Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak
polis yang bertindak amat professional dalam menjaga keselamatan orang awam.
Bayangkan jika Polis yang dihina, dikeji keturunannya dan dipukul di oleh pihak
pro pembangkang kini utuh menjaga keselamatan semua tanpa kira latar belakang.
KIRAM YANG KARAM
Sultan Jamalul Kiram terakhir pada tahun 1936 tidak
meninggalkan waris. Waris Kesultanan Sulu yang sah adalah dari keluarga
Maharajah Adinda/Dinda/Arinda yakni Raja Bongsu kerana Sulu menggunakan Sistem
Penggiliran Takhta seperti di Perak.
Sumber: http://www.malaysiakini.com/letters/31492
- Datu Pengeran Tua.
Walau apa pun Kesultanan Sulu adalah Kesultanan yang sudah
tidak relevan. Malah mereka tidak diiktiraf oleh Filiphina selaku Tuan Tanah
mereka di selatan Filiphina. Mereka ini sesuai dengan peribahasa, merempat di
Negara sendiri, mengemis dan kufur (nikmat) di Negara orang.
Tindakan Kiram yang menghantar rakan-rakan jenayah yang
diketuai oleh adiknya sendiri untuk membunuh rakyat Malaysia jelas kerana tamak
dan dendam. Kiram tidak datang untuk
menakluk Sabah kerana bolehkah seekor semut mengalahkan sekumpulan binatang
pemangsa? Akan tetapi Kiram menyerang rakyat Malaysia untuk wang dan untuk
keuntungan dunia yang sedikit berbanding akhirat Allah yang abadi.
Kiram karam dalam lautan dunia yang melalaikan dan kini meniti usia sebelum djemput Ilahi untuk diadili Allah SWT atas dosanya menyebabkan kematian beratus Hamba Allah.
MENILAI KESETIAAN
Ramai rakan-rakan FB yang mempunyai darah keturunan Sulu
tidak mengeluarkan sebarang komen berkenaan isu pencerobohan Kiram. Mungkin
kerana tindakan Kiram tidak menggambarkan pendirian suku Sulu tetapi ia
membunuh Polis dan Tentera yang sudah pasti ia mengambarkan Malaysia memerlukan
kesetiaan rakyatnya untuk “mengkhianati” asal usul mereka demi Negara tercinta.
Nenek ibu saya seorang Komunis dan rapat dengan Chin Peng.
Ibu mempunyai seorang Pak Cik yang taat setia bersama Chin Peng di Betong
sehingga hari ini. Sebagai anak kepada ibu yang membesarkan saya, sudah pasti
saya amat menyayanginya. Katalah, satu hari nanti Malaysia berperang dengan
Komunis, dan Pak Cik menghubungi ibu untuk bertanyakan kepada saya tentang
Malaysia. Pada masa itu, bagaimana kesetiaan saya pada Negara Malaysia dinilai
dan diukur? Maklumat apa pula yang akan saya lepaskan jika saya seorang
Menteri, Pegawai Tentera, Anggota Polis ataupun
Kakitangan Kerajaan?
Itu senario jika Malaysia berperang dengan Komunis,
bagaimana pula jika Malaysia berperang dengan China, Singapore, Thailand, India,
Kemboja, Myanmar, Bangladesh, Pakistan dan lebih “menyeramkan” Indonesia.
Kerana pada hari ini ramai Warganegara Malaysia yang ibu bapanya lahir di
Negara diatas, mendapat pendidikan malah ada yang telah menjadi kakitangan
Kerajaan.
Kerajaan perlu mewujudkan satu mekanisme untuk menilai
kesetiaan dan merombak lanskap patriotik anak Malaysia agar mereka mencintai
Negara Malaysia, Bendera, dan Lagu sepertimana rakyat Thailand, Indonesia dan
Filipina.
PANCASILA MALAYSIA
Pancasila adalah salah satu sistem menanam semangat patriotik
yang boleh ditiru Malaysia selain dari pelaksanaan undang-undang yang keras dan
ketat termasuk melucutkan kewarganegaraan.
Pancasila tiada beza dengan rukun Negara tetapi ia lebih
terperinci dan lengkap dengan panca sila dihuraikan cabang-cabangnya, sebagai
contoh, Kesetiaan Kepada Negara mempunyai 4 ikrar dibawahnya antaranya;
i.
Bendera Yang Dihormati
ii.
Lagu yang dijiwai(tukar Negaraku kepada
Malaysiaku)
iii.
Kasih Antara Kaum
iv.
Menyokong Polis dan Tentera(no matter what)
dalam mempertahankan Negara
PENGKHIANAT
Jelaslah Malaysia mempunyai ramai pengkhianat yang secara langsung atau tidak membantu
penjenayah Sulu yang masih bebas dan mereka berjaya membunuh 10 anggota pasukan keselamatan
Malaysia.
Sebenarnya, di Putrajaya, malah dari Perlis hingga ke Johor,
kita mempunyai banyak bakal pengkhianat berpotensi tinggi yang tidak dididik mencintai Negara
Malaysia lebih dari mencintai kaum mereka sendiri.
Bersediakah kita menghadapi pengkhianat yang tidak dikenali dari
musuh dikenali? Pengkhianat ada disekeliling kita, lihat dan nilailah dikalangan jiran kita, rakan sepejabat, saudara mara
malah diri kita sendiri sebelum mengesyaki orang lain.
No comments:
Post a Comment