Dari satu sudut kita perlu berterima kasih kepada mereka yang terlibat.
Kejadian Lowyat boleh berulang, mungkin kali ini di OU, MiddValley, KLCC jika kerajaan tidak laksanakan imbangan kaum peniaga di semua Mall terkenal.
Di Singapura, Kerajaan Singapura bimbang orang Melayu duduk bersama di satu kawasan secara majoriti akan merusuh dan menentang dasar kerajaan.
Justeru pada tahun 70-an Singapura laksanakan projek imbangan kaum dimana di setiap daerah dan perumahan di Singapura dianggotai oleh semua kaum secara imbangan antara Cina, Melayu dan India mengikut posisi kaum di Singapura iaitu 77% Cina, 14% Melayu, 7% India, dan 2% lain-lain.

Imbangan kaumpeniaga perlu dilaksanakan kerana di Lowyat 99% peniaga dan pemilik premis anak tempatan adalah orang Cina.
Di OU 99% , peniaga dan pemilik premis anak tempatan adalah orang Cina.
Di MidValley 99% peniaga dan pemilik premis anak tempatan adalah orang Cina.
Di KLCC 90% peniaga dan pemilik premis anak tempatan adalah orang Cina.
Bila terjadinya kes penipuan atau salah faham Melayu ditipu, ia akan dilihat Melayu VS Cina bukan Pengguna Vs Peniaga jauh sekali penipu vs ditipu!
Jika imbangan kaumpeniaga ikut komposisi kaum maka dari 10 premis di OU, 6 darinya wajib dimiliki Melayu sedangkan Cina yang lebih banyak berdagang.
Justeru Kerajaan disaran menggunakan sistem 4-4-1-1.
Wajibkan premis dan peniaga di semua Mall terkenal termasuk Lowyat untuk anak tempatan adalah 4 Cina, 4 Melayu, 1 India, dan 1 lain-lain.
Untuk rekod, pengurusan Mall mempunyai taktik sendiri untuk menidakkan peluang perniagaan disitu kepada Melayu, dan India. Adalah penting Kerajaan masuk campur dan menguatkuasakan undang-undang tersebut.
Dengan ini tidaklah kita merasa Lowyat Cina punya, OU Cina monopoli, MidValley Cina dominasi dll hinggakan bila pembeli bergaduh dengan penjual kita kata ia isu rasis sedangkan ia nampak seperti rasis kerana masalah monopoli perniagaan di Mall-mall tersebut.
Mungkin sudah sampai masanya kita ikut jejak Singapura dan laksanakan imbangan kaum di perumahan. Tiada lagi 100% kampung Melayu, perumahan Cina, Taman India dll. Tindakan ini akan buatkan kita lebih mengenali adat, budaya, sensitiviti kaum lain dengan lebih baik.
3 comments:
Aduhai ...
Tak ada pun quota untuk orang Cina ke India ke atau Melayu ke di Low Yat and shopping mall lain.
Siapa nak berniaga pun boleh, ikut kebolehan masing-masing.
Jangan asyik salahkan bangsa lain. Jawapan bukan melalui quota tetapi melalui peningkatan kebolehan dan ilmu berniaga.
Kalau pandai berniaga, bawah pokok kelapa pun boleh kaya tapi kalau tak tahu berniaga, bagi kedai free pun tak guna.
mungkin tuan megaman tak nampak saya tidak ada salahkan bangsa lain langsung dalam artikel ini....yg ada adalah bila monopoli terjadi ia mudah menjadi dimanipulasi menjadi isu rasis sbg contoh pembeli ditipu peniaga di lowyat sbb sume peniaga dilowyat cina jadi dengan mudah org manipulasi cina tipu melayu....
semudah itu jangan dipersulitkan

Post a Comment