ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Monday, July 24, 2017

Sekolah Lahirkan Penjenayah! Hanya JPJ Mampu Hentikan Bencana Ini!

Saya perolehi Lesen ketika umur 17 tahun dan setiap hari sepanjang Tingkatan 5 saya menunggang motosikal dari Pinggiran Batu Caves ke Sekolah saya di Cheras.

Sampai di Medan Selera Cheras tempat kami berkumpul sebelum sama-sama vroom vroom ke sekolah, lebih 10 rakan sudah menunggu dengan motosikal masing-masing dan saya paling jauh diantara kami.

Dari berbelas bilangan kami, tiada seorang pun yang tiada lesen JPJ!

Begitulah betapa ibu bapa kita bercita-cita tinggi menghantar anak-anak mereka ke sekolah bukan sahaja untuk tuntut ilmu matematik tetapi juga pelajaran menghormati undang-undang.



Malangnya, hari ini atas "kompromi" kesempitan hidup(yang saya juga terima), ibu bapa dan penjaga "terpaksa" membiarkan anak mereka pergi ke sekolah menaiki motosikal tanpa lesen.

Tanpa kita sedari, menunggang motosikal tanpa lesen adalah satu jenayah, sekaligus kita mendidik anak-anak kita nilai "tidak apa buat jenayah asalkan tidak ditangkap dan kemalangan".

Sekolah adalah tempat mendidik anak-anak kita ilmu dan sesuatu yang lebih penting dari ilmu!!!!

YA! Displin adalah lebih penting dari ilmu! Tanpa displin dan prinsip, ilmu hanya berguna untuk menganiaya orang lain dan meruntuhkan agama, keluarga dan bangsa.

Apa yang kita cuba didik anak-anak Sekolah ini?

Tidak apa langgar undang-undang selagi ia dilakukan di luar sekolah? Kebanyakan Sekolah tidak membenarkan motosikal pelajar masuk ke kawasan sekolah dipercayai kerana tidak mahu bertanggungjawab atas jenayah tersebut.

Kita tidak boleh salahkan pihak Sekolah kerana tugas Guru dan Sekolah juga terbatas di dalam kawasan Sekolah sahaja, itupun kerap juga ibu bapa masuk campur dengan sombong menyalahkan Guru.

Lebih lagi, sebagai insan bernilai tinggi kita perlu fokus pada penyelesaian dan jauhi sikap salah menyalahi.

Saya cadangkan kepada Kerajaan khususnya JPJ badan yang bertanggungjawab berusaha mendidik Pelajar undang-undang wajib dipatuhi seperti dibawah;

1. Memperkenalkan Lesen Motosikal Kelas B-PS (Pelajar Sekolah) had umur dibenarkan 14-17 tahun dan ketinggian.

2. Kursus Memandu Motosikal di ajar oleh JPJ dan di selia Guru di Sekolah tersebut.

3. Pelajar memiliki Lesen B-PS akan di lindungi Insurans khususnya insurans kelas tuisyen di Rumah sekiranya melibatkan kes "bedridden".

4. Lesen hanya untuk menunggang motosikal di antara Rumah ke Sekolah/Pusat Tuisyen sahaja. Hari Bukan Sekolah dan di luar radius tersebut perlu mendapatkan surat bertulis dari pihak Sekolah.

5. Caj RM 1.00(3 tahun) untuk belajar dan Lesen 6 bulan yang tertakluk kepada kehadiran ke Sekolah, pelajaran dan peraturan ubah suai motosikal yang diberi kuasa pada Sekolah untuk periksa!

6. Semua Pelajar wajib memiliki Lesen dan tindakan keras akan diambil termasuk merampas motosikal dan hukuman penjara ibu bapa penjaga yang ingkar. Pelajar(pesalah) pula akan dihukum khidmat kemasyarakatan bagi kesalahan pertama.

Diharap cadangan ini diambil perhatian oleh Kerajaan khususnya Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Pendidikan bagi mengelakkan melahirkan generasi penjenayah yang akan mewarisi Negara ini kelak!

Lebih utama nasib pelajar yang kemalangan motosikal pergi/pulang ke Sekolah mendapat pembelaan sewajarnya.

No comments: