ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Monday, July 31, 2017

UMNO/Najib Usah Perkecil Impak Mahathir Loyalist!

Sebagai pemerhati politik sejak umur 8 tahun, saya sudah lalui banyak perkara berbanding rakan sebaya.

Pada PRU 1990 misalnya, saya antara duduk depan TV di Medan Selera Jalan Raja Muda hingga jam 7 pagi sebelum disahkan BN menang by simple majoriti. BN menang 127 kerusi dari 180 tetapi keputusan lewat diketahui kerana S46 yang terdiri dari Team B UMNO gunakan pengalaman mereka memaksa SPR mengira undi hingga berpuluh-puluh kali. Ia adalah antara PRU paling getir kerana undi popular pembangkang adalah tertinggi 46% selain faktor Tengku Razaleigh berjaya merampas Kelantan.

** Pengumuman PRU oleh pemenang dibuat oleh Pengerusi dan jika BN menang resamnya di PWTC dan semua ahli BN berkumpul di "port" terbesar berdekatan PWTC iaitu Medan Selera Jalan Raja Muda.

Paling manis pada PRU 1999, sayalah cucuk bendera kecil plastik BN dalam tali, sayalah panjat tiang lektrik dan pokok, sayalah jaga pondok panas ketika reformis PKR sedang panas membelasah petugas BN, dan saya juga beruntung dapat masuk bersama untuk bantu kira undi yang sudah diulang beberapa kali dan tahu keputusan menang sebelum SPR umumkan.

PRU 2004 menjelma dan faktor goodman Pak Lah mungkin tambat hati ramai orang tapi tidak hati saya. Mungkin kerana kurang matang atau terlalu fanatik Mahathir, saya menolak Pak Lah seawal 2004 dan berhujah tentangnya dalam Temuduga saya di Petronas KLCC, satu kesilapan yang nyata, rupanya soalan politik dalam temuduga hanya untuk menduga calon supaya tahu bezakan kerja, dan politik.

Terlibat secara langsung dan bersendirian dalam kempen menaikkan Najib Razak dengan menjatuhkan Pak Lah, saya tulis lebih 20 Artikel di MyKMU, Harakah, dll.

Pada 2008 selepas Pak Lah "dijatuhkan" dalam desakan "rampasan kuasa" oleh Najib Razak, saya janji pada diri untuk pencen dari politik partisan dan perkauman. Minat pada politik sukar dipadam dan kin saya pemerhati sahaja.

Suka atau tidak, fakta buktikan bahawa semua PRU di Malaysia di menangi dengan cara divide and rule dan lebih malang lagi, selepas 60 tahun merdeka masih ada yang percaya Kristian akan perintah Malaysia di kala 100,000 Askar Melayu bersumpah junjung taat setia pada YDP Agong dan pertahan Perlembagaan yakni Islam adalah Agama Rasmi!

Mungkin kerana ibu saya Cina, jadi bila orang Melayu cakap Cina jahat, ia ada sedikit mengguris hati.

PRU 2013 saya tidak mahu berpoyo ramalan saya betul kerana saya salah. Saya meramal BN akan menang 2/3 dan Selangor kembali. Saya salah kerana saya terlupa untuk menimbang faktor "rebellion" dalam UMNO. UMNO Selangor misalnya tidak berfungsi sepenuhnya, tidak setengahnya pun kerana pemberontakan dalam UMNO Selangor sendiri.

Benarlah, pengalaman tidak boleh diperolehi dari Google ataupun bacaan serta cerita orang, "kau kena rasa sendiri baru kau dapat pengalaman itu". Majoriti orang Politik ini bukanlah Gentleman yang sama didepan sama dibelakang, mereka ini Malaikat di depan, Iblis di belakang.

PRU 14 akan datang ini adalah PRU yang sangat dinanti semua kerana ia sangat menarik.

Permainan poitik, strategi, persempadanan semula kawasan undi, pemberontakan dalam parti masing-masing, PAS, divide and rule, ekonomi, China, Arab dll amat menarik untuk dijadikan case study.

Faktor Bulan mengambang di Selangor pada 2008 dan kejatuhan "empayar Khir Toyo" kerana over confidence juga faktor yang mungkin akan berulang, cuma kali ini siapa mangsanya? Wallahualam.

Sukar untuk meramal kali ini kerana BN belum keluar kad kelimanya dalam poker game ini, dan jika BN memiliki Full House, apakah kad kelima Pakatan Straight Flush, or upper hand.

Tanpa mengambil kira last card dan last game diatas saya jangkakan mudah untuk BN menang dengan formula 4-4-2.

Pada PRU 13, 5.2 dari 10 Pengundi undi Pakatan. 4 adalah penyokong Pakatan dan 1.2 adalah pengundi partisan.

4.8 Pengundi undi BN dan 4 adalah Penyokong BN dan hanya 0.8 Pengundi partisan kerana ramai ahli BN berontak.

4 undi BN dan 4 undi Pakatan dan 2 undi atas pagar.

2 Undi atas Pagar datangnya dari penyokong Raja dan juga taukey kaya yang khuatir bisnes mereka terjejas jika Kerajaan hari ini diubah kerana Malaysia bukan seperti Indonesia,  Malaysia belum pernah tukar Kerajaan dan impak pada Negara pasti tidak boleh dielakkan.

PRU 14 kali ini ketika Istana mengeluarkan kenyataan terbuka sokong BN dijangka 3 dari 10 pengundi akan terpengaruh dengan faktor Raja dan juga Usahawan yang khuatir Bisnes mereka terjejas.

1 dari 10 pengundi pula adalah orang UMNO dan 1 dari 10 pengundi pula adalah orang yang termakan dakyah kaum dan agama.

Nah! 5 undi kini miik BN dan bukanlah sukar untuk dapatkan lagi 2 atau 3 undi dengan kad terakhir itu khususnya dari golongan luar bandar dan Sabah dan Sarawak.

Tetapi, UMNO/Najib tidak boleh perkecil impak loyalist Mahathir. Pada loyalist Mahathir, mereka sudah membesar dengan bangga pada zaman Mahathir dan akan mengundi Mahathir semua dengan senang hati.

Malaysia sedang sakit! Jika anda sedang sakit apakah anda perlukan Raja, keselamatan Bisnes ataupun Doktor Pakar? Sudah pasti anda(pengundi) tidak teragak-agak beri undi dan kepercayaan penuh kepada pakar yang sudah ubati pelbagai sakit dan berkali-kali selamatkan nyawa anda selama 22 tahun walaupun pakar tersebut kini berusia 100 tahun sekalipun.

Golongan ini kebanyakannya "tua" yang tidak pandai dan tiada masa untuk menulis beribu hashtag "RespectMyPM" di page Najib Razak, tetapi mereka ada, dan mereka memerhati apakah orang lama seperti mereka akan dibuang apabila tidak berguna?

Awas bila menjawab, kerana selain mereka, anak cucu mereka juga akan ikut perintah undi mereka.

Saturday, July 29, 2017

Arab Saudi Perlu Beri Lebih Bukti Attack On Mekah Untuk Elak Di Fitnah!

Orang Islam mempunyai sentimen yang tinggi atas Mekah samada kenangan mahupun harapan.

Perasaan rindu, sayang dengan iltizam akan melindungi Mekah dari apa jua serangan kadang-kadang, saya ulang, kadang-kadang mengaburkan pandangan kita dari KEBENARAN!

Epik kebenaran adalah semua pihak akan mengaku dia yang betul, dan tiada siapa yang akan mengaku salah.

Manakala kerugian dari menegakkan kebenaran tanpa asas bukti yang kukuh pula adalah perpecahan yang tidak dapat dibaiki lagi.

Berita serangan peluru berpandu keatas Mekah semalam sudah pasti menjentik hati umat Islam Malaysia, apatah lagi bagi mereka yang mempunyai saudara atau ibu bapa disana.

Sesungguhnya, tiada yang lebih indah dari mati ketika dalam niat mengerjakan Haji, wallahualam.

Ini bukan dakwaan pertama Mekah diserang peluru berpandu. Setiap kali Arab Saudi mengeluarkan kenyataan kejayaannya memintas peluru berpandu sudah pasti ada pelakunya!

Namun, Allah SWT dalam Quran melarang manusia menuduh tanpa bukti.



Kaabah dan Masjidil Haram bukan milik Raja Arab Saudi melainkan Allah dan...

Allah serahkan amanah Kaabah pada semua umat Islam justeru adalah menjadi tanggungjawab penjaga Mekah untuk kemukakan semua bukti serangan peluru berpandu ke atas Mekah secara awam tanpa selindung dan tanpa akibatkan kebocoran maklumat tentera.

Menuduh satu pihak lain setiap kali Mekah diserang tidak merugikan pihak yang dituduh tetapi merugikan umat Islam seluruh dunia kerana kita sedang di ketawakan dan digelar pengganas sehingga sanggup mengebom Tempat Suci kita sendiri.

Tuduhan tanpa bukti yang kukuh juga akan akibatkan perpecahan yang teruk dalam umat Islam selain memberi ruang besar kepada musuh Islam khususnya Zionis dan sekutu Barat mereka.

Tulisan Jemaah Haji Muasasah 2008 KT 05 Maktab 62

Wednesday, July 26, 2017

Malaysia Perlu Bersatu Kekang OBOR China

Orang Cina Malaysia lebih sayangkan orang dari China dari orang Melayu Malaysia adalah satu fakta yang amat menakutkan.

Saya bukan anti Cina, saya anti China. Bukan China, tetapi penjarahan China. 


Buktinya, dalam Kempen OBOR China yang sedang berlaku, orang Cina Malaysia rela menjual beribu Syarikat, Perusahaan dan Perniagaan mereka kepada orang China membabitkan urusniaga berbillion Ringgit.

Untuk rekod, orang Cina Malaysia tidak akan menjual sebarang perusahaan, perniagaan, syarikat, waima rumah(Bukit Bintang) mereka kepada Melayu Malaysia walaupun mati.

Pendek kata, orang Cina Malaysia lebih rela mati dari melepaskannya kepada orang Melayu Malaysia.

Kita tidak boleh salahkan orang Cina Malaysia yang sekian lama dianaktirikan atau lebih tepat di layan seperti pendatang asing tanpa izin di Malaysia oleh Kerajaan dominasi orang Melayu.

Kita juga tidak boleh salahkan Negara China kerana sifat semulajadi hidupan termasuk bakteria dan mikro organisma adalah berkembang atau "expanding".

Mungkin wajar kita salahkan diri kita sendiri kerana membiarkan ahli politik menggunakan kaedah "divide MelayuCina, untuk kekal rule" yang mereka warisi dari penjajah Jepun dan British.

Namun, salah menyalahkan tidak berguna kerana kita perlu gunakan tenaga kita untuk tempat yang betul yakni penyelesaian.

Orang Cina Malaysia perlu bertanya pada diri mereka sendiri adakah Negara China akan menerima mereka dan mengutamakan mereka dari rakyat China kerana untuk rekod Chairman MaoZeDong menolak permohonan jutaan Cina Malaysia untuk kembali ke China pada 1960-an.

Tidak mustahil sejarah akan berulang dan China akan melayan orang Cina Malaysia seperti penderhaka yang lari dari Negara China ketika China sedang dalam kancah peperangan.

Justeru, Malaysia adalah Negara KITA!!!

Ya, Cina benci pada Melayu, dan Melayu tidak suka pada kerajinan orang Cina Malaysia tetapi semua perbezaan itu perlu diketepikan kerana TANAH INI, adalah tanah kita dan satu-satunya tempat yang akan lindungi dan utamakan kita sebagai rakyatnya.

Mungkin pada setengah Cina Malaysia ini bukan masanya kerana mereka sudah ada rumah di Australia malah kerakyatan di Canada, tetapi percayalah, NO PLACE LIKE HOME.

Ayuh kekang OBOR China atau kita akan dijajah sekali lagi.

UMNO, BN, PR, DAP? Sejarah membuktikan ahli politik akan menyelamatkan diri mereka sahaja!

PS: Untuk rekod, INDIA adalah Negara yang kuat menentang OBOR China kerana ancamannya adalah menakutkan.



Monday, July 24, 2017

Sekolah Lahirkan Penjenayah! Hanya JPJ Mampu Hentikan Bencana Ini!

Saya perolehi Lesen ketika umur 17 tahun dan setiap hari sepanjang Tingkatan 5 saya menunggang motosikal dari Pinggiran Batu Caves ke Sekolah saya di Cheras.

Sampai di Medan Selera Cheras tempat kami berkumpul sebelum sama-sama vroom vroom ke sekolah, lebih 10 rakan sudah menunggu dengan motosikal masing-masing dan saya paling jauh diantara kami.

Dari berbelas bilangan kami, tiada seorang pun yang tiada lesen JPJ!

Begitulah betapa ibu bapa kita bercita-cita tinggi menghantar anak-anak mereka ke sekolah bukan sahaja untuk tuntut ilmu matematik tetapi juga pelajaran menghormati undang-undang.



Malangnya, hari ini atas "kompromi" kesempitan hidup(yang saya juga terima), ibu bapa dan penjaga "terpaksa" membiarkan anak mereka pergi ke sekolah menaiki motosikal tanpa lesen.

Tanpa kita sedari, menunggang motosikal tanpa lesen adalah satu jenayah, sekaligus kita mendidik anak-anak kita nilai "tidak apa buat jenayah asalkan tidak ditangkap dan kemalangan".

Sekolah adalah tempat mendidik anak-anak kita ilmu dan sesuatu yang lebih penting dari ilmu!!!!

YA! Displin adalah lebih penting dari ilmu! Tanpa displin dan prinsip, ilmu hanya berguna untuk menganiaya orang lain dan meruntuhkan agama, keluarga dan bangsa.

Apa yang kita cuba didik anak-anak Sekolah ini?

Tidak apa langgar undang-undang selagi ia dilakukan di luar sekolah? Kebanyakan Sekolah tidak membenarkan motosikal pelajar masuk ke kawasan sekolah dipercayai kerana tidak mahu bertanggungjawab atas jenayah tersebut.

Kita tidak boleh salahkan pihak Sekolah kerana tugas Guru dan Sekolah juga terbatas di dalam kawasan Sekolah sahaja, itupun kerap juga ibu bapa masuk campur dengan sombong menyalahkan Guru.

Lebih lagi, sebagai insan bernilai tinggi kita perlu fokus pada penyelesaian dan jauhi sikap salah menyalahi.

Saya cadangkan kepada Kerajaan khususnya JPJ badan yang bertanggungjawab berusaha mendidik Pelajar undang-undang wajib dipatuhi seperti dibawah;

1. Memperkenalkan Lesen Motosikal Kelas B-PS (Pelajar Sekolah) had umur dibenarkan 14-17 tahun dan ketinggian.

2. Kursus Memandu Motosikal di ajar oleh JPJ dan di selia Guru di Sekolah tersebut.

3. Pelajar memiliki Lesen B-PS akan di lindungi Insurans khususnya insurans kelas tuisyen di Rumah sekiranya melibatkan kes "bedridden".

4. Lesen hanya untuk menunggang motosikal di antara Rumah ke Sekolah/Pusat Tuisyen sahaja. Hari Bukan Sekolah dan di luar radius tersebut perlu mendapatkan surat bertulis dari pihak Sekolah.

5. Caj RM 1.00(3 tahun) untuk belajar dan Lesen 6 bulan yang tertakluk kepada kehadiran ke Sekolah, pelajaran dan peraturan ubah suai motosikal yang diberi kuasa pada Sekolah untuk periksa!

6. Semua Pelajar wajib memiliki Lesen dan tindakan keras akan diambil termasuk merampas motosikal dan hukuman penjara ibu bapa penjaga yang ingkar. Pelajar(pesalah) pula akan dihukum khidmat kemasyarakatan bagi kesalahan pertama.

Diharap cadangan ini diambil perhatian oleh Kerajaan khususnya Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Pendidikan bagi mengelakkan melahirkan generasi penjenayah yang akan mewarisi Negara ini kelak!

Lebih utama nasib pelajar yang kemalangan motosikal pergi/pulang ke Sekolah mendapat pembelaan sewajarnya.

Monday, July 17, 2017

Perbezaan itu adalah KEKUATAN!

Saya terima semua perbezaan pendapat dalam isu pajak kereta kerana tanpa perbezaan dunia ini amat membosankan.

Bukan sahaja dunia, malah makanan seperti Ayam akan "pupus" kerana semua manusia sama suka makan lembu sahaja.

Sebagai orang Islam tanggungjawab untuk berbeza itu lebih besar kerana kita tertakluk kepada hukum Allah justeru tidak perlu memanggil orang yang tidak sependapat dengan kita dengan panggilan buruk waima dengan usikan sila meninggal sekalipun.

Bagi mereka yang kurang keyakinan diri, taktik merendahkan orang yang tidak sependapat dengan kita mungkin menjadi asas kepada kekuatan mereka tetapi janganlah dilibatkan perasaan peribadi kerana tiada manusia yang sempurna.

Seperti manusia lain hari ini dan beratus tahun lalu, manusia cuba berusaha menjadi lebih baik dan dalam proses itu perbezaan tidak dapat dielakkan.

Percayalah, perbezaan adalah kekuatan!

Thursday, July 13, 2017

Isu pajak kereta: Kenapa suka salahkan POLIS? Hina sangatkah Polis?

Amaran: Tiada seorangpun saudara mahupun ipar saya yang berkerja sebagai polis justeru pendapat ini tidak dipengaruhi perasaan berpihak.

Kecoh! Bertahun dan berpuluh laporan polis dibuat pemilik kereta keatas AGR tanpa tindakan Polis justeru Polis dituduh rasuah.

Seperti biasa, seluruh anggota Polis dituduh dan dikecam rasuah, bersuhabat malah ada yang mengeji polis anjing, anak makan hasil haram dsb tanpa memikirkan apakah perasaan anak polis bila ibu/bapa mereka dikeji dan difitnah.

Setiap hari selama 700 hari antara 2004-2006 termasuk Hari Raya,Sabtu dan Ahad saya pergi ke semua Balai Polis, semua IPD dan IPK di KL, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan beberapa Balai Polis di Perak, Penang dan Pahang bagi menyokong Sistem Laporan Polis I & II. 

Pasti orang ramai termasuk polis tidak percaya saya pernah jumpa anggota polis yang tiada calit walaupun sudah berusia 55 tahun dan menjadi polis selama lebih 30 tahun malah baru ditukarkan ke "final destination" nya sebelum bersara. (Kenapa dia tidak nikmati inisiatif gaji IGP Rahim Noor?)

Saya lihat kedaifan Balai Polis Kg Esok/Chennah dll, keusangan IPD Muar dll IPD di Johor, bekas peluru ditembak komunis di Balai Polis Pertang dan Sri Medan, Balai Polis Bukit Kepong yang ditutup jam 12 malam, malah pada 2004 Gaji Konstabel hanya RM 400/sebulan sahaja.

Kepayahan, penderitaan dan korban Anggota Polis menjaga keamanan Negara dan ketenteraman orang ramai dapat saya rasai bersulam perasaan suka dan duka mereka dituduh kotor, rasuah, wang haram dsb.

Polis juga tiada petty cash dan akan mendahulukan duit mereka sendiri sebelum buat tuntutan long hour, 24 jam, luar kawasan dsb. Satu tuntutan yang ambil masa berbulan sebelum diluluskan dan sistem ini perlu diubah asap oleh Menteri bukan menunggu 2050.

Tidak dinafikan ada Polis Jahat dan rasuah, tetapi tidak adil bila anggota yang bersih dan jujur juga terpalit sama dan keluarga mereka turut dihina! Kita perlu beri Kepercayaan kita(bukan penghinaan) pada polis yang baik untuk perjuangkan kebenaran sekaligus mengubah rakan mereka.

Dalam isu pajak kereta AGR vs PPIM ini dapat dilihat dalam video dan komen semua pihak menyalahkan polis.

UNTUK PENGETAHUAN, Polis bertindak mengikut undang-undang dan bidang kuasanya. Walaupun Polis menerima dan menyiasat laporan polis yang dibuat mangsa/pemilik kereta, Polis tetap memerlukan perintah mahkamah untuk masuk kedalam mana-mana premis walaupun ada syak jenayah berlaku dalam premis tersebut.

Memang ada Polis masuk menggeledah rumah penagih/pengedar dadah tanpa waran Mahkamah tetapi ia dilakukan atas sifat "good will" mereka dan risiko mereka sendiri(jika berlaku kematian dll). Silap langkah, akan dipecat atau bernasib baik dihantar ke Balai Polis pendalaman ditemani kambing!

Ia juga menjelaskan kenapa Peguam Lagenda Malaysia, mendiang Karpal Singh menang dalam banyak kes terhadap Polis menggeledah rumah tanpa waran walaupun jumpa dadah justeru membebaskan pengedar yang "possess" dadah kerana kelemahan undang-undang.

Terjemahan "possess dadah" adalah memiliki dadah di badan penjenayah, sebaliknya ayat "own" lebih luas. Jika dadah dijumpai dalam rumah pengedar dan bukan dibadannya, Peguam hebat boleh membebaskannya atas kelemahan ayat posses itu!!!!

Kenapa undang-undang Malaysia lemah?

Kerana sejak 100 tahun dahulu undang-undang Malaysia dimuat turun 100% tiru undang-undang penjajah British. Hari ini British telah buat beribu pindaan akta, tetapi Malaysia jarang sekali buat pindaan akibatnya perkataan English singular dan plural di terjemah ke Bahasa Melayu pun boleh dimanipulasi Peguam yang licik.

Kenapa ahli Politik tidak berusaha ubah dan pinda undang-undang lapuk ini? Kerana mereka bermanfaat darinya dan menggunakan isu kitar semula yang sama untuk takutkan rakyat agar mereka terus berkuasa. 

Dan kitalah yang mengundi mereka!!! Ia jelas salah kita, bukan salah orang lain dan bukan salah polis.

Perlu di ingat, kerja polis adalah menyiasat dan kemudian hasil siasatan diserahkan kepada Mahkamah dan Peguam-Peguam Negara samada di peringkat Mahkamah Tinggi mahupun Mahkamah Seksyen Daerah.

Mari kita lihat isu AGR vs PPIM dalam bentuk nombor.

1. Polis bersengkang mata dan berkorban cuti raya bersama keluarga siasat dan siapkan kertas siasatan dan diserah pada pihak pendakwaan Mahkamah dan kalau Mahkamah tolak kertas siasatan polis maka tiada apa yang polis boleh lakukan. Polis tidak boleh masuk ke premis AGR tanpa perintah mahkamah. Jika anda jadi polis, apa yang anda akan lakukan? Bertindak sendiri dan dipecat?

2. Apakah pihak mahkamah yang rasuah? Salah untuk kita tuduh tanpa bukti tetapi lebih zalim kita fitnah pihak yang bidang kuasanya terhad pada tahanan reman sahaja.

3. Masyarakat perlu faham bahawa kuasa Polis terhad pada menyiasat dan menangkap 14 hari maksimum Lokap/reman(betulkan jika saya salah), malangnya pendakwaan Polis dalam bergantung pada kelulusan mahkamah, cukup kes atau tidak untuk didaftar ke Pendaftar Mahkamah bukan bidang kuasa polis!

4. Ada yang kata, itu kereta curi apakah salah masuk ke premis yang menyimpan kereta curi? Saya juga berpendapat tidak salah pemilik untuk masuk dan ambil kereta miliknya yang dicuri.

5. Malangnya itu bukan kereta curi!  Saya pernah serahkan van saya untuk disambung bayar, saya diberitahu P.Sumpah bahawa perjanjian sambung bayar adalah kertas kosong di sisi Mahkamah tetapi ia melindungi penyambung bayar dari tuduhan mencuri kereta.

6. Kertas perjanjian sambung bayar adalah kertas kosong dari aspek "sambung bayar" kerana tidak dibenarkan undang-undang. TETAPI, kertas perjanjian itu bukan kertas kosong dari aspek penyerahan kereta oleh pemilik secara sukarela kepada pihak "penyambung bayar".

7. Perjanjian tersebut pasti mengandungi ayat berikut; "Saya si polan bin sipolan, My Kad 800911-10-5773 dengan ini menyerahkan kereta saya VAD 55910 kepada penyambung bayar/Syarikat untuk di sambung bayar/pajak/sewa dll. Bla bla bla...

8. Benar perkara sambung bayar tidak sah tetapi agak sukar Mahkamah terima dakwaan mangsa/pemilik kereta bahawa keretanya di curi sedangkan pemilik yang serahkan bertulis lengkap tandatangan.

9. Polis tidak salah dalam kes ini, samada pihak Mahkamah yang salah atau tidak bukan kita untuk menilai. Mungkin, ada polis atau pihak Mahkamah rasuah tapi hanya Allah yang  tahu dan kita tidak boleh tuduh tanpa bukti!

10. NAMUN, kita wajib puji tindakan PPIM perjuangkan hak mangsa/pemilik kereta malah ia memudahkan kerja polis yang tidak boleh bertindak sebab Mahkamah tidak beri waran untuk masuk ke premis itu kerana pemilik yang serah secara sukarela. 

11. Perlu diingatkan, ini juga bukan salah pemilik atau PPIM ini adalah "technical error" dalam undang-undang kita yang amat mudah dimanipulasi dan diambil kesempatan dalam kesempitan mangsa.

Dalam filem Shooter lakonan Mark Wahlberg, pada penghujung cerita Peguam Negara Amerika mengatakan pada beliau, inilah dunia yang kita hidup, its not a wild west dimana kita boleh bertindak sendiri walaupun itu yang diperlukan rakyat, itulah yang diperlukan untuk menegakkan kebenaran. And exactly,  itulah yang dibuat PPIM. Tahniah PPIM!
---------------------------------------------------------------------

Kesimpulannya, bukan semua perkara yang berlaku tidak seperti kemahuan kita adalah konspirasi dan rasuah. Walaupun ada mungkin ya, tetapi bukan semua justeru kita tidak boleh terus negatif seperti ini kerana itulah tujuan utama kejahatan yakni merosakkan hati dan nilai masyarakat.

Menuduh Polis rasuah amat kejam, mengguris hati dan menjatuhkan "semangat" mereka yang berkorban lebih dari apa yang kita korbankan! Lebih lagi jika Polis itu tidak rasuah dan berusaha sebersihnya.

Apa perasaan keluarga mereka, sudah pasti anak-anak polis akan menjauhi profesion polis kerana melihat bagaimana jasa mereka dibalas masyarakat. Polis dihina bila tidak perlu, hanya hormat bila diperlukan!!!

Polis tidak hina, pendaftar Mahkamah tidak hina, tetapi ahli politik hina kerana membiarkan Undang-undang kita mempunyai beribu kelemahan termasuk kelemahan perkataan Melayu dan tidak berusaha menggubalnya kerana akan menggugat kedudukan mereka.

Jika tiada sebarang bukti, HENTIKAN HINA/FITNAH POLIS!!!!!!!!!!!!!!!!!

Ayuh bersama-sama kita SALUTE kepada anggota Polis dan ahli keluarga mereka.

PS: Jika anda ada kes yang dilaporkan Polis sila "hubungi" Pejabat Pendaftar Mahkamah atau Bahagian Pendakwaan Mahkamah Sesyen Daerah terbabit  dan tanya samada IO tersebut sudah serah laporan siasatan atau belum.

Dari situ anda akan lebih jelas untuk mendesak pihak mana(polis atau pendakwa Mahkamah) agar kes anda diadili dengan adil.

Jika Polis memiliki kuasa untuk mendakwa atau tidak mendakwa, maka dunia ini akan dipenuhi penjahat yang terdiri dari anak-anak Pegawai Polis yang tidak akan didakwa oleh bapa mereka.

Saya pernah dengar sendiri dari mulut OKT kes berat yang mendakwa membayar RM 100 ribu kepada pihak berkenaan(bukan pihak Polis, dan saya tidak mahu namakan kerana tiada bukti) dan akhirnya Mahkamah membebaskan beliau atas "verdict" bukti diperolehi polis dari OKT telah dicemari.

Saturday, July 8, 2017

Surat Terbuka Pada YDP Agong Sultan Muhammad

Daulat Tuanku,

(Surat kalini percubaan pertama ikut trend tiru artikel Mahathir pakai nombor)

1. Patik Mustaqim Abdul Rahman sejak kecil tekad mahu jadi seperti nama patik-LURUS, sungguhpun tidak 70% berjaya tetapi patik telah cuba sejajar dengan kemampuan patik yang bukan Sultan!

2. Patik yakin Tuanku Sultan Muhammad juga sejak kecil berazam tekad mahu jadi seperti Nabi Muhammad dan mencontohi semua sifat mulia Nabi Muhammad SAW. Allahuakbar!

3. Sejak hari pertama Sultan Kedah dilantik menjadi YDP Agong 6 tahun lepas, ramai netizen yang tidak sabar menanti HARI Tuanku Sultan Kelantan menjadi YDP Agong kerana pada mereka Tuanku akan jadi Sultan yang perjuangkan kebenaran.

4. Hujah primer mereka Tuanku keturunan Nabi Muhammad(sesuatu yang patik konsisten sangsi kerana kita semua tahu asbab Allah tergamak menyedihkan hati Baginda SAW dengan memendekkan umur semua anak lelakinya adalah kerana Allah tidak mahu Baginda mempunyai zuriat keturunan!)

5. Hujah sekunder mereka adalah Tuanku mewarisi sifat zuhud TGNA.

6. Harapan rakyat kian bercambah apabila photo Tuanku bersendirian seorang diri melayani mangsa banjir menambah keyakinkan kami bahawa Tuanku pasti akan buatkan pemimpin pecah amanah dan pencuri wang rakyat kecut perut dan tidak tidur malam!

7. Jujurnya, walaupun kurang yakin kerana "tidak pernah Raja tentang Kerajaan", namun rakyat tiada pilihan lain dan tetap berharap pada YDP Agong silih berganti.

8. Setiap kali rakyat memahat harapan pada YDP Agong sebelum ini mereka berdoa "Ya Allah, semoga YDP Agong dari Kelantan kelak akan perjuangkan kebenaran bagi kami dan agama Islam"!

9. Malangnya, dari luaran majoriti rakyat simpulkan selepas 7 purnama Tuanku Sultan Muhammad bergelar YDP Agong Malaysia, tiada apa-apa tentangan yang menakutkan perasuah dan pencuri dapat dilihat.

10. Samada benar atau tidak Raja Melayu hanyalah boneka dan sekadar simbol Sistem Pemerintahan Malaysia bukanlah ditentukan orang lain melainkan oleh Raja Melayu sendiri.

11. Patik pacal yang hina di sisi Allah dukacita ingatkan 9 Raja Melayu bahawa sejarah tidak lagi ditulis oleh Kerajaan dan di simpan di Arkib Negara.

12. Sejarah hari ini ditulis oleh rakyat di internet, disimpan di "Arkib" di "server" di Silicon Valley, America!

13. Justeru terpulang pada Tuanku-Tuanku sekalian bagaimana mahu nama mereka di ingati sejarah, Raja yang pentingkan rakyat atau/dan lain-lain.

14. Patik berikrat taat pada Perlembagaan Malaysia dan berharap tidak didakwa mahu gulingkan Kerajaan yang dipilih secara demokrasi.

15. Patik mohon ampun maaf jika terkhilaf dan YDP Agong sudah berusaha menentang kebatilan sesuai dengan cara dan watak Sultan diatas politik!

16. Patik berdoa tidak ditangkap, dituduh "melancarkan perang atas YDP Agong" kerana patik berikrar taat setia pada YDP Agong dan Raja-Raja Melayu selagi tidak menyalahi ajaran Islam.

Daulat Tuanku!