ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Tuesday, February 3, 2015

Kenapa Saya Tidak Setuju Harga Minyak Di Turunkan

Siapa sangka harga minyak jatuh merudum. Dari USD 120 kini ia jatuh kepada bawah paras USD 40. Kejatuhan ini disambut gembira oleh banyak pihak yang mahu kerajaan menurunkan harga minyak. Kerajaan pula terdesak mempamerkan imej rakyat mereka dengan menurut desakan ini dan pada 1 Feb yang lalu, ia adalah penurunan harga minyak kali kedua dalam Tahun 2015.

Harga awal RM 2.21 memang agak tinggi, tetapi selepas diturunkan kepada RM 1.91 saya berpendapat ia harga yang stabil dan tidak terlalu tinggi.

Penurunan harga minyak sebenarnya banyak mengundang impak negatif dari positif.

Perlu diakui, latar belakang ekonomi, pembuatan dan pasaran di Malaysia berbeza dengan Indonesia yang juga menurunkan harga minyak tetapi harga minyak masak, tepung, beras, gas dan lain-lain semua turut turun.

Di Malaysia ia di monopoli lebih 90% oleh satu kaum sahaja dan kita bukan seperti Indonesia yang menukar kaum menjadi 1 bangsa Indonesia dan perniagaan pula seimbang antara suku Minang, Cina, Jawa dan Batak.

Penurunan minyak gagal membawa kepada penurunan harga barang dan perkhidmatan. 

Berbeza dengan kenaikan minyak yang pasti disusuli kenaikan barang dan perkhidmatan sepantas kurang 5 jam selepas ia dinaikkan.

Kerajaan walaupun boleh menasihat peniaga menurunkan harga dan dipaparkan akhbar perdana, realiti di dunia sebenar adalah amat berbeza. Barang naik tanpa mampu dikawal dan harga tidak diturunkan kerana peniaga monopoli ini tidak tertakluk kepada kepatuhan malahan kuasa mereka lebih dari Kerajaan.

Akhirnya pengguna yang terpaksa menanggung beban itu.

Penurunan dua kali ini gagal menurunkan harga apa-apa barang. Dan kenaikan minyak pada masa depan pula pasti, amat dijamin akan menaikkan harga barang.

Justeru, adalah lebih baik Kerajaan tidak menurunkan harga minyak sebaliknya menggunakan duit lebihan yang rakyat bayar menanggung kenaikan harga minyak dimasa hadapan.

Dengan wang lebihan harga minyak yang akan dijana faedah simpanan, Kerajaan boleh mengekalkan harga minyak pada RM 1.91 untuk 2 tahun atau lebih dan rakyat tidak diancam ketidakstabilan harga barang yang sering dimanipulasi serta di naikkan untuk kepentingan pihak tertentu.

Malahan perancangan ekonomi juga tidak terjejas mengambil kira harga minyak yang disandarkan pada harga tetap diganti dengan tanggungan kerajaan semasa kenaikan kelak.

Sekadar pendapat dan pandangan dan diharap pada rakyat Malaysia mempunyai kesedaran yang lebih serta pemikiran yang berganda dengan akal yang diberikan.

No comments: