Saya tidak berkata dari sudut hiburan sahaja tetapi dari
semua sudut kehidupan, kemasyarakatan, politik, sosio ekonomi, peluang
pekerjaan dan segalanya dimana akhbar Melayu hanya kekal sebagai agen meracuni
imbangan berita dan pemikiran orang ramai khususnya Melayu.
Akhbar mempunyai roh, itu adalah perkara asas yang perlu difahami semua sebelum dapat memahami kenapa saya kata akhbar Melayu yang menghancurkan dirinya sendiri, bukan kerana pembaca, bukan kerana saingan internet dan bukan juga kerana dibunuh akhbar Bahasa lain.
Orang Melayu sedar akan kepentingan mengekalkan akhbar Melayu dalam arus perdana sebagai “insurans” sekiranya terjadi perkara yang tidak diingini sebagai contoh darurat perang nyata dan internet disekat atau alami kerosakan. Malahan, akhbar Melayu sebenarnya adalah agen halus dalam menyatukan pemikiran orang Melayu.
Setiap akhbar mempunyai agendanya, dan sedar atau tidak, secara halus ada akhbar popular Inggeris yang beragenda menyebarkan agama Kristian dan kaum tertentu. Sudah tentu sebagai orang Islam kita berharap akhbar Melayu beragenda memperjuangkan agama Islam dan orang Melayu.
Malangnya,
ini tidak terjadi.
Akhbar Melayu kini tiada roh. Berita yang disampaikan berat
sebelah, memilih agenda sempit, agen provokasi, menggugut serta menggunakan
taktik menakutkan pembaca dan juga sering melaporkan berita remeh dalam
perjuangan Melayu hakiki.
Sebagai contoh apa yang terjadi dalam dunia hiburan Shila
Hamzah, akhbar Melayu terlalu mengikut emosi dan terus menghukum penyanyi
Melayu yang baru meningkat naik. Untuk menjadi artis professional, seorang
artis perlu mempunyai bakat dan itu sudah memadai di Negara maju.
Malangnya di
Malaysia, bakat tidak penting, tetapi yang penting adalah rupa atau hubungan
baik dengan wartawan walau kabel politik, korporat dan duit pun jadilah.
Jika Malaysia tidak mahu saya sarankan adalah lebih baik
dilepaskan Shila Hamzah kepada Singapura kerana Negara tersebut lebih tahu
menghargai bakat serta mempunyai semangat perjuangan yang tinggi menaikkan imej
penyanyi Negara sendiri.
Wartawan Malaysia juga sebenarnya juga mudah terikut dengan
selera sendiri justeru terlalu cepat menaikkan artis dari Indonesia dan
Singapura seperti tiada anak Malaysia yang sebanding dengan artis seberang. Walhasil, lihat bagaimana wartawan dan media akhbar melindungi artis mereka dan tidak beri tempat pada artis kita.
Dalam isu kemasyarakatan, dan sosio ekonomi, sejak 10 tahun
kebelakangan ini tiada apa yang menarik diperjuangkan akhbar Melayu selain
perkara remeh seperti jiran sebelah ganggu dan bising, saya tidak suka motor di
atas Jalan raya, orang Cina kaya dan perlu sokong perniagaan Melayu, provokasi
menyeru Melayu jihad ekonomi, dan banyak lagi isu terlalu remeh.
Pemilihan dan penapisan berita selektif juga menambak
kejengkelan dan kebrorokan akhbar Melayu sehingga dijauhi oleh segenap golongan
professional Melayu.
Saya tidak katakan isu kecil perlu diabaikan tetapi apa yang
saya kata adalah relevannya akhbar dalam mendidik masyarakat yang semakin
terbuka kepada dunia luar tanpa sempadan.
Malahan terlalu banyak isu besar tentang orang Melayu
seperti bagaimana mahu membangunkan Tanah Rizab Melayu dari terbiar, perlunya
subjek Melayu, perlunya Sekolah Melayu seperti SJKC/I, perlu menanam sifat
kebanggaan rasis Melayu, perlu banyakkan persatuan, program keutuhan sesama
kaum Melayu, bagaimana Bahasa Melayu perlu diperbaiki untuk menyatukan Melayu
lohgat Negeri, rangkaian kaum Melayu, pentingnya memerangi PHD Melayu, dan
banyak lagi yang tidak diperjuangkan parti politik Melayu dan NGO Melayu yang
terlalu sibuk berpolitik.
Akhbar boleh memuatkan berita setiap hari mengenai kuasa
ekonomi orang Cina, sampah, jiran ganggu, mat rempit, dadah, rokok tetapi
akhbar tidak akan ada bersama kita setiap masa kita menghadapi perkara yang
dibangkitkan secara realiti.
Tidak seperti akhbar English, penyusunannya sahaja sudah
jauh mengalahkan akhbar Melayu, grafnya, air ceritanya, kawalan emosi, center
news dan highlightnya semuanya membawa pembaca kearah satu agenda penting yakni
globalisasi dan hak kemanusiaannya.
Akhbar Melayu pula bercampur seperti rojak sekejap suruh
terbuka, kemudian suruh beradab, semalam suruh perkauman, hari ini suruh
utamakan kebangsaan, esok utamakan agama, minggu depan utamakan kaum, kemudian
setahun kemudian takutkan pembaca hanya satu parti boleh perjuangkan bangsa A,
agama B, 5 tahun sekali pula cerita mengungkit-ungkit kisah silam, ada pula suruh taat pada Raja kemudian esoknya akhbar ini yang menghentam Raja secara halus, lusa suruh taat semula dan pelbagai
lagi kalau digredkan boleh meracau otak menghadamnya.
Pasca millennium, akhbar Melayu seharusnya sedar orang
Melayu tidak lagi bodoh dan enggan dibodohkan, Mereka tidak bergantung kepada cerita akhbar Melayu sahaja
seperti 90-an. Hentilah membodohkan orang Melayu, merendahkan intelektual orang
Melayu, menakut-nakutkan orang Melayu, menghasut secara halus A betul B salah
dia salah saya betul dan pelbagai cambahan minda sasau yang hanya membuatkan
orang Melayu berasa jelik dan lebih selesa membaca akhbar media bebas FB atau akhbar Inggeris
sebagai pilihan utama.
Berpijaklah pada realiti dan akui kelemahan barulah
kelemahan tersebut boleh dikenal pasti dan kemudian barulah boleh diperbaiki.
Bukan baru tegur sahaja dah melenting dan beremosi malah boleh jelas ternampak dari
penulisan sakit hati itu.
Realitinya, semakin hari semakin ramai orang Melayu yang
membeli akhbar Melayu sudah tidak lagi membelinya selain membaca secara percuma
di Internet. Dan jika tiada di Internet pun kami tidak peduli kerana masih ada
akhbar Inggeris yang jauh lebih bermutu. Mungkin yang masih membaca adalah orang kampung kerana mereka mahu tahu ada tidak kisah kampung mereka dipaparkan.
Akhbar Melayu perlu diingatkan bagaimana hebat dan halusnya akhbar Cina dalam membentuk Tsunami Cina pada PRU 13 sehingga BN kalah undi
popular pertama kali dalam sejarah Malaysia malahan tiada siapa pun menjangka kekalahan ini, Bagaimana 10 juta orang Cina boleh berpakat mengundi PR tanpa dihidu oleh seorang pun Melayu melainkan agenda halus melalui pantun, syair, berita, penulisan, graf, pola, tapisan berita, artikel dan lain-lain dalam akhbar Cina.
Jika dilihat pola berita mereka,
langsung tiada ayat yang mengatakan undilah Parti A dan jangan undi Parti B
tapi bila sampai masa PilihanRaya mereka seolah diresapi akhbar mereka dan
bersatu hati menggerakkan ombak tsunami yang besar membadai Malaysia yang mana ia seolah sudah diketahui oleh DAP, MCA dan orang Cina.
Saya bukan menghentam akhbar Melayu kerana sakit hati dengan
mereka, tapi hakikatnya, apa yang terjadi pada Shila Hamzah hanya membuktikan
akhbar Melayu bertanggungjawab keatas kehancurannya sendiri. Tidak percaya, cubalah
bandingkan bilangan jualan akhbar Melayu yang dihimpunkan belum tentu dapat
menyamai jualan satu akhbar bukan Melayu.
Malahan saya dapati akhbar Melayu begitu sensitif kepada teguran dan komen sebagai contoh bilamana Datin Paduk Marina Mahathir menegur Utusan Malaysia, melatahlah Utusan bersama latah bayang-bayangnya seolah maksum tiada apa yang boleh ditegur.
Saya tidak menyebelahi Marina Mahathir, tetapi ia bukan lagi rahsia di FB, Twitter dan dimana-mana bahawa makin ramai orang Melayu khususnya golongan muda membenci dan menjauhi akhbar Melayu melainkan kerana ia percuma sahaja.
Sayugia diingatkan, kelangsungan akhbar Melayu adalah penting
dalam menonggak kesucian agama Islam dan survival kaum Melayu, namun malangnya kali ini bukan orang
Melayu yang menghancurkan akhbar Melayu, tetapi akhbar Melayu yang merosakkan
dan menjahanamkan akhbar Melayu sendiri.
Mungkin benar kata Tun Dr M, orang Melayu terlalu bersifat kow tow dan enggan menegur pemimpin, begitulah yang terjadi pada akhbar Melayu.
Mungkin benar kata Tun Dr M, orang Melayu terlalu bersifat kow tow dan enggan menegur pemimpin, begitulah yang terjadi pada akhbar Melayu.
Sudah-sudahlah beremosi dan berjiwa kecil wahai akhbar
Melayu. Ayuh bangkit membesar jiwa, menongkah dan memacu kaum Melayu kepuncak global.
PS: Untuk rekod saya adalah produk akhbar Melayu tetapi kini saya sendiri perlu akui akhbar Melayu hilang arah dan agendanya bukan lagi Melayu, tapi mempergunakan Melayu bagi mengukuh si polan si luncai dan si labu.