ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Tuesday, August 9, 2016

Boikot FFM: Rakyat China Guna Bahasa China, Rakyat Malaysia Wajib Guna Bahasa Malaysia, Mana Isu Perkaumannya?

Tiada satu Negara berbilang kaum di dunia melainkan Malaysia yang benarkan pelbagai Bahasa dituturkan dalam urusan rasmi, dalam akhbar, dalam Filem, dalam rancangan TV dan Radio dll.

Rakyat Amerika, Singapura, Indonesia, Thailand, Perancis, dll dianggotai oleh pelbagai kaum bebas guna Bahasa sendiri dalam masyarakat mereka TETAPI mereka wajib guna Bahasa Rasmi Negara dalam urusan rasmi, Sekolah dan harian.

Tiada kompromi, jika Penggiat Seni Cina di Thailand dll buat Filem Tempatan dalam Bahasa Cina,Kerajaan Thailand bukan sahaja tidak bantu malah tidak akan siarkan langsung!

Kesimpulannya;

Bahasa adalah amat penting dalam menyatukan manusia.

Bahasa merupakan perkara wajib asas yang pertama kerana ia menghubungkan dua manusia yang berlainan secara mesra sekaligus membangunkan sikap toleransi dan saling percaya diantara mereka.

Tanpa Bahasa, tidak mungkin kita boleh satukan sesama kaum, antara kaum jauh sekali satukan Negara Malaysia.

Buat masa ini semua rakyat Malaysia perlu perjuangkan Bahasa Malaysia kerana ia termaktub dalam Perlembagaan lebih lagi ia akan menyatukan kita semua.



Justeru tidak timbul Filem Bahasa Bukan Malaysia dinafikan hak, apatah lagi menuduh FFM sebagai rasis kerana ia FFM perjuangkan Bahasa Malaysia bukan Bahasa Melayu.

Dari mula kata, penggiat seni dan produser filem tidak seharusnya buat filem menggunakan Bahasa lain selain Bahasa Rasmi Negara dan jika masih mahu berbuat demikian maka mereka perlu tanggung risiko sendiri bukannya merengek dan merajuk boikot.

Sewajarnya, Menteri bukan arahkan FFM tarik peraturan gunakan Bahasa Malaysia sebaliknya kuatkuasakan undang-undang untuk memperkasakan Bahasa Rasmi Negara ini.

BENAR, kita jangan emosional dalam membicarakan masa hadapan Negara dan sesungguhnya kita berada di persimpangan untuk meneruskan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Rasmi atau memilih bahasa lain.

Dari sudut kemajuan cepat, secara peribadi saya mahukan English sebagai Bahasa Rasmi Negara.

Lebih adil buat referendum seperti Brexit dan biar Rakyat Malaysia pilih mahu Bahasa apa sebagai Bahasa Rasmi?

Selepas Rakya memilih, Bahasa Rasmi kita kelak(samada English atau Bahasa Malaysia, atau Bahasa Cina atau Bahasa India), wajib dihormati dan digunakan setiap hari tanpa kira masa dan penguatkuasaanya perlu menyeluruh, jangan lemah serta tunduk pada desakan.

Semua filem, drama, rancangan TV, Radio, Sekolah, urusan rasmi Kerajaan dll perlu menggunakan Bahasa Rasmi yang dipersetujui waima jika ia Bahasa Jawa sekalipun!

Kenapa orang yang perjuangkan Bahasa Malaysia dituduh rasis dan "segretasi" kaum melainkan mereka mensasarkan kaum Melayu sedangkan Bahasa ini bukan milik Melayu, tetapi ia milik semua rakyat Malaysia dan Indonesia.(Dalam Buku Perlembagaan Indonesia jelas tertulis Presiden Sukarno bersetuju memilih Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaaan Indonesia).

PS:

Saya adalah pejuang Bahasa Malaysia yang rasional.

Bahasa Malaysia terlalu muda dibandingkan Bahasa Inggeris, Arab, China dan India. Bahasa Malaysia terlalu banyak kelemahan serta kekurangan.

Tetapi, walaupun tinggal sepatah ayat seperti aku, kamu, ayah sekalipun, rakyat Malaysia wajib pertahankan kerana ia adalah identiti kita.

Sejarah membuktikan, Aramaic adalah Bahasa Nabi Isa as, bahasa itu sudah pupus. Kerana apa?
Kemudian, 12 Disciples meneruskan usaha Jesus a.s, mereka berdakwah pada kaum Yahudi di Jerusalem yang dikuasai Kerajaan Rom tetapi buku mengenai Isa a.s dan agamanya dalam Bahasa Greek dan Rom?

Jelas, Bahasa amat penting dan menjadi kunci dalam membina dan memusnahkan Negara dan sejarah manusia.

Wallahualam.

1 comment:

Anonymous said...

Saya kagum dengan orang Indonesia.
Cina india dan semuanya berbahasa Indonesia.

Sidang media antarabangsa pun berbahasa Indonesia.

Maka berterima kasih pada Indonesia, dunia belajar bahasa.