Sejak kecil kita diajar manusia diangkat oleh Allah sebagai Khalifah dimuka bumi ini. Hatta Malaikat makhluk paling suci yang mendampingi Allah sekian lama juga diperintah sujud pada Adam, manusia pertama yang diciptaNYA.
Perjalanan menimba ilmu sedikit terganngu dengan kejahilan setengah rakan termasuk Ustaz yang mengajar kita memberi salam malah lebih teruk meminta kebenaran untuk kencing di tempat tertentu. Antara ayat popular satu masa dahulu ialah "Ampun Tok, Nenen, anak cucu tumpang kencing", "Anak cucu tumpang jalan" dan sebagainya.
Itu sebelum 20 tahun dahulu, kini di zaman internet dan teknologi ini hantu tidak lagi berupaya untuk masuk kedalam sistem elektronik motherboard peranti komputer, gadjet pintar mahupun telefon bimbit justeru kehadiran hantu semakin dilupakan.
Tiada lagi manusia yang dilantik sebagai Khalifah kemudian meminta kebenaran dari "pengikutnya". Sebagai anak kecil, kita musykil dan hairan bagaimana Ustaz berkata kita Khalifah kalau kencing kena minta kebenaran? Malangnya, ramai yang percaya pada masa itu, malah di kawasan luar bandar ia masih dipraktikkan hingga kini.
Pengalaman saya diam dan bergaul dengan masyarakat Orang Asli Kg Sg Sampo, Jempol, suku Jelai tidak salah saya juga lebih kurang begitu. Satu hari saya berbasikal merentasi ladang kelapa sawit dengan Alan dan adiknya sebelum sampai di satu kawasan yang terkubur keturunan Tok Batin mereka. Alan enggan melalui kawasan tersebut dan kami terpaksa menggunakan jalan jauh, dan seminggu selepas itu, kami sekali lagi melalui kawasan tersebut dan Alan meminta kebenaran terlebih dahulu.
Saya pula dari kecil sudah diajar jika mahu kencing di tempat "keras" atau asing perlu meludah terlebih dahulu. Saya ikutkan sahaja kerana itu didikan Abah. Alhamdulillah, dengan izinNYA tiada yang buruk menimpa walaupun tidak meminta izin Tok Nenek disitu.
Bila sudah remaja saya mengikuti pengajian dengan rakan yang lain bersama Abah barulah saya faham, sebelum meludah lafazkan kalimah "Aku Khalifah Allah" dan niatkan segala makhluk disitu pergi sebab "Khalifah" mahu melepaskan hajat.
Dalam Islam perlu ada lafaz, niat dan perbuatan(meludah).
Pada anak-anak Abah, tidak kisahlah bagaimana cara kalian mahu "melepaskan hajat", tapi jangan sesekali meminta kebenaran dari makhluk batal kerana kita adalah Khalifah yang diangkat Allah.
Kalau boleh ludah dan ucapkan "Aku Khalifah" dan lebih baik jika kalian dapat mendalami ilmu Allah dengan lebih dalam. Semoga kalian sampai ke wasilah Muhammad SAW. InsyaAllah.
Akhir kalam, yang buruk dari saya, yang baik dari Allah, ambil yang baik jadi ikutan, yang tidak baik jadi sempadan. Allahuakbar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment