Saya tertanya-tanya lagu kebangsaan apakah yang dinyanyikan
oleh pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Tamil, Arab, English termasuk
Sekolah Persendirian. Jika Negaraku, saya tertanya-tanya apakah Lagu Negaraku dinyanyikan
dalam Bahasa Melayu atau dalam Bahasa selain Melayu atau dicampur adukkan.
Apa jua jawapan bagi soalan diatas
sekalipun mengundang satu lagi persoalan besar iaiatu, Apakah kita menghayati
dan memahami Lagu Negaraku dengan sepenuh jiwa dan raga?
Sebagai anak jati Malaysia dan produk Sekolah Kebangsaan
jawapan saya sudah pasti tidak. Jika jawapan anda Ya, saya sarankan anda lihat
sekeliling, nilai dan pasti akhirnya anda akan bersetuju jawapan yang sebenar
adalah tidak. Kita tidak memahami lagu Negaraku, bagaimana kita mahu menghayati
jauh sekali dengan jiwa.
Cuba kita perhatikan lagu kebangsaan Negara yang rapat
dengan kita.
Lagu Kebangsaan Thailand - “Prathet thai ruam lueatnuea chat
chuea thai”,
Lagu Kebangsaan Singapura- “ Let us, the people of
Singapore…May Singapore Progress atau dalam Bahasa Cina Lai ba, Xinjiapo renmin
… Yao shi Xinjiapo chenggong…Qianjin ba, Xinjiapo!”
Lagu Kebangsan Indonesia- “Indonesia tanah airku …Indonesia
kebangsaanku…Indonesia bersatu…Untuk Indonesia Raya!”
Lagu Kebangsaan Republik China-Arise, ye who refuse to be
slaves…The Chinese nation faces its greatest danger…Let us build our new Great
Wall! The peoples of China are in the most critical time”
Negara diatas mempunyai beberapa persamaan seperti berbilang
kaum, berbilang agama dan juga mempunyai penduduk yang ramai atau lebih tepat
perbezaan yang banyak antara suku dan kaum. Namun dalam Lagu kebangsaan mereka
kita dapat lihat persamaan lagu-lagu kebangsaan Negara-negara ini dalam
menyatukan Rakyat mereka selain menanam semangat cintakan Negara pada rakyat
mereka. Tidak mengapa tidak cintakan UMNO, BN, MCA,MIC, DAP, PAS, PKR, Melayu,
Cina, India, Singh, Suluk, Jawa, Minang, Kelantan dan sesiapa sahaja, tetapi kita
harus dan wajib mencintai Malaysia.
Amat jelas, mereka menyebut nama Negara mereka berkali-kali
dalam lagu kebangsaan mereka, tetapi dalam lagu Negaraku tidak ada sekalipun
kita menyebut nama Negara Malaysia.
Sebagai rakyat Malaysia saya menyarankan kepada Ahli-Ahli Dewan Negara dan seluruh Rakyat Malaysia kita bersepakat memilih satu lagu baru menggantikan lagu Negaraku. Jika tidak mahu diubah memadai ubah Negaraku kepada Malaysiaku.
Apa jua lagu yang bakal digubah dan diterima menggantikan
Lagu Negaraku harus menyebut nama Malaysia berkali-kali agar Negaraku adalah
Malaysia dan rakyat harus mencintai Malaysia lebih dari "Negaraku"
yang boleh merujuk kepada Negara asal mak bapak, atau datuk nenek kita.
Malaysiaku,
Tanah Tumpahnya Darahku,
Rakyat Hidup,
Malaysiaku Bersatu dan Maju,
Rahmat Bahgia, Tuhan Kurniakan,
Raja Kita, Selamat Bertakhta...
No comments:
Post a Comment