ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Monday, July 13, 2015

#SayaMustaqimAbdulRahman Pelik Kenapa Semua Tidak Faham #SayaZahra & Jelik Sikap Orang Melayu Khianat

Saya Mustaqim Abdul Rahman.

Saya nobody tetapi saya tidak menjadikan kesilapan #sayazahra untuk memperlihatkan saya bagus, saya hebat, saya bijak, saya berjimat dll.

Somebody diluar sana, pakar motivasi, jutawan hartanah, peguam, O&G Executive dan ramai pejaya-pejaya yang poyo memuat naik status menghuraikan satu persatu isi kandungan ucapan #sayazahra.

Sedangkan #sayazahra cakap 9 realiti remeh dirinya bagi buktikan kebenaran satu fakta yang beliau gagal sampaikan iaitu kos sara hidup yang tinggi membuatkan Melayu merempat di bumi sendiri.

Ada kata #sayazahra Graduan manja sambil menonjolkan mereka hebat dan berdikari, ada kata #zahra tidak mahu berusaha untuk gambarkan mereka kuat gila usaha, ada kata #zahra muda tunjukkan mereka amat matang kononnya, ada kata #zahra perlu berani untuk tunjuk kejayaan mereka hasil berani mereka, ada kata #zahra tidak realistik sedangkan realitinya ekonomi Melayu berada dalam keadaan kritikal dimana lebih sepuluh sektor perniagaan telah dimonopoli oleh satu kaum di Malaysia dan macam-macam lagi yang membuatkan saya muntah untuk terus membaca.

Daripada muntah berlebihan dan batal puasa, saya scroll sahajalah dan lihat isi-isi penting sahaja.

Saya pelik kenapa orang profesional dan berpendidikan tinggi bergelar consultant, profesor, penceramah, pakar, peguam, executive tidak faham ucapan #sayazahra.

Rupanya, mentaliti kaku serta nilai negatif netizen FB yang suka menghukum orang, memalukan orang, menuduh orang tanpa bukti, dan banyak lagi bukan sahaja meresap ke minda orang kebanyakan tetapi orang intelektual juga!

#SayaZahra baru berusia 22 tahun dan merungut lebih kurang 9 perkara seperti rumah sewa, kerja, LRT, gaji,suami, hutan PTPTN dan lain-lain perkara.

Dengan usia semuda itu, #sayazahra kurang pengalaman membuat teks ucapan untuk menyampaikan SATU ISI PENTING yang beliau ingin sampaikan dimana semua yang ada akal patut faham kerana itu adalah platform MTEM.

Peluang berucap di khayalak ramai di MAJLIS TINDAKAN EKONOMI MELAYU, saya ulangi dengan tulisan kecil supaya tidak sakit mata, #SayaZahra berpeluang berucap di hadapan Timbalan Perdana Menteri di satu forum anjuran Majlis Tindakan Ekonomi Melayu.

Subjek forum tersebut adalah Ekonomi Melayu bukan Ekonomi Zahra.

Saya ulang supaya intelektual yang peroleh laba dari kesilapan Zahra boleh baca, subjek forum tersebut adalah Ekonomi Melayu bukan Ekonomi Zahra.

Lagipun, sebagai Graduan Undang-undang yang mempunyai akal untuk berfikir #SayaZahra pasti tahu jika dia merengek minta TPM duit beli ubat untuk ibunya yang sakit, dia tidak akan dapat sesen pun. 

Platform ini adalah peluang bagi semua peserta untuk berjuang atas nama EKONOMI MELAYU malah sekurangnya menyumbang apa yang mampu termasuk menyedarkan Kerajaan ekonomi Melayu sedang diancam kerana mereka tidak kuasai pengeluaran dan pasaran sebaliknya kaya kerana hartanah serta DEB.

Pada usia 20 tahun, saya menulis artikel pertama saya berkaitan rasuah menjadi barah di Malaysia pada tahun 2000 dan disiarkan di Utusan Malaysia, dan beza penulisan saya 15 tahun dahulu dan hari ini banyak beza dari segi kualiti serta airnya. Saya beruntung kerana kelemahan dan kesilapan saya tidak dipergunakan oleh mereka-mereka seperti yang dialami #sayazahra.

#SayaZahra tersilap kerana mengatakan perkara remeh dan hujah longgar untuk kaitkan semua 9 kisah peribadi beliau dengan tajuk utama yang gagal beliau sampaikan iaitu kos sara hidup yang kian meningkat membuatkan orang Melayu merempat di Negara sendiri.

#SayaZahra tidak mahir menggunakan "bahasa lancar" dalam menyampaikan tajuk utama beliau, iaitu kos sara hidup yang tinggi hinggakan Melayu merempat di Negara sendiri.

Nah!!!! Setuju atau tidak Melayu mengemis di Negara sendiri dari Tuan Bukan Melayu? 

Tidak setuju anda berada dalam zon liberal dan kalau setuju anda berada dalam zon rasis.

Samada liberal atau rasis, keduanya baik jika kita mengawalnya dan bukan dikawal olehnya.

Dibawah saya mahu sampaikan apa yang #SayaZahra ingin katakan dengan hujah yang diperbaiki.

1. Gaji permulaan Diploma pada tahun 2000 adalah RM 1300-RM 1500. Selepas 15 tahun, gaji permulaan Diploma adalah RM 1300-RM 1500. Sila bandingkan harga minyak, beras, gula, LRT, tambang bas/teksi, rumah, sewa rumah dan lain-lain pada 2000 dengan 2015.

Gaji pemulaan Ijazah pada tahun sama berlegar antara RM 1700 hingga RM 2500. Meningkat sedikit pada 2003 antara RM 2700-RM 3200. Itu juga gaji permulaan pada hari ini!

2. Peluang pekerjaan dan naik pangkat di Malaysia menurun teruk setiap kali Kerajaan meningkatkan umur persaraan dari 55 tahun kepada 58 dan kini kepada 60. Bayangkan setiap tahun, berpuluh ribu Graduan dilahirkan oleh IPTA dan IPTS tetapi bilangan yang pencen hanyalah beberapa ribu sahaja dimana pencen ini biasanya re-enter pasaran pekerjaan menjadi consultant, sekuriti, penasihat, lecturer dan lain-lain.

3. Perkembangan kareer mengikut kemahiran di Malaysia mencatatkan Malaysia perlu import pekerja mahir teknikal asing atas sebab Tenaga Kerja Murah, nilai insan serta projek MLVK, SKM, dan lain-lain program gagal melahirkan pekerja yang menepati standard kemahiran dan nilai kerja yang diperlukan industri.

Tidak percaya? Tanyalah pemilik kilang, bengkel, ladang-ladang, pembinaan dan semuanya. Atau lihat sendiri, berapa ramai orang Melayu berbanding bangsa asing?

Kerajaan gagal lahirkan pekerja Melayu yang ideal bagi setiap sektor hinggakan majikan lebih rela menggaji Cina, India, dan Foreigner.

Sebagai contoh, tiada kursus lanjutan dari SKMM dan Diploma Kemahiran untuk bidang kritikal seperti angkat sampah-di Jepun Hygiene Excutive dengan gaji tinggi serta peralatan canggih lagi bersih.

4. IPTS tumbuh luas melata seperti rasuah. IPTS bebas menawarkan program Diploma dan Degree dan diberi sokongan oleh PTPTN selepas mendapat Akreditasi Lembaga Akreditasi Negara(LAN-Nama asal).

Pelajar Melayu SPM kurang cemerlang dengan fail beberapa subjek diberi peluang kedua untuk menjadi Doktor, Peguam, Akauntan, IT, Engineer dll dengan perlu lulus 3 subjek sahaja di SPM.

Peliknya 95% dari mereka pasti lulus dan perolehi Ijazah/Diploma yang tiada kualiti.

Mereka ini kemudian tidak diterima Industri esp swasta kerana berada jauh dibawah standard kebanyakan kerana sukatan dalam Bahasa Melayu bukan Bahasa English.

Mereka kemudian terpaksa berkerja supermarket, Customer Service dan lain-lain yang hanya perlukan kelulusan SPM sahaja dan berbeza dengan rakan sekerja kelulusan SPM mereka perlu bayar balik pinjaman PTPTN berjumlah RM 20 ribu yang disedut IPTS yang gagal melahirkan pekerja Melayu ESQ tinggi.

5. Ketika minyak dinaikkan dari RM 1.98 kepada RM 2.70, Kerajaan mengatakan pengurangan subsidi akan digunakan untuk tambah baik sistem pengangkutan awam dan diulang setiap kali BAJET dan RMK dengan peruntukan berpuluh billion ringgit.

Malangnya, semua tahu anda tidak boleh pergi dari A ke B tanpa naik satu sistem pengangkutan(saya biarkan sedikit looping disini memberi peluang anda menghentam saya tanpa memikirkan masalah utama nombor 5 ini).

6. PENGUASAAN PASARAN dan PENGELUARAN orang Melayu berada ditahap kritikal walaupun ramai orang Melayu mendabik dada kaya dan jutawan hasil dari pelaburan hartanah dan DEB.

Untuk rekod, tiada siapa boleh makan rumah dan tanah, tetapi kita makan beras, nasi, ayam, daging, bawang. Kita pakai kereta, naik bas. Kita buat rumah, beli rumah. Kita pakai lampu, kipas. Dan semuanya, semua pengeluaran, pengedaran, retail dimonopoli oleh satu kaum sahaja dan Melayu hanya bergelar pengguna walaupun berjuta ringgit hartanya, Profesor gelarannya, perunding kewangan statusnya.

7. Melayu dianaktirikan di Swasta. Kerajaan melalui DEB mensyaratkan MNC, Public Listed perlu ada 1 orang Melayu diperingkat Management. Atas syarat ini "mereka" terpaksa meletak Melayu walaupun dari segi merit kaum lain lebih layak.

Kerajaan tidak mampu selamanya mengawal dan memaksa syarat ini, kegagalan Kerajaan merancang untuk orang Melayu telah akibatkan "mereka" yakni majikan dan top management menaganaktirikan Melayu.

8. Harga Rumah melambung tinggi tidak selari dengan gaji. Rumah murah, mampu milik semua hanya subsidi yang hanya melemahkan minda dan ekonomi orang Melayu.

Tahukah anda kenapa harga rumah MAHAL????

Antara sebab adalah Kerajaan sebagai penerima cukai pintu tidak menggunakan wang cukai untuk buat jalan, untuk bina padang permainan, bina dewan malah setengahnya tidak digunakan untuk bina Sekolah.

Kerajaan mewajibkan pemaju membina longkang sendiri untuk perumahan melebihi 30 rumah, membina Taman Permainan dan Surau, menyediakan tanah rizab untuk TNB, Masjid, Sekolah, dan bagi perumahan mega urban Kerajaan wajibkan Pemaju Bina Sekolah.

Pemaju akan memindahkan KOS itu kepada siapa????

9. Pengurusan subsidi. Kerajaan sejak dahulu dengan MYKAD chip 64k kini 128k masih gagal untuk mengurus subsidi. Baik orang kaya, jutawan semua menikmati subsidi minyak, beras, dan lain-lain.

Melayu sebagai kaum pekerja paling ramai dalam industri perlu berkongsi subsidi dengan bos mereka yang beribu kali ganda lebih kaya dari mereka? Kenapa?

10. Lantai tidak sama rata untuk Melayu bersaing. Tahukah anda kenapa 13 Mei 1969 terjadi? Kenapa Jakarta 1998 terjadi? Kerana Melayu tidak dapat bersaing secara adil dengan kaum yang lebih kukuh kewangannya sehingga mencetuskan DEB yang dilancarkan Tun Razak!

Hari ini ancaman ekonomi Melayu bukan lagi Cina sahaja tetapi Bangladesh, Pakistan, Kemboja, Myanmar dan Thailand

Sebagai contoh, seorang peniaga kain Melayu jual tudung dari Pakistan pada harga RM 12 selepas kos beli adalah RM 10 dari pemborong.

Peniaga Pakistan pula menjual tudung yang sama pada harga RM 8 kerana kos beli mereka dari Pakistan hanya RM 4 sahaja.

Perkara yang sama terjadi pada kain yang pengeluarannya datang dari Negara Pakistan, Baju yang datang dari Negara Bangladesh, begitu juga barangan lain dari Kemboja, Myanmar dan India.

Melayu juga tidak dapat bersaing dengan adil dengan pengusaha kedai Tomyam.

Kenapa? Apakah kerana Melayu lemah dan manja seperti yang anda kata?

Tidak! Kerana baik majikan Thailand, Bangladesh, Pakistan, dll mereka gunakan tenaga kerja bangsa mereka dengan gaji yang amat amat amat murah.

Bagaimana kedai Melayu mahu bersaing dengan adil di sektor perkhidmatan seperti Cuci Kereta, Bengkel, IT, makanan dll jika gaji pekerja kedai asing serendah RM 400 untuk pelayan India Restoran Mamak, Restoran Melayu bayar gaji RM 1200 minimum seorang.

KERAJAAN perlu mengikut jejak China, Arab Saudi dan Indonesia yang mewajibkan setiap peniaga asing perlu ada rakan kongsi rakyat tempatan dengan majoriti 60% syer syarikat dimiliki rakyat Malaysia. Ia hanya untuk IKS sahaja dan bukan skala besar supaya FDI tidak terganggu.

Perkara 1-10 ini mencetuskan kos sara hidup yang tinggi hingga akibatkan Melayu merempat dan mengemis di Negara sendiri seperti apa yang cuba zahra sampaikan.

Tidak percaya juga? Cuba selidiki berapa ramai orang Melayu kini berkerja dengan majikan Indonesia, Thailand, Bangladesh, Pakistan dan Cina yang memang sudah lama kita jadi pekerja mereka.

Perkara ini cuba disampaikan oleh #sayazahra tapi ramai yang enggan pergi ke akar permasalahan sebaliknya menceritakan kelemahan ucapan #sayazahra dengan niat tidak jelas dan saya berpendapat mereka cuba tonjolkan kehebatan diri mereka dari kelemahan orang lain, satu sikap khianat dan jelik orang Melayu.

Malahan seorang exec O&G antara orang pertama memghentam Zahra tanpa selindung menulis nama sebenar dan viralkan tanpa memikirkan dosa mengaibkan orang.

Bagi sesiapa yang makan cili terasa pedas, saya pohon bantulah #sayazahra dengan memperjuangkan isu ekonomi Melayu yang kian kritikal.

Jangan selfish hanya kerana anda sudah berjaya, anda jutawan, sedarlah Melayu berada dilandasan ekonomi yang amat teruk. Kalau esok kaum monopoli tutup kedai seminggu, semua Melayu mati.

Tidak percaya? Tanya penternak ayam Melayu mana mereka dapat makanan ayam? Tanya pemilik bengkel Melayu mana mereka dapat spare part? Tanya penjual baju, hp, komputer, runcit, wayar elektrik dll mana mereka dapat bekalan? Tanya lori tangki petronas mana mereka dapat alat ganti lori?

Dan akhir tanya diri anda, apa yang telah anda buat untuk agama dan kaum anda?

Cuba perjuangkan ekonomi orang Melayu dengan fokus pada penyelesaian krisis ekonomi Melayu dari fokus kepada masalah apatah lagi masalah remeh seorang gadis muda!

Belajar dan selidiki serta cuba berinspirasi dari apa yang telah Cina lakukan untuk agama dan kaum mereka dimana mereka berkerja dan berniaga sehingga umur 80 tahun walaupun boleh duduk selesa tetapi kerana mahu sediakan peluang pekerjaan kepada kaum mereka, mereka bantu kaum mereka. KITA?

KITA? Hanya pandai hentam orang malah tidak malu hentam kesilapan ucapan Zahra dan abaikan isu pokok serta platform beliau. SHAME ON YOU ALL.

PS: Saya yang telah menulis beratus artikel termasuk berpuluh yang disiarkan UTUSAN, disiarkan Harakah dan banyak lagi masih tetap buat kesilapan suka ulang point serta suka sendi kata ber dengan kan, ini pula zahra yang masih muda. POYO tak saya cuba tonjolkan kehebatan saya?Sinis.


1 comment:

IBU TUTI TKI SINGAPUR said...

saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
sempat saya putus asah dan secara kebetulan
saya buka FB ada seseorng berkomentar
tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
karna di malaysia ada pemasangan
jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
saya minta angka sama AKI NAWE
angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
terima kasih banyak AKI
kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
tak ada salahnya anda coba
karna prediksi AKI tidak perna meleset
saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan











saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
sempat saya putus asah dan secara kebetulan
saya buka FB ada seseorng berkomentar
tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
karna di malaysia ada pemasangan
jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
saya minta angka sama AKI NAWE
angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
terima kasih banyak AKI
kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
tak ada salahnya anda coba
karna prediksi AKI tidak perna meleset
saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan