ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Sunday, July 31, 2016

Fatwakan Rasuah Musuh Islam Nombor 1!

Dari AJK Masjid, Bilal, Imam, Ulama, Mufti, Ketua Agama dan Penceramah, mereka semua bertanggungjawab untuk isytiharkan Rasuah musuh Islam Nombor 1!

Hakikatnya bukan mereka sahaja tetapi kita semua, selagi kita mengaku cintakan Allah, Rasul dan Islam, kita semua wajib perangi dan isytihar Rasuah musuh Islam Nombor 1.

Isytihar dan ikrar perangi rasuah samada "outloud" atau dalam diri sendiri sahaja! 

Ancaman rasuah pada kesucian dan maruah Islam amat membimbangkan.

Artikel pertama saya di siarkan Utusan Malaysia pada tahun 2002 berkenaan rasuah. Sejak itu, saya menjadi anti rasuah, dan natijahnya, kedai saya diroboh walau dibina atas tanah sendiri, kerana saya enggan membayar rasuah RM 25,000.00 pada PBT!

Tapi isunya disini bukan saya, tapi kita semua.

Rasuah hari ini amat berbeza dengan rasuah 1980, 1990 dan awal 2000.

Rasuah di Malaysia hari ini sudah menjadi amalan biasa, sudah jadi darah daging dan rutin harian, malah perasuah diketahui dipuja dalam kalangan keluarga dan kenalan sendiri.

Tidak! Jangan benci "ciptaan Allah-manusia", benci perbuatan manusia. Doakan mereka.

Untuk rekod pada tahun 2000, sebuah Universiti Awam Malaysia membuat satu tinjauan soalan, dari 50,000 Graduannya, 40,000 berkata mereka tidak kisah menerima rasuah bila mereka berkuasa kelak.

Bayangkan, mereka hari ini adalah Penjawat Awam, Penguatkuasa dan juga anggota pentadbiran yang berpangkat baik di Sektor Kerajaan, GLC- TNB, TM, Syabas, EPF, Bank, malahan Swasta.

Pendek kata, semua undang-undang boleh dilanggar di Malaysia asalkan ada duit. Semua boleh, asalkan sanggup bayar.

Jika tidak sanggup, Bangladesh, Indonesia, Pakistan dan Myanmar sanggup. Malah, Migran China dan India sanggup.

Jika dahulu kita merasa jijik pada diri kerana menggaji PATI sebagai Pembantu Rumah, kini perasaan "salah" itu sudah jadi tidak mengapa dan baik di mata kita.

Macam orang lain makan Babi, kita pun ikut sebab orang lain "ok jer" makan babi.

Itulah hakikat rasuah di Malaysia.

Peliknya, pihak berkuasa Agama Islam dan "Malaysia Muslim Leader 1" masih belum mahu isytiharkan rasuah sebagai musuh Allah nombor 1!!!

YA! Saya dipertanggungjawabkan atas apa yang saya lakukan dan katakan disini, tapi KALIAN juga akan dipertanggungjawabkan kerana kuasa mengisytihar rasuah sebagai musuh Islam nombor 1 ditangan kalian, kenapa bertangguh?

Tahukah rasuah sudah ancam kesucian Islam?

Tahukah kita bagaimana logo Halal boleh digunakan di premis Kelab Maksiat yang turut jual arak?

Tahukah kita bagaimana cara mahu peroleh logo Halal dengan cepat dan mudah?

Tahukah kita bagaimana mahu mohon Meter Elektrik TNB dalam masa 3 hari?

Tahukah kita bagaimana mahu mohon Meter Air SYABAS dalam masa 3 hari?

Tahukah kita bagaimana mahu percepatkan proses tuntutan insurans(kereta dan pesakit)?

Tahukah kita bagaimana mahu permudahkan peroleh lesen perniagaan dari PBT khususnya Restoran?

Tahukah kita bagimana mahu berniaga tanpa lesen tanpa tindakan PBT?

Tahukah kita bagimana mahu ceroboh(amalan Yahudi) tanah Kerajaan berpuluh tahun tanpa tindakan PBT?

Tahukah kita bagaimana mahu mendapat Lesen Memandu tanpa pergi ujian Memandu?

Tahukah kita bagaimana mahu lulus pemeriksaan kenderaan(khususnya Lori/Bas) tanpa pemeriksaan?

Tahukah kita bagaimana Taukey Rumah Urut boleh tawarkan pelacuran dengan bebas?

Tahukah kita bagaimana Taukey Judi boleh tawarkan judi dengan bebas kini di SMS dan Whatsapp?

Tahukah kita bagaimana dadah dijual dengan bebas di KL?(Saya boleh tunjukkan)

Tahukah kita bagaimana perniagaan besi buruk diberi lesen oleh PBT dan Polis dimana kita tidak tahu mereka juga lupuskan kereta curi sebagai besi buruk?

Tahukah kita bagaimana mahu memohon permit(baru/sambungan) pekerja asing kita? (Pembantu Rumah/Industri)

Tahukah kita bagaimana mahu lulus BR1M, LL1M, KL1M, FL1M, dll 1M?

Tahukah kita bagaimana cara ahli parti memberi undi kepada kepimpinan parti mereka baik UMNO, PAS, PKR, DAP dan parti lain?

Tahukah kita bagaimana arak diharamkan tetapi bilangan peminum arak Melayu lebih tinggi dari India dan Cina?

Tahukah kita bagaimana bersekedudukan boleh menjadi amalan bebas di Malaysia khususnya KL?

Tahukah kita bagaimana Negara Islam Malaysia ini merupakan TOP 3 Negara paling banyak jual manusia dalam dunia?

Tahukah kita bagaimana sempadan Negara kita(Indonesia, Thailand, Filipina) dibolosi PATI, Dadah, Pelacuran, Senjata dll?

Tahukah kita bagaimana Along Peminjam Wang, bagaimana Pelacuran Bapa Ayam masih bebas beroperasi?

YA! Kerana RASUAH!

Siapa yang rasuah? Siapa yang ambil rasuah?
Kita tahu, tapi jawapan kita mudah, kita terpaksa!

Orang lain boleh pakai PATI, kita ikut sahaja!

Orang lain boleh dapat lesen perniagaan, boleh dapat kedai PBT, boleh dapat tapak haram sebab "rasuah", kita ikut sahaja!

Orang lain dapat tender dengan "bayar", kita ikut sahaja!
Orang lain boleh "rasuah", kita ikut sahaja!

Orang lain masuk neraka, kenapa kita tidak mahu ikut sahaja masuk Neraka?

Dan paling senang kita jawab, kita Malaysia masih aman dibawah pentadbiran Kerajaan sekian sekian.

Dan yang anti Kerajaan pula jawab, jika kita memerintah kita akan hapuskan judi, pelacuran dan Kilang Arak tapi yang terjadi sejak bulan menjelma di Selangor sejak 2008, Rumah Urut(baca pelacuran) kian bertambah banyak.

Akhirnya kerana kehabisan alasan, kita akan jawab "Kita tidak perlu peduli, janji hidup kita senang!"

Jawablah ikut mana alasan sekalipun pada Allah, saya tidak berhak menilai dan menghukum, tapi kita perlu pastikan Allah akan terima alasan kita.

Dan lebih penting, kita yang sering kata Aku CintaMU Ya Allah dan Rasul perlu jujur bahawa kita tidak anggap Allah itu bodoh untuk percaya pada alasan kita sedangkan Allah tahu isi hati kita.

JUSTERU, saya ingin menggesa Sultan, Raja, Tengku Mahkota, Raja Muda lebih lagi yang aktif di FB, semua MUFTI, Ketua Agama Islam, semua Ulama, semua Penceramah, Imam, Bilal, AJK, Ustaz, Ustazah dll kakitangan Agama yang menerima GAJI atau yang dibayar UPAH;

dan lebih lagi kepada diri kita semua khususnya jika kita adalah "pembuat keputusan, pemegang kuasa, amanah Allah" mengisytiharkan;

RASUAH MUSUH ALLAH NOMBOR 1!

RASUAH MUSUH NABI SAW NOMBOR 1!

RASUAH MUSUH ISLAM, MUSLIM NOMBOR 1!

Kalau tidak, malulah kita cakap kita cintakan Allah, Nabi Muhammad SAW dan Agama kita!

Wallahualam.

PS: Dalam hidup kita, kita pasti kenal mereka yang berintegriti, yang beretika, waima tukang sapu yang jujur, mereka tidak ambil rasuah dan jalankan tugas dengan amanah. Hargailah mereka, kerana Allah dan RasulNYA sayangi mereka!

Kita juga kenal mereka yang korup, mereka yang munafik, fasik dan rasuah, nasihati mereka dan jauhi mereka, jika tidak mampu, marilah angkat tangan berdoa padaNYA semoga kita semua diberi rahmat olehNYA.

Akhir sekali, dalam sibuk salahkan orang lain khususnya kerajaan, sebenarnya perubahan boleh mula dilakukan dikalangan kita sendiri. Katakan tidak pada rasuah samada penerima, pemberi mahupun subahat!

Kerana masa hadapan anak cucu kita bergantung pada kita. Mungkin hari ini kita senang kerana rasuah, tapi 20 tahun lagi anak cucu kita mungkin susah kerana rasuah. Wallahualam.

No comments: