ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Saturday, February 28, 2015

Hudud: Apakah Mustahil Umat Islam Berbincang Dengan Akal?

Hudud datang lagi, biasanya ia datang 5 tahun sekali, atau kadang-kadang lebih awal jika ada PRK di kawasan majoriti Islam dan ditandingi PAS. Selain dari itu, ia senyap tanpa berita.

Hudud jelas ada disebut dalam Quran tapi untuk beberapa kali sahaja dibandingkan keadilan, kesaksamaan serta pertimbangan yang Allah tekankan beratus kali dalam Quran.

Sama seperti aurat atau tudung, ia disebut beberapa kali sahaja dibandingkan dengan solat, zakat, hati baik, percakapan baik, jangan buka aib orang dan sebagainya yang disebut beratus kali juga.

Begitu juga bacalah Al-Quran dengan tahmid dan tasjid yang betul hanya disebut sekali sahaja tetapi seluruh umat Islam dengan program-programnya begitu menekankan bacaan yang betul serta suara yang sedap berbanding memahami Al-Quran.

Beratus kali Allah sebut dalm Quran "Tidakkah mereka memahami?" dan disebut lagi, Al-Quran diturunkan dalam Bahasa Cina supaya kamu mudah memahami. Kata kunci Allah bukan Bahasa Arab atau Cina tetapi fahami Al-Quran.

Hududullah atau Hudud atau Undang-undang Allah disebut beberapa kali dan antaranya disebut juga potong tangan kaki dan sebagainya. Begitu juga yang mati dibunuh perlu dibalas dibunuh atau memerdekan seorang hamba dan sebagainya. Begitu juga mata dengan mata, telinga balas telinga dan jika mampu maafkan sahaja kerana itu lebih baik bagi kamu dan sebagainya. Kata kunci dalam semua ayat Quran ini adalah keadilan dan juga pertimbangan.

Setiap orang Islam wajib menyokong hudud kerana ia adalah hukum Allah tetapi olahannya dari Al-Quran perlu mengambil tegas perkara keadilan dan kesaksamaan dalam Islam. Juga Allah suka pada mereka yang perbaiki amalan dan memajukan diri.

Kata kunci Allah tentang hukuman dalam Islam adalah keadilan dan juga kemaafaan.

Justeru adalah penting mengutamakan keadilan dalam hukum Allah hudud dan jika diperlukan 4 saksi menyaksikan dan saksi itu juga perlu saksi yang layak maka ia tidak adil.

Begitu juga potong tangan, jika seorang Penjawat Awam memperoleh gaji RM 10,000 sebulan, rumah 5 buah, kereta 3 buah, simpanan berpuluh ribu ambil rasuah walaupun seringgit potong tangannya kerana ia mencuri hak orang lain.

Tetapi jika pelaku bergaji RM 1,000, rumah sewa RM 700, belanja anak RM 200, makan RM 300, api air RM 200, harta tiada, pergi kerja naik motor kapcai hutang, simpanan RM 1.34 dan beliau ambil rasuah atau curi RM 1000 janganlah potong tangan dia.

Allah sebut suruh potong tangan sekali sahaja dalam Quran tapi Allah sebut berlaku adil, jangan menzalimi diri sendiri, jangan ingkar suruhan Allah beratus-ratus kali.

Saya tidak bimbang dengan hudud sebab saya percaya pada keadilan Allah, tapi yang saya bimbang nilai orang Islam yang baca Al-Quran tanpa memahami. Jika saya beri sepotong ayat dalam Bahasa Cina dan orang Islam baca, baca dan baca tanpa fahami walaupun maksudnya baik, mahukah anda?

Terbaru, Datuk Noor Farida menjadi mangsa netizens Facebook yang merendahkan kelayakan beliau mempersoalkan hudud Kelantan disebabkan beliau tidak menutup aurat?

Islam di Malaysia sudah jadi seperti komunis!!! Tidak ada tauliah tidak boleh sampaikan walau satu ayat. Tidak pakai tudung tidak boleh sertai soal jawab agama!!! SIS diharamkan tapi dihina hanya kerana bertanya pada Mahkamah sebab dia diharamkan!!! Apatah agama Islam tidak boleh dipersoalkan? Jika dipersoalkan juga akan ditangkap, dihina, didakwa dan dipenjara yang mana hampir sama seperti Komunis.

Sedangkan Allah kata Islam adalah Agama yang sempurna. Makin disoal makin disempurna. Sesiapa boleh persoal Al-Quran, Allah, Islam kerana yang mereka akan jumpa adalah keagunganNYA.

Sebaliknya di Malaysia tindakan mengunci mulut dan pemikiran orang Islam dilakukan agar umat islam takut, agar mereka patuh dan taat seperti lembu yang dicucuk hidung tanpa bertanya ikut sahaja kemana ditarik oleh Gembala.

Saya tidak layak untuk sembang dengan agamawan samada tulen, palsu,ekspress, politik ataupun kami ampu dalam hudud ini, kerana saya berjati diri Kebangsaan tapi tiada kenegerian, saya rasis Melayu tapi hormati hak kaum lain, saya agama Islam tetapi bukan dari Ibu Bapa sebaliknya kerana saya baca, fahami AlQuran dan paling utama diberi rahmat oleh Allah untuk jadi muslim sederhana.

Tapi walaupun tidak layak, saya ingin bertanya apakah adil jika rakan saya ditangkap kerana zina sedangkan umurnya baru sahaja 15 tahun, bersekedudukan perkara biasa dalam masyarakat Malaysia, kerajaan tidak menapis internet dan rangsangan mudah didapati berbanding zaman dahulu, begitu juga dengan arak yang dijual merata, judi yang berleluasa belum kira rumah urut di Selangor dan KL.

Adilkah dan sebagai orang yang dihukum rejam, potong tangan, dan sebagainya, apakah Islam menafikan alasan saya Kerajaan dan juga pemimpin agama yang salah kerana gagal membendung bahan-bahan lucah, penjualan arak, judi dan dadah malahan rumah urut dan pelacur juga.

Justeru sebagai pejuang dan pendukung hudud Melayu saya pinta Islam membuka pintu rundingan serta keterbukaan seperti yang dituntut Quran dan ditunjukkan Rasulullah SAW. Jangan asal kami buka mulut menentang sahaja terus dihukum kami ini.

Hudud Melayu adalah hudud sebenar yang ditekankan Allah yakni keadilan, pertimbangan dan kemaafan. Saya cadangkan pesalah curi mengambil kira faktor kewangan pesalah dan diberi 3 kali hukuman penjara dan kesalahan yang keempat baru potong tangan. Begitu juga zina, dan lain-lain kesalahan perlu mengutamakan keadilan yang Allah mahu.

Penggunaan DNA, kamera kotak besi dan teknologi lain juga perlu diakui kerana sains dan teknologi menjelaskan keagungan Islam bukan Islam menjelaskan kehebatan sains dan teknologi.

Pada orang Melayu saya harap hentilah membunuh dan menyerang karakter orang, sebaliknya buka minda, buka akal berbincang seperti orang Islam. Jangan baca Al-Quran dari kecil malah khatam ada yang hafiz tetapi rasa sudah faham sebab orang Arab sendiri pun tidak faham maksud Quran.

Fahami AlQuran bukan baca AlQuran.

Tuesday, February 17, 2015

Rayuan Pada Perdana Menteri Malaysia - Mengenang Jasa Anwar

Saya, Mustaqim Abdul Rahman, rakyat Selangor, mengundi 2 kali di PRU, kali pertama undi Adun Amirudin Shari(PKR) dan MP Azmin Ali(PKR), dan kali kedua tukar alamat dan undi Calon (BN) Parlimen W.Maju.

Pendirian politik saya adalah semua parti politik adalah politik 1i2u(1pertama I dulu, ke2 baru U)  atau 1st I(Myself and myfamily),  2nd U(Rakyat), justeru saya adalah pengundi atas pagar yang belum membuat keputusan undi PRU 14 untuk BN atau PR.

Antara ahli politik kegemaran saya mengikut ranking adalah Tun Dr Mahathir, Anwar Ibrahim, Najib, Hishamudin Hussein, Rafizi Ramli, Azmin Ali, Lim Kit Siang, Ling Liong Sik, dan bukan Samy Vellu.

Perkembangan terkini politik Negara Ketua Pembangkang yakni Ketua PR dipenjarakan atas kesalahan meliwat pembantunya menarik perhatian semua pemerhati politik dan rakyat Malaysia seluruhnya. Tidak seperti tirai besi 99 yang memenjarakan Anwar, tirai kali ini meraikan Anuar Ibrahim sebagai tahanan jenayah biasa dan bukan tahan politik yang menikmati layanan VIP.

Saban hari berita melaporkan semua kenalan Anwar merayu beliau diberikan Tilam, baju lebih, selimut, dan lain-lain keperluan asas harian melebihi banduan lain. Namun, kita tahu Kerajaan tidak melayan kerana kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Zahid Hamidi Anwar dilayan seperti banduan lain mengikut peraturan penjara sedia ada.

Sebagai rakyat Malaysia, saya ingin mengajak semua mengenang jasa Anwar Ibrahim samada secara langsung atau tidak langsung, samada secara terus atau arahan dari PM dan samada dalam Kerajaan dan di luar Kerajaan ikut kebaikan paling banyak.

1. Rakan Muda adalah program terbaik pernah dilaksanakan. Namun selepas Anwar dipecat, program ini berkubur dan kini gejala sosial makin parah.

2. Menukar Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia.

3. Menggerakan gerakan Islam dalam sistem kewangan dan pendidikan ie UIAM

4. Mengekalkan pertumbuhan ekonomi tinggi selama 8 tahun ketika memegang jawatan Menteri Kewangan walaupun ada pihak persoalkan kaedahnya yang robust tapi pasti ramai bermanfaat darinya ketika itu

5. Amat dekat dengan perjuangan Bahasa Melayu sejak di bangku sekolah

6. Mengukuhkan dan menyatukan UMNO buat seketika

7. Membantu Tun Dr Mahathir memenangi PRU, memenangi Pemilihan UMNO, melaksanakan dasar-dasarnya.

8. Mengekalkan kadar tol untuk satu jangka masa agak panjang

9. Memberi tentangan hebat kepada BN dan menjadi check and balance kepada Kerajaan BN Abdullah Badawi

10. Membuat tuntutan 16 September sebagai cuti umum

11. Kerajaan PKR Selangor memberi air percuma 11m3 sehingga hari ini tahun yang ke 7

12. Menaikkan, dan mendidik ramai Jeneral Politik baru seperti Rafizi, Azmin dan ramai lagi

13. Menekan Kerajaan menaikkan Gaji Minimum

Dan banyak lagi yang tidak disebut disini antaranya jasa-jasa kecilnya kepada rakyat Malaysia.

Mungkin pada ramai pihak apa yang dibuat tidak lain hanyalah untuk "political milleage" beliau sahaja, walau apa pun ia tetap memberi kesan kebaikan dan keburukan kepada rakyat.

Pendek kata, jasanya tidak dapat diketepikan walaupun anda memilih pendapat dosanya melebihi jasanya, namun jasanya tetap ada hingga hari ini.

Sebagai seorang banduan, beliau akan dilayan seperti banduan lain tanpa sebarang keistimewaan.

Sebagai rakyat yang masih meminati politik beliau dan mengenang jasanya, saya pohon kepada Perdana Menteri agar mempertimbangkan sedikit keistimewaan kepada keperluan asas beliau dalam penjara. Dan jika diukur permohonan ini dengan jasanya, ia tidak sebanding pun, tapi ia amat memadai bagi seorang individu yang sumbangannya dan dosanya pada Negara tetap ada samada kita mahu akui atau tidak.

Sebagai orang Islam, saya berdoa beliau menggunakan peluang masa yang ada dalam Negara untuk mempertingkatkan ibadat kepada Allah SWT. Muhasabah dengan perbaiki diri, perkuatkan iman juga keazaman untuk terus menyumbang, dan jika diizinkan Allah, Anwar Ibrahim akan lahir semula seperti bayi yang baru lahir. Anwar baru ini mungkin akan menyatukan umat Islam samada PAS, PKR atau UMNO kelak jika Allah berkehendak, Amin.

Monday, February 16, 2015

Anwar Ibrahim

Anwar ditatang dalam dulang Emas oleh Tun Dr Mahathir. Tun memberikan segala ilmu yang beliau ada untuk menjadikan Anwar Perdana Menteri Malaysia.

Anwar pernah memangku jawatan Perdana Menteri ketika Tun bercuti ke North Pole jika tidak silap, dan Anwar kelihatan di TV sebagai PM Malaysia meraikan pendaki kita ke Everest.

Saya harap dapat berjumpa dengan Anwar di penjara Sg Buloh, harap beliau sudi berjumpa kerana saya membawa pesan arwah Abah. Ketika saya kecil Anwar sering ke rumah berjumpa Abah di Semenyih Kajang dan saya juga ada berjumpa beliau.

Hubungan Anwar dengan Abah tidak putus disitu dimana pada 1986/87 Anwar datang jumpa Abah minta bantuan untuk memenangkan Mahathir vs Tengku Razaleigh. Mahathir menang.

Pada awal 1998 sebelum March, Anwar hantar wakilnya berjumpa Abah kerana salah seorang pengikut Anwar setengah gila ditahan dan disoal siasat Polis dalam Bilik Gelap selama sebulan.

Seminggu sebelum Anwar dipecat, pengikut Anwar datang jumpa Abah lagi, tapi Abah kata, Abah tidak boleh tolong melainkan "sebab kenapa dia pesan pada saya minta sampaikan pada Anwar" jadi saya tidak boleh beritahu disini.

Mungkin saya salah sebab mungkin Abah kata dia tidak boleh tolong sebab dia tahu dia sudah hendak meninggal dan pada 6 November 1998, Abah meninggal.

Sebenarnya saya sangat bodoh, sebab "hint" Abah kepada saya banyak sangat sampai tahap beritahu ajal dia makin hampir, tapi sebab bodoh saya tidak faham sampailah 4 jam sebelum di meninggal pun saya tidak faham "hint" dia.

Anwar adalah seorang ahli politik yang hebat, juga seorang pemimpin yang hebat. Karisma dan ketokohan lebih dari Mahathir sendiri, tapi disebabkan Mahathir berhati bening kebijaksanaan Mahathir lebih terselah.

Tapi kalau mahu dibandingkan dengan pemimpin lain selain Mahathir, Anwar Ibrahim adalah paling terbaik pernah dilahirkan di Malaysia.

Sebagai "kenalan" Anwar, saya bersedih dia dipenjarakan kerana 2 sebab iaitu dia sudah berusia dan kedua, kerana Anwar dipermainkan oleh pihak dalam kemnya sendiri.

Pada saya Anwar Ibrahim terlalu bijak untuk dipermainkan tetapi atas sebab tertentu beliau membiarkan dirinya menjadi alat catur dalam Chess politik individu ini.

Doa saya selain dapat berjumpa dengan Anwar di Penjara adalah semoga Anwar gunakan 5 tahun ini untuk muhasabah diri(salah atau tidak pun boleh muhasabah juga). Gunakan masa untuk menghambakan diri pada Allah, beramal dan dekatkan diri pada Allah.

Allah suka pada orang yang dekat padaNYA dan saya yakin jika Allah berkehendak Anwar yang keluar dari Pintu Penjara Sungai Buloh bukan lagi Anwar yang dulu.

Dan saya akan menyokongnya menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana Mahathir sudah pencen dan selepas Mahathir, Anwar adalah yang terbaik.

Ini adalah pendapat peribadi saya, tetapi saya harap pembaca dapat doakan saudara kita Anwar Ibrahim dirahmati Allah dalam penjara dengan ilmu-ilmu akhirat. Mungkin itu hikmah Allah menyediakan 5 tahun untuk Anwar beribadat siang malam padaNYA. Wallahualam.

Tuesday, February 10, 2015

Cabaran dan Jasa Mantan YDP MPS

Rasuah merupakan satu ancaman besar dimana impaknya kerosakannya lebih teruk dari gempa bumi 100 skala ritcher. Usaha membanteras rasuah tidak boleh dilakukan bersendirian mahupun secara bersih kerana konteks pemberi dan penerima serta subjek perlu diambil kira. 

Golongan Pegawai Atasan Kerajaan berhadapan dengan tawaran serta cabaran ini hampir saban hari. Boleh diumpamakan setiap langkah mereka berjalan seperti meniti sehelai benang halus yang dikanannya menolak tawaran dan dikirinya mengambil tawaran. 

Kanan atau kiri tidak digusarkan mereka, asalkan matlamat utama harus dicapai dengan memberikan khidmat yang terbaik khususnya untuk rakyat.

Cabaran untuk membawa kebaikan dan perubahan pada Negara amatlah besar dan getir. Justeru, selain menyalahkan Pegawai yang dituduh mahupun yang sudah didapati bersalah, kita sebaiknya menilai akan hasil serta jasa mereka kepada masyarakat dan rakyat.

Ini kerana Pegawai Kerajaan bukan sahaja hanya berusaha menyempurnakan tugas, tetapi juga perlu bijak mengendali persepsi serta desakan politik yang mahukan hasil yang terbaik untuk Rakyat yang biasanya untuk diri mereka sendiri.

Tidak dinafikan, salah tetap salah, benar tetap benar, tetapi bumi mana tidak ditimpa hujan. Asalkan, air tidak mencurah terbazir, melainkan tumpah ketanah bumi yang subur ini. 
Mantan Yang Dipertua(YDP) Majlis Perbandaran Selayang(MPS) seperti yang diketahui ramai sedang menghadapi tuduhan rasuah sebanyak RM 26,500 untuk kerja selenggaraan rumah miliknya sendiri pada tahun 2001. Samada beliau bersalah atau tidak atas tuduhan itu, ia harus diserahkan sepenuhnya pada Mahkamah yang adil serta Hakim yang saksama. Yang pasti, kerana kes ini masih didalam perbicaraan maka memperbincangkannya boleh dianggap sebagai menggangu Mahkamah yang mulia.

Sebagai anak jati Selayang, apa yang ingin saya utarakan adalah kemajuan yang dibawa oleh beliau sepanjang beliau menjawat jawatan YDP MPS. Sebelum beliau dilantik, Selayang, Gombak, Kepong, Sungai Buloh dan Rawang umpama sebuah Bandar lesu dipinggir kota yang dihimpit masalah setinggan, penempatan tidak teratur, jenayah, Pasar Borong yang kotor dan busuk, masalah kutipan sampah, masalah longkang yang kecil sering mengakibatkan banjir, masalah lombong, masalah PATI, peluang pekerjaan dan perniagaan yang terbatas, masalah kilang-kilang dan banyak lagi. Untuk rekod, kawasan Selayang amat besar dari Gombak, Kepong, Sungai Buloh sehingga ke Rawang dan ia dibataskan oleh hubungan jalan raya yang terhad dan sekadarnya.  

Namun, ia tidak menghalang usaha transformasi Selayang oleh Majlis Perbandaran Selayang yang diketuai Datuk Bakaruddin Othman.

Selepas beliau menjawat YDP MPS, pelbagai perubahan dapat dilihat. Tanyalah 100 anak jati Gombak, Selayang, Kepong, Sungai Buloh dan Rawang pasti 99 darinya akan menjawab Bandar kami berubah 360 darjah selepas beliau menjadi YDP.  

 Meniru pendekatan Tun Dr Mahathir, Datuk Bakaruddin Othman enggan membiarkan Warga Selayang hanya bergantung kepada sumber dan peluang setempat yang terbatas. Dengan Belanjawan terhad, beliau melakukan “economy spinning” dengan mengindahkan Selayang, Gombak dan Rawang melalui pelbagai landskap menarik sekaligus membuka peluang pekerjaan dan perniagaan kepada masyarakat. Hasil kutipan cukai digunakan sebaiknya oleh beliau untuk menambahbaik dan mebina infrastruktur dan pembangunan seluruh kawasan jagaan MPS.

Bagai serampang dua mata, beliau menyelesaikan masalah penjaja kaki lima disamping mewujudkan Sistem Bandar yang teratur dengan membangunkan beratus buah Gerai MPS, pusat perniagaan bersistematik, menukar wajah berpuluh Pasar Basah, membina Dewan Serbaguna yang baru dan mencantikkan yang lama , membina Kolam Renang, membina Stadium, menarik pelaburan “hypermarket” seperti Tesco dan Giant, memudahkan urusan dengan MPS dan banyak lagi.

Jika dahulu Selayang hanya dikenali kerana Pasar Borong, Air Terjun Kanching dan Sungai Ulu Yam, tapi kini Selayang begitu popular dan terbaru Selayang bukan sahaja menjadi tumpuan Negara malah dunia kerana berlangsungnya perlawanan bolasepak antara pasukan Lion Singapore dan Angkatan Tentera Malaysia.

Yang paling penting, semua kemajuan ini dilakukan tanpa mengabaikan nasib Warga Selayang. Dengan kadar sewa serendah RM 200 bagi Gerai yang amat selesa dan selamat, RM 500 bagi Dewan yang cantik serta parkir yang cukup untuk diadakan Majlis Keraian, Rakyat begitu merasai nikmat dari pembangunan yang beliau lakukan. Berpuluh Bangunan Flat dibina bagi memberi keselesaan hidup kepada Warga Selayang yang tinggal di setinggan, hasil kerjasama MPS dengan Kerajaan Pusat.

Tidak cukup dengan itu, Datuk Bakaruddin Othman sedar usaha membangunkan Selayang tidak mampu dilakukan beliau dan pasukannya bersendiri kerana usaha ini harus berterusan sampai bila-bila. Dengan bijak beliau menyematkan slogan Selayangku Sayang di kalangan Warga Selayang. Slogan ini dipercayai telah berjaya membuatkan Warga Selayang sayangkan Selayang dan bangga memberitahu rakan yang lain mereka berasal dari Selayang berbanding sebelumnya.

Hakikatnya, semua kerja dan hasil sentuhan beliau begitu dirasai dan dirindui, dan Alhamdulillah usaha beliau kini diteruskan dengan baik oleh YDP MPS, Dato Zainal Abidin Aala. 

Apa sahaja keputusan Mahkamah akan kami terima tetapi pada kami anak jati Selayang, Gombak dan Rawang, kami tidak pernah sesekali menganggap beliau bersalah malah kami amat berterima kasih atas penat lelah beliau. Sebagai manusia biasa, mungkin ada antara tindakan dan keputusan beliau yang kurang tepat tetapi melihat akan kemajuan yang dikecapi Selayang, Gombak dan Rawang hari ini wajarlah beliau digelar Bapa Pembangunan Selayang, Kepong, Sungai Buloh, Rawang dan sebahagian Gombak.

Saturday, February 7, 2015

Bolehkah Melayu Hidup Tanpa Cina?

Ingat keluarga Tallala. Sri Lankan yang lahir di Malaysia dan satu-satunya rakyat Malaysia yang namanya digunakan sebagai nama Jalan di Malaysia dan Perancis.

Bapa mereka Hewage Benjamin Tallala datang dari Sri Lanka dengan sehelai baju dan seluar di badan, serta beberapa sen dalam poketnya.

Sebab rajin, tidak takut susah, berani penat dan pening Hewage Tallala menjadi antara kontraktor pertama di Tanah Melayu yang menyediakan khidmat angkat najis, bersih dan sapu jalan dan sebagainya. Beliau merupakan Ahli dalam Lembaga Najis Majlis Kuala Lumpur atau DBKL.

Dari kisah Tallala yang Tanah Melayu hanya mampu tumpang bangga atas usaha orang Sri Lanka ini, dapatlah kita ketahui sikap Melayu malas berniaga, kalau berniaga mahu senang, takut susah dan penat maka pendatang seperti Hewage Tallala pun boleh kaya lebih dari orang Melayu sendiri.

Kisah Tallala satu antara berjuta kisah Si Daif Cinderella jadi Puteri di Malaysia. Abad Internet ini Melayu masih sama dengan nenek moyang mereka, Bangladesh, Pakistan dan Kemboja kini jadi Bos, jadi pengedar sayur dan Ikan, pemborong kain dan pakaian kepada orang Melayu.

Ketuanan Melayu sesuai dirujuk kepada Tuan Melayu, Melayu dilahirkan sebagai Tuan sahaja dan kini Tuan sudah kehabisan Tanah maka jadi apa lagi?

Persoalan paling besar sepanjang abad adalah Bolehkah Melayu hidup tanpa Cina?

Tidak boleh adalah jawapan paling tepat.

Sebelum 1950 ia mungkin boleh kerana selain perniagaan benih timah, peniaga Cina hanya sedikit di Pasar-pasar utama, seorang dua menaiki Basikal membawa sayuran. Boleh baca Buku Catatan Abdullah Hukum untuk sahkan fakta ini.

Selepas UMNO ditubuhkan pada 1946 ada usul menghalau semua Cina keluar dari Malaysia, tetapi tidak disambut kerana Melayu belum dan tidak melihat Cina sebagai ancaman.

Pada 1957, Britain mensyaratkan Cina dan India wajib diberi kerakyatkan dan Tunku setuju, tetapi suara usul 1946 kedengaran kembali kerana orang Melayu tiba-tiba sedar hartanah Kuala Lumpur dikuasai oleh orang Cina.

Secara teorinya, tindakan Cina menempati Bandar dan membuka perniagaan adalah kerana PKM berjanji akan menjadi Tanah Melayu sebahagian Negara China. Keyakinan orang Cina bertambah dengan lebih pembelian hartanah bila Chin Peng pergi Britain untuk menuntut kemerdekaan Tanah Melayu dan bila-bila masa akan diisytihar sebagai Negara Komunis RPC.

Tunku Abdul Rahman tahu Melayu tidak mampu hidup tanpa Cina semasa Malaysia ditubuhkan pada 1963. Ini jelas dimana kerana orang Cina pandai berniaga. Hanya kurang 10 tahun selepas 1957 mereka sudah hampir menguasai semua perniagaan dan memenuhi deretan kedai di Malaysia dan Singapura.

Kilang pembuatan Cina tumbuh bagai cendawan dan ia membuatkan Tunku terpaksa memberi lebih banyak bantuan dan sokongan kepada Cina kerana tiada seorang pun Melayu tampil dan jika ada perniagaan mereka tidak disokong oleh liberalisai ekonomi selain tertakluk kepada adat dan agama.

Jelas akhirnya 13 Mei 1969 terjadi kerana jurang ekonomi yang besar akibat tiada sekatan dan tiada bantuan membantu orang Melayu berniaga yang menyaksikan DEB ditubuhkan.

Tun Razak dan Tun Hussein juga sedar Melayu tidak boleh hidup tanpa Cina. Peluang perniagaan digunakan sepenuhnya oleh orang Cina kerana orang Melayu tidak pandai berniaga dan lebih selesa hidup seadanya, atau paling tidak kerja Gomen.

Guthrie milik British pula dengan sewenangnya menjual tanah yang banyak kepada Persatuan Peniaga Cina di Malaysia. Tindakan Guthrie ini menyaksikan Tun Dr Mahathir melancarkan serangan waktu subuh yang menyaksikan seluruh tanah Guthrie di Malaysia milik kita sepenuhnya.

Era Tun Mahathir antara 80-an dan 90an adalah era industri pembuatan. Kilang elektronik tumbuh melata dan peluang perniagaan yang sedia di monopoli Cina digunakan sepenuhnya.

Kini selepas hampir 60 tahun merdeka, Melayu masih belum sedar mereka tidak akan dapat hidup tanpa Cina.

Sebabnya jelas bukan salah Kerajaan, bukan salah DEB atau politik, sebaliknya sikap orang Melayu itu sendiri. Dan untuk sebab yang jelas jua, seperti nenek moyang mereka, orang Melayu tetap salahkan orang lain.

Sejarah berulang tetapi apakah peluang sama banyak Melayu untuk bangkit semula seperti dulu akan ada?

Melayu tidak boleh hidup tanpa Cina, jika tiada Cina sudah pasti ekonomi Malaysia akan dijajah oleh orang Bangladesh, Pakistan, Indonesia, Myanmar, Thailand dan Kemboja yang selepas Cina menguasai pasaran perniagaan di Malaysia secara perlahan, kecil tapi banyak.

Jika tiada Cina dan India tiada KLCC, tiada KLIA, tiada LCCT, tiada Air Asia, tiada Maxis, tiada Astro, tiada Berjaya, malah mungkin tiada PLUS sepertimana di Indonesia kerana disana kurang India buat jalan.

Jadi soalan paling sukar untuk abad ini selepas Melayu tidak boleh hidup tanpa Cina adalah Kenapa Melayu baru kini sedar Cina sebagai ancaman dan mahu memboikot pula?

Cina adalah ancaman kepada ekonomi bukan sebab mereka jahat tetapi sebab Melayu malas berniaga. Cina hanya menggunakan peluang yang ada selepas tiada siapa yang mahukan perniagaan itu.

Keluarga saya sendiri adalah pengusaha Dewan Makan Asrama sejak tahun 1987. Pada tahun 1993, Tender Makanan Bermasak hanya untung kecil dibandingkan kerja penat dan lecehnya. Satu pelajar 5 kali makan hanya RM 2.94 sahaja dibandingkan hari ini RM 15.00 seorang. Pada masa itu tiada siapa mahukan tender itu tidak seperti hari ini kerana ia mudah, lebih mudah di sub atau makan komisen sahaja.

Ali Baba tidak hanya terjadi antara Melayu dengan Cina tetapi juga Melayu dengan Melayu. Ali dapat bagi Baba yang maju bukan Ali bukan Baba tapi Nyonya.

Kenyataan terbaru Ismail Sabri seorang Menteri atau pemimpin rakyat semua kaum sebenarnya adalah suara terdesak dan jelas menggambarkan betapa kritikalnya pasaran perniagaan Melayu. Ekonomi Melayu amat membimbangkan tapi terma bimbang bagi mereka adalah tidak makan bukan tidak dapat hasilkan pembuatan makanan.

Sebagai Menteri Pertanian beliau amat jelas akan monopoli Cina dalam penghasilan Makanan Negara dari sayuran, ayam, daging, kambing, ikan, beras, buah, kacang, rempah, herba, minyak masak dan pelbagai lagi. Jika ada Nelayan Melayu pun, orang tengah Cina. Jika pemborong Melayu pun, pemilik logistik tetap adalah Cina. Barang alat ganti kenderaan berat semua Cina.

Kebimbangan ini ditelan beliau seorang kerana rakyat tidak bimbang selagi ada makanan tidak kisahlah siapa yang kuasai pengeluaran dan pemasaran makanan. Manakala Pak Menteri lain pula memang tidak bimbang kerana selain tembolok masing-masing sudah penuh, mereka berkawan rapat dengan Cina.

Ibu saya adalah seorang Cina pekat, Cina bandar Kuala Lumpur. Dan saya cabar Melayu hidup tanpa Cina, pasti mereka akan mati.

Dari atas rambut hingga ke hujung kaki Melayu, semuanya dibekalkan oleh Cina 99%. Kini perniagaan makanan restoran mamak, nasi padang, nasi ayam dan food court juga sudah dikuasai Cina dimana pemakan ialah 100% Melayu. Tinggal 1% ialah berak dan kencing Melayu sahaja Cina belum kuasai itupun sudah banyak Tandas di Mercu Tanda Malaysia tidak menyediakan kepala paip dan orang Islam tidak lagi kisah kencing berdiri.

Bukan perkara rahsia banyak cabang perniagaan dikuasai Cina 100% seperti alat kelengkapan elektrik dan elektronik, alat ganti kereta, dan kenderaan berat, makanan mentah dan kering, alat komponen komputer, dan hampir semua lain adalah 90% dimonopoli Cina dan banyak lagi tetapi tidak dikhuatiri Melayu kerana mereka sangka cuaca baik akan menyelebahi mereka sepanjang zaman.

Kalau Melayu boleh hidup tanpa Cina saya sedia dilucutkan kerakyatan walaupun Malaysia sahaja tempat yang ada untuk saya tuju. Saya amat yakin Melayu tidak akan mampu kerana selepas berjuta peringatan termasuk dalam akhbar Utusan Apa lagi Cina Mahu, Melayu masih belum mahu sedar. Masih berkelahi sesama sendiri, masih dengki dan penting diri, masih khianat dan busuk hati sesama Melayi khususnya dalam perniagaan.

Sebenarnya tiada apa yang mustahil dalam hidup apatah lagi jika ia mendapat keredhaan. Untuk hidup tanpa Cina, Melayu memerlukan perancangan rapi, jati diri tinggi, serta bantuan dari pemikir, bantuan dari hartawan seperti Syed Mokhtar, perubahan dalam pelaksana dasar yakni kakitangan kerajaan dan lain-lain, dan paling penting dari setiap satu orang Melayu.

Saya sekali lagi cabar Melayu hidup tanpa Cina, jika tidak mampu hidup tanpa Cina, jika tidak mampu ubah diri dan sikap diri sendiri, tolong jangan ganggu Cina lagi.

Tuesday, February 3, 2015

Kenapa Saya Tidak Setuju Harga Minyak Di Turunkan

Siapa sangka harga minyak jatuh merudum. Dari USD 120 kini ia jatuh kepada bawah paras USD 40. Kejatuhan ini disambut gembira oleh banyak pihak yang mahu kerajaan menurunkan harga minyak. Kerajaan pula terdesak mempamerkan imej rakyat mereka dengan menurut desakan ini dan pada 1 Feb yang lalu, ia adalah penurunan harga minyak kali kedua dalam Tahun 2015.

Harga awal RM 2.21 memang agak tinggi, tetapi selepas diturunkan kepada RM 1.91 saya berpendapat ia harga yang stabil dan tidak terlalu tinggi.

Penurunan harga minyak sebenarnya banyak mengundang impak negatif dari positif.

Perlu diakui, latar belakang ekonomi, pembuatan dan pasaran di Malaysia berbeza dengan Indonesia yang juga menurunkan harga minyak tetapi harga minyak masak, tepung, beras, gas dan lain-lain semua turut turun.

Di Malaysia ia di monopoli lebih 90% oleh satu kaum sahaja dan kita bukan seperti Indonesia yang menukar kaum menjadi 1 bangsa Indonesia dan perniagaan pula seimbang antara suku Minang, Cina, Jawa dan Batak.

Penurunan minyak gagal membawa kepada penurunan harga barang dan perkhidmatan. 

Berbeza dengan kenaikan minyak yang pasti disusuli kenaikan barang dan perkhidmatan sepantas kurang 5 jam selepas ia dinaikkan.

Kerajaan walaupun boleh menasihat peniaga menurunkan harga dan dipaparkan akhbar perdana, realiti di dunia sebenar adalah amat berbeza. Barang naik tanpa mampu dikawal dan harga tidak diturunkan kerana peniaga monopoli ini tidak tertakluk kepada kepatuhan malahan kuasa mereka lebih dari Kerajaan.

Akhirnya pengguna yang terpaksa menanggung beban itu.

Penurunan dua kali ini gagal menurunkan harga apa-apa barang. Dan kenaikan minyak pada masa depan pula pasti, amat dijamin akan menaikkan harga barang.

Justeru, adalah lebih baik Kerajaan tidak menurunkan harga minyak sebaliknya menggunakan duit lebihan yang rakyat bayar menanggung kenaikan harga minyak dimasa hadapan.

Dengan wang lebihan harga minyak yang akan dijana faedah simpanan, Kerajaan boleh mengekalkan harga minyak pada RM 1.91 untuk 2 tahun atau lebih dan rakyat tidak diancam ketidakstabilan harga barang yang sering dimanipulasi serta di naikkan untuk kepentingan pihak tertentu.

Malahan perancangan ekonomi juga tidak terjejas mengambil kira harga minyak yang disandarkan pada harga tetap diganti dengan tanggungan kerajaan semasa kenaikan kelak.

Sekadar pendapat dan pandangan dan diharap pada rakyat Malaysia mempunyai kesedaran yang lebih serta pemikiran yang berganda dengan akal yang diberikan.

KUDOS ISMAIL SABRI

Saya jenuh menulis tentang kuasa ekonomi orang Cina yang kini di ambang kritikal. Amat kritikal.

Tetapi seperti biasa orang Melayu buat "bodoh je" sebab Melayu dan PHD memang sinonim. PentingdiriHatibusukDengki justeru Cina terus menindas Melayu dalam ekonomi.

Jom kita ke One Utama. Di sini kita lihat 99% dari pemilik Premis dan pemilik Perniagaan adalah kaum Cina dan 99% dari pekerja adalah Melayu. Jusco pula milik Jepun tapi CEO, CFO, MD, dan segala jenis Management semua Cina dan yang pekerja adalah Melayu.

Jom kita ke Mid Valley, Sunway Pyramid, The Curve, KLCC dan semua gedung beli belah pasti senario yang sama kita hadapi.

Bekas Bos saya di Fujitsu dahulu, Mr Loke Kam Long, yang juga pemilik rangkaian kedai runcit Wing Fatt berkata pada saya, Melayu tidak mampu berniaga menyaingi Cina kerana semua pemborong bawang adalah Cina. Datang dari Negara China, naik Kapal Cina, sampai KLIA naik Lori Cina, pergi Gedung Cina, naik lori Cina, dan diedarkan pembekal Cina. Melayu boleh saing jadi pembeli dan pengguna sahaja.

Kritikal amat kritikal.

Sebenarnya saya beriltizam mahu sambung belajar dan jadi Peguam kerana perkara pertama yang akans aya lakukan adalah menyaman semua Persatuan Peniaga Cina di Malaysia kerana monopoli.

YA! Monopoli!!! Tahukah anda bisnes di Malaysia sudah mencapai tahap monopoli? Dari hujung kaki anda hingga ke hujung rambut anda semuanya dibuat atau dibekalkan oleh Cina. Kalau anda beli dari Melayu pun, Melayu itu hanya peruncit sahaja bukan pembuat.

Industri pembuatan di Malaysia paling kritikal. Semuanya Cina sehinggakan makanan mentah juga Cina. Ayam, Ikan, sayur semua Cina.

Paling membimbangkan tapi tidak dipedulikan Melayu adalah industri makanan bermasak Islam juga kini banyak dimiliki oleh Cina.

Ramai Cina melabur dan menjadi Bos sebenar dalam pernigaan Restoran Mamak, Food Court dan Steamboat.

Bukan sahaja dari hujung rambut ke hujung kaki Melayu semua dibuat Cina malahan makanan yang kita makan hingga ke Taik(IWK spareparts, Lorry dll) kita pun dipelopori oleh Cina.

Orang Melayu sebelum merdeka sedar hal ini sebab itu mereka bangkit pada 13 Mei. Pada yang mahu sebut saya rasis dan paranoid dengan 13 Mei tolong baca banyak sikit. Baca hakikat sejarah mana-mana peperangan, rusuhan, dan pergaduhan bertitiktolak dari ekonomi. Contoh paling sempurna adalah rusuhan kaum di Jakarta 1998, ia adalah kerana ekonomi dan Cina menjadi sasaran orang Indonesia. Ramai Cina hilang tanpa dikesan hingga hari ini.

Tapi Melayu selepas merdeka tidak paham, tidak peduli dan penting diri. Mereka kali ini akan disembelih hidup hidup secara metafora. Mereka akan menjadi hamba secara metafora.

Tidak perlulah berlagak dengan rumah besar, kereta besar, percutian di London, 100 rumah jika makanan yang kita makan masih belum mampu kita makan dari tangan orang Islam sepenuhnya.

Jadi KUDOS pada Ismail Sabri yang berani berkata benar. Cuma orang munafik, fasik dan kafir ini memang tidak suka pada isi Islam iaitu kebenaran. Jadi mereka marah.

Kesempatan ini saya berharap pada orang Melayu berniagalah. Ramai yang ada RM beratus ribu dalam bank, berniagalah. Jangan takut susah berniaga dan jangan pilih bidang senang seperti komestik tampal buang, dan produk tampal buang dan lain-lain.

Berniaga bidang susah.

Dan pada konglomerat Melayu seperti Syed Mokhtar jangan derma sahaja pada Melayu tapi bantulah secara konsep beri makan anak burung. Cina membantu kaum mereka berniaga dengan konsep burung ini. Tidak salah jika bantu Melayu seperti burung. Bantu habis-habisan bukan buat Melayu itu rasa macam kita rasa, susah dan sebagainya.

Guna konsep saya tolong awak, awak tolong saya.