ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Wednesday, August 3, 2016

Orang Melayu Lurus Tidak Mampu Tangani Permainan Politik Najib! DOJ Amerika akan batal pertuduhan?

Trojan Horse.

Filem TROY lakonan Brad Pit ceritakan "fakta" lengkap sejarah Empayar Troy yang ditelan kehebatan Empayar Rom dan Greek.

Dek kerana sifat lurus orang Troy memegang kepercayaan masyarakat terhadap "KUDA", mereka heret musuh masuk kedalam kubu mereka sendiri.

"Fakta" sejarah adalah sisi yang ditulis oleh orang tertentu dan biasanya bukan orang yang terlibat dalam sejarah itu. Pun begitu, banyak boleh dipelajari kita.

Hakikatnya, sejak zaman Tun Razak lagi terma politik kotor telah hiasi politik orang Melayu.

Saya masih ingat terima risalah Mahathir memakai songkok salib dan kemudian terima pula risalah Tengku Razaleigh memakai Baju bersalib beberapa hari sebelum PRU 1988.

Siapa yang edarkan gambar Mahathir bersalib?

Sikap orang Melayu yang lurus akan benci Tengku Razaleigh kerana fitnah Tun Mahathir. Orang Melayu terlalu naif soal politik kotor jadi adalah mudah bagi pemain politik memanipulasi sentimen benci dan simpati dalam jiwa kita!

Ajaran Islam larang kita tuduh tanpa bukti.

Namun, kita tidak boleh terlalu lurus dan tidak boleh abaikan bahawa dalam politik, gambar Mahathir bersalib mungkin diedarkan oleh Mahathir atau penyokongnya.

Begitu juga gambar Tengku Razaleigh bersalib, gambar Anwar, gambar Musa Hitam, gambar Nik Aziz dan yang lain malah video serta cerita.

Sikap lurus orang Melayu dan tidak faham permainan kotor politik jadikan mereka mudah diperalatkan, diperbodohkan serta di manipulasi sesuka hati oleh pemain politik.

Kajian Sains physchology dan neuorsains membuktikan otak manusia mempunyai limitasi dan tunduk pada tekanan persekitaran apakah lagi tekanan secara berterusan.

Orang Melayu yang penuh dengan empati dan simpati adalah subjek paling mudah untuk di kawal serta di diperintah otaknya, mindanya serta kemahuannya.


Pernahkah kita terfikir, bila kita memilih antara baju/tudung kuning atau merah, bukan kita yang memilih?

Pernahkah kita terfikir, bila kita berdondang lagu Cindai seiring dengan rakan sebelah ia bukan kebetulan?

Bila kita memilih McD atau KFC, Coke atau Pepsi, ia bukan kemahuan dan kehendak kita 100%!

Secara peribadi, sebagai orang yang perasan diri adalah strategis, peminat politik dan seni peperangan, saya amat ingin dan amat berhasrat berjumpa dengan penasihat dan strategis Najib kerana saya amat kagum dengan kesanggupan seorang manusia berbuat apa sahaja demi mencapai tujuan diri.

Strategis dan penasihat politik Najib amat licik dan tidak mungkin seorang dan tidak  mungkin Melayu tempatan.

APCO adalah Agensi Yahudi yang pernah dilantik Najib untuk imej Malaysia di peringkat dunia.

Apakah mungkin Najib gunakan khidmat kelompok yang sama dalam APCO untuk kenakan tekanan  minda pada rakyat Malaysia dengan tujuan mengawal mereka tanpa mereka sedari?

Dari pemerhatian, dalam Whatsapp Group, dalam FB, di Kedai Kopi cerita Najib Rosmah, 1MDB Jho Low, Mahathir Muhyidin dan lain-lain sudah kurang bergema.

Ini kerana limitasi minda manusia yang akan jemu pada isu yang terlalu lama dan saban hari dipaparkan.

Orang Melayu ambil jalan mudah "berserah pada Takdir" sedangkan kita perlu berusaha untuk masa hadapan kita.

Jangan ambil mudah! Ini masa hadapan anak cucu kita.

Walaupun jemu dengan cerita politik, walaupun penat dengan nama Najib dan Rosmah, walaupun loya mendengar 1MDB dan Jho Low, walaupun sinis mendengar Mahathir dan Muhyidin kita mesti kuatkan minda untuk hadapi tekanan ini dan tidak biarkan orang lain apakah lagi "syaitan" tentukan pilihan kita!

Pada hari pertama DOJ adakan sidang media mahu rampas asset 1MDB sebanyak USD 1 billion untuk wang tersebut digunakan membunuh lebih ramai anak Palestin, saya jangkakan ini "politik kotor".

Walaupun jiwa melonjak berharap ia adalah benar, setiap hari saya menanti kenyataan "Trojan Horse" Amerika yang mengatakan ia fitnah atas Najib dan kesilapan DOJ!

Benci simpati bodohkan- BSB adalah formula orang bijak memainkan jiwa orang ramai.

Mula-mula buatkan masyarakat benci, kemudian jadikan apa yang masyarakat benci itu salah, lalu masyarakat akan simpati dan akhirnya mereka berjaya dibodohkan untuk menurut kehendak si pemain tadi.

Mentor saya(Abang) berkata, satu-satunya cara menjatuhkan Najib adalah dengan "street demo".

Saya kata tidak mungkin.

Amerika yang maju rakyatnya berpengalaman menghadapai bencana alam, Taufan Karina dsb!

Jepun yang hebat rakyatnya berpengalaman menghadapi bencana alam gempa bumi!

Indonesia raya berpengalaman menghadapi bencana Tsunani meragut 200,000 nyawa!

Arab pula berpengalaman hidup dibawah kekejaman dan kezaliman Firaun. Walaupun beribu tahun dahulu, tetapi ia membentuk kepercayaan mereka hari ini.

Orang Melayu??!!

Orang Melayu tidak pernah diuji dengan bencana dan peperangan hingga 5 hari tidak makan, 3 hari tidak minum.

Melayu terlalu selesa dan tidak rela keluar dari zon itu.

Melayu tidak akan turun bersusah, berpanas dan berhimpit.

Jika perang esok, Melayu tidak akan keluar menentang penjajah. Bukan saya tuduh, sejarah dijajah sejak 1511 hingga merdeka 1957 tanpa penentangan skala besar membuktikan sindrom zon selesa kita.

Justeru, adalah penting untuk Melayu paksa diri keluar dari zon selesa ini!
Adalah penting untuk Melayu turunkan sikap lurus mereka dan fahami permainan BSB "musuh" terhadap kita!

Orang Melayu perlu segera berubah dan membuat anjakan paradigma ayat AlQuran yang berbunyi "Allah tidak akan ubah nasib(masa hadapan) kaum hingga mereka berusaha ubah nasib(masa hadapan) mereka sendiri dahulu".

Persoalannya, apakah masih ada masa hadapan untuk anak cucu kita?

PS:

Arwah Abah sering berkata pada saya, untuk berjaya dalam hidup pada zamannya adalah zaman "what you know"!

Kemudian pada zaman kita hari ini adalah zaman "who you know"!

Dan pada zaman anak cucu kita, jika kita tidak berusaha mengalahkan permainan minda dan memperkuatkan minda kita tangani asakan pemain minda, zaman anak kita adalah zaman "how strong your mind are"!

Wallahualam.

1 comment:

Anonymous said...

excellence article from you.very nice and good to read