Pertama sekali penting dijelaskan bahawa Islam itu SATU,
tiada Syiah, tiada Sunni, tiada Wahabi. Jika kita terus gunakan “terma
degrading” ciptaan Amerika sepertimana
mereka menukar ISIS kepada Daesh untuk menjenamakan semula(refresh) kebencian
terhadap Islam maka apa beza kita dengan Amerika.
Kita tidak menyokong mana-mana pihak kerana “Allah larang
manusia kurang pengetahuan menghukum” malah kita perlu sedar manusia itu
pelbagai, ada yang jahat ada yang baik.
Namun untuk kita percaya 100% pada akhbar dan media social, itu
adalah kesilapan yang harus kita elakkan
kerana sejarah peperangan mengajar kita Jepun bila menakluk China perkara
pertama yang mereka lakukan bukan menduduki dan merampas harta Istana Empayar
China tetapi menduduki pejabat-pejabat akhbar Negara China ketika itu.
Begitu juga Tentera Kafir Perang Salib sasarkan Perpustakaan
dan Gedung Ilmu sebagai sasaran utama bukan Khazanah Emas Berlian Kerajaan
Othmaniah.
Dalam dunia Moden ini CNN buktikan kawalan dan manipulasi “daily
news” di seluruh dunia malah CNN kantoi ketika menyiarkan Lintas Langsung serangan
atas WTC 11 September akibatkan CNN kini adalah wadah yang kian tidak
dipercayai saban hari.
Kebebasan Media social? Kebebasan Facebook?
Ya! Ia bebas, tetapi pemikiran dan pengetahuan penggunanya
tidak bebas dan jelas dapat dilihat dalam beberapa siri pengeboman Kota London,
France dsb dan tidak bila Remaja Amerika Kristian menembak mati berpuluh
rakannya. Lebih lagi, dalam dunia serba moden dimana hanya 1 dari 1000 orang
tiada Telefon Kamera jadi adalah mustahil “keganasan Islam” di France termasuk dalam satu
Konsert yang sedang berlangsung hanya dapat terdapat 2 rakaman sahaja? Mana rakaman
yang lain sebelum dan selepas?
4 Kata Kunci Modal Media Barat yang kuasai Media seluruh
dunia termasuk Malaysia , Indonesia, Brunei malah Arab Saudi sendiri adalah;
- Kemanusiaan
- Kebebasan dan Hak Asasi
- Globalisasi
- Daesh aka ISIS atau Perang memerangi Keganasan menggunakan Keganasan (bayangkan kita percaya Perang Tikus gunakan Tikus)
Kebencian kita pada Bashar,permusuhan kita pada Syiah, kemarahan
kita pada Saddam, perselisihan kita dengan Hosni, Osama, Gaddafi dll tidak
wajar membutakan mata kita, memekakkan telinga kita, dan membisukan mulut kita
dari kebenaran.
Dan hanya ada satu kebenaran sahaja iaitu ISLAM MAKIN “LOST”
DAN BERPECAH!
Kekejaman Bashar tidak wajar membutakan kita dari melihat kebenaran
dan keperluan Bashar guna senjata Kimia terhadap 86 orang rakyatnya sedangkan
Bashar sebelum ini telah membunuh ratus ribu rakyatnya dengan peluru dan bom dengan
mudah .
Persoalannya kenapa perlu guna senjata kimia untuk membunuh sedangkan
lebih mudah,cepat dan senyap guna senapang dan bom?
Kenapa Bashar perlu guna senjata kimia sedangkan Bashar tahu
ia akan mengundang dan menghalalkan serangan dari Amerika?
Kenapa Bashar perlu beritahu pada DUNIA mereka ada senjata
kimia dimana Amerika akan serang siapa sahaja ada senjata kimia malah Amerika serang
Iraq hanya kerana Iraq disyaki memiliki “Ibu
Segala Bom Kimia aka WMD – Weapon of Mass Destruction yang hingga hari ini tidak
pernah ditemui di Iraq!!!!!!!!
Adalah mustahil untuk seorang yang zalim seperti Bashar yang
sudah membunuh ratusan ribu rakyat Syria tanpa sebarang masalah dan tanpa tentangan
Amerika dan Rusia untuk gunakan senjata yang “merisaukan” dunia kononnya
sepertimana dunia risau dengan Iraq terus hadapi “lakonan” Amerika!
Skrip ini terlalu sempurna untuk kita percaya! Amerika
serang Syria dan hampir berperang dengan Rusia bukan kerana Syria bunuh
1,000,000 rakyatnya guna peluru dan bom tetapi kerana Syria bunuh 86 orang
sahaja dengan Gas Kimia!
Ya! Gas Kimia Iraq tidak pernah ditemui dan tidak pernah
membunuh satu nyawapun tetapi peluru Amerika yang datang kerana Gas Kimia itu
yang membunuh ratusan ribu rakyat Iraq dan akibatkan puluhan juta rakyat Iraq
menderita.
Tidak cukupkah kita orang Islam diperbodohkan dan
diperalatkan untuk membenci sesama kita?
Jika tidak cukup, teruskan hingga datang kebenaran dari
Allah sepertimana datangnya kepada umat Nabi Nuh. Umat Islam perlu sedar dan bangun dari lena
kerana dalam Ayat surah Hud ayat 46 “AKU melarang Nuh/manusia dari menjadi
jahil”!
Perang Salib Moden hari ini berbeza. Pihak musuh menggunakan taktik persis dalam filem Avengers: Civil War,
Hezmut(Tentera Kafir) mahu membunuh Avengers(Orang Islam) tetapi ia adalah mustahil
kerana Avengers(Orang Islam) terlalu
kuat.
Satu-satunya cara untuk menghapuskan Avengers(Orang Islam)
adalah dengan membiarkan mereka berbunuhan sesama sendiri!
Dan itu yang sedang terjadi kepada orang Islam yang diperalatkan untuk membunuh dan membenci sesama kita, malangnya
kita tidak mahu insaf bahawa “janji Allah itu dekat”!
Jangan tengok orang lain, tengok diri sendiri! Dengan jiran,
kawan, saudara, seagama, sebangsa, setaman, sekampung, semasjid, sesurau, sekeluarga,
sebapa, seibu, seatuk, senenek, sesekolah, seUniversiti pun kita tidak boleh
berbaik,dan bersatu!
Maka kita perlu bertanya pada diri sendiri “Nikmat Allah yang
mana lagi kita mahu dustakan”!
PS: Semoga rakyat Syria dilindungi Allah dari kekejaman tentera Bashar, semoga kita dijauhkan persengketaan dan dari kezaliman orang Islam boneka kafir.
No comments:
Post a Comment