ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Sunday, June 29, 2014

Ramai Mula Beriman Bukan Sebab Ramadhan, Tapi Felixia Yeap

Alhamdulillah. Saudara Felixia berjaya dalam pencariannya mencari Tuhan yang sebenar. Memang menjadi satu persoalan penting kepada semua manusia termasuk orang Islam sendiri untuk bertanya pada diri sendiri, siapa Tuhan yang menciptakan kita. Logiknya, tidak mungkin "Tuhan" yang asalnya seorang manusia boleh mencipta manusia yang lain, dan tidak mungkin juga "Tuhan" mencipta manusia berupa paras lebih baik dari dirinya sendiri?

Ada yang masih belum jumpa, ramai yang tidak peduli dan lebih ramai yang lebih selesa menganut agama "Mak Bapak" sahaja. Bukan sahaja bukan Islam, orang yang dilahirkan dalam Islam sendiri pun perlu mencari "Siapa Tuhan Mereka?" dan sesungguhnya setiap langkah kita mencariNYA seratus langkah Allah akan menuju pada kita. Wallahualam.

Saudara Felixia sempat meninggalkan polemik kuota Ustaz-ustaz fofular sehinggalah Ustaz Facebook termasuk ramai lagi orang Islam suam-suam kuku untuk mula beriman kepada Allah.

Menariknya, mereka beriman bukan kerana Ramadhan sudah bermula, sebaliknya untuk memperisterikan Saudara Baru kita yang memerlukan lelaki yang beriman yang mampu membimbingnya ke Syurga.


Jom! Ambil No Giliran!!!

PS: Harap-harap kecantikan Saudara Felixia berjaya menarik lebih ramai manusia untuk beriman kepadaNYA samada bukan Islam mahupun yang Islam. Amin.

Wednesday, June 18, 2014

SETIAP KALI CELA AUDIT KENAPA BN/UMNO YANG DIPERSALAHKAN?

Laporan Audit datang lagi. Seperti biasa dan akan menjadi kebiasaan sampai bila-bila adalah pembaziran, wasangka rasuah, salah guna kuasa, wasangka gagal menjalankan tugas dengan amanah serta kegagalab menunaikan tanggungjawab secara jujur menjadi kemestian setiap kali laporan audit dibentangkan.

Malangnya, kelemahan ini tidak akan dapat dikenalpasti kerana kegagalan kita mengenalpasti masalah. Kalau sudah masalah tidak dapat dikenalpasti, bagaimana boleh diselesaikan jauh sekali diperbaiki.

Menjadi kebiasaan rakyat Malaysia termasuk yang beragama Islam akan menuduh dan menuding pada Barisan Nasional, UMNO, Perdana Menteri, Menteri malahan mantan Perdana Menteri yang sudah lama bersara juga pun diheret sama. Diri sendiri sahaja betul orang lain salah.

Untuk rekod, sejumlah 1.4 juta rakyat Malaysia yang 90% orang Islam merupakan penjawat awam yang bersama-sama bertanggungjawab dalam ketirisan perjalanan operasi kerajaan termasuk belanjawannya.

Tidak adil untuk menyalahkan parti pemerintah kerana majoriti penjawat awam juga merupakan penyokong kepada pembangkang. Seramai 4,402 pengundi Putrajaya yang 90% berkerja dengan Kerajaan mengundi calon luar Husam Musa dari PAS.

Bilangan kakitangan awam seluruh Malaysia termasuk Polis, Tentera malahan GLC seperti TNB, Telekom juga hampir separuh yang menyokong pembangkang. Jelaslah, jika permainan tuding menuding diadakan dalam pembaziran wang kerajaan ini, maka pemenangnya adalah pengadil sama seperti kisah tinju dalam filem Labu Labi.

Sebagai umat Muhammad SAW yang baik, haruslah kita berhenti menuding jari dan muhasabah diri apatah lagi sebagai penjawat awam yang menerima gaji dari duit pembayar cukai. Jika kita adalah pembuat keputusan ingatlah Allah Maha Melihat, dan waima kita hanya kuli yang mengikut arahan, kita juga mampu melakukan perubahan.

Hentikan guna kertas kerajaan, mesin cetak dan photostat kerajaan untuk tujuan peribadi, hentikan masa minum luar masa kerja, jangan curi tulang, jangan bawa kertas kerajaan balik, kurangkan jamuan mesyuarat, ganti masa yang diambil untuk solat fardu Zohor dan Asar dengan balik 20 minit lewat, peganglah amanah, laksanakan tugas dengan jujur dan berserah padaNYA, dan paling penting, takutlah pada ALLAH seolah-olah Tuhan berada disebelah kita sepanjang masa.

Insya-Allah dengan berhenti menyalahkan orang lain, mencari salah diri sendiri dan perbaikinya, umat Islam atau hampir 1.4 juta penjawat awam mampu merubah laporan audit akan datang lebih lagi dapat menaikkan imej agama Islam sebagai agama paling suci. Jom Ubah dengan Jihad!

Sunday, June 8, 2014

Politik Bahaya PAS, DAP, PKR dan Rakyat Kurang Bijak Justify Saman Najib

Sejak awal penubuhannya lagi PAS bermain dengan politik bahaya. Mempergunakan hukum Allah untuk menghukum manusia lain yang tidak sejalan dengan mereka, dan mempergunakan hukum yang sama untuk menghalalkan perbuatan mereka dan meraih sokongan orang Islam.

PAP dan PAS sebenarnya tiada beza. Satu permainkan warna kulit, satu lagi permainkan akidah Islam sebagai modal politik. Cuma hayat PAP tidak lama di Malaysia, dan Tunku Abdul Rahman bertindak bijak mengeluarkan Singapura dari Malaysia. Kerana jika dilihat cara politik DAP hari ini, Malaysia pasti akan terjerumus ke kancah perang saudara atau perang agama jika Singapura dan PAP masih ada.

Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri ditengah-tengah kegawatan dan di persimpangan sosio ekonomi Malaysia. Seseorang perlu membuat keputusan untuk Malaysia, samada mahu menjadi Negara Pertanian atau Negara Industri Pembuatan, dan samada mahu menjadi Negara Islam ortodoks, atau menjadi Negara Islam Moden.

Sebagai Perdana Menteri, beliau juga adalah seorang manusia, seorang suami, bapa, anak, adik, abang, dan juga seorang rakyat Malaysia yang mempunyai hak yang sama dengan rakyat yang lain. Cuma kehadirannya selalunya akan "dianggap" sebagai Perdana Menteri.

Krisis pada waktu itu menterjemahkan peluang Mahathir untuk menjadikan dirinya sebagai Perdana Menteri untuk semua. Mahathir menukar Malaysia menjadi negara Pembuat, mengabaikan Islam ortodoks yang menyekat hak wanita untuk berkerja, menukar majikan peneroka getah dan sawit dari bermajikan British kepada bermajikan Malaysia, membuat kereta dan Lebuhraya yang digunapakai oleh ramai rakyat Malaysia samada Cina, Melayu atau India.

Natijahnya, samada orang itu PAS, DAP atau PKR, mereka tetap rakyat Malaysia yang menggunakan satu atau lebih kemudahan yang disediakan Perdana Menteri Malaysia dan walau sebenci manapun mereka pada Mahathir, dan walaupun mereka menafikan sekeras-kerasnya, tubuh badan dan hati mereka tetap mengakui Mahathir sebagai Perdana Menteri mereka.

Malangnya, sejak Mahathir meletakkan jawatannya, Perdana Menteri selepasnya hanya meneruskan dasar-dasar sedia ada kerana ia dasar yang baik serta semuanya sudah berada atas landasan yang betul. Melainkan jika Perdana Menteri akan datang mahu menukar Malaysia menjadi Negara Pertanian semula, atau Negara Republik, atau Negara Islam ortodoks, atau Negara Komunis dan sebagainya, selain itu, Perdana Menteri Malaysia yang meneruskan dasar sedia ada tidak diukur pencapaiannya dengan pembaharuan sebaliknya dengan komitmennya pada dasar sedia ada.

Boleh dikatakan setiap Perdana Menteri selepas Mahathir tetap dibayangi Mahathir dan sukar untuk rakyat menerimanya sebagai Perdana Menteri mereka apatah lagi secara paksa dan tidak sedar.

Keadaan diterukkan lagi dengan politik baru yang diketengahkan Pakatan Rakyat yang diterima baik oleh rakyat. Politik baru ini mengembalikan harapan Islam ortodoks dan haluan kiri yang tergendala kerana kemajuan yang dibawa Mahathir. Kehadiran sosial media dan internet tanpa tapisan adalah peluang berganda bagi golongan ini merekrut dan menyebarkan dakyah mereka.

Benarlah kata orang bijak, Negara yang baik terhasil dari rakyat yang baik, begitu juga sebaliknya mengikut dakwaan anda masing-masing.


Dalam dunia baru, PAS, DAP dan PKR terus bermain politik bahaya, dimana satu langkah kecil yang salah boleh membawa Malaysia ke kancah perang saudara sepertimana yang terjadi pada 13 Mei 1969. Pada 1969 ia mampu dihentikan oleh Tentera yang lengkap bersenjata, berbeza kini, ramai rakyat sudah memiliki senjatapi samada berlesen ataupun tidak.

Kebencian melampau yang ditanam pada pengikut mereka atas Perdana Menteri dan keluarga meluap-luap sehingga ada yang membawa pedang ke Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, ada yang meludah bila nama Najib disebut, ada yang memijak, membakar dan kecing pada foto Perdana Menteri.

Selepas semua kelaku curang dan tidak berakhlak mereka lakukan atas Perdana Menteri samada secara berani atau poyo, Perdana Menteri kepada semua rakyat Malaysia tetap bersabar dan terus bersabar.

Dan, hari ini apabila Najib menyaman Malaysiakini bukan atas kapasitinya sebagai Ketua Negara kepada rakyat, ia adalah haknya sebagai rakyat Malaysia dan juga seorang bapa dan suami.

Dalam amalan Negara demokrasi termasuk Amerika, adalah tidak molek bila seorang Ketua yang dipilih rakyat untuk menyaman rakyatnya sendiri kerana tugasnya adalah memimpin rakyat tetapi jika diambil kira politik bahaya yang dimainkan PAS, DAP dan PKR ia adalah satu tindakan tepat apatah lagi bila rakyat tidak sebijak dan sematang Amerika.

Friday, June 6, 2014

Kejahilan Anak Cucu Tumpang Kencing

Sejak kecil kita diajar manusia diangkat oleh Allah sebagai Khalifah dimuka bumi ini. Hatta Malaikat makhluk paling suci yang mendampingi Allah sekian lama juga diperintah sujud pada Adam, manusia pertama yang diciptaNYA.

Perjalanan menimba ilmu sedikit terganngu dengan kejahilan setengah rakan termasuk Ustaz yang mengajar kita memberi salam malah lebih teruk meminta kebenaran untuk kencing di tempat tertentu. Antara ayat popular satu masa dahulu ialah "Ampun Tok, Nenen, anak cucu tumpang kencing", "Anak cucu tumpang jalan" dan sebagainya.

Itu sebelum 20 tahun dahulu, kini di zaman internet dan teknologi ini hantu tidak lagi berupaya untuk masuk kedalam sistem elektronik motherboard peranti komputer, gadjet pintar mahupun telefon bimbit justeru kehadiran hantu semakin dilupakan.

Tiada lagi manusia yang dilantik sebagai Khalifah kemudian meminta kebenaran dari "pengikutnya". Sebagai anak kecil, kita musykil dan hairan bagaimana Ustaz berkata kita Khalifah kalau kencing kena minta kebenaran? Malangnya, ramai yang percaya pada masa itu, malah di kawasan luar bandar ia masih dipraktikkan hingga kini.

Pengalaman saya diam dan bergaul dengan masyarakat Orang Asli Kg Sg Sampo, Jempol, suku Jelai tidak salah saya juga lebih kurang begitu. Satu hari saya berbasikal merentasi ladang kelapa sawit dengan Alan dan adiknya sebelum sampai di satu kawasan yang terkubur keturunan Tok Batin mereka. Alan enggan melalui kawasan tersebut dan kami terpaksa menggunakan jalan jauh, dan seminggu selepas itu, kami sekali lagi melalui kawasan tersebut dan Alan meminta kebenaran terlebih dahulu.

Saya pula dari kecil sudah diajar jika mahu kencing di tempat "keras" atau asing perlu meludah terlebih dahulu. Saya ikutkan sahaja kerana itu didikan Abah. Alhamdulillah, dengan izinNYA tiada yang buruk menimpa walaupun tidak meminta izin Tok Nenek disitu.

Bila sudah remaja saya mengikuti pengajian dengan rakan yang lain bersama Abah barulah saya faham, sebelum meludah lafazkan kalimah "Aku Khalifah Allah" dan niatkan segala makhluk disitu pergi sebab "Khalifah" mahu melepaskan hajat.

Dalam Islam perlu ada lafaz, niat dan perbuatan(meludah).

Pada anak-anak Abah, tidak kisahlah bagaimana cara kalian mahu "melepaskan hajat", tapi jangan sesekali meminta kebenaran dari makhluk batal kerana kita adalah Khalifah yang diangkat Allah.

Kalau boleh ludah dan ucapkan "Aku Khalifah" dan lebih baik jika kalian dapat mendalami ilmu Allah dengan lebih dalam. Semoga kalian sampai ke wasilah Muhammad SAW. InsyaAllah.

Akhir kalam, yang buruk dari saya, yang baik dari Allah, ambil yang baik jadi ikutan, yang tidak baik jadi sempadan. Allahuakbar.

Sunday, June 1, 2014

Selamat Tinggal Dyana Sofea, Ucap Lim Kit Siang

Dyana Sofea membawa kegagalan di Teluk Intan. Kekalahan Dyana bukan kegagalan sebaliknya, undi Cina di semua peti kawasan Cina yang memihak pada Calon Gerakan adalah kekalahan sebenar Lim Kit Siang.

Selama ini Lim Kit Siang fikir apa yang dilakukan dalam DAP akan dituruti oleh pengikut DAP. Malangnya ia tidak terjadi di Perak.

Selagi nama Dyana Sofea disebut ia adalah simbol kegagalan dan permulaan kepada penolakan Lim Kit Siang. Lim Kit Siang sudah kehilangan sentuhannya.

Lim Kit Siang pasti akan menenggelamkan nama Dyana Sofea dari sebutan ramai kerana selagi masyarakat Cina menyebutnya ia membawa kepada pemahaman, Lim Kit Siang boleh dikalahkan dalam DAP kerana dia hanya seorang manusia biasa yang bisa membuat silap dan padah pada orang Cina.

Semoga UMNO dan BN tidak mengangkat Dyana menjadi Senator, Duta, memberi kolum khas di akhbar dan pangkat Dato apabila dia kembali masuk UMNO kelak.

UMNO dan BN harus mengutamakan ahli dan penyokong setia parti bukan pengkhianat yang sudah tidak boleh diperalatkan DAP lagi.

Selamat Tinggal Dyana Sofea.