Saya adalah penyokong kipas mati Selangor.
Juara 33 kali Piala Malaysia, Juara Liga entah berapa kali malas mahu kira, segala Piala sudah berkali-berkali dan juara AFC tidak pernah sekali, tetapi pernah Juara Divisyen Dua sekali.
Di Stadium Shah Alam umpama rumah hujung minggu buat kami.
Pergaduhan luar antara budak Subang dengan Bangsar di adakan di Pintu 20.
Budak Gombak lawan budak Klang pintu sekian dll.
Setiap minggu pasti ada pergaduhan di pintu tertentu tetapi bukan sebab sebiji Bola, tetapi kerana masing-masing mahu tunjuk jantan binatang. Masing-masing mahu kencing untuk tanda itu kawasan dia.
Klang kawasan dia, Gombak kawasan ranggi, Subang kawasan Punk, PJ kawasan Bob dll.
Menariknya, lepas masuk ke bangku penyokong, kami sokong pasukan yang sama. Dan tidak bergaduh kerana sebiji bola.
Yang gaduh pasal sebiji bola ini saya tidak faham.
Bola itu cantik ker?
Bola itu kaya ker?
Bola itu berlian ker?
Bola itu maruah bangsa ker?
Bola itu kesucian agama Islam ker?
Hmmm!
Sudah menjadi kebiasaan, bukan semua penyokong JDT seperti itu.
Kerana seorang rosak semua!
Tapi itu yang lepas, kita tidak boleh ubah!!!
Yang esok, pasti perlawanan lepas ini kita boleh ubah.
Kalau kena provoke ingat muka penghina Islam!
Kalau kalah ingat muka orang yang cakap suara azan sumbang macam bunyi ayam berkokok!
Kalau rasa marah sangat ingat orang yang perkecilkan orang Melayu dan Islam!
Kalau rasa geram dan malu, geram dan malu kerana penghina Islam ini orang Muar Johor!
Kalau rasa kuat sangat, esok balik Johor boleh cari penghina Islam ini!
Jangan gaduh kerana sebiji bola, Melayu ke, bangsa Johor ker, kaum Kelantan ker, malulah Nabi SAW perang kerana pertahan Allah, kita gaduh kerana sebiji bola ukuran 1 kaki.
PS: Paling ganas kami buat adalah terbalikkan kereta pengurus Selangor sebelum Aini Taib, saya lupa namanya, Mazlan atau apa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
“Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam keadaan merugi (celaka), kecuali orang-orang yang beriman, beramal shalih, saling menasehati dalam kebenaran, dan saling menasehati dalam kesabaran.”
Syabas
Post a Comment