ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Sunday, August 28, 2016

Raja dan Sultan Tidak Wajar Buat Rakyat Takut!

Takut!

Bila kali terakhir anda merasai perasaan itu?

Kali pertama naik ke pentas? Kali pertama berjumpa Boss sebab kerja tidak selesai? Kali pertama mempengerusikan Mesyuarat? Setiap kali nampak hantu atau binatang buas?

Dalam Negara yang ada undang-undang, kita tidak perlu takut pada sesiapa.

Hormat adalah perkataan yang lebih sesuai digambarkan bila kita berhadapan dengan orang lebih kuat atau lebih berpangkat dari kita di Negara yang ada undang-undang samarata.

Bukan takut!

Maharaja China adalah antara pemimpin dunia yang kejalim(kejam zalin) mengawal rakyatnya dengan membuatkan rakyat China takut terhadapnya hingga lari cari perlindungan di Negara lain.

Jika Maharaja China ke bandar, semua di Bandar mesti sujud dan tidak boleh angkat kepala melihatnya, jika angkat kepala hukum pancung.

Jika masa sujud Rakyat China terkentut, mereka akan dipenjarakan seumur hidup atau dipotong anu.

Selain dari zaman Maharaja China, ada lagi satu zaman yang tiada undang-undang iaitu zaman FIRAUN.

Antara sebab kenapa MALAYSIA boleh merdeka sebagai sebuah Negara adalah kerana semua rakyat setuju bahawa United States of Malaysia ini tidak lagi dipimpin oleh Raja selaibn Raja mereka.

Sebagai contoh, Rakyat Selangor tidak akan setuju menyertai Malaysia jika Malaysia diperintah oleh Raja dari Negeri yang Sultannya yang bukan dari darah Raja.

Rakyat Kelantan pula tidak setuju menyertai Malaysia jika Malaysia diperintah oleh Raja dari Negeri yang Sultannya bukan berasal dari Siam dan sebagainya.


Malaysia dijadikan sebuah Negara Parlimen. Juga mempunyai Raja sebagai Simbol atau Kuasa diatas Parlimen dengan had dan kuasa tertentu.


Kemerdekaan membawa Malaysia jadi Negara moden dan bukan memakai cawat, duduk atas pokok, makan orang, dan paling penting tidak takut pada orang yang lebih kuat.


KUAT hanya mengetuai HUTAN. Bukan Negara Moden. Di Malaysia, undang-undang yang ditakuti bukan yang kuat.

Kita tidak harus takut pada Sultan dan Raja kerana Malaysia bukan Negara Hutan dan Baginda sekalian sendiri tidak mahu ditakuti sebaliknya dihormati.

Mungkin, mungkin tiada masalah untuk rakyat Negeri Sultan tersebut untuk takut padanya, kerana mereka sudah dilatih begitu sekian lama, tetapi saya pasti bukan rakyat Sultan Selangor.

Rakyat Selangor tidak takut pada Sultan kerana kekuatan Baginda yang dilengkapi dengan Anggota Tentera dan Polis yang melindungi mereka, sebaliknya kami semulajadi hormat pada Sultan Selangor dan Tengku Amir.

Adalah membahagiakan sekiranya semua Raja dan Sultan yang pilih untuk merendahkan diri mereka jadi rakyat Biasa, mereka perlulah terbuka kepada bahasa dan karenah rakyat biasa.


Mana mungkin Harimau dibiarkan masuk kedalam kandang anak kucing?

Dan lebih tidak masuk akal bila anak kucing yang dihukum, bukan Harimau!

Saya secara jujur ingin jelaskan saya menulis surat ini dalam keadaan takut pada seorang Sultan sebuah Negeri dan anak-anaknya.

Jauh dari Negeri saya, tapi Baginda dan Anak-anaknya sering buat kenyataan yang timbulkan rasa takut pada rakyat Malaysia khasnya walau mungkin bukan rakyat Negerinya.

Saya tahu itu bukan niat Baginda, tetapi mesej yang sampai pada rakyat sudah salah dan dipolitikkan bukan sahaja ahli politik malah media yang jahat dan adalah molek jika Baginda Sultan mendapatkan jurucakap yang lebih mesra kucing, berbanding buat kenyataan yang mudah disalahfahamkan.

Harus diingatkan, di Selangor ia adalah kerja MamakMemanda untuk menyampaikan suara Sultan Selangor yang keramat itu.  

Titah Sultan yang jarang dikeluarkan sendiri itu akan dijunjung tinggi berbanding jika ia sering dikeluarkan.

Ampunkan patik sekalian Baginda Sultan dan Raja jika patik didapati menghasut,tetapi itu bukan niat patik, sebaliknya patik diajar oleh pendidikan Malaysia bahawa MALAYSIA adalah sebuah Negara yang ditubuhkan pada 1963 dimana semua 9 Raja Melayu setuju dengan semua syarat sebagai Negara.

Dan dalam matapelajaran sejarah Tingkatan 2 juga kami diajar bahawa semua Perjanjian dibuat sebelum 1963 itu terbatal dengan sendirinya dan mengungkit perjanjian 100 tahun dahulu yang sudah terbatal adalah kerja budak-budak sekolah Rendah.

Sejarah juga ajar kami dasar Negara yang jelas bahawa semua kaum dan agama bebas amalkan budaya dan kepercayaan sendiri dan semua Negeri disatukan(dalam erti kata lain Negeri tidak digalakkan bawa imej sendiri) sebagai Negara Malaysia.


Selain itu, Sekolah ajar sejarah sebagai cermin bukan sebagai asas hidup yang masih kita gunakan. Apakah sejarah Super Moyang kita guna cawat apakah perlu kita pakai cawat hari ini? Apakah Datuk kita kata ubi kayu harus dijadikan makanan asas, kita perlu makan ubi kayu setiap hari?

Jelas, kemurahan hati Mamak Memanda Menteri dari YAB Tunku Abdul Rahman hingga Dato Seri Najib Tun Razak dibalas dengan sikap mementingkan diri rakyat yang tetap mahu membawa jati diri Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Kedah dengan menolak tepi Bahasa Malaysia Tulen dan gunakan Bahasa dialek tempatan di Majlis Rasmi dan Sekolah.

Kecintaan pada Negara Malaysia melalui Bahasa Malaysia digantikan dengan kecintaan pada Negeri melalui Bahasa Negeri yang berbeza dengan Bahasa Malaysia. Negeri yang mempunyai dialek dan loghat yang sukar difahami adalah ancaman utama pada usaha pembentukan Bangsa Malaysia bukan Negeri yang tiada dialek seperti Selangor, Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak.

Jawapan anda tentang loghat Bahasa saya jawab, China disatukan oleh satu sahaja Bahasa tiada slanga. Mereka bebas berbahasa Kantonese, Hakka, Tauchew dll tapi dalam Majlis Rasmi dan semua program TV dalam satu Bahasa sahaja.

Jepun dan Korea dimajukan satu Bahasa sahaja tanpa slanga.

Semua Negara yang dsebut diatas adalah Negara maju.

Saya Mustaqim Abdul Rahman, menjunjung taat setia kepada Sultan Selangor sebagai anak jati Negeri Selangor(sejak 200 tahun dahulu), semua 9 Raja Melayu sebagai orang Melayu Tulen(bukan takrif perlembagaan kerana Super Moyang saya berasal dari Melayu Riau), YDP Agung sebagai rakyat Malaysia sejak 1963, dan sebagai orang Islam sejak 236 tahun dahulu.

Akhir kata, ayuh bersatu sebagai Bangsa Malaysia, “now or never”. Ia perlu dilakukan hari ini kerana tiada lagi esok untuk Malaysia.

PS: Jika Melayu sendiri bertelagah enggan utamakan Bangsa Malaysia dari Negeri, bagaimana Bukan Melayu mahu diyakinkan untuk ketepikan identiti kaum dan dikenali sebagai Bangsa Malaysia? Nampaknya, Bangsa Malaysia sudah tukar dari angan-angan kepada dongeng orang buangan China, India dan Indonesia.

No comments: