Saya antara terkejut dengan tidak apabila ada blogger
melaporkan Chin Peng cuba dibawa masuk ke Malaysia melalui Singapura. Terkejut
kerana jika benar, maka kenapa perlu dari Singapura dan bukan Filipina,
Thailand dan Indonesia yang jauh lebih mudah berbanding Singapura. Manakala, saya
tidak terkejut kerana setiap berita tanpa bukti kukuh saya sentiasa
klasifikasikan sebagai dusta dan fitnah yang menghiasi 99% berita internet
masakini. Kebetulan pula, kejadian tersebut di dakwa direkodkan semasa pengganas
Sulu sedang menyerang Sabah, bagai ada pihak sengaja untuk mewujudkan sentimen
perpaduan ataupun perpecahan, Wallahualam.
Namun, jikalau benarlah ada usaha membawa Chin Peng pulang
ke Malaysia oleh saudaranya terutama DAP yang pasti akan mendapat laba politik
jika berjaya, saya ingin ucapkan Tahniah!
Tahniah kerana selepas Chin Peng menyerah pada 1980-an dan
Malaysia selepas itu aman tanpa serangan pengganas, Lahad Datu memberi Chin
Peng peluang untuk membuktikan dirinya seorang pejuang kemerdekaan yang
menyayangi Negara Malaysia.
Chin Peng sewajarnya menggunakan peluang ini ke Lahad Datu bersama pasukan tenteranya memerangi pengganas Sulu dan mempertahankan Malaysia Negara yang beliau cintai. MATI, adalah satu anugerah kepada Chin Peng kerana itu merupakan isi hasratnya untuk dikebumikan di bumi Malay-sia ini dan dikenang sejarah sebagai pahlawan dan bukannya pengkhianat. Lebih dari itu, sejarah mungkin akan mencatat PKM/Komunis berjuang untuk mempertahankan Malaysia.
HIDUP, adalah satu peluang untuk Chin Peng terus menabur bakti dan Kerajaan pasti akan menganjarkan kepada beliau termasuk jawatan penasihat strategist perang hutan di Malaysia.
Kesimpulannya, mati atau Hidup di Lahad Datu tetap akan memberi peluang kepada Chin Peng untuk mati di Malaysia dan dikenang dalam sejarah Malaysia sebagai pahlawan Negara. Jadi apa yang ditunggu wahai Chin Peng, jom pulang ke Malaysia melalui Filipina terus ke Lahad Datu berjuang.
No comments:
Post a Comment