ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Wednesday, June 18, 2014

SETIAP KALI CELA AUDIT KENAPA BN/UMNO YANG DIPERSALAHKAN?

Laporan Audit datang lagi. Seperti biasa dan akan menjadi kebiasaan sampai bila-bila adalah pembaziran, wasangka rasuah, salah guna kuasa, wasangka gagal menjalankan tugas dengan amanah serta kegagalab menunaikan tanggungjawab secara jujur menjadi kemestian setiap kali laporan audit dibentangkan.

Malangnya, kelemahan ini tidak akan dapat dikenalpasti kerana kegagalan kita mengenalpasti masalah. Kalau sudah masalah tidak dapat dikenalpasti, bagaimana boleh diselesaikan jauh sekali diperbaiki.

Menjadi kebiasaan rakyat Malaysia termasuk yang beragama Islam akan menuduh dan menuding pada Barisan Nasional, UMNO, Perdana Menteri, Menteri malahan mantan Perdana Menteri yang sudah lama bersara juga pun diheret sama. Diri sendiri sahaja betul orang lain salah.

Untuk rekod, sejumlah 1.4 juta rakyat Malaysia yang 90% orang Islam merupakan penjawat awam yang bersama-sama bertanggungjawab dalam ketirisan perjalanan operasi kerajaan termasuk belanjawannya.

Tidak adil untuk menyalahkan parti pemerintah kerana majoriti penjawat awam juga merupakan penyokong kepada pembangkang. Seramai 4,402 pengundi Putrajaya yang 90% berkerja dengan Kerajaan mengundi calon luar Husam Musa dari PAS.

Bilangan kakitangan awam seluruh Malaysia termasuk Polis, Tentera malahan GLC seperti TNB, Telekom juga hampir separuh yang menyokong pembangkang. Jelaslah, jika permainan tuding menuding diadakan dalam pembaziran wang kerajaan ini, maka pemenangnya adalah pengadil sama seperti kisah tinju dalam filem Labu Labi.

Sebagai umat Muhammad SAW yang baik, haruslah kita berhenti menuding jari dan muhasabah diri apatah lagi sebagai penjawat awam yang menerima gaji dari duit pembayar cukai. Jika kita adalah pembuat keputusan ingatlah Allah Maha Melihat, dan waima kita hanya kuli yang mengikut arahan, kita juga mampu melakukan perubahan.

Hentikan guna kertas kerajaan, mesin cetak dan photostat kerajaan untuk tujuan peribadi, hentikan masa minum luar masa kerja, jangan curi tulang, jangan bawa kertas kerajaan balik, kurangkan jamuan mesyuarat, ganti masa yang diambil untuk solat fardu Zohor dan Asar dengan balik 20 minit lewat, peganglah amanah, laksanakan tugas dengan jujur dan berserah padaNYA, dan paling penting, takutlah pada ALLAH seolah-olah Tuhan berada disebelah kita sepanjang masa.

Insya-Allah dengan berhenti menyalahkan orang lain, mencari salah diri sendiri dan perbaikinya, umat Islam atau hampir 1.4 juta penjawat awam mampu merubah laporan audit akan datang lebih lagi dapat menaikkan imej agama Islam sebagai agama paling suci. Jom Ubah dengan Jihad!

No comments: