ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Friday, March 17, 2017

Dimana Integriti Polis Johor - Apa kes Almera Sepet?

Sepet bukan "kecacatan" mahupun kekurangan, tetapi seperti hitam, ia adalah kekuatan dan kelebihan jika pemiliknya berfikir seperti itu.

Berbanding kategorikan "fellow Malaysian" dengan kaum, saya lebih selesa panggil sepet, hitam dan coklat atau Nasi Lemak(Melayu), Tosei(India) dan Cakoi(Cina). Peritnya hati ketika anak kecil saya panggil Old Chinese stranger dengan "Abah, orang Cina tu peluk Alif", dan bila saya dengar anak kecil Cina mengutur kata "malai yan", "keling yan", malah pernah "malau yan",  ya,  saya impikan Malaysia Yang Lebih Baik!!!

Mungkin ramai pengutur kata tidak sedar, saat kita sebut dengan perkataan dan telinga kita dengar apa yang kita sebut itu adalah saat akal kita mengesahkan pendirian kita 100% . Justeru saat kita UCAP kata orang itu Wahabi, Syiah, dan Sunnah adalah saat akal kita dengar dan sahkan Islam itu menerima perpecahan.

Begitu juga dalam membina sebuah Negara, bila kita panggil Lelaki Cina,Tongsan, India, Keling, Indon, Melayu dll adalah saat akal kita asingkan "fellow Malaysian" ikut kategori bangsa dimana ia membantutkan impian sebuah Negara Bersatu.

Di Malaysia, walaupun Nasi Lemak adalah majoriti dijual dan dinikmati, tetapi Cakoi dan Tosei sering dilayan istimewa bagai Menu Of The Day.

Bila berpuluh Nasi Lemak dilenyek penyek oleh kereta Almera dipandu Cakoi, ramai sangat rakyat Malaysia termasuk dari Istana yang kurang simpati malah menuduh Nasi Lemak rasis kerana gunakan perkataan Cina berbanding Cakoi. Ini rarely happen sekiranya "pemangsa" adalah Nasi Lemak.

Bayangkan betapa peliknya kes itu, yang langgar orang lain, yang mati orang lain, yang kena tangkap orang lain?

Dan sehingga hari ini masih belum ada pendakwaan dibuat di Mahkamah atas wanita yang memandu kereta Almera tersebut?

Berapakah masa yang diperlukan oleh Polis Johor yang 3 minggu lepas meminta diberi masa kepada Polis untuk menyiasat?

Waima jika Polis minta 3 tahun pun akan diberikan oleh keluarga si mati, kerana kami Melayu hanya laku ketika PRU!

Tetapi sekurangnya sebutlah garis masa, "saya" ditegur kerana minta diberi peluang terajui Persatuan Bola Sekolah tetapi mensyaratkan jangan ada garis masa, 10, 20, 100 tahun hingga tiada beza dengan FAM hari ini, tanpa garis masa!

Masa yang terlalu lama untuk siasat dan dakwa seorang pesalah boleh akibatkan OKT boleh ubah wajahnya dan lebih penting boleh cemari bukti kes. Jika OKT ada mata sepet dia sudah buat pembedahan plastik tukar jadi mata lapis dan mukanya hari ini sudah tiada kesan pembedahan dan dia boleh ke Penang untuk buat jenayah lain pula!

Akhirnya, yang langgar orang lain, yang mati orang lain, yang ke penjara orang lain.


Justeru, saya sebagai pendokong Polis(saya pernah ke 70% Balai,IPD dan IPK Johor) berharap Polis takutkan apa yang ditulis di Lambang/Logo PDRM. Bukan apa yang dilukis, tetapi ditulis.

Siapa jua kita, baik Sultan, Raja, anak cucu Raja, PM, IGP, OC, OCS, OCPD, Supt, J, KBJN, D, SM, Tuan, Puan, malah penulis blog murahan sekalipun kita semua tertakluk kepada soalan-soalan Allah kelak seperti yang disebut dalam surah Yassin ayat 12 - setiap yang mati akan dihidupkan dan kesan dari perbuatan dan cakap akan dicatitkan satu persatu dalam kitab yang nyata.

Bangkitlah Polis Johor, buktikan integriti anda kerana jika remaja sepet Pulau Pinang dihadapkan di Mahkamah(selepas 2 hari) atas kesalahan memandu lawan arus sejauh 5 km menyebabkan 2 maut, maka ia adalah satu kemaluan besar untuk Polis Johor yang masih belum berjaya selesaikan kes 8 orang maut.

Saya fikir simati Kelisa(siekal) ada lebih hak untuk berada di atas jalan itu dan dunia ini berbanding... tetapi ia bukan saya dan anda untuk tentukan.

Saya mungkin yakin dengan integriti Polis Johor yang mengambil masa yang lama, tapi keluarga simati mungkin tidak, namun semua ini tidak penting.

Pandangan saya, pandangan Istana, pandangan mangsa dan pemangsa, pandangan semua pelayar FB tidak penting sepenting pandangan Allah terhadap kita, dan ingat DIA melihat dari atas sana samada kita tegakkan keadilan atau tidak?

Setiap sesuatu yang terjadi kita mampu ubahnya sebelum ia terjadi, tetapi selepas ia terjadi ia tidak lain melainkan ketentuan Allah yang tidak boleh diubah. Namun perubahan tidak berhenti disitu, kerana yang hidup boleh mengubahnya.

Akhir kata, Polis Johor show your bold(saya sering salah dengar ball)!

PS: Apa sumpah Polis? Saya pasti ia seperti sumpah saya yang mendahulukan Allah dalam tertib setia. Saya, Mustaqim Abdul Rahman junjung setia pada 9 Raja Melayu dan YDP Agong lebih utama kepada Allah SWT. Walau sudah berikrar seperti ini, risau juga ditangkap jadi jika "tangan-tangan" ghaib yang mahu hantar polis ke rumah jangan hantar dengan surat atau gari, hantar sahaja dengan peluru jika ia lebih "mengamankan" anda didunia.

Kepada semua pemandu tanpa kira warna dan kaum, jangan sayangkan nyawa anda tetapi sayangkan nyawa orang lain termasuk orang yang sayangkan anda. Rancang perjalanan dan kelajuan, selamat pergi dan kembali. Selamat Bercuti Sekolah.

No comments: