Apa
yang dicoretkan berikut bukan
untuk menghina Karpal Singh sebaliknya ia adalah sebahagian dari
aspirasi
beliau yang memperjuangkan kebebasan bersuara serta hak menyatakan
pandangan. Apatah lagi jika semua yang dicoret disini adalah
berlandaskan fakta dan
kebenaran.
Walaupun sudah banyak teori palsu kedengaran di internet seperti daulat Raja Perak, konspirasi politik persis Teoh Beng Hock, Karpal Singh menyimpan dan tahu terlalu banyak tentang satu pihak, Tuhan permudahkan perjuangan hudud Kerajaan PAS Kelantan dan sebagainya ia tidak boleh dipercayai kerana hidup dan mati adalah kerja Tuhan dan bukan manusia.
Karpal Singh sudah mati, legasi
dan impiannya terus hidup dan harus didokong dan dihormati oleh ahli keluarga,
pengikut serta rakyat Malaysia amnya dan artikel ini adalah bukti perjuangan
beliau terus hidup.
Karpal Singh adalah seorang peguam
dan seorang Ahli Parlimen. Beliau juga digelar Harimau Jelutong yang tidak
meninggalkan belang sebaliknya meninggalkan nama hasil dari perbuatan dan
tindakan. Antaranya;
- Karpal Singh adalah anak pendatang India Punjabi di Pulau Pinang
- Karpal Singh adalah penentang utama kepada penubuhan Negara Islam dan Hudud
- Beliau terkenal dengan kata “Langkah Mayat Saya Dahulu” jika Malaysia mahu jadi Negara Islam
- Beliau juga menyokong Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS yang mahu Malaysia menjadi Negara Islam
- Beliau pernah ditampar oleh orang Selayang bernama Arhshad bin Mat Gamat(Arwah)
- Karpal Singh adalah individu yang bertanggungjawab menjatuhkan kerjaya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri
- Karpal Singh adalah orang pertama yang mendedahkan Salahlaku Seks Datuk Seri Anwar Ibrahum kepada umum dalam Parlimen pada 18 Disember 1997(Parlimen Kesembilan, Penggal Ketiga, Mesyuarat Ketiga)
- Selepas saranan beliau mendapat perhatian Perdana Menteri hingga Timbalannya dipecat dan di dakwa, Karpal Singh kemudian bertindak sebagai Peguam Pembela kepada kes yang sama
- Karpal Singh adalah seorang pemimpin pembangkang yang hebat disebabkan itu;
- Kehebatannya menjadikan Tun Dr Mahathir, musuhnya sebagai pemimpin hebat seluruh dunia.
- Karpal Singh individu yang bertanggungjawab mengesyorkan akta mewajibkan penumpang belakang memakai tali pinggang keledar. Usahanya telah banyak menyelamatkan nyawa penumpang kereta dan menariknya beliau maut dalam kemalangan kereta
- Beliau adalah pendokong utama menentang hukuman mati di Mahkamah Malaysia
- Namun pada Julai 2010, Karpal Singh cadang perogol kanak-kanak dihukum mati
- Karpal Singh adalah seorang rakyat Malaysia yang berani menyaman Raja Johor pada 1986
- Beliau adalah seorang Rakyat Malaysia yang menjunjung Rukun Negara yang berbunyi “Kesetiaan Kepada Raja dan Negara”, “Keluhuran Perlembagaan” dan lain-lain
- Beliau juga terkenal dengan dipetik sebagai berkata Anwar Ibrahim harus bertaubat dipercayai kerana menggalakkan amalan lompat perti yang kemudian memakan diri Pakatan Rakyat
- Malaysia mengenali beliau sebagai seorang yang angkuh melalui kata-katanya tetapi orang yang rapat dengan beliau mengatakan beliau seorang yang baik dan tidak sombong
- Semangat Perjuangan beliau perlu dicontohi kawan dan lawan
Karpal Singh amat hebat
sehinggakan kematiannya juga dapat digunakan oleh kita sebagai pelajaran dimana
apa yang kita ucap, apa yang kita lakukan, apa yang kita perjuangkan akan
dinilai sejarah.
Sejarah akan mengingati beliau
sebagai seorang yang hebat dalam memperjuangkan apa yang beliau percaya.
Sejarah juga akan menilai apa sahaja yang beliau lakukan dan ucapkan.
Tidak perlulah diselami mengapa
ada beberapa percanggahan tindakannya diantara fakta diatas, sebaliknya wajarlah kita
mengenang sumbangan beliau sambil mendengar lagu yang pernah diharamkan di
Malaysia awal 80-an, yang bertajuk Satu Senapang , Peluru Dua dengan lirik
popular, “kicik-kicik lembu jaga”.
Akhir sekali, saya mewakili rakyat
Malaysia yang lain samada yang menyokong, tidak menyokong atau membenci Karpal
Singh ingin mengucapkan takziah kepada ahli Keluarganya dan secara peribadi
saya menggangap beliau sebagai seorang yang hebat yang punya jasa, sumbangan
dan legasi kepada Malaysia.
Marilah kita ambil yang baik dari beliau, dan yang
buruk kita jadikan sempadan dan ingatan agar sejarah mengingati kita sebagai
rakyat yang baik dan bukan rakyat yang tidak baik.
PS:
Jika Keluarganya tersentuh dengan artikel ini saya minta maaf dan mohon
jangan saman saya kerana saya hanya meneruskan perjuangan Karpal Singh
iaitu hak kebebasan bersuara.
No comments:
Post a Comment