UMNO Sanggup Padam Dato Sir Onn Jaafar, Kini Akan Padam Tun
Mahathir
Kalau kita tanya siapa Onn Jaafar pada 1 juta Ahli Tegar
UMNO termasuk yang berada di PAU PWTC mereka hanya tahu Dato Sir Onn Jaafar
adalah Pengasas UMNO yang gerakkan penentangan Malayan Union. Selebihnya hanya
tahu beliau adalah Atuk kepada Hishamuddin Hussein Onn dan pernah jadi MB
Johor.
Itu sahaja yang orang UMNO tahu tentang Onn Jaafar kerana
usaha memadam legasi dan jasa Onn Jaafar telah berlaku lama sejak Tunku Abdul
Rahman berkuasa. Lepas ini mesti ramai orang UMNO akan Google pasal beliau.
Onn Jaafar dikenali sebagai pengkhianat UMNO dan beliau
seperti Tun Mahathir buat apa sahaja untuk menjatuhkan UMNO atau Perikatan
ketika itu termasuk menggagalkan usaha kemerdekaan Tunku Abdul Rahman dalam
Pilihanraya Majlis 1955. Dalam cerita sejarah ini ada termasuk kisah
pengkhianat MCA terhadap Perikatan.
Onn Jaafar punyai banyak sebab untuk keluar dari UMNO pada
1951 bila mendapati Tun Razak telah gunakan Sultan untuk “hijack” UMNO yang
beliau asaskan.
Semua sumber sejarah yang kita baca akan mengatakan Onn
Jaafar keluar dari UMNO kerana kecewa dengan UMNO yang perkauman dan beliau
mahu UMNO buka keahlian kepada semua kaum.
Dalam sejarah, sumber tunggal adalah sangat menimbulkan
curiga apatah lagi Sejarah tersebut amat bertentangan.
Jika kita kenali sejarah diri Onn Jaafar dan diri Kiai
Salleh Selempang Merah yang mahu membunuh Cina sudah pasti kita akan sangsi
kepada fakta sejarah Onn Jaafar mahukan Cina dalam UMNO sedangkan beliau tahu
penentangan Melayu seperti Kiai Salleh dan tenteranya.
Saya tidak mahu buat spekulasi sejarah kerana saya tiada
sumber dan boleh datangkan fitnah kepada mereka yang tidak berdosa.
Memadai saya katakana, UMNO telah buang Onn Jaafar demi jaga
hati Tunku Abdul Rahman. Siapa yang bawa Tunku Abdul Rahman untuk menendang Onn
Jaafar keluar dari UMNO? Tun Razak yang bawa Sultan(Tunku) dalam Politik kerana
umum tahu masalah Onn Jaafar dengan Sultan dimana beliau sendiri adalah anak
angkat Sultan.
Kenapa mesti dipadamkan legasi dan nama Onn Jaafar dari
UMNO? Apakah dengan jasa besar Onn Jaafar merobohkan Negara Pertama Malaysia
iaitu Negara Malayan Union memadai hanya
wajahnya sahaja diletak di PWTC? Tiada nama Jalan, tiada nama Bandar, tiada
nama Bangunan, tiada memorial seperti Perdana Menteri di Kuala Lumpur atau PWTC
dsb.
Kalau isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor
sendiri ada Buku Peringatan kenapa Onn Jaafar yang menggadai nyawa dan keluarga
tiada?
Mungkin, kerana anaknya dan cucunya sudah diberi jawatan
kerana berkerjasama menutup legasi dan pengkhianatannya pada UMNO dan “BN”.
Nasib ini bakal diterima Tun Mahathir.
Samada Tun Mahathir atau Onn Jaafar pada saya waima Nabi
Muhammad SAW sendiri berubah pendirian mengikut kehendak Allah justeru tidak
salah untuk seorang pemimpin mengubah pendirian kerana kehendak Allah.
UMNO jika mahu bertahan lama perlu terlebih dahulu
mengangkat Onn Jaafar ditempat selayaknya dan bukan sekadar menamakan Dewan atas
namanya sahaja.
Kaji pemikiran Onn Jaafar yang telah lama Nampak masalah
Parti berbilang kaum dan apakah yang beliau mahukan sebagai Parti satu kaum
sudah pasti bukan Cina sebagai Perdana Menteri kerana beliau maklum betapa
TABOO nya orang Melayu terhadap idea itu.
Jika diteliti, sudah pasti sebenarnya Onn Jaafar melihat
tindakan UMNO membiarkan Taukey Cina, ahli Politik Cina Singapura dan Sekolah
Cina sebagai ancaman kepada orang Melayu justeru beliau “mengetuk” kepala Tun
Razak supaya jangan asingkan kaum Melayu dari elitis dan jangan membodohkan
orang Melayu hanya kerana mahukan undi mereka sahaja.
Pecah perintah yang dicadang UMNO ketika itu juga mungkin
menjolok mata Onn Jaafar dan untuk menjayakan cadangannya, Tun Razak membawa
Tunku, anak Sultan yang di “Sembah” orang Melayu ketika itu.
Selagi UMNO tidak kenang jasa Onn Jaafar selayaknya, maka bukan Tunku dan Tun Hussein dan Tun Mahathir sahaja akan tinggalkan UMNO tetapi ramai lagi.
Mungkin, Dato Seri Najib Tun Razak tidak akan angkat Onn
Jaafar selayaknya, malah selagi ada legasi Mahathir, Tunku, dan Tun Razak
Hishamudin Hussein Onn pun tidak akan angkat Onn Jaafar.
Tapi saya akan angkat legasi Onn Jaafar.
No comments:
Post a Comment