ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Sunday, August 7, 2016

Pokemon Haram: Ulama Perlu Upgrade CARA!

Orang Islam Malaysia sering dicelarukan.

Samada kita sokong Pokemon diharamkan atau tidak sokong, kita harus hormati hak para Ulama, Mufti dan Agamawan melaksanakan tanggungjawab dan amanah Allah yang terbeban atas bahu mereka.

Lagipun di Malaysia, kita bukan ada Penguatkuasa Syariah setaraf Polis yang akan tangkap kita main Pokemon, dan rotan kita jika kita termasuk ke dalam rumah "gadis" bukan muhrim cari Pokemon!

Jujurnya judi, pelacuran, bersekedudukan, arak dll masih banyak dilakukan orang Islam dan ia bukan salah orang lain tapi diri sendiri.

Maka jelas orang Muslim Malaysia kena "upgrade" diri!

Jangan hina dan cerca Ulama dan Agamawan kerana mereka hanya jalankan amanah Allah pada mereka.

Seperti dalam AlQuran Allah beratus kali kata pada Nabi Muhammad SAW, Baginda hanya penyampai risalah sahaja, terpulang pada kita mahu ikut atau tidak.

Begitu juga ulama dan agamawan yang sampaikan risalah haram bermain pokemon.

Terpulang pada kita mahu ikut atau tidak, tidak perlu hina Nabi dan Ulama kerana mereka telah berkorban diri hanya untuk ingatkan kita "janji Allah itu benar"!





Sungguhpun BEGITU, Ulama juga perlu upgrade cara.

Dalam dunia internet yakni dunia tanpa sempadan ini, banyak sangat kecelaruan dalam kenyataan Ulama dan Agamawan kerana mereka tidak upgrade cara berhadapan "perangai" Syaitan dan Manusia ketika ini.

Contoh 1;

Mufti keluar arahan sesiapa mahu beri ceramah di Selangor, Johor dll perlu ada tauliah dari JAIS, MAIJ dsb.
Tetapi kita boleh tonton Youtube di Internet ceramah sesiapun tanpa tauliah malah ceramah Father di Vatican City, atau ceramah penyesat lain.

Kenapa tidak tapis internet, atau sekurangnya meletak label/amaran atau disclaimer?

Celarukan!

Contoh 2.

Pelbagai hukuman diperketatkan,tidak cukup keras hukuman hudud dicadangkan. Tapi pada masa sama remaja Muslim Malaysia dibiarkan bebas melayari laman seks tanpa tapisan.

Bukan remaja sahaja, yang tua pun ramai lagi-lagi di Danok.
Bukan lelaki dengan perempuan sahaja, lelaki dengan lelaki pun ada.
Bukan dewasa - dewasa sahaja, dewasa dengan anak kecil pun ada dalam Internet.

(Kalau kita pohon TM keluarkan statistik pelayar laman seks di Malaysia, saya pasti angkanya akan mengejutkan kita)

Benarkah Islam hanya mahu, tahu dan utamakan menghukum sahaja, tetapi tidak utamakan pengisian dan pencegahan?

Kenapa pejuang-pejuang agama tidak berusaha desak Kerajaan tapis internet tetapi desak Kerajaan hukum Muslim yang menonton dan meniru aksi internet?


Celarukan!

Contoh 3.

POKEMON!

Ramai Agamawan katakan haram sedangkan anak kita "install" tanpa kita sedari dan seronok pula dapat Pikachu dalam kawasan rumah mereka tanpa mudarat dan ganggu orang lain.

Bagaimana kita mahu bagitahu pada anak, haram, mereka berdosa dan mereka akan dimasukkan ke api neraka kerana install applikasi itu dan kerana bergembira bermain "Pokemon"!

Isu dia bukan harus beritahu atau tidak, tapi bagaimana?

Jika kata tidak haram, atau tidak mengapa asalkan dalam kawasan rumah, kita sebenarnya sedang "develop" pemikiran pada mereka, yang haram boleh buat asalkan tidak "mudarat".

Sedangkan kita ajar mereka dari kecil haram tetap haram dan haram itu pasti mudarat. Celarukan?!

Lebih celaru kalau kita bagitahu mereka haram tetapi nanti mereka lihat di wall FB ramai rakan dan saudara muslim lain "update status Pokemon" masing-masing tapi tidak dikenakakan tindakan malah dipuji pula.

Secara tidak langsung kita didik anak-anak kita, orang yang buat perkara yang diharamkan akan disanjung, dihormati, dimuliakan dan berjaya dalam hidup, sebagai contoh rokok-perokok, rasuah-perasuah!


Justeru, yang terbaik adalah Ulama dan Agamawan upgrade cara dimana apabila keluarkan kenyataan "haram" dimana "haram tetap haram", mereka perlu lakukan dengan cara dan gaya zaman 2016!

Jangan katakan "Pokemon Haram", tapi katakan Pokemon memudaratkan.

Dan hukum Allah jelas, siapa yang lakukan perkara yang datangkan mudarat pada diri sendiri dan orang lain hukumnya haram selebihnya terpulang pada isi jiwa mereka "iqra"kan.

Ia beri justifikasi lebih tepat pada pengisian yang mahu disampaikan dalam zaman teknologi ini.

Jangan katakan Rokok haram, Hari Ibu haram, Hari Ayah haram, Hari Guru haram, undi parti haram masuk Neraka, nasionalisme haram syirik, Tahun Baru haram, korek hidung haram, sayur haram, anjing haram, FB haram, McD haram, plastik haram, kereta haram, dll hingga semua pun haram. 

Sebaliknya didik dengan lebih tepat dan katakan Rokok dan apa jua perkara yang memudaratkan diri sendiri dan orang lain hukumnya haram.

Mungkin, pada setengah orang Hari Ibu atau Valentine itu haram kerana datangkan mudarat pada akidah mereka, tetapi pada setengah yang lain pula, ia sekadar mahu katakan kasih sayang pada ibu dan isteri sendiri dalam rumah kecil yang tertutup dan tidak datangkan mudarat pada akidah diri dan sesiapa.

Berbeza pesakit, berbeza ubat dan keperluan!

Jika berkenaan dengan "peristiwa" jangan ia diharamkan tanpa beri alternatif ie isytihar Hari Valentine Islam pada Hari Maulidur Rasul kerana cinta agung antara manusia adalah cinta Nabi SAW pada manusia!

Isytihar Hari Ibu Islam pada Nuzul AlQuran kerana AlQuran adalah penerang jiwa, Ibu pula adalah penerang hati dan hidup!

Isytihar Hari Ayah Islam pada Hari Maal Hijrah kerana Ayah sering berhijrah untuk membesarkan kita.


"At the end of the end day", kita hanya saling mengingati, ahli agama pula hanya menyampaikan dan yang menjatuhkan hukum DIA, hanya DIA sahaja!

Peringatan: Saya bukan Ulama jadi jangan percaya pada saya. Percaya pada Allah, Rasul, AlQuran, Malaikat, Qadar dan Qadar dan Hari Pembalasan sahaja.

Tiada mana-mana dalam artikel ini saya suruh itu atau ini, jauh sekali jatuh hukum itu atau ini.

Sebaliknya saya hanya katakan "cara pendekatan" kita perlu diperkemaskan agar kita dan anak cucu kita tidak "celaru" dengan perkataan haram tapi boleh malah disanjung pula!

Artikel ini hanya boleh dilihat dari satu sudut sahaja iaitu sudut pilihan pendekatan, bukan paksaan jauh sekali memutuskan pendekatan mana yang lebih baik, mana kurang baik.

Jangan gunakan sudut lain dan jangan "meng-dalilkan" sendiri "lebih baik vape dari merokok" , lebih baik cari Pokemon di Masjid dari tidak pernah pergi Masjid langsung, lebih baik penyanyi berpeluk di Amerika dari  pelakon "beromen" dalam drama, lebih baik berturban dari tidak bertudung langsung, dll;

Kerana satu salah tidak akan jadikan satupun betul sebaliknya hanya akibatkan lebih banyak salah jika tidak dihentikan segera lebih lagi bila salah itu disokong dalil ia "lebih baik" dari salah lain.

Ayuh, kita semua berusaha!

Wallahualam.

PS: Secara peribadi saya sokong Pokemon diharamkan tapi khuatir dengan trend orang ramai yang suka menghalalkan yang salah ikut kaedah dan matlamat mereka tanpa rujuk pada Quran!

No comments: