ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Saturday, February 15, 2014

Merintis Harapan Hudud di Malaysia - Kerjasama Syariah dan Sivil



Objektif dan matlamat undang-undang adalah memberi kesenangan dan keselamatan sejagat kepada semua orang melalui kaedah keadilan kepada semua. Samada Sains di Hospital mahupun ilmu perubatan di bawah pokok semuanya adalah ilmu Allah. Begitu juga undang-undang, tidak kira samada undang-undang Sivil,Syariah, ataupun persendirian, selagi ia menjunjung matlamat keadilan, ia adalah undang-undang Allah.


Malangya, kita sering disempitkan dengan istilah Arab termasuk hudud yang juga bermaksud undang-undang(hukum) Allah. Kita disempitkan dengan istilah ayat Al-Quran itu adalah penawar segala penyakit, sedangkan ilmu kedoktoran itu juga adalah ilmu Allah. Sepertimana seorang Bomoh Terkenal Malaysia yang mana orang Melayu kalau sakit sikit sehingga ke sakit serius pun pergi jumpa beliau untuk dirawati menggunakan ayat Al-Quran, kini Bomoh tersebut memilih menggunakan khidmat Doktor untuk jantungnya dan bukan ayat Al-Quran semata.


Kekeliruan memisahkan sebarang ilmu waima sebesar hama dengan ilmu Allah semakin parah apabila dengan mudah beberapa ibu bapa memilih untuk melahirkan anak secara semulajadi kerana dikatakan lebih dekat, tawakal dan tawaduk pada Allah, sedangkan, ilmu kebidanan Doktor yang terperinci itu juga datangya dari Allah Yang Maha Bijaksana.


Hudud, selama ini telah menjadi alat pada ramai dan berjaya memberi manfaat kepada golongan pemuka dan cedera kepada golongan bukan berpendidikan Arab. Sedangkan, hudud adalah hukum yang diajar oleh Allah melalui Al-Quran dengan teras dan objektif menawarkan keadilan dan keamanan. Haji tetap sah walaupun kita pergi menaiki Kapal Terbang yang tidak disebut Al-Quran sama sahnya dengan menaiki Unta, Lembu mahupun jalan kaki seperti Baginda Rasulullah.


Hari ini selepas lebih 50 tahun Malaysia ditubuhkan dengan menjunjung perlembagaan Sivil dan Syariah, semangat undang-undang mencari keadilan seperti yang di perintah Allah tidak pernah padam diperjuangkan oleh kita semua.


Hudud(baca hukum Allah) ada dalam Perlembagaan Sivil dan seperti Perlembagaan Syariah masih terlalu banyak lagi ruang yang boleh diperbaiki demi keadilan.


Hudud(baca hukum Allah) perlu dilaksanakan di Malaysia mengikut corak Malaysia dan bukan Arab.


Tolonglah sama-sama jadikan hudud satu realiti dan bukan mitos dengan tidak menyempitkan pemikiran kita terhadap undang-undang, perubatan, pendidikan malah kebaikan barat yang sebenarnya ia tetap datang dari Allah SWT, Tuhan semua makhluk dan benda.


Di Malaysia, antara hukuman yang boleh diperbaiki demi mencapai objektif hudud(baca hukum Allah) dengan mengambil kira faktor persekitaran, tahap pengetahuan, kesedaran dan lain-lain adalah hukuman yang diulang oleh pelaku yang sama untuk kali yang keempat.


Bayangkan, hukum sivil hanya mampu memenjarakan pesalah tanpa mengubah dirinya. Pesalah ini sepatutnya menginsafi perbuatan pertamanya dan berusaha untuk berubah, tapi ada yang sudah ditangkap dan dibebaskan untuk kali kesepuluh, ia tetap melakukan jenayah tersebut.


Hukum sivil yang “adil” hanya mampu memberikan “keadilan” pada seorang pencuri susu untuk memberi bayinya yang kelaparan dengan memenjarakannya selama setahun, dan hukum Syariah yang “adil” hanya mampu merotan mangsa rogol yang kekurangan bukti atau 4 saksi dan banyak lagi.


Banyak yang boleh diperbaiki dengan menggabungkan hukum sivil dengan hukum syariah.


Kedua jenis hukuman ini tidak perlu bersaing dan mengelirukan orang ramai sedangkan keduanya selagi menjunjung keadilan ia adalah hukum Allah(baca hudud). Samada menggunakan 4 saksi yang muktabar mahupun rakaman video, DNA atau cap jari ia adalah ilmu Allah.


Sebaliknya, Mahkamah Syariah dan Sivil perlu duduk berbincang dan bekerjasama dalam memberi keadilan dan mendidik pesalah dan “bakal pesalah” dengan kaedah yang lebih efesien.


Malaysia semakin parah, dan semakin tidak selamat dari hati manusia yang dikawal Iblis dan Syaitan. Hukuman sedia ada tidak lagi mampu memberi didikan dan pengajaran kepada penjenayah sebelum dan selepas melakukannya agar tidak melakukannya jauh sekali tidak mengulanginya.


Marilah kita sama-sama memperjuangkan hukum Allah di Malaysia dengan beransur-ansur agar memberi keadilan kepada semua tanpa mengira agama, kerana semuanya hamba Allah Yang Satu.


Semoga satu hari nanti hudud(hukum Allah), dan sivil yang adil(hukum Allah) yang digabungkan akan menjadi hukum Allah yang diredhaiNYA dan menjadi ikutan Negara lain seluruh dunia. Insya-Allah.



No comments: