ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Monday, November 14, 2016

Seru Orang Islam Kaya BERTANI dan Orang Islam Miskin SedekahTani!

Disebalik kemenangan Trump di Amerika(pengeluar Beras no 7 dunia tapi tidak makan nasi) adalah kenaikan harga minyak masak serta bahan makanan lain kerana krisis makanan dunia semakin teruk.

Krisis makanan dunia DIJANGKA pada 2030(1/3 Penduduk Dunia tidak dapat makan) dan kesannya seawal 2018 dimana  harga makanan akan naik kerana "supply kurang, demand tinggi".

NGO dan Kerajaan dunia ramalkan pada 2050 hanya 1 dari 10 orang dapat makan kerana 3 faktor;

1. Peningkatan penduduk dunia yang mendadak dan memeranjatkan
2. Pengurangan penghasilan makanan kerana iklim dunia yang sudah berubah
3. Penggunaan tanah untuk penghasilan makanan di tahap rendah  
4. Penggunaan teknologi yang tidak digunakan justeru hasil tanaman tidak dapat ditingkatkan

                                         sumber https://newint.org/features/2008/12/01/food-crisis-facts/

Bekas Bakal Bapa Mertua saya miliki RM 1 juta tunai dalam akaunnya pada tahun 2002. 3 anaknya sudah kerja, tiada hutang, dan beliau masih kerja dengan gaji 5 angka sebulan.  Hari ini dari jauh saya lihat, beliau tidak lakukan apa-apa perniagaan jadi saya yakin wang beliau semakin membukit tapi malangnya ia hanya kertas yang dihimpun ibarat air dalam tempayan yang tidak mengalir.

Itu adalah satu contoh antara beratus ribu Melayu lain yang punyai kekayaan ribuan ringgit, puluh ribu, ratus ribu, jutaan, malah billion ringgit.

Orang Islam boleh miliki gunung wang sekalipun tapi ia tetap kertas kerana pasaran perniagaan dan pembekalan(penghasilan) makanan dikuasai oleh Bukan Islam samada di Malaysia mahupun di Dunia.

Artikel ini dicetus sekitar November 2008 di Hotel Movenpick Madinah selepas tonton kemenangan Obama saya tonton satu Ceramah Perdana pagi Jumaat oleh “Mahathir Arab Saudi”. Pak Arab itu diberi jolokan “Mahathir” kerana keberaniannya kritik Negara Barat dan kritik orangnya sendiri sebagai malas dan kaki gaduh!

Saya masih ingat katanya keluaran makanan dunia dikuasai oleh Bukan Islam iaitu 80% dan hanya 20% makanan dunia dikeluarkan orang Islam.

Krisis Keluaran Makanan Dunia Islam ditutupi oleh Barat dengan pelbagai propaganda lagakan dunia Arab justeru beliau sendirian gerakkan inisiatif antarabangsa dimana Negara Arab akan beri teknologi, latihan dan kewangan pada Negara Islam Miskin ie Somalia dll bertani atas tanah Somalia untuk hasilkan makanan dengan tujuan menyumbang pada keluaran makanan dunia. Jangan label rasis atau ekstremis kerana ia juga dilakukan Amerika di Mexico dll, Britain di NZ dll, China di Afrika dll, India di sekitarnya dan banyak lagi.
Saya tidak pasti usaha beliau berjaya atau tidak kerana carian saya pada 2016 Google untuk BERAS, hanya 20% Beras dunia dikeluarkan oleh Bangladesh, Indonesia, Pakistan dan Negara Islam lain, manakala 80% di keluarkan bukan Negara Islam.

Dalam Bas dari Madinah ke Mekah otak saya kembara pulang ke Malaysia. Saya pilu terbayang RM 40 billion tanah milik orang Islam di Malaysia terabai jadi sarang wabak penyakit, penjenayah, binatang liar dan lebih pilu lagi dengan dangkalnya setiap tahun kita bangga jumlah hasil cukai “import” makanan dan hasil cukai tanah kosong kita.

Saya terkenang curahan hati bekas “Tok Ampek” Klang Gate yang saya jumpa di Mekah 4 tahun sebelum itu. Katanya, di Mekah beliau tenang dan berharap mati disana sebelum pulang kerana di Malaysia samada terpaksa suka atau tidak, setiap kali berurusan dengan Pejabat Tanah dan PBT beliau akan bawa wang dalam 3 bentuk nilai berbeza. RM 50 dipoket atas untuk para Kerani, RM 300 di poket kiri seluar untuk para Pegawai dan RM 1000 di poket kanan seluar untuk DO atau YDP. SETIAP KALI! 

Usaha saya sendiri bangunkan tanah pusaka(RahmanPalace) yang terbiar dimusnahkan rasuah. Rasuah sumbang kegagalan usahakan tanah orang Islam di Malaysia tapi itu bukan isu utama dalam artikel ini.

Isu utama adalah sikap KITA Orang Islam sendiri. Jangan pandang orang lain, jangan pandang QuPuteh atau Aliff Syukri, jangan pandang Baju Merah atau Kuning, jangan pandang BN atau Pakatan, tapi pandang diri sendiri DAN nilai sikap kita terhadap “berbakti pada tanah”.

Saya sendiri. Baru-baru ini Beras dan Mertua saya kalut ke Tapah, ke Klang dll cari tanah untuk tanam pisang. Reaksi pertama saya adalah pisang ibarat emas hari ini, tanam pisang sukar kerana hasilnya sering dicuri. Kenegatifan saya amat dikesali kerana tidak sokong usaha mereka kerana seperti pembaca, saya sendiri terlupa akan krisis makanan dunia.

Di Malaysia, kita hidup dengan aman dan hampir tidak pernah tidak dapat makan bila kita mahu makan apa sahaja.

Namun, kesenangan ini tidak bermakna kerana apa yang kita makan bukan dalam kawalan kita. Lebih menyedihkan ia akan habis dimakan kita, dan cucu cucu kita tidak akan dapat makan.

Pengantungan kita terhadap import tanpa disedari buat kita jadi bangsa yang amat, amat lemah.

Daging dan Beras yang kita makan di import.

Bawang, kentang, Cili, sayur dan rempah yang kita makan di import.

Beras, makanan Ayam, tepung, buah dan lain-lain kita makan semuanya di import.

Jika diperinci, hampir 90% makanan yang kita makan di import.

Benar, jika kita nilai dari sudut krisis keluaran makanan domestik, Kerajaan Malaysia lakukan kesilapan besar bila menukar Negara Pertanian Malaysia kepada Negara Industri pada awal 1980-an dahulu.

Langkah yang paling tepat adalah jadikan Malaysia sebagai Negara Pertanian dan Perindustrian Moden dengan beri tumpuan pada perkilangan elektronik tanpa melupakan langsung pertanian. Malangnya Nasi sudah jadi bubur, Malaysia yang lebih hebat pertaniannya dari Thailand kini jauh, amat jauh dibelakang Thailand.

Namun, itu sejarah yang kita tidak boleh ubah, dan menyalahkan pemimpin masa lalu adalah perbuatan naif yang ganggu fokus kita pada penyelesaian dan pada masa hadapan Malaysia yang masih boleh kita ubah.

Justeru, SAYA SERU semua orang-orang Kaya yang beragama Islam, marilah kita sumbang pada pengeluaran makanan dunia, atau sekurangnya pada Malaysia sendiri.

Ayuh kita tamatkan penggantungan makanan kita pada import dan sama-sama sebagai penduduk dunia kita elakkan krisis makanan dunia.

Jika terjadi krisis makanan dunia hingga hanya 1 orang dari 10 kita dapat makan, apakah pengeluar makanan seperti China, Amerika, dan Negara Bukan Islam akan utamakan orang lain atau mereka akan utamakan rakat Negara mereka dahulu.

Krisis makanan dunia bakal mejadi penjajahan bentuk baru dimana Negara yang tiada makanan sanggup serahkan Negara mereka untuk dijajah.

Oleh itu, jika anda punyai wang yang banyak carilah tanah samada beli, pajak atau JV.

Jika anda ada RM 10,000.00 dan tanah pusaka/saudara cukup RM 500 bersih tanah, RM 4000 benih tanaman/racun dan RM 5500 gaji untuk 6 bulan sebelum tuai hasil dan jual. Hasil dikongsi bersama.

Jika tiada modal beli tanah, kenalpasti tanah kosong milik orang lain, sewa atau pajak dari mereka.(Puluhan Cina pajak ribuan ekar Tanah orang Melayu serendah RM 100 seekar setahun)

Jika anda ada saudara yang tiada kerja dan miskin di Kampung adalah lebih baik, peruntukan modal RM 50,000 untuk beli 20 anak Lembu dan 20 anak Kambing serta gaji dan makanan lembu dan kambing hingga lembu/kambing besar.  Pelawa mereka JV dan jangan tunggu mereka bertanya.

Selepas 2 tahun, lembu dan kambing bertambah ratusan ekor, malah makin ramai anak orang Islam Melayu yang dapat berkerja dengan anda. 

Pasaran? Perlu ke saya keluarkan statistik berapa tan metric lembu dan kambing di import setiap bulan dari New Zealand? Berapa kontena bawang dan kentang dari China dan India?

Jika anda ada RM 300,000.00 bela Ayam, telur ayam dll. Isunya bukan sahaja penggantungan dan keluaran makanan dunia tetapi isunya juga kepakaran, pengalaman dan penguasaan penghasilan.

INI ZAMAN TEKNOLOGI.  Pernahkah anda lihat owner  99 SpeedMart jaga cash di Kaunter? Atau jaga stok di Premis dan kira stok masuk Lori?

Ada CCTV pantau pekerja untuk kurangkan komitmen masa anda dan risiko anda ditipu, ada system barcode canggih untuk kawal stok keluar masuk, ada Whatsapp dan Handphone Kamera, jadi jangan beralasan lagi. 

Sebagai anak Cina yang membesar dalam persekitaran Cina, saya malu kerana majoriti Cina lebih redha ditipu apatah lagi jika ditipu saudara dan kawan sendiri.

Cina lebih redha dari Melayu Islam yang jika ditipu akan meroyan putus saudara, viral bertumbuk di alam maya dan pelbagai lagi seolah tiada hari akhirat dan tiada hari pembalasan!

“Quote” dan nilai saudara dan rakan Cina saya mudah tetapi seolah tidak dimiliki orang Islam;
  1. Cina yakin “Tin Yau Ngan” –Tuhan ada mata,
  2. Cina yakin Dewa Kekayaan akan ganti apa yang orang tipu mereka,  
  3. Cina yakin hidup selepas mati dan sipenghutang/penipu akan dihukum,
  4. Cina yakin biar habis duit ditipu, biar licin harta dirompak, biar hilang tangan dizalimi, tapi selagi Tuhan tidak ambil/hilangkan semangat dari mereka, mereka yakin akan berjaya
Buktinya, di masa perayaan Tahun Baru Cina, saudara yang miskin tidak “segan” jumpa saudara Kaya kerana saudara Kaya yang akan cari saudara miskin untuk beri wang sebagai modal usahama perniagaan, perusahaan dan pertanian.

Berbeza perayaan Hari Raya pula, saudara miskin takut dan malu jumpa saudara kaya kerana akan dihina, diperkecilkan dan dibandingkan dengan saudara kaya yang sakan tunjuk hutang(kereta) siapa lebih besar.

Saya perhatikan sendiri sepupu Cina saya. Walaupun Ken ditipu berjuta ringgit berkali-kali, tetapi beliau enggan mengalah malah terus berusaha “percaya” pada rakan dan saudara serta yakin pada janji Dewa mereka! 

Mungkin kerana orang Cina sembah Dewa Kekayaan yang mereka nampak setiap hari jadi mereka lebih percaya Tuhan berbanding  Orang Islam yang sembah Allah yang mereka tidak nampak jadi mereka kurang percaya pada janji Tuhan dalam AlQuran antaranya;
  1. manusia tidak akan rugi sedikitpun kerana Allah akan ganti kerugian mereka disini atau disana
  2. barang siapa melepaskan hak untuk balas akan jadi penebus dosanya
  3. menghalalkan hutang adalah lebih baik bagi manusia
  4. sedekah walaupun secara terpaksa(kena tipu) diterima Allah
4 janji Allah diatas tidak dipercayai oleh majoriti orang Islam, justeru bila orang Islam kaya diseru untuk bantu kaum kerabat mereka berniagatani, atau mereka sendiri berniagatani, atau mereka berniagatani secara usahama dengan saudara mereka dan sebagainya, mereka enggan kerana khuatir ditipu, takut rugi dan pelbagai alasan fasik lain.

Sebenarnya dengan mudah Orang Islam boleh buktikan mereka yakin pada 4 janji Allah diatas tanpa perlu beri pinjam sesen pun wang mereka dimana mereka hanya perlu;


  1. BERNIAGATANI, dimana perniagaan mereka akan beri pekerjaan dan makan kepada Islam lain dan
  2. BERTANI, dimana hasil tani mereka dapat beri makan kepada Islam lain malah bukan secara percuma, tapi untung sebab ia dijual.

Ini adalah kali kedua saya tulis untuk seru orang Islam Malaysia yang kaya berniaga,tetapi tidak berjaya.

Kali ini Saya harap orang kaya akan bertani kerana selain ia adalah satu bentuk perniagaan yang berkat lagi menguntungkan malah ia juga membolehkan orang kaya dapat gaya hidup sihat dan makanan yang sihat.

Krisis makanan dunia melanda kerana iklim Negara pengeluar hasil makanan dunia berubah, dan Malaysia masih beriklim sempurna untuk menjadi penghasil makanan utama dunia.



Walaupun saranan Kerajaan tanam sayur dalam pasu untuk orang miskin berjimat dikecam, tapi orang miskin boleh lakukannya sebagai amal jariah(jika tidak mahu makan sendiri).

Kita orang miskin boleh mula bertani sekarang dan boleh dermakan hasil tanaman di Pasar, Kedai atau di Masjid untuk dibahagikan dan percayalah ia amat bermakna kepada si penerima dan bermakna pada Allah walaupun sekecil biji sawi.

Sambil menulis ini saya sendiri terinspirasi untuk tanam biji mangga di tanah awam, jika mampu saya akan pupuknya hingga berbuah dan saya “ikhlaskan” untuk semua manusia nikmati hasilnya. Ayuh bertani orang kaya dan miskin, jangan beralasan lagi.

NAMUN harapan menggunung saya adalah pada orang kaya supaya bertani, kerana kekuatan wang mereka akan beri impak besar terhadap penghasilan dan pengeluaran makanan Negara dan Dunia selain beri pekerjaan pada orang lain.

Pilih sayur, buah, limau, daun, beras, kopi, ayam, itik, lembu, kambing, atau apa sahaja kerana tanah tidak pernah khianati manusia melainkan bila manusia mati kelak.

Jangan biarkan air(wang) tidak mengalir dalam tempayan anda. Bandingkan kualiti air yang tidak mengalir dan disimpan lama dalam “tempayan” itu dengan air dalam tempayan yang sentiasa mengalir!

Lillahitaala saya penat menulis, sedikit jemu dan amat kecewa. Tapi saya yakin pada janji ALLAH yang saya tidak akan rugi walaupun saya peruntukan 4 hari untuk tulis artikel ini. Moga bermanfaat!


Ayuuuuuuuuuuuuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh BERTANI!!!!!!!!!!!!!!!!!!

1 comment:

PREDIKSI TOGEL SINGAPORE said...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa dulunya saya ini cuma seorang.
penjual es kuter kelilin tiap malam. pendapatannya tidak seberapa dan.
tidak pernah cukup dalam kebutuhan keluarga saya,, suatu hari saya dapat.
informasi dari teman bahwa MBAH SUJARWO bisa memberikan angka ritual/goib.100% tembus.
akhirnya saya ikuti 4D nya dan alhamdulillah memanG bener-bener terbukti tembus.
saya sangat berterimakasih banyak kpd MBAH SUJARWO.atas bantuan MBAH saya sekarang.
sudah bisa mencukupi kebutuhan keluarga saya bahkan saya juga sudah buka.
usaha matrial dan butik pakaian muslim.
Jika anda mau buktikan
silahkan bergabun sama Mbah Sujarwo
Di:http://sitogelsgp.blogspot.com Atau { KLIK-DISINI }
No: tlp.0823-2424-4298
Saya sudah buktikan benar2 tembus 3x permainan....!!!