Jika diambil Raya dari sepotong ayat AlQuran, maka ia adalah hari kemenangan orang Islam menjalani ibadah Ramadhan. Sebab itu ada yang menangis, kerana apakah mungkin kita diberi peluang untuk berpuasa dan beraya tahun hadapan apatah lagi bersama keluarga?
Tapi jika diambil Raya dari Islam, ia lebih sekadar dari hari gembira, hari sedih atau hari kemenangan.
Ia adalah hari bersyukur dan hari menginsafi diri.
Semalam saya solat Aidilfitri di "Padang Masyar" Masjid AlGhazali Manjalara.
Masjid lama, besar dan tidak gah ini sering beri saya kepuasan berada dalamnya walaupun sikit panas kerana tiada hawa dingin.
Azam saya seperti yang dianjurkan segelintir Ulama, saya tidak mahu menangis di Pagi Raya, sebaliknya mahu bergembira meraikan kemenangan.
Tapi saya gagal.
Kerana Masjid Manjalara ini dipenuhi oleh hampir lebih separuh warga asing.
Pakistan, Bangladesh dll.
Mereka ini datang dengan perbezaan rupa, gaya dan perangai yang jauh berbeza.
Mereka rosakkan "mood" Raya bila orang Melayu berbaju Melayu berwarna warni lengkap bersongkok, tona warna saf itu dikacau oleh pemakaian mereka yang "entah apa-apa".
Baju kotak-kotak, kelabu, seluar jeans ketat berjalur coklat merah, dan lain-lain warna keras.
Belum kira BAU BADAN mereka yang "harum".
Walaupun Abah sering ajar saya dalam Masjid dan Ibadah "Indon ke Bangla ke, Pakistan ke, apa mahu kira, asal Islam kita semua sama sahaja", dan saya kira saya berjaya mematuhi ajaran beliau tapi pagi ini gagal.
Ceritanya begini. Saya bawa 2 anak saya(belum sunat), dan pilih Saf yang sesuai agar tidak ganggu saf dewasa, tapi dalam masa sama mahu mereka rasai semangat berjemaah.
Tiba-tiba, datang sekumpulan 10 orang Bangladesh berpegang tangan duduk di kiri kami dan kerana bilangan mereka ramai dan tidak muat mereka duduk dihadapan(membontotkan) anak saya kerana mereka "insist" mahu duduk bersama-sama mereka.
"HATI SUDAH PANAS"!!!
Jelingan manja saya sedekahkan pagi Raya. Rosak mood raya.
Sabar jadi enigma, kacau(Syaitan) memainkan irama.
Saya cuba bersabar dengan tutup mata, bertakbir.
Allah hu akbar, Allah hu akbar, Allah hu akbar.
Lepas beberapa minit saya pejam mata bertakbir tiba-tiba saya rasa seolah saya berada di Padang Masyar.
Dan bila saya buka mata saya lihat lautan manusia berpasuk-pasuk diadili.
Sempit, ramai, panas, tidak selesa, bau busuk hanyir, wajah menakutkan persis syaitan, iblis, manusia berhidung babi, berkepala anjing dan diuliti rasa takut dan bimbang di lautan jutaan, billion, bukan tapi zillion manusia lain.
Semua gambaran ini hanyalah rekayasa saya kerana sebenarnya bila saya buka mata tadi yang saya lihat sama dengan sebelum saya tutup mata.
TAPI, tiba-tiba air mata saya mengalir.
Saya menangis sedih ketika bertakbir, insaf kerana keAKUan masih menebal di Rumah Allah ini!
Lantas soalan demi soalan menerpa benak!
Adakah di Padang Masyar kita akan dikumpulkan dengan keluarga kita?
Atau sekurang dengan orang kita Melayu sahaja?
Atau dengan orang Malaysia sahaja?
Atau adakah dengan yang berbahasa Melayu sahaja?
Bagaimana jika di Padang Masyar kita dikumpulkan dengan lautan manusia tanpa kira suku atau warna? Dan lebih menakutkan kita dibangkitkan tanpa isteri, anak, ibu bapa dan beradik disisi kita?
Di mana ibu bapa, kakak abang, isteri kawan, anak sahabat, saudara kenalan kita?
Jika YA kita dikumpulkan tanpa mengira warna, maka ia adalah suasana yang hampir sama saya alami di Masjid Manjalara ini.
Sembahyang Raya di Padang Masyar tahun ini menginsafkan diri agar kita bersyukur dengan apa yang kita ada.
Rupanya, disisi Allah kita serupa sebab itu kita semua akan berbondong-bondong di Padang Masyar secara bercampur dengan pelbagai keadaan, gaya, bau, seksaan dll ikut amalan kita.
Ya Allah!
KAU ampunilah dosa kami sekeluarga, kami sesaudara seibu sebapa, se Atuk se Moyang, sejiran semasyarakat, sesekolah setempatkerja, senegeri senegara supaya dapatlah KAU limpah kami dengan rahmatMU dan kami semua bisa dikumpulkan semula bersama di SyurgaMU. Amin.
Semoga keinsafan ini dikongsi dan jadi aspirasi pada kita untuk memaafkan semua orang di Hari Raya ini.
Jika "kesakitan" hati terlalu tebal, sebut dengan mulut banyak-banyak 12 perkataan dibawah;
"Ambil yang jernih, buang yang keruh" ulang seratus kali.
dan
"Yang sudah lepas, lepaskanlah dan lupakan" ulang ikut bilangan umur. 30 tahun,30 kali.
Hakikatnya, keberadaan kita di sisi Allah dan cara Allah melihat dan menilai kita bukan dari apa yang kita lakukan semalam atau 30 tahun dahulu.
Tapi Allah dan Nabi SAW lihat dan nilai kita dari apa yang kita akan lakukan sekarang dan esok!
Allah suka pada manusia yang perbaiki amalan, janjiNYA dalam AlQuran.
Kita lebih tahu apa yang perlu kita ubah diri kita untuk Allah dan Nabi tanpa perlu orang lain beritahu kita, 'Hei tutuplah aurat dengan sempurna', 'Hei solatlah', 'Hei puasalah' , 'Hei zakatlah', 'Hei jangan ambil rasuah'(hak orang lain), 'Hei jangan menipu', 'Hei' jangan berjudi, 'Hei' jangan minum arak, 'Hei' jangan ambil vaksin, 'Hei' jangan bersalin hospital, 'Hei' jangan fitnah, 'Hei' jangan itu dan jangan ini, begitu dan begini.
Sebaliknya diri kita sendiri lebih tahu apa yang boleh kita ubah sekarang untuk esok yang lebih dikasihi Allah dan Rasul.
JOM UBAH DIRI!
Oh Ya. Dalam "memanjakan" Pendatang Asing beragama Islam perlu diingatkan Islam ada tertib. Kita tidak amin dahulu baru bismillahirahmanirrahim. Kita tidak boleh sujud dulu baru takbir. Kita tidak boleh bersaksi Nabi itu Pesuruh Allah baru Tiada Tuhan Melainkan Allah.
Jadi bila semua orang ISLAM, dalam tertib Islam kita harus bantu adik beradik kita dahulu baru bantu adik orang lain.
Kita perlu bantu jiran sebelah baru bantu jiran orang lain.
Kita perlu bantu orang kampung sendiri baru bantu orang kampung lain.
Kita perlu bantu orang Daerah sendiri baru bantu orang Daerah lain.
Kita perlu bantu orang Melayu dahulu, kaum kita, baru bantu orang kaum lain.
Kita perlu bantu orang Islam Malaysia, baru bantu orang Islam Bangla, Pakistan, Rohingya, Indonesia dll.
Dalam dunia nyata, agak sukar mahu pastikan orang yang kita utamakan dan bantu itu satu daerah, atau satu kampung, atau satu Ansara, dll.
Tapi sekurangnya utamakanlah orang Islam Melayu Malaysia dahulu sebelum bantu orang Islam Negara lain kerana masih ramai orang Islam Melayu Malaysia memerlukan bantuan.
Wallahualam.
PS: Terima Kasih Allah kerana masih merahmati kami rakyat Malaysia dengan rezeki tanpa bencana alam yang dahsyat. Amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment