ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Tuesday, November 1, 2016

Auntie Anne's(Dog) VS JAKIM, Rakyat Wajib Berdiri Teguh Belakang JAKIM

Kontroversi Pretzel Dog Auntie Anne's ini boleh disalahanggap seperti sengaja mula di viralkan sendiri oleh Auntie Anne's Malaysia(dengan upah orang lain hentam Auntie Anne's tiada sijil halal) dengan tujuan beri tekanan pada JAKIM untuk luluskan Pretzel Dog tanpa tukar nama pada Pretzel Sosej.("Sequence" dari viral, kepada jawapan Eksekutif Halal Auntie Anne terlalu cepat dan mudah mendedahkan status permohonan mereka secara terperinci)

Mungkin tidak perlu di Indonesia dan tidak di Thailand, tetapi di Malaysia latar belakang dan suasana Negara ini berbeza dan harus kita sokong hentikan penggunaan nama "dog" dalam makanan kita.

5 Sebab Kenapa kita perlu sokong JAKIM dan kita perlu hentikan penggunaan nama dog dalam makanan kita?

1. Jati diri Melayu yang sangat tipis.

Seorang Tokoh Agama Malaysia silap apabila katakan dia bukan Melayu, tapi dia Islam. Agama adalah dalaman seorang manusia, pakaiannya(budaya, makanan dan adat) adalah kaumnya.

Kaum adalah pertahanan pertama akidah manusia baru agama yang dianutinya.

Entah mana silapnya, jati diri orang Melayu sangat tipis, Hari ini anak muda Melayu dengar lagu K-Pop hingga sanggup makanan Korea kerana ikut "trend".

Jika Korea makan anjing dan menamakan menunya "hotdog" bagaimana kita mahu bezakan?

2. Asimilasi kaum dan agama yang membimbangkan di Malaysia

Ada dua jenis asimilasi kaum.

Pertama, asimilasi sempadan dimana di Kelantan yang bersempadan dengan Thailand, asimilasi kaum Thailand banyak serap ke Malaysia. Jujurnya, ramai kenalan Kelantan di Kuala Lumpur yang malu dengan perilaku Kelantan di "sana".

Kedua, asimilasi PATI. Kita sudah ada Mini Jakarta-Selayang, Mini Manila-KotaRaya, Mini Dhaka-Jalan Silang, Mini Kemboja-Kubu Gajah, Mini Hanoi-Klang, Mini-Arab-Bukit Bintang, Mini Afrika-Sunway dan himpunan segala jenis mini di Pasar Borong KL, Jalan Ipoh.

Mereka ini walaupun sama agama dengan rakyat Malaysia tetapi mereka membawa Islam berbeza(Islam Bangla/Rohingya wanitanya tidak sunat), Buddha berbeza(Buddha Myammar direstui membunuh), Hindu berbeza dan Kristian berbeza.

Asimilasi ini akan terus membesar, malah menyerap masuk dalam ADAT Melayu dan Islam, malah serap masuk Adat Cina dan India juga terutama melalui perkahwinan dan paling mudah makanan.

3. Asimilasi Makanan dan Minuman

Indonesia, Thailand, Filipina dan Singapura mempunyai jaringan makanan yang hampir sama dengan kita. Bagaimana pula dengan Pendatang dari Negara yang jauh?

Asimilasi makanan dan minuman mudah serap masuk merosakkan Islam Malaysia kerana mereka ini dibenarkan berniaga dengan mudah dan "murah-rasuah".

Bangladesh orang Islam tetapi ramai mereka minum arak. Bagaimana jika mereka keluarkan minuman "xtrajos" yang bercampur dengan arak dan menjual dan beri nama "banglajos"?

Vietnam makan anjing dan kucing. Ya. Vietnam di Malaysia makan anjing dan kucing. Sebab itu kita tidak nampak anjing liar berkeliaran seperti dahulu, malah kenalan Vietnam saya beritahu, anjing pun lari bila nampak orang Vietnam.



Sejarah asimilasi sesama rakyat Malaysia sendiri sukar dibendung seperti Nasi Lemak lauk Rendang Daging Babi dijual Indonesia Bukan Islam tetapi bertudung, Daging Lembu dicampurkan bersama Daging Kambing oleh peniaga Bukan Hindu dan dilabel Kambing dan sebagainya.

4. Rasuah dan Gangsterisme

Kesan 3 perkara diatas yakni jati diri orang Melayu yang mudah dipengaruhi kaum lain, asimilasi pendatang dalam masyarakat Melayu dan Islam dan asimilasi makanan bergantung kepada Penguatkuasaan.

Walaupun dinafikan sejuta kali oleh Agensi Penguatkuasaan tetapi realitinya mata kita dihidangkan dengan fakta yang sebaliknya.

Pendatang Asing Tanpa Izin bebas berniaga apa sahaja.
Pendatang Asing Dengan Izin bebas berniaga makanan tanpa ambil suntikan sepertimana orang Melayu perlu ambil.

Bilangan Kedai Tayar, Kedai Runcit, Kedai Baiki Kereta, Kedai Barang Elektrik, Kedai Cuci Kereta, Restoran dimiliki Pendatang Asing lebih ramai dari dimiliki orang Melayu.

Mereka bukan sahaja dilindungi oleh rasuah tetapi juga oleh "gangster" tempatan yang bertindak sebagai pembela mereka jika diserbu.

5. Masalah JAKIM

Masalah JAKIM ketika ini adalah tidak mendapat sokongan orang Islam.

Ada yang katakan JAKIM perlu dibubarkan tanpa mereka sedari JAKIM memainkan peranan yang besar dalam menyatukan kuasa 9 Ketua Agama dan Jabatan Islam berlainan dari 9 Negeri.

Untuk yang tidak tahu, pada 1980-an banyak perbezaan ketara pelaksanaan agama di 9 Negeri yang hanya dipisahkan oleh tiang elektrik. Antaranya, khalwat, poligami, Safar malah kita pernah berhari raya dua hari yang berbeza di dua negeri yang berbeza.

JAKIM dengan Pengurusan yang selesa di kerusi empuk, berhawa dingin, bergaji tinggi dan berkot sudah pasti menimbulkan rasa cemburu dalam hati hingga terjadi perebutan jawatan Imam dan AJK Masjid yang berelaun bulanan setinggi RM 10,000 sebulan.

Pengurusan wang zakat dan terbaru logo halal dijadikan dalil "kekejaman" mereka. Saya tidak mahu menafikan, pun tidak mahu setuju.

Kerana dalam isu logo halal, memang SOP memohon Sijil Halal ini disukarkan seperti meminta lesen perniagaan dari PBT, jika minta tanpa wang jolok pasti tidak dapat, jika minta dengan wang jolok, tidak perlu risau tidak dapat walaupun berniaga atas tanah kerajaan.

Teknikal keterlaluan memudahkan Pegawai yang tidak amanah mempergunakan isu teknikal itu, sedangkan pemberian lesen perniagaan makanan ringan ie Goreng Pisang, Nasi Lemak dll boleh diberi semudah membeli kupon parking di Kedai Runcit.

Terlalu banyak kes permohonan halal JAKIM dikecam peniaga malah pengguna dan orang Islam juga tidak ketinggalan, apabila isu teknikal mudah dipergunakan peniaga barangan haram seperti Arak mendapat Sijil Halal. Untuk rekod, Premis menjual Arak secara prinsip boleh pamerkan Logo Halal yang diperolehi mereka dari Menu Mee Sup mereka.

Walaupun saya sendiri menentang "kebatilan" dalam kelulusan sijil halal yang diresapi rasuah(RM 20,000- halal diluluskan), tetapi isu PRETZEL DOG ini isu berbeza.

Justeru, saya minta JAKIM tidak ubah keputusan mereka, dan umat Islam wajib terus sokong usaha JAKIM tukar nama makanan "dog" kepada sosej ayam/chicken sausage.

Ia tidak menjadi masalah hari ini, tetapi ia akan menjadi masalah pada anak dan cucu kita 50 tahun dari hari ini selepas masyarakat pemakan anjing berasimilasi sepenuhnya dalam masyarakat kita.

PS: Di beberapa tempat di Eropah/Vegetarian sendiri nama "dog" tidak dibenarkan untuk "hotdog" kerana ada asimilasi masyarakat yang memakan anjing dan ramai pula yang alah pada daging berdarah dan vegetarian.

Sejak kecil saya berazam untuk tukar nama dog kerana ada saudara saya pemakan anjing, dan hari ini bila JAKIM mahu laksanakan ramai pula membantah. Kita berharap orang yang membantah jangan bantah dalam kasutnya, cuba pakai kasut orang Melayu yang terdedah kepada asimilasi kaum di sempadan Thailand-Kedah/Perak/Kelantan, sempadan Sabah-Filipina/Indonesia dan sempada Sarawak-Indonesia.

No comments: