasib Warga Selayang. Dengan kadar sewa serendah RM 200 bagi Gerai yang amat selesa dan selamat, RM 500 bagi Dewan yang cantik serta parkir yang cukup untuk diadakan Majlis Keraian, Rakyat begitu merasai nikmat dari pembangunan yang beliau lakukan. Berpuluh Bangunan Flat dibina bagi memberi keselesaan hidup kepada Warga Selayang yang tinggal di setinggan, hasil kerjasama MPS dengan Kerajaan Pusat.

Tidak cukup dengan itu, Datuk Bakaruddin Othman sedar usaha membangunkan Selayang tidak mampu dilakukan beliau dan pasukannya bersendiri kerana usaha ini harus berterusan sampai bila-bila. Dengan bijak beliau menyematkan slogan Selayangku Sayang di kalangan Warga Selayang. Slogan ini dipercayai telah berjaya membuatkan Warga Selayang sayangkan Selayang dan bangga memberitahu rakan yang lain mereka berasal dari Selayang berbanding sebelumnya.

Hakikatnya, semua kerja dan hasil sentuhan beliau begitu dirasai dan dirindui, dan Alhamdulillah usaha beliau kini diteruskan dengan baik oleh YDP MPS, Dato Zainal Abidin Aala. 

Apa sahaja keputusan Mahkamah akan kami terima tetapi pada kami anak jati Selayang, Gombak dan Rawang, kami tidak pernah sesekali menganggap beliau bersalah malah kami amat berterima kasih atas penat lelah beliau. Sebagai manusia biasa, mungkin ada antara tindakan dan keputusan beliau yang kurang tepat tetapi melihat akan kemajuan yang dikecapi Selayang, Gombak dan Rawang hari ini wajarlah beliau digelar Bapa Pembangunan Selayang, Kepong, Sungai Buloh, Rawang dan sebahagian Gombak.

No comments: