ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Saturday, October 29, 2016

Pastikan Anak Berbahasa Melayu Sebagai Bahasa Utama Hingga Umur 12 Tahun!

Satu slogan yang benar tetapi jarang didengar adalah BAHASA MEMBENTUK JIWA!

Kajian dibuat atas Subjek A iaitu seorang Cina Sekolah Kebangsaan dan Subjek B iaitu seorang Cina Sekolah Cina mendapati Subjek A lebih patriotik, lebih hormati kaum lain(Melayu) dan lebih sayangkan Negara.

Kajian juga dibuat atas orang Cina Indonesia, orang Cina Thailand dan orang Cina(Sino) Sabah. Semua mereka dilihat amat sayangkan Negara dan Negeri mereka.

Itu bangsa berlainan dengan bahasa,

Bagaimana pula dengan orang Melayu yang menjadikan Bahasa English sebagai Bahasa utama anak-anak mereka sejak kecil?

Saya 6 beradik beribukan seorang mualaf yang masih pelat berbahasa Melayu hingga hari ini.
Sekolah di BBGS, Convent KL dan membesar di KL, berkerja dengan persekitaran Bukan Melayu.

Malah saya sendiri bercinta dengan "few" perempuan Cina justeru "I can speak fluent English".

Jadi untuk mendidik anak Bahasa English bukan satu masalah besar mahupun masalah kecil untuk saya. No problemo.

TETAPI;

Saya mahu anak saya menjadi Melayu dan ini hanya boleh dicapai dengan mereka bertutur dalam Bahasa Melayu sepenuhnya atau Bahasa Utama komunikasi sekurangnya.

Memang, tahap pencapaian English anak saya tidak baik kerana bercakap Melayu dengan saya.

Tetapi saya sebagai orang Melayu bangga melahirkan anak Melayu yang berjiwa Melayu!

1 comment:

Vinz said...

janagn sampai anak cucu kita kehilangan budaya aslinya..