Malaysia mempunyai barisan Hakim Yang Bijaksana dan Hebat.
Nama-nama mereka gah sehingga kini dan akan terus dikenang sebagai Pengendali
Keadilan Yang Adil atau Raja Keadilan Dunia. Namun, Dato Seri Anwar Ibrahim
lebih bijak dari mereka, dan para-para Hakim di Malaysia diperlihatkan seperti
murid Tahun 1 apabila berhadapan dengan Dato Seri Anwar Ibrahim.
Saya kurang pasti Dato Seri Anwar Ibrahim sudah berhadapan
dengan berapa Hakim, namun beliau tetap terlepas dari segala pertuduhan yang
dikenakan pada beliau. Selepas didapati bersalah dan dipenjarakan untuk kali
pertama dan terakhir pada 1998, kebijaksanaan beliau menghadapi Hakim bertambah
hebat sehingga Hakim Yang Bijak diperkotakkan untuk “berkerjasama”
menangguh kes liwat beliau yang membabitkan Saiful Bukhari sebanyak 60 kali
atau lebih 3 tahun.
Sehingga hari ini segala pertuduhan terhadap Dato Seri Anwar
Ibrahim gagal dibuktikan dengan pelbagai alasan dan hujah. Dan, beliau masih
terus dituduh dan video koleksinya juga masih tidak berkurangan.
Seperti yang dijangka, akhirnya beliau akan didapati tidak
bersalah bukan kerana beliau tidak lakukan jenayah tersebut tetapi kerana
kekurangan bukti, masalah teknikal, saksi hilang, saksi mati dan sebagainya.
Baru-baru ini berpuluh penyokong bola sepak Indonesia
dihukum dengan cara yang aneh oleh Hakim. Mereka dihukum menyanyikan Lagu
Indonesia di khalayak ramai. Bukan tidak boleh, Hakim mempunyai kuasa untuk
mengarahkan sesiapa untuk melakukan apa bagi memperlihatkan dan menegakkan
keadilan.
Kaedah dan Hakim yang ada hari ini belum cukup bijak untuk
menyaingi kebijaksanaan Dato Seri Anwar Ibrahim.
Hakim boleh mengarahkan Dato
Seri Anwar Ibrahim menjalani ujian emosi dan psikologi dengan mengarahkan
beliau bermalam dengan seorang lelaki kacak dan jambu di sebuah bilik hotel
tanpa dipantau oleh sesiapa mahupun kamera. Hanya mesin pengesan emosi dan
psikologi sahaja sudah memadai. Selepas 3 hari, Hakim dan para pegawai forensic
boleh menjalankan pelbagai ujian keatas lelaki tersebut, dan juga keatas Dato
Seri Anwar Ibrahim. Jika lulus tanpa sebarang kesan, maka Dato Seri Anwar
Ibrahim wajar dilepaskan tanpa syarat. Ini barulah Hakim Yang Bijak dalam
merungkai keadilan.
No comments:
Post a Comment