ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Thursday, March 28, 2013

Bertawakal Tawakal



Saya baru menimang cahaya mata yang ketiga. Kesemuanya di KPJ, Tawakal. Dan kesemuanya lahir pra-matang 33,31 dan 33 minggu kerana isteri saya mempunyai darah tinggi semasa mengandung. Alhamdulillah, walau apa jua cabaran saya sudah berusaha setakat termampu selebihnya bertawakal pada Allah. Doktor Bidan bertindak cemerlang dengan memberi keutamaan kepada nyawa ibu berkeputusan membedah isteri saya tiga kali. Semuanya selamat, Alhamdulillah.

Tujuan saya menulis ini bukan mahu menuduh sesiapa, jauh sekali menyalahkan sesiapa lebih-lebih lagi saya tiada apa-apa bukti. Tulisan ini sekadar renungan pihak berkenaan, jika ada wujudnya salah laku samada salah etika kedoktoran atau etika perniagaan, maka mana-mana yang salah sekiranya ada harus diperbetulkan.

Izinkan saya berkongsi kelahiran anak kedua saya di Tawakal pada 2011. Selepas bayi tersebut lahir, dia dimasukkan kedalam Nursery dan saya sendiri menyaksikan dia mampu bernafas sendiri untuk 3 jam pertama. Pada jam 1petang, dia dimasukkan kedalam ICU atas alasan tidak mampu bernafas sendiri dan oksigennya menurun. Bayi memakai beberapa tiub bagi membantunya yang berusia 31 minggu dan tidak sempat mendapatkan suntikan mematangkan paru-parunya.

Sebelum itu, perlu dijelaskan, bayaran dan bill Hospital dan Doktor adalah berasingan. Saya difahamkan jururawat bekerja dengan Hospital manakala Doktor adalah "rakan niaga dan bekerja" dengan Hospital.

Pada hari kedua, saya tidak berada di ICU dan kejadian yang tidak dingini terjadi kerana oksigennya dikatakan menurun ke paras 70% dan dia sudah mula biru. Ia bermula pada jam 3 petang dan saya hanya mendapat tahu pada jam 8 malam kerana tidak dibenarkan masuk semasa proses tersebut. Doktor memaklumkan pembedahan dilakukan kerana tekanan udara dalam paru-parunya tinggi dan satu tiub dicucuk ke paru-parunya agar udara tersebut keluar. Doktor menjelaskan menggunakan bahasa perubatan dengan terperinci dan sebagai bapa yang jahil tentang perubatan sudah pasti saya amat berterima kasih padanya dan menurunkan tandantangan persetujuan yang sepatutnya diambil sebelum pembedahan dilakukan. Asalkan anak saya selamat, apa yang lebih penting dari itu?

Pada hari kesepuluh, Doktor telah membenarkan kami membawa anak kami pulang. Seperti biasa proses “discharge” dan mencaj memakan masa yang agak lama, dan saya sempat berjumpa dengan seorang Doktor bayi lain yang melakukan rutin wad dan beliau mengatakan pada saya anak saya amat kritikal, tidak boleh balik, tiada harapan dan banyak perlu dilakukan untuk menyelamatkan nyawanya. Pada ketika itu, saya hanya boleh menganggap Doktor ini tersalah bayi walaupun hakikatnya hanya anak saya bayi kritikal di situ sepanjang minggu itu. Dengan bil mencecah RM 37,000 saya berusaha meminjam dari keluarga, tanpa dilindungi mana-mana insurans, tidak mengapa, tidak ada yang boleh diganti dengan nyawa anak.

Takdir Allah kali ini membawa saya ke Tawakal sekali lagi. Serik? Pastilah tidak kerana saya menganggap Doktor yang menyelamatkan nyawa anak kedua saya sebagai wira. Lebih-lebih lagi pelbagai cerita yang kita dengar terjadi di Hospital Kerajaan dan Swasta lain yang jelas menakutkan, maka RM 37,000 serta kesinambungan anak saya itu “saya anggap” satu rahmat buat kami. Namun, disebalik pasrah menerima ujian Allah, dosa diri tetap diteliti. Puas juga saya berfikir apalah dosa saya setiap kali mendapat anak pasti diuji, dan jika benar kerana dosa, saya terima dengan insaf, jika dugaan pun saya terima.

Terkini, anak ketiga saya lahir minggu ke 33 kerana plalette darah isteri saya rendah. Doktor Bidan melakukan kerjanya dengan baik sekali lagi. Sepertimana dahulu, saya dan isteri sepakat memilih Doktor anak kedua saya, untuk menjadi wira saya sekali lagi jika perlu.

Manusia merancang, Allah menentukan.

Doktor tersebut cuti dan saya memilih seorang Doktor lain. Doktor kali ini cuba untuk membiarkan anak saya bernafas sendiri namun atas pendapatnya, anak ketiga juga dipindahkan ke ICU. Memakai mesin yang mungkin serupa dengan anak kedua, saya berjumpa dengan Doktor untuk penjelasan. Doktor ini adalah professional, beliau tidak langsung menyalahkan mana-mana pihak jauh sekali menyebut nama sesiapa. Tetapi beliau memberi penjelasan yang merintis kemungkinan berbeza dimata saya apa yang terjadi semasa anak kedua dulu.

Beliau mengatakan beliau menggunakan mesin dengan tenaga paling rendah bagi menolak oksigen kedalam paru-paru anak ketiga agar ia kembang dan boleh menyedut oksigen persekitaran. Jika digunakan tenaga yang tinggi ia boleh mengakibatkan apa yang terjadi pada anak kedua saya iaitu tekanan paru-paru tinggi dan akhirnya paru-paru perlu ditebuk. Terkejut, saya mengatakan ia terjadi pada anak kedua saya disini dan adakah Doktor berpendapat Doktor wira saya dahulu menggunakan tenaga yang tinggi pada mesin tersebut? Doktor tersebut tidak menjawab sebaliknya bertanyakan pada saya apakah anak kedua saya keluar dari perut ibu terus masuk tiub untuk bernafas atau bernafas sendiri? Fikiran saya terus bercelaru mencungkil segala memori yang ada 2 tahun lepas, sambil hati tetap melekat dengan perkembangan bayi ketiga ini. Saya akhiri perjumpaan dengan Doktor ini dengan fikiran yang masih menerawang, untuk dua tiga hari berikutnya, sekurangnya.

Bayi ketiga saya tidak perlu ditebuk dan dibenarkan balik selepas 4 hari di ICU dan sehari di Nurseri dengan kos RM 18,000. Kali ini, meminjam lagi, sebagai seorang Ayah, duit boleh dicari,hutang boleh dibayar, 
nyawa anak mana ada ganti. Semasa membayar bil isteri saya cuba meminta diskaun sepertimana saya mendapat diskaun untuk anak kedua, tetapi dimaklumkan hanya RM 30,000 keatas diberi diskaun. Namun, semasa membayar bil bayi ketiga saya, saya tetap mencuba mendapatkan diskaun dan diberi jawapan yang sama tetapi dengan satu soalan yang mengejutkan. Apakah anak saya terus masuk ICU di hari pertama? Saya jawab ya, dan saya akhirnya diberi diskaun. Pelikkan!!!

Untuk ringkasan, hati saya sudah mula mengesyaki sesuatu tidak kena dengan beberapa kejadian pelik;

Pertama : Ketiga-tiga anak saya lahir pra-matang dan dimasukkan ke ICU bagi membantu ia bernafas apakah ia kebetulan untuk semua bayi pra matang atau…

Kedua : Doktor anak kedua saya melakukan operation yang saya tidak dibenarkan masuk dan tidak meminta kebenaran saya samada menelefon kebilik isteri dan bimbit saya. Doktor sedia maklum saya membayar menggunakan duit sendiri dan batasan duit saya tetapi tetap melakukan operation. Kebajikan atau…

Ketiga : Doktor yang melakukan rutin wad memberi maklum balas “tiada harapan” dan banyak perlu dilakukan, sedangkan rakannnya memberi kebenaran anak saya pulang. Tersasul atau… 

Keempat : Mereka bertanyakan saya adakah anak saya terus dimasukkan ke ICU seolah-olah ia melayakkan saya menerima diskaun walaupun tidak mencecah RM 30,000. Memang perlu anak pramatang masuk ke ICU atau…

Kelima : Kenapa caj dan Bill Doktor dan Hospital diasingkan. Jika Doktor berpegang pada etika keDoktoran, Hopital berpegang pada etika perniagaan. Jika nyawa yang menjadi pertaruhan, etika mana yang diutamakan. Etika keDoktoran atau…

Atau dot dot dot dibiarkan untuk anda menggunakan imaginasi sepertimana saya. Sudah pasti saya mahu berfikir yang baik kerana yang penting anak saya selamat. Tetapi jika atau dot dot dot tersebut membabitkan isu etika, mungkinkah wujud mana-mana pihak menggunakan nyawa manusia untuk meraih untung, dalam kes ini, seorang bayi pula.

Sekali lagi, saya ingatkan saya tidak menuduh jauh sekali menyalahkan. Ambil begini, pistol mula-mula dicipta untuk mempertahankan diri tetapi sebaliknya hari ini ramai menggunakannya untuk membunuh, pisau digunakan untuk memotong tetapi ramai yang menggunakan untuk menyerang, dadah dicipta untuk perubatan dan rawatan, tetapi ramai yang menggunakan untuk membunuh dan merosak diri dan banyak lagi yang menggariskan dan membezakan kita antara batil dan hak.

Justeru, mungkinkah jika dahulu sektor perubatan di Malaysia adalah untuk mengubati pesakit kita digunakan untuk “membunuh” pesakit??? Dahulu adalah untuk meringankan “beban” pesakit, kini menambah “beban” pesakit? Saya hanya berkata secara ringkasnya disini, jikalau ada lakukan sesuatu sebelum perubatan terus digunakan untuk mengubat penyakit bukan sebaliknya.

Dalam setandan pisang pasti ada yang busuk, begitu juga pengamal perubatan dan pengendali Hospital, saya maksudkan di semua Hospital. Namun, anda(Doktor dan Pengurusan) boleh mengubahnya,sebagai manusia kita semua berusaha dan bertawakal. Etika perniagaan atau Etika kedoktoran kedua-duanya seharusnya menjunjung prinsip perubatan dan bukan mencari untung.
  

Sunday, March 24, 2013

Surat Terbuka Pada Ahli Dewan Negara Agar Menukar Lagu Negaraku

Saya tertanya-tanya lagu kebangsaan apakah yang dinyanyikan oleh pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Tamil, Arab, English termasuk Sekolah Persendirian. Jika Negaraku, saya tertanya-tanya apakah Lagu Negaraku dinyanyikan dalam Bahasa Melayu atau dalam Bahasa selain Melayu atau dicampur adukkan.

Apa jua jawapan bagi soalan diatas sekalipun mengundang satu lagi persoalan besar iaiatu, Apakah kita menghayati dan memahami Lagu Negaraku dengan sepenuh jiwa dan raga?

Sebagai anak jati Malaysia dan produk Sekolah Kebangsaan jawapan saya sudah pasti tidak. Jika jawapan anda Ya, saya sarankan anda lihat sekeliling, nilai dan pasti akhirnya anda akan bersetuju jawapan yang sebenar adalah tidak. Kita tidak memahami lagu Negaraku, bagaimana kita mahu menghayati jauh sekali dengan jiwa.

Cuba kita perhatikan lagu kebangsaan Negara yang rapat dengan kita.
Lagu Kebangsaan Thailand - “Prathet thai ruam lueatnuea chat chuea thai”,

Lagu Kebangsaan Singapura- “ Let us, the people of Singapore…May Singapore Progress atau dalam Bahasa Cina Lai ba, Xinjiapo renmin … Yao shi Xinjiapo chenggong…Qianjin ba, Xinjiapo!”

Lagu Kebangsan Indonesia- “Indonesia tanah airku …Indonesia kebangsaanku…Indonesia bersatu…Untuk Indonesia Raya!”

Lagu Kebangsaan Republik China-Arise, ye who refuse to be slaves…The Chinese nation faces its greatest danger…Let us build our new Great Wall! The peoples of China are in the most critical time”

Lagu Kebangsaan India juga amat menarik perhatian kerana menyebut beberapa Negeri-Thou art the ruler of the minds of all people, Dispenser of India's destiny. Thy name rouses the hearts of Punjab, Sindhu, Gujarat and Maratha, Of the Dravida and Odisha and Bengal; It echoes in the hills of the Vindhyas and Himalayas, mingles in the music of Yamuna and Ganges and is chanted by the waves of the Indian Ocean. Thou dispenser of India's destiny.

Negara diatas mempunyai beberapa persamaan seperti berbilang kaum, berbilang agama dan juga mempunyai penduduk yang ramai atau lebih tepat perbezaan yang banyak antara suku dan kaum. Namun dalam Lagu kebangsaan mereka kita dapat lihat persamaan lagu-lagu kebangsaan Negara-negara ini dalam menyatukan Rakyat mereka selain menanam semangat cintakan Negara pada rakyat mereka. Tidak mengapa tidak cintakan UMNO, BN, MCA,MIC, DAP, PAS, PKR, Melayu, Cina, India, Singh, Suluk, Jawa, Minang, Kelantan dan sesiapa sahaja, tetapi kita harus dan wajib mencintai Malaysia.

Amat jelas, mereka menyebut nama Negara mereka berkali-kali dalam lagu kebangsaan mereka, tetapi dalam lagu Negaraku tidak ada sekalipun kita menyebut nama Negara Malaysia.

Sebagai rakyat Malaysia saya menyarankan kepada Ahli-Ahli Dewan Negara dan seluruh Rakyat Malaysia kita bersepakat memilih satu lagu baru menggantikan lagu Negaraku. Jika tidak mahu diubah memadai ubah Negaraku kepada Malaysiaku.

Apa jua lagu yang bakal digubah dan diterima menggantikan Lagu Negaraku harus menyebut nama Malaysia berkali-kali agar Negaraku adalah Malaysia dan rakyat harus mencintai Malaysia lebih dari "Negaraku" yang boleh merujuk kepada Negara asal mak bapak, atau datuk nenek kita.

Malaysiaku,
Tanah Tumpahnya Darahku,
Rakyat Hidup,
Malaysiaku Bersatu dan Maju,
Rahmat Bahgia, Tuhan Kurniakan,
Raja Kita, Selamat Bertakhta...




Wednesday, March 20, 2013

TAHNIAH DAP KERANA "MEMBAWA" CHIN PENG KE LAHAD DATU MELALUI FILIPINA



Saya antara terkejut dengan tidak apabila ada blogger melaporkan Chin Peng cuba dibawa masuk ke Malaysia melalui Singapura. Terkejut kerana jika benar, maka kenapa perlu dari Singapura dan bukan Filipina, Thailand dan Indonesia yang jauh lebih mudah berbanding Singapura. Manakala, saya tidak terkejut kerana setiap berita tanpa bukti kukuh saya sentiasa klasifikasikan sebagai dusta dan fitnah yang menghiasi 99% berita internet masakini. Kebetulan pula, kejadian tersebut di dakwa direkodkan semasa pengganas Sulu sedang menyerang Sabah, bagai ada pihak sengaja untuk mewujudkan sentimen perpaduan ataupun perpecahan, Wallahualam.
Namun, jikalau benarlah ada usaha membawa Chin Peng pulang ke Malaysia oleh saudaranya terutama DAP yang pasti akan mendapat laba politik jika berjaya, saya ingin ucapkan Tahniah!
Tahniah kerana selepas Chin Peng menyerah pada 1980-an dan Malaysia selepas itu aman tanpa serangan pengganas, Lahad Datu memberi Chin Peng peluang untuk membuktikan dirinya seorang pejuang kemerdekaan yang menyayangi Negara Malaysia.

Chin Peng sewajarnya menggunakan peluang ini ke Lahad Datu bersama pasukan tenteranya memerangi pengganas Sulu dan mempertahankan Malaysia Negara yang beliau cintai. MATI, adalah satu anugerah kepada Chin Peng kerana itu merupakan isi hasratnya untuk dikebumikan di bumi Malay-sia ini dan dikenang sejarah sebagai pahlawan dan bukannya pengkhianat. Lebih dari itu, sejarah mungkin akan mencatat PKM/Komunis berjuang untuk mempertahankan Malaysia.

HIDUP, adalah satu peluang untuk Chin Peng terus menabur bakti dan Kerajaan pasti akan menganjarkan kepada beliau termasuk jawatan penasihat strategist perang hutan di Malaysia.

Kesimpulannya, mati atau Hidup di Lahad Datu tetap akan memberi peluang kepada Chin Peng untuk mati di Malaysia dan dikenang dalam sejarah Malaysia sebagai pahlawan Negara. Jadi apa yang ditunggu wahai Chin Peng, jom pulang ke Malaysia melalui Filipina terus ke Lahad Datu berjuang.

Tuesday, March 19, 2013

KEBIJAKSANAAN HAKIM MENGHADAPI DSAI



Malaysia mempunyai barisan Hakim Yang Bijaksana dan Hebat. Nama-nama mereka gah sehingga kini dan akan terus dikenang sebagai Pengendali Keadilan Yang Adil atau Raja Keadilan Dunia. Namun, Dato Seri Anwar Ibrahim lebih bijak dari mereka, dan para-para Hakim di Malaysia diperlihatkan seperti murid Tahun 1 apabila berhadapan dengan Dato Seri Anwar Ibrahim.

Saya kurang pasti Dato Seri Anwar Ibrahim sudah berhadapan dengan berapa Hakim, namun beliau tetap terlepas dari segala pertuduhan yang dikenakan pada beliau. Selepas didapati bersalah dan dipenjarakan untuk kali pertama dan terakhir pada 1998, kebijaksanaan beliau menghadapi Hakim bertambah hebat sehingga Hakim Yang Bijak diperkotakkan  untuk “berkerjasama” menangguh kes liwat beliau yang membabitkan Saiful Bukhari sebanyak 60 kali atau lebih 3 tahun.

Sehingga hari ini segala pertuduhan terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim gagal dibuktikan dengan pelbagai alasan dan hujah. Dan, beliau masih terus dituduh dan video koleksinya juga masih tidak berkurangan.

Seperti yang dijangka, akhirnya beliau akan didapati tidak bersalah bukan kerana beliau tidak lakukan jenayah tersebut tetapi kerana kekurangan bukti, masalah teknikal, saksi hilang, saksi mati dan sebagainya.

Baru-baru ini berpuluh penyokong bola sepak Indonesia dihukum dengan cara yang aneh oleh Hakim. Mereka dihukum menyanyikan Lagu Indonesia di khalayak ramai. Bukan tidak boleh, Hakim mempunyai kuasa untuk mengarahkan sesiapa untuk melakukan apa bagi memperlihatkan dan menegakkan keadilan.
Kaedah dan Hakim yang ada hari ini belum cukup bijak untuk menyaingi kebijaksanaan Dato Seri Anwar Ibrahim. 

Hakim  boleh mengarahkan Dato Seri Anwar Ibrahim menjalani ujian emosi dan psikologi dengan mengarahkan beliau bermalam dengan seorang lelaki kacak dan jambu di sebuah bilik hotel tanpa dipantau oleh sesiapa mahupun kamera. Hanya mesin pengesan emosi dan psikologi sahaja sudah memadai. Selepas 3 hari, Hakim dan para pegawai forensic boleh menjalankan pelbagai ujian keatas lelaki tersebut, dan juga keatas Dato Seri Anwar Ibrahim. Jika lulus tanpa sebarang kesan, maka Dato Seri Anwar Ibrahim wajar dilepaskan tanpa syarat. Ini barulah Hakim Yang Bijak dalam merungkai keadilan.

Monday, March 18, 2013

Menilai Kesetiaan Rakyat Malaysia



Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak polis yang bertindak amat professional dalam menjaga keselamatan orang awam. Bayangkan jika Polis yang dihina, dikeji keturunannya dan dipukul di oleh pihak pro pembangkang kini utuh menjaga keselamatan semua tanpa kira latar belakang.

KIRAM YANG KARAM

Sultan Jamalul Kiram terakhir pada tahun 1936 tidak meninggalkan waris. Waris Kesultanan Sulu yang sah adalah dari keluarga Maharajah Adinda/Dinda/Arinda yakni Raja Bongsu kerana Sulu menggunakan Sistem Penggiliran Takhta seperti di Perak.

Sumber: http://www.malaysiakini.com/letters/31492 - Datu Pengeran Tua.

Walau apa pun Kesultanan Sulu adalah Kesultanan yang sudah tidak relevan. Malah mereka tidak diiktiraf oleh Filiphina selaku Tuan Tanah mereka di selatan Filiphina. Mereka ini sesuai dengan peribahasa, merempat di Negara sendiri, mengemis dan kufur (nikmat) di Negara orang.

Tindakan Kiram yang menghantar rakan-rakan jenayah yang diketuai oleh adiknya sendiri untuk membunuh rakyat Malaysia jelas kerana tamak dan dendam.  Kiram tidak datang untuk menakluk Sabah kerana bolehkah seekor semut mengalahkan sekumpulan binatang pemangsa? Akan tetapi Kiram menyerang rakyat Malaysia untuk wang dan untuk keuntungan dunia yang sedikit berbanding akhirat Allah yang abadi.

Kiram karam dalam lautan dunia yang melalaikan dan kini meniti usia sebelum djemput Ilahi untuk diadili Allah SWT atas dosanya menyebabkan kematian beratus Hamba Allah.

MENILAI KESETIAAN

Ramai rakan-rakan FB yang mempunyai darah keturunan Sulu tidak mengeluarkan sebarang komen berkenaan isu pencerobohan Kiram. Mungkin kerana tindakan Kiram tidak menggambarkan pendirian suku Sulu tetapi ia membunuh Polis dan Tentera yang sudah pasti ia mengambarkan Malaysia memerlukan kesetiaan rakyatnya untuk “mengkhianati” asal usul mereka demi Negara tercinta.

Nenek ibu saya seorang Komunis dan rapat dengan Chin Peng. Ibu mempunyai seorang Pak Cik yang taat setia bersama Chin Peng di Betong sehingga hari ini. Sebagai anak kepada ibu yang membesarkan saya, sudah pasti saya amat menyayanginya. Katalah, satu hari nanti Malaysia berperang dengan Komunis, dan Pak Cik menghubungi ibu untuk bertanyakan kepada saya tentang Malaysia. Pada masa itu, bagaimana kesetiaan saya pada Negara Malaysia dinilai dan diukur? Maklumat apa pula yang akan saya lepaskan jika saya seorang Menteri, Pegawai Tentera,  Anggota Polis ataupun Kakitangan Kerajaan?

Itu senario jika Malaysia berperang dengan Komunis, bagaimana pula jika Malaysia berperang dengan China, Singapore, Thailand, India, Kemboja, Myanmar, Bangladesh, Pakistan dan lebih “menyeramkan” Indonesia. Kerana pada hari ini ramai Warganegara Malaysia yang ibu bapanya lahir di Negara diatas, mendapat pendidikan malah ada yang telah menjadi kakitangan Kerajaan.

Kerajaan perlu mewujudkan satu mekanisme untuk menilai kesetiaan dan merombak lanskap patriotik anak Malaysia agar mereka mencintai Negara Malaysia, Bendera, dan Lagu sepertimana rakyat Thailand, Indonesia dan Filipina.

PANCASILA MALAYSIA

Pancasila adalah salah satu sistem menanam semangat patriotik yang boleh ditiru Malaysia selain dari pelaksanaan undang-undang yang keras dan ketat termasuk melucutkan kewarganegaraan.

Pancasila tiada beza dengan rukun Negara tetapi ia lebih terperinci dan lengkap dengan panca sila dihuraikan cabang-cabangnya, sebagai contoh, Kesetiaan Kepada Negara mempunyai 4 ikrar dibawahnya antaranya;

i.                     Bendera Yang Dihormati
ii.                   Lagu yang dijiwai(tukar Negaraku kepada Malaysiaku)
iii.                  Kasih Antara Kaum
iv.                 Menyokong Polis dan Tentera(no matter what) dalam mempertahankan Negara

PENGKHIANAT

Jelaslah Malaysia mempunyai ramai pengkhianat yang secara langsung atau tidak membantu penjenayah Sulu yang masih bebas dan mereka berjaya membunuh 10 anggota pasukan keselamatan Malaysia.

Sebenarnya, di Putrajaya, malah dari Perlis hingga ke Johor, kita mempunyai banyak bakal pengkhianat berpotensi tinggi yang tidak dididik mencintai Negara Malaysia lebih dari mencintai kaum mereka sendiri.

Bersediakah kita menghadapi pengkhianat yang tidak dikenali dari musuh dikenali? Pengkhianat ada disekeliling kita, lihat dan nilailah dikalangan jiran kita, rakan sepejabat, saudara mara malah diri kita sendiri sebelum mengesyaki orang lain.