Jahanam Selangor!
Heboh satu Malaysia perletakan jawatan ADUN Kajang dan pengumuman calon dari Pakatan Rakyat iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim. Jika beliau dan barisan kepimpinan Pakatan Rakyat bijak pandai, sewajarnya Dato Seri Anwar Ibrahim bertanding di DUN Selangor pada PRU 13, Mei tahun lepas justeru menjimatkan kos PilihanRaya kecil dan rakyat tidak perlu membazir masa dan wang mengundi kali kedua dalam tempoh setahun.
Dalam Islam, membazir itu kawan Syaitan, samada secara langsung mahupun subahat namun Syurga dan Neraka kekal hak mutlak Allah dan bukan sesiapa manusia untuk menentukan.
Sehingga artikel ini ditulis, penulis tertunggu-tunggu tindak balas Ketua Pembangkang Selangor dan UMNO Negeri Selangor, tapi mungkin kerana beberapa perkara kecemasan yang tidak dapat dielakkan, UMNO Pusat terpaksa menjawab gesaan Dato Seri Anwar supaya UMNO tidak bertanding.
Pilihan Raya Kecil Kajang bukan sebarang Pilihanraya kerana hadiah utamanya adalah wang bernilai RM 2.6 billion yang menjadi rizab Kerajaan Negeri Selangor hasil berjimat cermat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim selama 6 tahun. Jikalau Shaw Brothers masih sebagai teraju filem Melayu sudah pasti ada filem bertajuk Sandiwara Dua Anak Ibrahim, seorang gemuk berjimat dan menyimpan untuk si kurus guna dan habiskan kelak.
RM 2,600,000,000 bukan sedikit wang yang sudah pasti mengundang bukan sedikit orang yang mengimpikannya. Bukan calang-calang orang yang dapat menepis godaan wang sebanyak itu, dan mungkin tiada siapa mampu menepisnya.
Lain orang lain fikirannnya, malah pertimbangan logiknya juga tidak sama.
Pada logik saya, RM 2.6 billion tersebut tidak akan digunakan untuk memperkukuhkan parti bagi menghadapi PRU 14, kerana logiknya ia paling awal diadakan pada 2018 malahan Pakatan Rakyat amat-amat kukuh di Selangor.
Pada logik saya juga berkemungkinan RM 2.6 billion itu akan digunakan untuk membiaya kegiatan-kegiatan subversif, haluan kiri, demonstrasi jalanan hingga membawa kepada rampasan kuasa, ataupun pembubaran Parlimen lebih awal seperti di Thailand.
Pada logik saya juga berkemungkinan RM 2.6 billion itu akan digunakan untuk BR1S Bantuan Rakyat 1Selangor, atau mungkin mendirikan lebih banyak Sekolah Tahfiz dan Masjid, atau menderma atau memberi pinjam kepada Kerajaan Kelantan bagi menyediakan air bersih dan lebuhraya kasih disana atau mungkin diberi pada anak yatim seluruh Malaysia, Wallahualam.
Pembaca sudah pasti mempunyai logik yang berlainan, pilih yang mana anda fikirkan logiknya dimana anda akan belanjakan RM 2.6 billion duit rakyat Negeri Selangor?
Secara logiknya juga, jika wang sebanyak itu mahu dibawa dari Luar Negara masuk ke Malaysia, ia amat sukar kerana Pihak Berkuasa Malaysia malahan PBB sendiri mahu tahu mengapa dan kenapa RM 2.6 billion dibawa masuk dari Luar Negara ke Malaysia? Samada untuk membiaya terroris menyerang Amerika, atau untuk membiaya Yakuza di Jepun atau menjahanamkan Malaysia khususnya Selangor sendiri atau untuk digunakan bagi diadakan Kenduri Kesyukuran PRU 13? Jika alasan tidak kukuh kebenaran tidak akan diberikan.
Nah! Sekarang diharap| pembaca berfikir lagi secara logik dimana lagi ada wang tunai yang banyak dalam Negara Malaysia kalau bukan dalam Akaun Kerajaan Negeri Selangor!!!
Apa-apapun saya ingin menjadi orang pertama yang mengucapkan tahniah kepada Dato Seri Anwar Ibrahim kerana saya pasti beliau akan menang di Kajang dengan mudah dengan ucapan, semoga Allah rahmati kita semua. Sekian.
Mustaqim Abdul Rahman
No comments:
Post a Comment