ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Saturday, February 7, 2015

Bolehkah Melayu Hidup Tanpa Cina?

Ingat keluarga Tallala. Sri Lankan yang lahir di Malaysia dan satu-satunya rakyat Malaysia yang namanya digunakan sebagai nama Jalan di Malaysia dan Perancis.

Bapa mereka Hewage Benjamin Tallala datang dari Sri Lanka dengan sehelai baju dan seluar di badan, serta beberapa sen dalam poketnya.

Sebab rajin, tidak takut susah, berani penat dan pening Hewage Tallala menjadi antara kontraktor pertama di Tanah Melayu yang menyediakan khidmat angkat najis, bersih dan sapu jalan dan sebagainya. Beliau merupakan Ahli dalam Lembaga Najis Majlis Kuala Lumpur atau DBKL.

Dari kisah Tallala yang Tanah Melayu hanya mampu tumpang bangga atas usaha orang Sri Lanka ini, dapatlah kita ketahui sikap Melayu malas berniaga, kalau berniaga mahu senang, takut susah dan penat maka pendatang seperti Hewage Tallala pun boleh kaya lebih dari orang Melayu sendiri.

Kisah Tallala satu antara berjuta kisah Si Daif Cinderella jadi Puteri di Malaysia. Abad Internet ini Melayu masih sama dengan nenek moyang mereka, Bangladesh, Pakistan dan Kemboja kini jadi Bos, jadi pengedar sayur dan Ikan, pemborong kain dan pakaian kepada orang Melayu.

Ketuanan Melayu sesuai dirujuk kepada Tuan Melayu, Melayu dilahirkan sebagai Tuan sahaja dan kini Tuan sudah kehabisan Tanah maka jadi apa lagi?

Persoalan paling besar sepanjang abad adalah Bolehkah Melayu hidup tanpa Cina?

Tidak boleh adalah jawapan paling tepat.

Sebelum 1950 ia mungkin boleh kerana selain perniagaan benih timah, peniaga Cina hanya sedikit di Pasar-pasar utama, seorang dua menaiki Basikal membawa sayuran. Boleh baca Buku Catatan Abdullah Hukum untuk sahkan fakta ini.

Selepas UMNO ditubuhkan pada 1946 ada usul menghalau semua Cina keluar dari Malaysia, tetapi tidak disambut kerana Melayu belum dan tidak melihat Cina sebagai ancaman.

Pada 1957, Britain mensyaratkan Cina dan India wajib diberi kerakyatkan dan Tunku setuju, tetapi suara usul 1946 kedengaran kembali kerana orang Melayu tiba-tiba sedar hartanah Kuala Lumpur dikuasai oleh orang Cina.

Secara teorinya, tindakan Cina menempati Bandar dan membuka perniagaan adalah kerana PKM berjanji akan menjadi Tanah Melayu sebahagian Negara China. Keyakinan orang Cina bertambah dengan lebih pembelian hartanah bila Chin Peng pergi Britain untuk menuntut kemerdekaan Tanah Melayu dan bila-bila masa akan diisytihar sebagai Negara Komunis RPC.

Tunku Abdul Rahman tahu Melayu tidak mampu hidup tanpa Cina semasa Malaysia ditubuhkan pada 1963. Ini jelas dimana kerana orang Cina pandai berniaga. Hanya kurang 10 tahun selepas 1957 mereka sudah hampir menguasai semua perniagaan dan memenuhi deretan kedai di Malaysia dan Singapura.

Kilang pembuatan Cina tumbuh bagai cendawan dan ia membuatkan Tunku terpaksa memberi lebih banyak bantuan dan sokongan kepada Cina kerana tiada seorang pun Melayu tampil dan jika ada perniagaan mereka tidak disokong oleh liberalisai ekonomi selain tertakluk kepada adat dan agama.

Jelas akhirnya 13 Mei 1969 terjadi kerana jurang ekonomi yang besar akibat tiada sekatan dan tiada bantuan membantu orang Melayu berniaga yang menyaksikan DEB ditubuhkan.

Tun Razak dan Tun Hussein juga sedar Melayu tidak boleh hidup tanpa Cina. Peluang perniagaan digunakan sepenuhnya oleh orang Cina kerana orang Melayu tidak pandai berniaga dan lebih selesa hidup seadanya, atau paling tidak kerja Gomen.

Guthrie milik British pula dengan sewenangnya menjual tanah yang banyak kepada Persatuan Peniaga Cina di Malaysia. Tindakan Guthrie ini menyaksikan Tun Dr Mahathir melancarkan serangan waktu subuh yang menyaksikan seluruh tanah Guthrie di Malaysia milik kita sepenuhnya.

Era Tun Mahathir antara 80-an dan 90an adalah era industri pembuatan. Kilang elektronik tumbuh melata dan peluang perniagaan yang sedia di monopoli Cina digunakan sepenuhnya.

Kini selepas hampir 60 tahun merdeka, Melayu masih belum sedar mereka tidak akan dapat hidup tanpa Cina.

Sebabnya jelas bukan salah Kerajaan, bukan salah DEB atau politik, sebaliknya sikap orang Melayu itu sendiri. Dan untuk sebab yang jelas jua, seperti nenek moyang mereka, orang Melayu tetap salahkan orang lain.

Sejarah berulang tetapi apakah peluang sama banyak Melayu untuk bangkit semula seperti dulu akan ada?

Melayu tidak boleh hidup tanpa Cina, jika tiada Cina sudah pasti ekonomi Malaysia akan dijajah oleh orang Bangladesh, Pakistan, Indonesia, Myanmar, Thailand dan Kemboja yang selepas Cina menguasai pasaran perniagaan di Malaysia secara perlahan, kecil tapi banyak.

Jika tiada Cina dan India tiada KLCC, tiada KLIA, tiada LCCT, tiada Air Asia, tiada Maxis, tiada Astro, tiada Berjaya, malah mungkin tiada PLUS sepertimana di Indonesia kerana disana kurang India buat jalan.

Jadi soalan paling sukar untuk abad ini selepas Melayu tidak boleh hidup tanpa Cina adalah Kenapa Melayu baru kini sedar Cina sebagai ancaman dan mahu memboikot pula?

Cina adalah ancaman kepada ekonomi bukan sebab mereka jahat tetapi sebab Melayu malas berniaga. Cina hanya menggunakan peluang yang ada selepas tiada siapa yang mahukan perniagaan itu.

Keluarga saya sendiri adalah pengusaha Dewan Makan Asrama sejak tahun 1987. Pada tahun 1993, Tender Makanan Bermasak hanya untung kecil dibandingkan kerja penat dan lecehnya. Satu pelajar 5 kali makan hanya RM 2.94 sahaja dibandingkan hari ini RM 15.00 seorang. Pada masa itu tiada siapa mahukan tender itu tidak seperti hari ini kerana ia mudah, lebih mudah di sub atau makan komisen sahaja.

Ali Baba tidak hanya terjadi antara Melayu dengan Cina tetapi juga Melayu dengan Melayu. Ali dapat bagi Baba yang maju bukan Ali bukan Baba tapi Nyonya.

Kenyataan terbaru Ismail Sabri seorang Menteri atau pemimpin rakyat semua kaum sebenarnya adalah suara terdesak dan jelas menggambarkan betapa kritikalnya pasaran perniagaan Melayu. Ekonomi Melayu amat membimbangkan tapi terma bimbang bagi mereka adalah tidak makan bukan tidak dapat hasilkan pembuatan makanan.

Sebagai Menteri Pertanian beliau amat jelas akan monopoli Cina dalam penghasilan Makanan Negara dari sayuran, ayam, daging, kambing, ikan, beras, buah, kacang, rempah, herba, minyak masak dan pelbagai lagi. Jika ada Nelayan Melayu pun, orang tengah Cina. Jika pemborong Melayu pun, pemilik logistik tetap adalah Cina. Barang alat ganti kenderaan berat semua Cina.

Kebimbangan ini ditelan beliau seorang kerana rakyat tidak bimbang selagi ada makanan tidak kisahlah siapa yang kuasai pengeluaran dan pemasaran makanan. Manakala Pak Menteri lain pula memang tidak bimbang kerana selain tembolok masing-masing sudah penuh, mereka berkawan rapat dengan Cina.

Ibu saya adalah seorang Cina pekat, Cina bandar Kuala Lumpur. Dan saya cabar Melayu hidup tanpa Cina, pasti mereka akan mati.

Dari atas rambut hingga ke hujung kaki Melayu, semuanya dibekalkan oleh Cina 99%. Kini perniagaan makanan restoran mamak, nasi padang, nasi ayam dan food court juga sudah dikuasai Cina dimana pemakan ialah 100% Melayu. Tinggal 1% ialah berak dan kencing Melayu sahaja Cina belum kuasai itupun sudah banyak Tandas di Mercu Tanda Malaysia tidak menyediakan kepala paip dan orang Islam tidak lagi kisah kencing berdiri.

Bukan perkara rahsia banyak cabang perniagaan dikuasai Cina 100% seperti alat kelengkapan elektrik dan elektronik, alat ganti kereta, dan kenderaan berat, makanan mentah dan kering, alat komponen komputer, dan hampir semua lain adalah 90% dimonopoli Cina dan banyak lagi tetapi tidak dikhuatiri Melayu kerana mereka sangka cuaca baik akan menyelebahi mereka sepanjang zaman.

Kalau Melayu boleh hidup tanpa Cina saya sedia dilucutkan kerakyatan walaupun Malaysia sahaja tempat yang ada untuk saya tuju. Saya amat yakin Melayu tidak akan mampu kerana selepas berjuta peringatan termasuk dalam akhbar Utusan Apa lagi Cina Mahu, Melayu masih belum mahu sedar. Masih berkelahi sesama sendiri, masih dengki dan penting diri, masih khianat dan busuk hati sesama Melayi khususnya dalam perniagaan.

Sebenarnya tiada apa yang mustahil dalam hidup apatah lagi jika ia mendapat keredhaan. Untuk hidup tanpa Cina, Melayu memerlukan perancangan rapi, jati diri tinggi, serta bantuan dari pemikir, bantuan dari hartawan seperti Syed Mokhtar, perubahan dalam pelaksana dasar yakni kakitangan kerajaan dan lain-lain, dan paling penting dari setiap satu orang Melayu.

Saya sekali lagi cabar Melayu hidup tanpa Cina, jika tidak mampu hidup tanpa Cina, jika tidak mampu ubah diri dan sikap diri sendiri, tolong jangan ganggu Cina lagi.

3 comments:

Anonymous said...

biasa la melayu kalau meniaga lepastu kaya..

mana dia nk kongsi tolong naik kan satu lg melayu supaya jd kaya mcm dia..

melayu mana nak tengok jiran sebelah sama kaya dgn dia..

sama sama pakai kereta ferrari..

kebanyakkan nye tak nak org lain lg lebih dari dia..

yg bagi kt kroni lg lah susah nk ckp..

kalau ikut secara teori nya nmpak mcm melayu boleh hidup tanpa cina..

tapi tulah melayu mana nak bersatu hati..

jadi memang susah nak hidup tanpa cina..

tapi bagus lah jugak melayu dah ada kesedaran sikit sikit..

mungkin akan datang boleh lah hidup tanpa cina.. tapi tak tau bila.. :)

Anonymous said...

Awak sebenarnya mengutuk diri sendiri..sebab awak belum kaya lagi..awak dah plan nak buat macam awak tuduh org kaya melayu buat
--
Adakah Awak dari jenis malas ? bila tak kaya , terus nak mengutuk bangsa sendiri yg kaya.?..
--
Melayu boleh bersatu, dan memang dah bersatu pun, contohnya dalam UMNO, dalam PAS mereka bersatu, kenapa awak nak kecoh ? awak tak masuk jadi member parti politik kah ?
--
Awak ni mengundi tak ? apa sebenarnya masaalah awak sampai nak mengutuk bangsa sendiri ?
--
Tak ada orang tolong awak ka ? Kami nak tolong awak ..sila nyatakan dalam comment awak, nama penuh & no. talipon awak..kita boleh bincang, apa bentuk pertolongan awak nak & yang kami boleh bagi kpd awak..
--
Sekian wassalam.
--

Saiful Aripin said...

Betul.… awak mengutuk melayu hanya untuk menampakkan awak ni muhibbah sangat. Padahal kalau melayu ikut ajaran Islam yang sebenarnya tak ada sikap skeptikal macam awak. Percayalah rezeki dtg dr ALLAH. Bukan orang cina. Soriano.