Tidak perlu pergi jauh, mahukah kita benarkan anak kita jadikan bola sepak sebagai cita-cita mereka? Rakyat Malaysia mahu anak semua pandai dalam Akademik dan menjadi Doktor, sedangkan anugerah Allah berbeza untuk setiap manusia.
Apatah lagi kareer pemain bola sepak di Malaysia tidak bagus, dimana dengan gaya permainan "fizikal" bola Malaysia 90% pemain hanya mampu bermain hingga umur 30 tahun sahaja!
Apa akan jadi pada anak kita(pemain bola) selepas mereka tidak mampu bermain bola sepak dan tidak mahu diambil oleh mana-mana pasukan?
Menganggur!!!! Pada umur 30 tahun, 9 dari 10 Pemain bola sepak Malaysia sudah hilang mata pencarian dan jika bernasib baik diterima kerja di sektor tertentu sebagai "kuli junior" sahaja malah hanya secara kontrak.
Jujurnya, jika Menteri Belia dan Sukan mahu, beliau sudah lama boleh menetapkan jawatan Guru Sukan Sekolah Malaysia beri keutamaan pada Ahli Sukan yang bersara termasuk Pemain Bola Sepak tetapi perjuangan ahli politik bukan untuk orang lain, sebaliknya diri sendiri.
Sebagai peminat bola sepak Malaysia yang realistik, saya ingin ucapkan tahniah kepada TS Annuar Musa dan takziah kepada TMJ.
Apa jua alasan penarikan diri Tan Sri Annuar Musa dari bertanding jawatan Presiden FAM dan apa jua andaian kita, paling penting tujuan dan agenda TS Annuar Musa tercapai.
Bola sepak Malaysia tetap akan berubah samada beliau atau TMJ jadi Presiden FAM. Samada dari mulut buaya ke mulut harimau, atau dari mulut harimau ke mulut sebagainya yang penting dan yang membezakan adalah ia berakhir ke mulut siapa?
Kali ini biarlah ia berakhir ke mulut beratus pemain bola sepak dan beribu mulut anak bini mereka.
Saya juga ingin ucapkan takziah kepada TMJ kerana ia adalah satu beban.
Secara logiknya, Presiden Persatuan Sukan di Malaysia hanya ada 2 pilihan, samada tunduk ataupun menundukkan "peruntukan" dari Kementerian(politik) berkaitan. Ia bukanlah satu tugas mudah dan ia tidaklah sesukar menundukkan mentaliti peminat Malaysia yang lebih rela berhabis untuk MU dan Liverpool!
Di Malaysia, peminat bola sepak mahupun rakyat jarang berada dalam realiti dunia sebenar. Peminat hanya mahukan kemenangan mereka tidak peduli bagaimana sukarnya mencari tajaan selain tajaan judi dan arak. Yang haram judi dan arak, yang halal adalah jersi cetak rompak mereka. Mentaliti ini amat sukar ditewaskan.
Peminat juga tiada semangat kesukanan dan mereka hanya terima kemenangan dan akan memuji melambung hingga ke langit, dan jika kalah mereka akan mengeji menghempas TMJ dan pemain ke lembah hina.
Harap TMJ jangan ambil hati dan lapangkan dada. Jika boleh duduk di kerusi itu sebagai Presiden FAM bukan sebagai anak Raja.
PS: Terima Kasih kepada Baginda-Baginda Raja Pahang yang telah mewarnakan Bola Sepak Malaysia selama hampir 50 tahun.
Saya ikrar taat kepada 9 Raja Melayu dan YDP Agong dan memuji TMJ yang sanggup mencemar diri memperjuangkan bola sepak Malaysia. Akhir kata, Majulah Sukan untuk Penyatuan Negara!
No comments:
Post a Comment