Sejak awal penubuhannya lagi PAS bermain dengan politik bahaya. Mempergunakan hukum Allah untuk menghukum manusia lain yang tidak sejalan dengan mereka, dan mempergunakan hukum yang sama untuk menghalalkan perbuatan mereka dan meraih sokongan orang Islam.
PAP dan PAS sebenarnya tiada beza. Satu permainkan warna kulit, satu lagi permainkan akidah Islam sebagai modal politik. Cuma hayat PAP tidak lama di Malaysia, dan Tunku Abdul Rahman bertindak bijak mengeluarkan Singapura dari Malaysia. Kerana jika dilihat cara politik DAP hari ini, Malaysia pasti akan terjerumus ke kancah perang saudara atau perang agama jika Singapura dan PAP masih ada.
Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri ditengah-tengah kegawatan dan di persimpangan sosio ekonomi Malaysia. Seseorang perlu membuat keputusan untuk Malaysia, samada mahu menjadi Negara Pertanian atau Negara Industri Pembuatan, dan samada mahu menjadi Negara Islam ortodoks, atau menjadi Negara Islam Moden.
Sebagai Perdana Menteri, beliau juga adalah seorang manusia, seorang suami, bapa, anak, adik, abang, dan juga seorang rakyat Malaysia yang mempunyai hak yang sama dengan rakyat yang lain. Cuma kehadirannya selalunya akan "dianggap" sebagai Perdana Menteri.
Krisis pada waktu itu menterjemahkan peluang Mahathir untuk menjadikan dirinya sebagai Perdana Menteri untuk semua. Mahathir menukar Malaysia menjadi negara Pembuat, mengabaikan Islam ortodoks yang menyekat hak wanita untuk berkerja, menukar majikan peneroka getah dan sawit dari bermajikan British kepada bermajikan Malaysia, membuat kereta dan Lebuhraya yang digunapakai oleh ramai rakyat Malaysia samada Cina, Melayu atau India.
Natijahnya, samada orang itu PAS, DAP atau PKR, mereka tetap rakyat Malaysia yang menggunakan satu atau lebih kemudahan yang disediakan Perdana Menteri Malaysia dan walau sebenci manapun mereka pada Mahathir, dan walaupun mereka menafikan sekeras-kerasnya, tubuh badan dan hati mereka tetap mengakui Mahathir sebagai Perdana Menteri mereka.
Malangnya, sejak Mahathir meletakkan jawatannya, Perdana Menteri selepasnya hanya meneruskan dasar-dasar sedia ada kerana ia dasar yang baik serta semuanya sudah berada atas landasan yang betul. Melainkan jika Perdana Menteri akan datang mahu menukar Malaysia menjadi Negara Pertanian semula, atau Negara Republik, atau Negara Islam ortodoks, atau Negara Komunis dan sebagainya, selain itu, Perdana Menteri Malaysia yang meneruskan dasar sedia ada tidak diukur pencapaiannya dengan pembaharuan sebaliknya dengan komitmennya pada dasar sedia ada.
Boleh dikatakan setiap Perdana Menteri selepas Mahathir tetap dibayangi Mahathir dan sukar untuk rakyat menerimanya sebagai Perdana Menteri mereka apatah lagi secara paksa dan tidak sedar.
Keadaan diterukkan lagi dengan politik baru yang diketengahkan Pakatan Rakyat yang diterima baik oleh rakyat. Politik baru ini mengembalikan harapan Islam ortodoks dan haluan kiri yang tergendala kerana kemajuan yang dibawa Mahathir. Kehadiran sosial media dan internet tanpa tapisan adalah peluang berganda bagi golongan ini merekrut dan menyebarkan dakyah mereka.
Benarlah kata orang bijak, Negara yang baik terhasil dari rakyat yang baik, begitu juga sebaliknya mengikut dakwaan anda masing-masing.
Dalam dunia baru, PAS, DAP dan PKR terus bermain politik bahaya, dimana satu langkah kecil yang salah boleh membawa Malaysia ke kancah perang saudara sepertimana yang terjadi pada 13 Mei 1969. Pada 1969 ia mampu dihentikan oleh Tentera yang lengkap bersenjata, berbeza kini, ramai rakyat sudah memiliki senjatapi samada berlesen ataupun tidak.
Kebencian melampau yang ditanam pada pengikut mereka atas Perdana Menteri dan keluarga meluap-luap sehingga ada yang membawa pedang ke Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, ada yang meludah bila nama Najib disebut, ada yang memijak, membakar dan kecing pada foto Perdana Menteri.
Selepas semua kelaku curang dan tidak berakhlak mereka lakukan atas Perdana Menteri samada secara berani atau poyo, Perdana Menteri kepada semua rakyat Malaysia tetap bersabar dan terus bersabar.
Dan, hari ini apabila Najib menyaman Malaysiakini bukan atas kapasitinya sebagai Ketua Negara kepada rakyat, ia adalah haknya sebagai rakyat Malaysia dan juga seorang bapa dan suami.
Dalam amalan Negara demokrasi termasuk Amerika, adalah tidak molek bila seorang Ketua yang dipilih rakyat untuk menyaman rakyatnya sendiri kerana tugasnya adalah memimpin rakyat tetapi jika diambil kira politik bahaya yang dimainkan PAS, DAP dan PKR ia adalah satu tindakan tepat apatah lagi bila rakyat tidak sebijak dan sematang Amerika.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment