Kecoh! Bertahun dan berpuluh laporan polis dibuat pemilik kereta keatas AGR tanpa tindakan Polis justeru Polis dituduh rasuah.
Seperti biasa, seluruh anggota Polis dituduh dan dikecam rasuah, bersuhabat malah ada yang mengeji polis anjing, anak makan hasil haram dsb tanpa memikirkan apakah perasaan anak polis bila ibu/bapa mereka dikeji dan difitnah.
Setiap hari selama 700 hari antara 2004-2006 termasuk Hari Raya,Sabtu dan Ahad saya pergi ke semua Balai Polis, semua IPD dan IPK di KL, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan beberapa Balai Polis di Perak, Penang dan Pahang bagi menyokong Sistem Laporan Polis I & II.
Setiap hari selama 700 hari antara 2004-2006 termasuk Hari Raya,Sabtu dan Ahad saya pergi ke semua Balai Polis, semua IPD dan IPK di KL, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan beberapa Balai Polis di Perak, Penang dan Pahang bagi menyokong Sistem Laporan Polis I & II.
Pasti orang ramai termasuk polis tidak percaya saya pernah jumpa anggota polis yang tiada calit walaupun sudah berusia 55 tahun dan menjadi polis selama lebih 30 tahun malah baru ditukarkan ke "final destination" nya sebelum bersara. (Kenapa dia tidak nikmati inisiatif gaji IGP Rahim Noor?)
Saya lihat kedaifan Balai Polis Kg Esok/Chennah dll, keusangan IPD Muar dll IPD di Johor, bekas peluru ditembak komunis di Balai Polis Pertang dan Sri Medan, Balai Polis Bukit Kepong yang ditutup jam 12 malam, malah pada 2004 Gaji Konstabel hanya RM 400/sebulan sahaja.
Kepayahan, penderitaan dan korban Anggota Polis menjaga keamanan Negara dan ketenteraman orang ramai dapat saya rasai bersulam perasaan suka dan duka mereka dituduh kotor, rasuah, wang haram dsb.
Polis juga tiada petty cash dan akan mendahulukan duit mereka sendiri sebelum buat tuntutan long hour, 24 jam, luar kawasan dsb. Satu tuntutan yang ambil masa berbulan sebelum diluluskan dan sistem ini perlu diubah asap oleh Menteri bukan menunggu 2050.
Polis juga tiada petty cash dan akan mendahulukan duit mereka sendiri sebelum buat tuntutan long hour, 24 jam, luar kawasan dsb. Satu tuntutan yang ambil masa berbulan sebelum diluluskan dan sistem ini perlu diubah asap oleh Menteri bukan menunggu 2050.
Tidak dinafikan ada Polis Jahat dan rasuah, tetapi tidak adil bila anggota yang bersih dan jujur juga terpalit sama dan keluarga mereka turut dihina! Kita perlu beri Kepercayaan kita(bukan penghinaan) pada polis yang baik untuk perjuangkan kebenaran sekaligus mengubah rakan mereka.
Dalam isu pajak kereta AGR vs PPIM ini dapat dilihat dalam video dan komen semua pihak menyalahkan polis.
UNTUK PENGETAHUAN, Polis bertindak mengikut undang-undang dan bidang kuasanya. Walaupun Polis menerima dan menyiasat laporan polis yang dibuat mangsa/pemilik kereta, Polis tetap memerlukan perintah mahkamah untuk masuk kedalam mana-mana premis walaupun ada syak jenayah berlaku dalam premis tersebut.
Memang ada Polis masuk menggeledah rumah penagih/pengedar dadah tanpa waran Mahkamah tetapi ia dilakukan atas sifat "good will" mereka dan risiko mereka sendiri(jika berlaku kematian dll). Silap langkah, akan dipecat atau bernasib baik dihantar ke Balai Polis pendalaman ditemani kambing!
Memang ada Polis masuk menggeledah rumah penagih/pengedar dadah tanpa waran Mahkamah tetapi ia dilakukan atas sifat "good will" mereka dan risiko mereka sendiri(jika berlaku kematian dll). Silap langkah, akan dipecat atau bernasib baik dihantar ke Balai Polis pendalaman ditemani kambing!
Ia juga menjelaskan kenapa Peguam Lagenda Malaysia, mendiang Karpal Singh menang dalam banyak kes terhadap Polis menggeledah rumah tanpa waran walaupun jumpa dadah justeru membebaskan pengedar yang "possess" dadah kerana kelemahan undang-undang.
Terjemahan "possess dadah" adalah memiliki dadah di badan penjenayah, sebaliknya ayat "own" lebih luas. Jika dadah dijumpai dalam rumah pengedar dan bukan dibadannya, Peguam hebat boleh membebaskannya atas kelemahan ayat posses itu!!!!
Kenapa undang-undang Malaysia lemah?
Kenapa undang-undang Malaysia lemah?
Kerana sejak 100 tahun dahulu undang-undang Malaysia dimuat turun 100% tiru undang-undang penjajah British. Hari ini British telah buat beribu pindaan akta, tetapi Malaysia jarang sekali buat pindaan akibatnya perkataan English singular dan plural di terjemah ke Bahasa Melayu pun boleh dimanipulasi Peguam yang licik.
Kenapa ahli Politik tidak berusaha ubah dan pinda undang-undang lapuk ini? Kerana mereka bermanfaat darinya dan menggunakan isu kitar semula yang sama untuk takutkan rakyat agar mereka terus berkuasa.
Dan kitalah yang mengundi mereka!!! Ia jelas salah kita, bukan salah orang lain dan bukan salah polis.
Perlu di ingat, kerja polis adalah menyiasat dan kemudian hasil siasatan diserahkan kepada Mahkamah dan Peguam-Peguam Negara samada di peringkat Mahkamah Tinggi mahupun Mahkamah Seksyen Daerah.
Mari kita lihat isu AGR vs PPIM dalam bentuk nombor.
1. Polis bersengkang mata dan berkorban cuti raya bersama keluarga siasat dan siapkan kertas siasatan dan diserah pada pihak pendakwaan Mahkamah dan kalau Mahkamah tolak kertas siasatan polis maka tiada apa yang polis boleh lakukan. Polis tidak boleh masuk ke premis AGR tanpa perintah mahkamah. Jika anda jadi polis, apa yang anda akan lakukan? Bertindak sendiri dan dipecat?
2. Apakah pihak mahkamah yang rasuah? Salah untuk kita tuduh tanpa bukti tetapi lebih zalim kita fitnah pihak yang bidang kuasanya terhad pada tahanan reman sahaja.
3. Masyarakat perlu faham bahawa kuasa Polis terhad pada menyiasat dan menangkap 14 hari maksimum Lokap/reman(betulkan jika saya salah), malangnya pendakwaan Polis dalam bergantung pada kelulusan mahkamah, cukup kes atau tidak untuk didaftar ke Pendaftar Mahkamah bukan bidang kuasa polis!
4. Ada yang kata, itu kereta curi apakah salah masuk ke premis yang menyimpan kereta curi? Saya juga berpendapat tidak salah pemilik untuk masuk dan ambil kereta miliknya yang dicuri.
5. Malangnya itu bukan kereta curi! Saya pernah serahkan van saya untuk disambung bayar, saya diberitahu P.Sumpah bahawa perjanjian sambung bayar adalah kertas kosong di sisi Mahkamah tetapi ia melindungi penyambung bayar dari tuduhan mencuri kereta.
6. Kertas perjanjian sambung bayar adalah kertas kosong dari aspek "sambung bayar" kerana tidak dibenarkan undang-undang. TETAPI, kertas perjanjian itu bukan kertas kosong dari aspek penyerahan kereta oleh pemilik secara sukarela kepada pihak "penyambung bayar".
7. Perjanjian tersebut pasti mengandungi ayat berikut; "Saya si polan bin sipolan, My Kad 800911-10-5773 dengan ini menyerahkan kereta saya VAD 55910 kepada penyambung bayar/Syarikat untuk di sambung bayar/pajak/sewa dll. Bla bla bla...
8. Benar perkara sambung bayar tidak sah tetapi agak sukar Mahkamah terima dakwaan mangsa/pemilik kereta bahawa keretanya di curi sedangkan pemilik yang serahkan bertulis lengkap tandatangan.
8. Benar perkara sambung bayar tidak sah tetapi agak sukar Mahkamah terima dakwaan mangsa/pemilik kereta bahawa keretanya di curi sedangkan pemilik yang serahkan bertulis lengkap tandatangan.
9. Polis tidak salah dalam kes ini, samada pihak Mahkamah yang salah atau tidak bukan kita untuk menilai. Mungkin, ada polis atau pihak Mahkamah rasuah tapi hanya Allah yang tahu dan kita tidak boleh tuduh tanpa bukti!
10. NAMUN, kita wajib puji tindakan PPIM perjuangkan hak mangsa/pemilik kereta malah ia memudahkan kerja polis yang tidak boleh bertindak sebab Mahkamah tidak beri waran untuk masuk ke premis itu kerana pemilik yang serah secara sukarela.
11. Perlu diingatkan, ini juga bukan salah pemilik atau PPIM ini adalah "technical error" dalam undang-undang kita yang amat mudah dimanipulasi dan diambil kesempatan dalam kesempitan mangsa.
Dalam filem Shooter lakonan Mark Wahlberg, pada penghujung cerita Peguam Negara Amerika mengatakan pada beliau, inilah dunia yang kita hidup, its not a wild west dimana kita boleh bertindak sendiri walaupun itu yang diperlukan rakyat, itulah yang diperlukan untuk menegakkan kebenaran. And exactly, itulah yang dibuat PPIM. Tahniah PPIM!
---------------------------------------------------------------------
Kesimpulannya, bukan semua perkara yang berlaku tidak seperti kemahuan kita adalah konspirasi dan rasuah. Walaupun ada mungkin ya, tetapi bukan semua justeru kita tidak boleh terus negatif seperti ini kerana itulah tujuan utama kejahatan yakni merosakkan hati dan nilai masyarakat.
Menuduh Polis rasuah amat kejam, mengguris hati dan menjatuhkan "semangat" mereka yang berkorban lebih dari apa yang kita korbankan! Lebih lagi jika Polis itu tidak rasuah dan berusaha sebersihnya.
Apa perasaan keluarga mereka, sudah pasti anak-anak polis akan menjauhi profesion polis kerana melihat bagaimana jasa mereka dibalas masyarakat. Polis dihina bila tidak perlu, hanya hormat bila diperlukan!!!
Polis tidak hina, pendaftar Mahkamah tidak hina, tetapi ahli politik hina kerana membiarkan Undang-undang kita mempunyai beribu kelemahan termasuk kelemahan perkataan Melayu dan tidak berusaha menggubalnya kerana akan menggugat kedudukan mereka.
Jika tiada sebarang bukti, HENTIKAN HINA/FITNAH POLIS!!!!!!!!!!!!!!!!!
Ayuh bersama-sama kita SALUTE kepada anggota Polis dan ahli keluarga mereka.
PS: Jika anda ada kes yang dilaporkan Polis sila "hubungi" Pejabat Pendaftar Mahkamah atau Bahagian Pendakwaan Mahkamah Sesyen Daerah terbabit dan tanya samada IO tersebut sudah serah laporan siasatan atau belum.
Ayuh bersama-sama kita SALUTE kepada anggota Polis dan ahli keluarga mereka.
PS: Jika anda ada kes yang dilaporkan Polis sila "hubungi" Pejabat Pendaftar Mahkamah atau Bahagian Pendakwaan Mahkamah Sesyen Daerah terbabit dan tanya samada IO tersebut sudah serah laporan siasatan atau belum.
Dari situ anda akan lebih jelas untuk mendesak pihak mana(polis atau pendakwa Mahkamah) agar kes anda diadili dengan adil.
Jika Polis memiliki kuasa untuk mendakwa atau tidak mendakwa, maka dunia ini akan dipenuhi penjahat yang terdiri dari anak-anak Pegawai Polis yang tidak akan didakwa oleh bapa mereka.
Saya pernah dengar sendiri dari mulut OKT kes berat yang mendakwa membayar RM 100 ribu kepada pihak berkenaan(bukan pihak Polis, dan saya tidak mahu namakan kerana tiada bukti) dan akhirnya Mahkamah membebaskan beliau atas "verdict" bukti diperolehi polis dari OKT telah dicemari.
Jika Polis memiliki kuasa untuk mendakwa atau tidak mendakwa, maka dunia ini akan dipenuhi penjahat yang terdiri dari anak-anak Pegawai Polis yang tidak akan didakwa oleh bapa mereka.
Saya pernah dengar sendiri dari mulut OKT kes berat yang mendakwa membayar RM 100 ribu kepada pihak berkenaan(bukan pihak Polis, dan saya tidak mahu namakan kerana tiada bukti) dan akhirnya Mahkamah membebaskan beliau atas "verdict" bukti diperolehi polis dari OKT telah dicemari.
13 comments:
500 report polis dari rakyat biasa. buat derk.
1 report polis dari vip cable besar. terus bukak kertas siasatan tak sampai 24 jam.
layannn
kau ni bodoh tu simpan sikit.dah berkali buat report tp tak jalan pun siasatan abis tu paria tu sekali buat report terus polis kata ceroboh? oi or. nak ambik kereta la yg kedai pajak tu sumpan keta lama2 nak buat apa?
Alhhamdulillah...hina la lagi...Biar 100000000 org kata aku bodoh.
Cukup jangan Allah yang satu panggil kita bodoh x ikut quran yg melarang kita panggil org dengan panggilan buruk
Org melayu mmg malas baca...Polis tertakluk kepada iso polis dunia dimana stiap laporan polis akan buka ip jenayah dan dilog dalam server....sume kes walaupun laporan kucing beranak pun akan disiasat kerana ip index itu kena close case atau pdrm tidak akan capai iso polis dunia.....dia siasat...dia buka kertas siasatan xda beza pun 2 terma ni bezanya tiada tindakan dr polis 50000000 laporan rakyat biasa sbb mahkamah tidak benarkan pendakwaan atas sbb mahkamah sendiri......kes pecah pagar polis siasat terpulang pd mahkamah tuk dakwa atau tidak...jadi salah polis atau salah mahkamah?
penulis ckp dia sokong ppim dan aku rasa niat dia nak bagitau kita bukan polis je salah mahkamah pun ada salah....yg emo sgt dh kenapa...kalau sokong ppim bgtau ppim suh ready hujah balas peguam yg akan guna point penyerahan kereta secara sukarela....mungkin mangsa boleh serahkan sume detail termasuk wa...message...rakaman telefon dll
Fahamkan dulu beza kes sivil dgn kes jenayah..apa kuasa² polis klu melibatkan kes sivil...apa itu RTM..NFA..apa plak kuasa polis klu melibatkan kes jenayah..kebiasaan kes sivil terletak pd kuasa mhkmh..nanti x pasal² kena buang keja..undg² mesia ikut british..tq tuan mustakim atas penerangan..
last 3 year i pay and continue bmw 320i loan from an indian guy....
after a year my installment to his bank was overdue 1 month then he suddenly report to police his car was stolen...
i was lucky that i always kept my agreement with owner inside car so when police stopped me for stealing that car i show them the agreement and he take my detail before escort me to balai polis to lodge a report that owner handed the car to me in written....
yes i think hard for court to imply those car as kereta curi
.....maybe thats explain why police cannot yake action though thousand report lodged
Alamak... spa yg bodoh sebenarnya ni. Itula jgn suka2 ckp org bodo. Last2 diri sendiri yg nmpk bodo lebih dr org lain... ni jenis bodo keturunan gamaknya ni.
Ppim x kn bertindak klw diorg x siasat.. Ko pegi la tnya org ppim.. Diorg bkn bodoh tunggul.. Nk pegi serbu pejabat AGR suka2.. Bawak laywer kot yg phm undang2.. Dab diorg dah siasat dulu kes ni sebelum serbu.. Siap buat report polis.. Klw dh jenis mkn rasuah.. X yah la nk tegak kn benang yg basah bro.. Ko sembng pasal polis.. Suruhlah ketua polis ko 2 naikkn gaji polis.. Suruh menteri jg kebajikan polis..
rakyat yang perhatikan ppim sebagai hero memperjuangkan hak pengguna ini kali kedua mereka meggunakan cara mereka kunonnya mengikut undang undang dan polis bodoh / makan rasuah. kali pertama kes handphone di sg wang. pdrm telah mengekalkan keamanan selama 210 tahun di malaysia. mereka ada cara mereka
Jangan cepat salahkan Polis. Polis buat siasatan, tetapi dalam hal ni Polis kena ikut lunas undang-undang. Saya tau sbb saya antara orang terawal kena tipu dgn si Kabi ni.. asalnya dia respond iklan syarikat kami utk beli kereta Merce S-class syarikat. Sbb kami nak wind-up syarikat. Entah macam mana dia pandai berlakon, mulut manis.. dia beli syarkat terus. beri 3 cek siap sain tarikh berbeza. Semua document sah, siap lawyer semua. lepas tu dia gunakan syarikat utk tipu ramai orang. Bukit Aman ada hubungi saya masa buat siasatan. Jangan kata Polis tak buat kerja, kalau mangsa pun ada buat silap contohnya, dapat cek utk beli kereta, cek belum clear pergi bagi kereta tu buat apa ... adoiiii kasihan sangat pada mangsa tapi sekali lagi saya cakap, Polis mmg jalankan siasatan tapi kena ikut lunas undang2
Ini apa yg aku mengikut pemahaman aku sendiri.
Kes PPIM vs AGR..
500 lebih repot polis dh buat. 1 repot oleh AGR polis terus siasat. Rasa akulah, yg 500 repot tu mmg pasal keta yg kena tarik krn ansuran bulanan tertunggak. Nk tuntut balik mesti lunaskan dulu sekurang²nya 3 bulan ansuran. Utk sementara keta tahan digudang. Jd biasanya kes tersebut akan rujuk mahkamah krn tiada unsur² jenayah. Bila AGR buat repot, tentulah pasal PPIM menceroboh kawasan diaorang. Dan ini sudah menjadi satu kesalahan krn memasuki kws persendirian tanpa kebenaran. Itu pun dh nasib baik tidak kena tembak dgn jaga. So, polis kena bertindak sebaik mungkin krn bimbang akan berlaku pergaduhan, rusuhan yg melibatkan dua kumpulan. 500 repot polis pasal kereta kena tarik mmg x cukup kuat utk menandingi 1 repot mencerobohi kws persendirian. Rajin² baca buku undang² atau tengok berita tiap mlm.
Post a Comment