(Surat kalini percubaan pertama ikut trend tiru artikel Mahathir pakai nombor)
1. Patik Mustaqim Abdul Rahman sejak kecil tekad mahu jadi seperti nama patik-LURUS, sungguhpun tidak 70% berjaya tetapi patik telah cuba sejajar dengan kemampuan patik yang bukan Sultan!
2. Patik yakin Tuanku Sultan Muhammad juga sejak kecil berazam tekad mahu jadi seperti Nabi Muhammad dan mencontohi semua sifat mulia Nabi Muhammad SAW. Allahuakbar!
3. Sejak hari pertama Sultan Kedah dilantik menjadi YDP Agong 6 tahun lepas, ramai netizen yang tidak sabar menanti HARI Tuanku Sultan Kelantan menjadi YDP Agong kerana pada mereka Tuanku akan jadi Sultan yang perjuangkan kebenaran.
4. Hujah primer mereka Tuanku keturunan Nabi Muhammad(sesuatu yang patik konsisten sangsi kerana kita semua tahu asbab Allah tergamak menyedihkan hati Baginda SAW dengan memendekkan umur semua anak lelakinya adalah kerana Allah tidak mahu Baginda mempunyai zuriat keturunan!)
5. Hujah sekunder mereka adalah Tuanku mewarisi sifat zuhud TGNA.
6. Harapan rakyat kian bercambah apabila photo Tuanku bersendirian seorang diri melayani mangsa banjir menambah keyakinkan kami bahawa Tuanku pasti akan buatkan pemimpin pecah amanah dan pencuri wang rakyat kecut perut dan tidak tidur malam!
7. Jujurnya, walaupun kurang yakin kerana "tidak pernah Raja tentang Kerajaan", namun rakyat tiada pilihan lain dan tetap berharap pada YDP Agong silih berganti.
8. Setiap kali rakyat memahat harapan pada YDP Agong sebelum ini mereka berdoa "Ya Allah, semoga YDP Agong dari Kelantan kelak akan perjuangkan kebenaran bagi kami dan agama Islam"!
9. Malangnya, dari luaran majoriti rakyat simpulkan selepas 7 purnama Tuanku Sultan Muhammad bergelar YDP Agong Malaysia, tiada apa-apa tentangan yang menakutkan perasuah dan pencuri dapat dilihat.
10. Samada benar atau tidak Raja Melayu hanyalah boneka dan sekadar simbol Sistem Pemerintahan Malaysia bukanlah ditentukan orang lain melainkan oleh Raja Melayu sendiri.
11. Patik pacal yang hina di sisi Allah dukacita ingatkan 9 Raja Melayu bahawa sejarah tidak lagi ditulis oleh Kerajaan dan di simpan di Arkib Negara.
12. Sejarah hari ini ditulis oleh rakyat di internet, disimpan di "Arkib" di "server" di Silicon Valley, America!
13. Justeru terpulang pada Tuanku-Tuanku sekalian bagaimana mahu nama mereka di ingati sejarah, Raja yang pentingkan rakyat
14. Patik berikrat taat pada Perlembagaan Malaysia dan berharap tidak didakwa mahu gulingkan Kerajaan yang dipilih secara demokrasi.
15. Patik mohon ampun maaf jika terkhilaf dan YDP Agong sudah berusaha menentang kebatilan sesuai dengan cara dan watak Sultan diatas politik!
16. Patik berdoa tidak ditangkap, dituduh "melancarkan perang atas YDP Agong" kerana patik berikrar taat setia pada YDP Agong dan Raja-Raja Melayu selagi tidak menyalahi ajaran Islam.
Daulat Tuanku!
No comments:
Post a Comment