ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Sunday, February 9, 2014

Selangor Juara 32 Kali! Tak Gaduh Pun!


Saya berada di Stadium semasa Selangor tersingkir ke Divisyen 2 dan kereta Presiden FAS di terbalikkan. Saya berada di Stadium semasa Selangor kalah pada Perak 4-2 pada Final Piala FA walaupun mendahului 2-0. Saya berada di Stadium semasa Selangor tewas pada zaman kegemilangan Kuala Lumpur dan Kedah. Saya berada di Stadium semasa Selangor kalah pada Kelantan di awal kebangkitan bola sepak Kelantan di Bukit Jalil. Dan sudah tentu saya dan penyokong Selangor yang lain berada di Stadium untuk perlawanan-perlawanan biasa.

Dari Stadium Merdeka, ke Stadium Shah Alam tidak pernah seingat saya penyokong Selangor bergaduh besar sehingga membabitkan penglibatan polis. Yang ada pun bergaduh sesama mereka kerana hal-hal luar antara Budak Gombak dengan Budak Subang di Pintu 30. Gaduh pun bukan pasal bola atau apa yang terjadi di padang mahupun sebab Selangor kalah tapi gaduh sebab perkara biasa yang orang kita suka gaduh seperti merebut teman wanita, masalah parking, dan kadang-kadang pasal ekzos motor yang bising.

Dalam perihal bola sepak adalah wajar semua pasukan mencontohi Selangor samada pemain, pengurusan mahupun penyokong. Apa yang terjadi dalam padang, ditinggalkan di Padang dan tidak dibawa melintasi garisan putih kedalam terowong. Jika ada pun, tidak melarat sehingga ke campur tangan pentadbiran Kerajaan Negeri dan rakyat kebanyakan yang tidak berkaitan.

Selangor adalah Juara Piala Malaysia 32 kali, Piala FA 5 kali, 8 Piala Sumbangsih dan banyak lagi. Selangor memiliki berpuluh zaman kegemilangan yang disertai kejatuhan. Tapi pasukan dan penyokong Selangor tetap kekal rasional dan profesional.

Jika dikaji, ia mungkin disebabkan semangat kenegerian orang Selangor yang menduduki tempat tercorot berbanding Negeri lain seperti Kelantan, Kedah, Perak, Terengganu, dan Sabah. Sebagai bukti lihat sahaja politik di Selangor, pemimpin dari luar dibenar menjawat jawatan tertinggi di Selangor.

Untuk mengatasi masalah kenegerian yang tinggi ini adalah wajar FAM memperkenalkan peraturan baru yang melarang pasukan menggunakan bendera Negeri. Penyokong juga dilarang membawa bendera Negeri apatah lagi politik kedalam Stadium. Semua pasukan harus mempunyai bendera Pasukan yang tidak boleh sama dengan bendera Negeri.

Sebagai penyokong bola sepak Selangor, saya sarankan pada semua agar buang yang keruh dan ambil yang jernih. Pada pasukan dan pemain yang terlibat tidak perlulah “propa” lebih sangat, buktikan melalui keputusan perlawanan. Buktikan dengan permainan berkualiti tinggi dan peningkatan mutu. Buktikan dengan pencapaian dan menjulang piala.



Langkah menyamakan peminat Malaysia dengan fanatik bola sepak yang merngorbankan nyawa di England tidak tepat kerana kebanyakan provokasi dan pergaduhan disana bermula di Kelab Malam selepas permainan yang menyaksikan alkohol adalah penyebab kepada pergaduhan. 

Bayangkan, jika di sana mabuk dikatakan penyebab manusia bertindak luar kawalan, kita orang Melayu yang tidak mabuk tapi sedar diri masih memilih untuk berkelahi kerana bola sepak. Ia memang teruk dan ada kemungkinan jika Negeri terbabit tidak tertakluk kepada undang-undang Persekutuan di bawah Perdana Menteri, sudah pasti kerana bola sepak Negeri-negeri ini akan berperang, tentera terlibat, kematian orang awam terjadi dan sebagainya.

Perlu diingatkan, Bola Sepak bukan permainan Lelaki sejati seperi Ragbi atau Hoki Ais. Bola Sepak adalah permainan kepura-puraan, strategi, kemahiran, berpasukan dan sedikit nasib. Itulah peraturannya, dan jika berpegang kepada sifat jujur dalam agama, maka bola sepak Malaysia boleh menggunakan ulangan video seperti dalam permainan Tenis.

Provokasi adalah perkara biasa dalam bola sepak. Kalau tidak mahu di provokasi dan tidak tahan maki, jangan ke Stadium, tapi pergilah ke Masjid atau Perpustakaan ia jauh lebih baik.

Akhir sekali, kalau nak gaduh, jadilah anak jantan, jangan gaduh sesama bangsa dan agama. Boleh ke Syria ataupun Palestin. Barulah anak jantan Ayah.

Kalau hendak mati atau bunuh orang dengan ucap skrip “Biar Mati”, “Hentam Sampai Mati”, “Mati Pun Tidak Apa”,  biarlah mati syahid atau dipenjarakan kerana mempertahankan Keluarga, bangsa dan agama dan bukan mati pasal sebiji bola.

No comments: